Wednesday, September 30, 2009

Nyawa Ibarat di Hujung Tanduk


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sebenarnya hari ini nak tulis sambungan Aku Cinta Kamu Bukan Cinta Biasa siri 2 tapi semalam terbaca rencana Nyawa ibarat di hujung tanduk ni dalam Sinar harian.. Kisahnya seperti di bawah.. Saya pilih sebagai tajuk N3 kali ni.. kerana ada kaitan dengan tajuk N3 yg saya janji nak sambung.. Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 63:

لَّا تَجۡعَلُواْ دُعَآءَ ٱلرَّسُولِ بَيۡنَڪُمۡ كَدُعَآءِ بَعۡضِكُم بَعۡضً۬ا‌ۚ قَدۡ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنكُمۡ لِوَاذً۬ا‌ۚ فَلۡيَحۡذَرِ ٱلَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنۡ أَمۡرِهِۦۤ أَن تُصِيبَہُمۡ فِتۡنَةٌ أَوۡ يُصِيبَہُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٦٣

Maksudnya:Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri keluar (daripada majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa fitnah ( bala bencana semasa di dunia) atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya (di akhirat). (63)

Sebelum dijelaskan tentang ayat ini harap bersabar dan baca rencana yg saya copy n paste ini terlebih dahulu.. mudah2an kita dapat pengajaran dan kita dapat bertazakkur dan bertafakkur.. tentang intelektual kita mmg dah ada pada diri kita maklumlah kita dah belajar di sekolah, maktab dan universiti..

..........................................................................................................................................................................

Sedih apabila melihat bencana Ribut Ketsana yang melanda kepulauan Luzon, Filipina beberapa hari lalu. Dalam sekelip mata puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal, malah maut meragut ratusan nyawa. Ia sesuatu yang tidak dijangka dan di luar kawalan manusia.

Angin kuat berkelajuan 96 kilometer sejam yang membawa hujan lebat itu telah menyebabkan banjir kilat dan kota Manila yang tidak pernah sunyi, lumpuh secara tiba-tiba.

Lebih malang lagi apabila kejadian itu berlaku di saat kita semua diancam oleh virus H1N1 yang turut meragut ribuan nyawa di serata dunia.

Sudah pasti kebimbangan diserang pelbagai penyakit turut menghantui banyak pihak. Risikonya semakin tinggi dan tahap virus itu merebak juga pada kadar yang membimbangkan.

Kita semua sedar semakin tua dunia semakin banyak penyakit yang melanda. Ia terjadi disebabkan banyak perkara. Mungkin faktor semula jadi satu daripada puncanya, tetapi saya juga percaya lebih daripada itu yakni manusialah yang bertanggungjawab atas apa yang kita deritai hari ini.

Dahulu, banyak kematian disebabkan pertumpahan darah, perang dan bunuh membunuh atas nama sebuah kemerdekaan ataupun penjajahan. Semuanya kerana sifat tamak dan ingin berkuasa.

Kemudian dengan kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi kita gadaikan pula nyawa belia-belia dan generasi muda dengan keseronokan dan khayalan penyalahgunaan dadah. Dadah juga meragut banyak nyawa selain merosak dan memporak-perandakan hidup manusia. Lebih maju kita menikmati kehidupan lebih banyak dadah dihasilkan. Sehingga artikel ini ditulis, saya sendiri sukar untuk menghafal nama-nama dadah terbaru yang menjadi buruan anak-anak muda malah orang dewasa.

Selepas itu, apabila banyak negara berlumba-lumba mengeluarkan kenderaan sendiri, dan apabila taraf ekonomi manusia semakin baik, ramai yang mampu memiliki kereta apatah lagi motosikal.

Anak-anak remaja sebaik sampai usia layak memiliki lesen, terus diberi galakan untuk belajar memandu. Malah ada yang belum lulus ujian sudah dibelikan kenderaan. Kalau tidak Kelisa, pastinya Kancil jadi kebanggaan.

Lalu setiap kali musim perayaan jalan raya bertukar menjadi jalan maut. Kemalangan berlaku di mana-mana. Banyak pihak menuding jari ke sana sini. Sikap manusia, keadaan jalan, faktor kenderaan semuanya dikatakan punca kematian.

Itu belum lagi dikira dengan pelbagai penyakit maut akibat ‘terlebih makan’. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, barah usus dan macam-macam lagi sentiasa menjadi igauan ngeri kita semua.

Kita khayal dan sentiasa beranggapan aku terselamat dan tidak berisiko, aku sihat dan tidak menagih dadah. Tetapi banyak lagi ancaman lain yang menunggu masa untuk menyerang tanpa kita sedari.

Menyedari hidup yang sudah tidak sesingkat mana dan ancaman demi ancaman melanda dunia, justeru janganlah kita memandai-mandai mencetuskan sengketa dan huru-hara pula. Baik di dalam negara, jiran tetangga atau di peringkat antarabangsa. Cukup-cukuplah dengan masalah yang sedia ada. Masalah rumah tak siap, masalah anak nak sekolah, masalah hutang keliling pinggang dan juga masalah tayar kereta yang perlu ditukar!

