Thursday, August 6, 2009

Al-hamdulillah ( ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ )


سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 


Di sini ditulis sedikit isi Ceramah ustaz Kariman dp CD yang didengar, tajuk CD ialah samudera Al-Fatihah.. ada 18 CD semuanya.. yang ditulis ini hanya sebahagian daripada 1 CD.. 


Al-hamdulillah ( ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ) selalu diberi pengertian segala puji bagi Allah, diterangkan bahawa ٱلۡحَمۡدُ memberi erti tidak layak dimiliki selain Allah.. maknanya yang berhak menerima pujian hanya Allah dan yang berhak memuji hanya Allah.. 


Hadis Muslim: Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu melihat orang-orang yang suka memuji orang di depan orang lain, kamu ambil pasir kamu tabur ke mukanya”. 


“Jauhi oleh kamu sifat puji memuji di hadapan orang lain kerana pujian itu sembelih”


Diriwayatkan saidina Umar bin Khattab marah apabila melihat orang puji seseorang di depan orang lain : “Sungguh kamu telah mengerat leher orang itu”.


Antara pintu-pintu syaitan ialah suka atau gila dipuji iaitu berbuat sesuatu untuk menjadi orang yang dihormati.


Kalau orang puji kita katakan kita tak berhak menerima pujian.. kembalikan kepada Allah katakan: Maa SyaaAllah.. Laa Haw La Wala Quwwata illa billaah (Semua itu kehendak Allah.. Tiada daya (kekuatan) melainkan dengan pertolongan Allah). Jangan pula ucap terima kasih tanpa menisbahkan kepada Allah. Ini supaya tidak ada timbul perasaan ujub dalam hati kita. Boleh juga ucapkan sebagaimana Nabi Sulaiman ucap "Ini adalah kurnia Tuhanku kepada ku untuk menguji sama ada aku bersyukur ataupun tidak".


Qadar dan Qadha’ Allah.. yakni apa saja ketentuan Allah semuanya baik, semuanya terpuji.. masa Allah beri, masa Allah tak beri Dia wajib dipuji.. ketika hujan, ketika panas, ketika hujan berhenti Allah tetap terpuji.


(Alif Lam) ٱلۡ  bererti “Segala puji tetap milik Allah”.. Allah Zat yang sentiasa dipuji walaupun musibah menimpa.. hatta ketika Dia memberi musibah kita tidak boleh berasa tidak puas hati, tak boleh kecil hati.. kita sebaliknya wajib memuji.. tak sama dengan manusia.. kalau manusia menyusahkan kita kita memang tidak suka.


Kalau kita dapat sesuatu yang kita suka kita ucapkanlah Alhamdulillah.. jika yang kita tidak suka ucapkanlah Alhamdulillah ‘alaa kullihaal.. jangan pula bila dapat musibah kita ucap Maa syaaAllah.. sebaliknya ucapkan Inna lillahi wainna ilahi raaji’uun, begitu juga jangan ucap Maa syaAllah jika kita lihat perkara tak baik seperti anak-anak nakal ucapkanlah subhaanallaah kerana Allah Maha Suci.. takkan Allah nak suruh anak-anak kita jadi nakal.


Nota: teringat masa mengajar.. kami guru-guru diajar memuji pelajar untuk motivate dia orang.. guru-guru disuruh kata bagus.. kamu pandai.. kamu bagus.. kamu bijak.. rupa-rupanya semua itu tak betul.. boleh memuji tapi kembalikan kepada Allah.. ucapkanlah Al-hamdulillah kamu diberi kefahaman, al-hamdulillah kamu diberi Allah kepandaian.. kepada guru-guru yang masih mengajar cubalah praktikkan memuji Allah ini semasa mendidik.. insyaAllah lama-lama menjadi kebiasaan.. dan kita dijauhkan daripada kemurkaan Allah.. kerana dengan memuji anak didik menjadikan mereka sombong dan angkuh.


Sekian, semoga memberi manfaat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails