Tuesday, September 8, 2009

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamau'alaikum.

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya: Mulai jam 12.00 tengah malam: Ini boleh dibuat dengan beriktikaf di masjid ataupun dibuat di rumah

1. Solat sunat wudhuk.
2.Solat sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar: Astaghfirullah al 'Aziim 1000 kali atau 30 minit

5. Zikrullah:


6. Bertasbih:



7. Selawat:


8. Solat sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih atau solat sunat yang lain2

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Daripada Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:


Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku.".. Oleh itu marilah kita menghidupkan malam2 10 terakhir ini dan sentiasa berdoa supaya ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA2 KITA.

4 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

berdebar nak menunggu apakah Allah memberi peluang bertemu dengan malam yang dinantikan ini

Werdah said...

wa'alaikumussalam.

mudah2an Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk bertemu malam yg dinantikan.. Amiin

abu muaz said...

terima kasih la banyak-banyak.... dengan info ni.

Werdah said...

salam abu muaz,

semoga kita diberikan kekuatan untuk mendapatkannya

Related Posts with Thumbnails