..........................................................................................................................................................................

Orait!! dah habis baca kan.. sekarang kita kaitkan dengan ayat di atas.. Ayat di atas sebenarnya adalah amaran paling keras dpd Allah swt supaya kita tidak membelakangi perintah Allah dan RasulNya, yakni jika melanggar perintah Allah dan RasulNya kita hendaklah khuatir krn dgn melanggarnya menyebabkan berlakunya fitnah. Fitnah di dunia ialah berlakunya bencana sebahagiannya adalah seperti yg ditulis oleh penulis di atas. Kemudian berlaku juga kesesatan yakni mengambil hukum bukan daripada al-Quran dan sunnah (ikut pendapat diri sendiri atau org lain yg bertentangan dengan Allah dan RasulNya) dan kita pun dah tahu dah banyak dah org mengaku Nabi & Rasul.. dan yang paling penting lagi ialah SIKSAAN/AZAB yang pedih menunggu di akhirat nanti.

Ayat ini nak suruh kita CINTAI ALLAH dan RASULNYA dengan mengikuti semua ajaran menurut al-Quran dan sunnah supaya kita dilindungi daripada fitnah dunia dan fitnah di akhirat.

Sekarang ini saya rasa semua orang mengetahui bahawa kehidupan kita sentiasa resah.. manakan tidak, dalam keadaan ekonomi meruncing seperti sekarang ramai org susah dan yg susah ini pula ramai pula mencari jalan penyelesaian yg singkat, mereka mencuri, meragut, merompak, menipu dan macam2 lagi cara utk mndptkan sesuap nasi.. kita yg pasang pagar elektrik, jeriji, pasang alarm pun tak berguna lagi.. Bukan itu sahaja, negara2 besar yg lain juga mungkin sentiasa mencari peluang untuk bertindak menghancurkan kita. Lihat apa yang kita makan bukankah penuh syubhah? Jadi apakah ikhtiar kita?

Sebab itulah kita kena patuh dan cinta kpd Allah dan RasulNya, cinta dan patuh adalah perlu.. jgn patuh tanpa cinta krn org yg patuh dia akan buat tapi sebenarnya dia munafik contohnya Abdullah bin Ubaiy dia solat, dia berkorban harta benda mendirikan masjid tetapi di belakang Nabi dia menentang ajaran Nabi. Cinta tanpa patuh juga tak berguna seperti bapa saudara Nabi Abu Talib yg sangat menyayangi Nabi tetapi tidak Islam.

Dalam hal ini ada yang menganjurkan baca doa daripada al-Quran selalu, baca boleh sebelum salam atau selepas salam, doanya dalam surah Yunus ayat 85

رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً۬ لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٥)

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. (Yunus - 85)

Dan ayat 5 surah al-Mumtahina

رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً۬ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ وَٱغۡفِرۡ لَنَا رَبَّنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٥

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Mumtahina - 5)


Berdoalah dengan yakin, insyaAllah Allah mendengar doa kita.. Saya juga mengingatkan diri saya.. Ya Allah jauhkan aku dpd fitnah dunia, fitnah dajjal, fitnah kubur dan siksa api neraka.. Ya Allah sucikanlah hatiku. Amiin.



2 comments:

zai said...

Salam Kak Werdah..

Alhamdulillah Syukran diatas tazkirah yang sangat baik..baru semalam sebelum tidur zai terfikir bilakah akan berlaku kiamat kerana tanda2 besar banyak yang telah hampir menjelma dan pernah terbaca artikel yg mengatakan bahawa kaum yakjuj dan makjuj telahpun menembusi tembok zulkarnain dan telahpun hampir menjejaki permukaan bumi..takutnya zai utk menanti keadaan itu kerana dikatakan kaum yakjuj dan makjuj juga memakan manusia dan sekiranya mereka menghirup air sungai air sungai juga akan kering..

Betapa Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui bilakah kiamat akan berlaku dan kejadian gempa bumi dan malapetaka yg melanda dunia akhir2 ini sangatlah menakutkan kerana ini bermakna kita sudah semakin dekat menghampiri hari pembalasan...

Semoga kita diberi ketetapan iman dan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran islam walau apa jua dugaan yang melanda...Ameen..

Werdah said...

salam zai,

Tu la kan Zai, terfikr juga tembok tu kalau masa Nabi bagi tahu 1400 tahun dulu lubang tu dah sebesar bulatan antara hujung jari ibu dengan hujung jari telunjuk, bagaimanalah pula sekarang kan. Kini berlaku pula gempa bumi, ribut taufan dan semalam pula tsunami di Amerika.. memang takut sangat. mudah2an kita mati dalam iman dan Islam. Amiin.

Related Posts with Thumbnails