Saturday, August 29, 2009

Kembalinya abang

Tak lama abang sulong kami satu2nya abang kami dp lima beradik semuanya perempuan (Hj. Mohd Yusof bin Hj Abdul Halim) yang kami kasihi menderita sakit.. masuk hospital Selayang mulai 25/07/2009 dikesan kanser, kemudian dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk radioterapi.. sempat 3 kali rawatan radioterapi.. dan usaha memberikannya daun2 antikanser dan pil susu kuda liar, dll namun Allah telah memanggilnya.. Allah telah meminjamkannya kepada kami sejak Khamis 17/10/1949 (15 Ramadhan 1359) hingga Jumaat 28/08/2009 (7 Ramadhan 1430). Abang telah disemadikan di Felda Gunong Besut Satu selepas solat Jumaat.. Terima kasih kami kepada kak Yah (kakak ipar kami yang tabah menjaga abang kesayangan kami selama ini) Alhamdulillah Allah beri kekuatan dan ketabahan kepadamu. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu dengan kebaikanNya.. Kepada abang, kami mendoakan agar abang damai di sana.. semoga Allah tempatkan abang di kalangan orang2 beriman dan para syuhada' kerana abang telah bersaksi bahawa TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ADALAH UTUSAN ALLAH, Abang, kini kami tinggal 3 beradik lagi krn salah seorang adik perempuanmu telah lama dipanggil Ilahi semasa beliau masih kecil.. tapi percayalah satu saat nanti kami jua akan menyusulmu, kakak kami dan kedua ibubapa kami krn setiap yang hidup pasti akan MATI..

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails