Saturday, September 19, 2009

ZIKIR Memuji Dan Membesarkan Allah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدً۬ا وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ شَرِيكٌ۬ فِى ٱلۡمُلۡكِ وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ وَلِىٌّ۬ مِّنَ ٱلذُّلِّ‌ۖ وَكَبِّرۡهُ تَكۡبِيرَۢا ( الإسرَاء١١١

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!(pengagungan yang sebesar-besarnya) (Al-Isra' - 111)


Ayat ini menerangkan bahawa kita mesti menyakini bahawa SEGALA PUJIAN ADALAH MILIK ALLAH SWT. Ini kerana ALLAHlah ZAT YG MAHA SEMPURNA. Allahlah yg mencipta, mengatur dan memelihara sgl sesuatu. Dalam ayat ini ada TIGA perkara yg menerangkan KEAGUNGAN ALLAH sehingga patut dipuji dan dibesarkan.


PERTAMA: Allah tidak mempunyai anak. Andainya Allah mempunyai anak, anak itu adalah sebahagian daripada Allah. Apabila anak itu sebahagian daripada Allah bererti Allah terdiri dpd beberapa bahagian (MUrakkab). Sifat ini merupakan sifat kekurangan, bukan sifat kesempurnaan. Jadi dgn sifat TIDAK BERANAK itu terserlah keagungan Allah yg tidak serupa dgn makhlukNya.


KEDUA: Allah tidak mempunyai sekutu di dalam kerajaanNya. Allah Maha Sempurna. Andainya Allah mempunyai sekutu tentu makhlukNya tidak lagi sepenuhnya berdoa dan bersyukur kpd Allah kerana ada lagi sekutu yang berkuasa. Dengan tidak mempunyai sekutumaka terserlahlah keagungan Allah yg satu2nya yang dituju dalam berdoa dan beribadah dan Dialah satu2nya yg mengabulkan serta satu2nya pula yg berhak dipuji dan dimuliakan.


KETIGA: Allah tidak mempunyai penolong daripada yg hina. Allah Maha sempurna kerana tidak memerlukan pertolongan daripada sesiapapun. Selain Allah adalah ciptaan Allah dan ciptaan Allah semuanya memiliki keterbatasan. Ciptaan allah semuanya hina apabila dibandingkan dgn Allah Yang Maha Sempurna. Yg Mencipta tentu tidak sama dgn yg dicipta. Dengan tidak mempunyai penolong dpd yg hina maka terserlahlah keagungan Allah Yang Maha Mulia.


Daripada TIGA perkara tadi nampaklah kesempurnaan Allah, dengan sebab itulah ALLAH yg mesti dipuji dan dibesarkan.


Dalam ayat tadi ketiga2 perkara itu dimulai dgn kata "memuji Allah" dan diakhiri dgn kata "membesarkan Allah" bermaksud ALLAHlah yg semestinya dipuji krn memilik sifat2 yg sempurna dan sepatutnya dibesarkan krn DIAlah satu2nya Zat yg berhak dipuji dan dibesrkan. Tidak ada yg lain lebih sempurna dpd DIA.


Membesarkan Allah (TAKBIR) .. Takbir berasal dp kata 'kabura-yakburu'. Secara harfiyah maknanya 'besar'. Kabbara-yukabbiru' maknanya membesarkan. Allahu akbar maknanya Allah Maha Besar. Jadi apabila kita kata bertakbir maknanya kita membesarkan Allah.


Bila kita mulakan solat kita bertakbir, begitu juga setelah selesai sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan kita bertakbir pada hari Raya 'Idul Fitri ataupun semasa berhari Raya 'Idul Adha. Apabila kita bertakbir kita kena yakin bahawa Allah sahaja satu2nya Zat Yg Sempurna: Sempurna dlm mencipta, memelihara, mengatur, bahkan sempurna dalam setiap perbuatanNya.

Bertakbir boleh ditunjukkan dgn menyebutkan 'ALLAHU AKBAR" (Allah Maha Besar). Imam Al-Qurthuby dlm tafsirnya menulis bhw sebutan 'Allahu Akbar' adalah sebutan yg paling sempurna dlm bahasa Arab bagi maksud membesarkan Allah SWT.


