Wednesday, July 8, 2009

Hati-hati Dengan Ubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Tadi baca blog Dr Idham Lim dengan tajuk Dr. dan Anda : Penyakit Asthma

Oleh : Orang Kampung yang diberi pula tajuk "Kesan Sampingan Ubat ‘Ajaib’ Untuk Merawat Penyakit Asthma"

Cik/Puan Shafiza Abd. Rahim dari Pandan Indah, Kuala Lumpur, seorang penghidap athma mengemukakan persoalan tentang masalah kegemukan dan seluruh badannya dipenuhi selulit. Urat-urat yang timbul berwarna merah gelap. Saya turut bersimpati dengan ini. Permasalahan saya sama dengannya ketika saya mengambil ubat2an yang mengandungi steroid yang berlebihan dan dalam tempoh masa yang lama. Ini telah saya tulis dalam entri saya di sini

Sangatlah penting bagi kita mengambil perhatian tentang ubat2an ini.. walaupun adakalanya doktor memberikan pendapat dan nasihat yang betul kita juga perlu perihatin dengan masalah kesihatan kita kerana kitalah yang menanggung kesakitan dan kitalah yang merasainya.. saya berat mengatakan bahawa Cik/Puan Shafira ini mengalami Cushing's Syndrom.. semoga beliau cepat pulih daripada penyakit itu.. Amiin.

Untuk membaca permasalahan dan jawapan kepada masalah beliau sila klik di sini

No comments:

Related Posts with Thumbnails