Saturday, September 26, 2009

Zikir Mohon Perkenan Allah (InsyaAllah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَاْىۡءٍ إِنِّى فَاعِلٌ۬ ذَٲلِكَ غَدًا (٢٣) إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلۡ عَسَىٰٓ أَن يَهۡدِيَنِ رَبِّى لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَـٰذَا رَشَدً۬ا (٢٤

Dan janganlah engkau sekali-kali berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, esok pagi (kemudian nanti). Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari pada ini. ( Surah al-Kahfi ayat 23 dan 24).

Kedua2 ayat di atas adalah merupakan pengajaran kepada Nabi Muhammad saw dan kita semua iaitu tentang perkataan yang mesti diucapkan apabila kita hendak melakukan sesuatu pekerjaan pada masa akan datang. Perkataan tersebut merupakan zikir atau doa yang berisi dengan permohonan kpd Allah supaya Allah memperkenankan apa yang akan kita lakukan. Perkataan itu ialah INSYA ALLAH.

Sebenarnya kedua2 ayat di atas merupakan teguran kpd Nabi Muhammad saw yang lupa mengucapkan 'Insya Allah" semasa berjanji untuk memberikan jawapan kepada beberapa soalan pada esok pagi. Baginda ditanya ttg roh, ttg pemuda yg melarikan diri ke dalam gua dan juga ttg Dzulqarnain. Baginda sudah pasti tidak mengetahui akan jawapannya kerana baginda memang tidak mengetahui akan hal2 tersebut namun baginda berharap pada esok hari baginda akan menerima wahyu drp Allah sbgai jwpn kpd persoalan2 tersebut, kerana pada kebiasaannya apabila ada org bertanya maka wahyu dpd langit akan terus menjawabnya.

Namun pada kali ini wahyu tak kunjung tiba. Demikianlah menurut kebanyakan
riwayat berlalu selama 15 hari. Nabi menjadi gelisah dan org2 kafir pula mendapat peluang untuk mendustakan baginda. Akhirnya turun ayat ini sebagai teguran kpd baginda supaya mengucapkan "Insya Allah" apabila berkeinginan untuk melakukan sesuatu pada masa yang akan datang. Ini adalah adab yg mesti diperhatikan oleh seorg hamba yg menyedari bahawa sgl sesuatu berlaku dgn kehendak allah. Kita boleh sahaja berkehendak tetapi Allah juga berkehendak dan tidaklah akan berlaku melainkan kehendak allah, kerana DIAlah sebenarnya Yang Maha Berkuasa di alam ini. Allah berfirman :

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢٩

"
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam." (surah At-Takwir ayat 29).

Melalui kisah ini, dapatlah kita ambil pengajaran yg sangat berharga, iaitu pentingnya berzikir, khasnya pada masa dan keadaan2 tertentu, apa lagi yang sepenuhnya melibatkan kekuasaan Allah swt seperti menentukan perkara-perkara yang akan berlaku pada masa yg akan datang. Tidak ada sesiapapun di antara kita yg mampu menetapkan apa yg akan berlaku pada masa yg akan datang. Siapapun manusia, dgn kemampuan yg ada pd dirinya sendiri tak mampu dan tak pernah mendahului masa, tidak akan pernah mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jika ada yg mengaku mengetahui apa yg akan berlaku pada masa hadapan, dan mampu menetapkan apa yang akan terjadi, itu adalah pembohongan dan kesombongan. Alangkah bijaksana jika seseorang itu menyebut: Kita ini hanya mampu merancang/merencana tetapi Allah jua yang menentukannya supaya menjadi kenyataan.

Dalam satu hadis sahih ttg Nabi Sulaiman yg menginginkan anak seramai 70 org mengikut satu riwayat, 90 org menurut riwayat yg lain dan 100 org, mengikut riwayat yg lain lagi menginginkan apabila besar dan dewasa nanti menjadi pejuang2 agama Allah. Dan menurut riwayat, nabi Sulaiman diingatkan supaya menyebut "Insya Allah" namun Nabi Sulaiman tidak mengucapkannya. apa yang terjadi ialah Nabi Sulaiman hanya mendapat seorang anak sahaja itupun tidak sempurna sifatnya. Berkaitan dengan kisah Nabi Sulaiman ini, Nabi Muhammad saw bersabda : "Kalaulah Nabi Sulaiman itu mengucapkan 'Insya Allah' tentu dia akan mendapat apa yang dihajatkannya" (Sila rujuk tafsir Ibnu Katsir ttg kisah nabi Sulaiman ini).

JADI, jelaslah 'Insya Allah' adalah ZIKIR dan sekaligus DOA supaya Allah MEMPERKENANKAN apa yg kita kehendaki. 'Insya Allah' bermakna 'jika Allah menghendaki'. Maksud perkataan tersebut ialah memperakui bhw tanpa kehendak Allah tidak akan berlaku sesuatu perkara itu. Dengan menyebut 'Insya Allah bererti kita telah merendahkan diri dan mengagongkan Allah Yang Maha Berkuasa, mudah2an dgn sikap kita yg terpuji itu Allah memperkenankan apa yg kita kehendaki. Pada ketika itu sesuailah kehendak kita dengan kehendak Allah. Itulah yg disebut dgn taufiq Allah.

Hakikat ttg kehendak Allah ini mesti kita fahami dengan benar dan yakin dengan bersungguh-sungguh. Sungguh banyak ayat2 al-Quran yg menerangkan ttg sgl sesuatu brgantung kpd kehendak Allah. Dalam surah Ali-Imran ayat 26 dan 27 umpamanya menyebut
maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26)
Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya(tanpa batas)"(27)
.


Orang2 yg berilmu dan beriman akan sentiasa menyedari perkara ini, dan ini akan melahirkan ketenangan dan kedamaian. Ketenangan didapatkan krn keyakinan terhadap Allah Yg Menghendaki kebaikan utk kita dan Dia pula Maha Berkuasa dan tidak ada sesiapa yg mampu menghalang KehendakNya. Perkataan 'Insya Allah' juga kita ketemui dalam Surah As-Saaffat ayat 102, keluar daripada mulut Nabi Ismail ketika Allah memerintahkan penyembelihannya. Allah berfirman: "
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar". (As-Saaffat - 102) .

Perkataan yg mulia ini juga keluar daripada mulut Nabi Yusof ketika mempersilakan orgtua dan saudara maranya untuk tinggal di Negeri Mesir dan akan mendapatkan keamanan. Allah berfirman:
Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, Insya Allah kamu berada di dalam aman. (Surah Yusuf ayat 99).

Perkataan agong ini juga diucapkan oleh Nabi Syu'aib di hadapan Nabi Musa as, Allah berfirman: "
Bapa perempuan(Syu'aib) itu berkata (kepada Musa): Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama lapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah daripada kerelaanmu sendiri dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, daripada orang-orang yang baik layanannya. (Al-Qasas ayat 27)

Demikianlah perkataan 'Insya Allah' yg merupakan ZIKIR dan DOA. Mudah2an kita sentiasa ingat untuk mengucapkannya tidak hanya di mulut tetapi dgn kefahaman dan keyakinan di hati. INSYA ALLAH.

No comments:

Related Posts with Thumbnails