Umar bin Khattb ra berkata : Perkataan "Allahu Akbar" maknanya Allah Maha Besar daripada dunia dan apa sahaja yg ada di dalamnya.


Seorg hamba yg beriman pasti menyedari bahawa Allah sahajalah Yg Maha Besar. Selain Allah semuanya kecil dan tidak bermakna apa2 di hadapan Allah SWT. Lalu di samping mengucapkan Allah Maha Besar bagaimanakah carnya supaya lebih sempurna DALAM MEMBESARKAN ALLAH?


Imam Fakhruddi Ar-Raazy dlm tafsirnya menyebutkan bhw apabila membesarkan Allah hendaklah dgn penuh yakin bhw Allahlah Zat Yg Sempurna dan tidak memerlukan sesiapa. Hendaklah juga penuh yakin bhw Allah memiliki sifat2 yg terpuji dan jauh dp kekurangan dan keburukan. Dia juga hendaklah dgn penuh yakin bhw apa sahaja perbuatan Allah pasti penuh dgn hikmah dan kebijaksanaan.


Membesarkan Allah juga dpt disempurnakan dgn MENTAATI semua hukum2 Allah, BERZIKIR dgn MENYEBUT nama2Nya(SIFAT2 ALLAH) yg penuh dgn kebaikan (Asmaul-husna). Kemudian seseorang itu dpt juga MEMBESARKAN ALLAH dgn MENYEDARI bhw bagaimanapun dia membesarkan Allah dengan ilmu yg ada padanya sesunguhnya dia belum lagi sampai kpd membesarkan Allah seperti kenyataan yg sebenarnya krn SESUNGUHNYA ALLAH YG MAHA BESAR itu LEBIH BESAR dpd pengetahuan yg ada pada dirinya ketika membesarkan Allah SWT.


Ini bererti apabila seseorg hamba itu sentiasa membesarkan Allah seperti yg disebutkan di atas tentu hidupnya akan kekal dalam kebaikan sbb dia telah menyatakan bhw dirinya, keluarganya, harta bendanya dan apa jua yg ADA DI DALAM DUNIA INI adalah tidak mempunyai apa2 nilai apabila berada di hadapan ALLAH YG MAHA BESAR. Allahlah yg memiliki sgl2nya, mengatur dan menguasai, membinasakan dan melenyapkan, memelihara dan mengekalkannya. Allah berfirman:

وَلَهُ ٱلۡكِبۡرِيَآءُ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٣٧

Yang bermaksud: "
Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi serta Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Jaathiyah ayat 37).


Pada saat seseorang itu memperakui kebesaran Allah SWT maka jadilah dia sebagai HAMBA ALLAH yg layak utk DICINTAI dan DIKASIHI, DIJAGA Dan DIPELIHARA, DIKUATKAN dan DIMENANGKAN serta diberikan KEBAHAGIAAN dan KESEJAHTERAAN. Ini kerana hamba tersebut telah menyerahkan semua urusan hidupnya kpd Allah yg mengatur dan menguasai alam ini. Allah pula tidak akan menyia2kan hambaNya yg telah menyerahkan semua urusan hidupnya kpdNya. Di sinilah rahsia tinginya kandungan takbir yg kita ucapkan itu. Hanya org yg mengenal Allah sahaja yg akan mengerti apa yg kita sampaikan ini.


Daripada huraian di atas jelas kpd kita bhw membesarkan Allah bererti MEYAKINI bhw Allah adalah satu2 Zat Yang Maha Sempurna dalam pentadbiran, sbgaimana Allah adalah satu2nya Zat Yang Maha Sempurna dalam penciptaan dan perlindungan.


AYAT ini juga disebut juga sbg "Ayat 'IZZI" (AYAT KEAGUNGAN). Rasulullah saw mengajarkan ayat ini kpd seluruh keluarga baginda tanpa terkecuali. Ini kerana kandungannya yg tinggi dan mulia. Ayat ini juga boleh diamalkan sbg ZIKIR untuk menyembuhkan penyakit yang sedang diderita. (lihat dlm tafsir Ibnu Katsir).. Wallahu A'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails