Monday, October 26, 2009

Jangan Langgar Hak Asasi...

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Saya pernah mengalami rasa sakit hati ketika berada di jalan raya suatu ketika dahulu.. tapi tidak kini kerana sudah lama tidak boleh memandu, walaupun lesen memandu diperbaharui setiap tahun atau setiap dua tahun. Bila berada saja di atas jalan raya, sebaik saja nak keluar dari simpang jalan rumah ke jalan besar hati dah mula nak marah, masakan tidak, nak keluar simpang pun susah krn walaupun jalan tu jalan kita ada je kereta, lori dan bas laju saja tanpa menghiraukan lorong tu sepatutnya lorong kita. Ada2 sajalah rasa nak marah bila tersinggung dek perangai pemandu yg nak laju, pemandu yg nak perlahan, yg nak masuk ke simpang dan macam2lah.

Pernah sekali tu, bergaduh dgn pemandu lelaki kononnya saya ni daring sgt, pakai tudung tp bawa kereta mengalahkan lelaki..saya sempat berdialog dgn dia tapi tak delah sampai menyengseng kain.. ha ha.. kalau dia di tempat saya pun tentu dia buat seperti itu.. ya lah nak keluar simpang dengan kereta yg berderet2 perlahan panjang berjela2 kalau tak menyelit bilalah nak boleh keluar dari simpang tersebut.. alamatlah maghrib di tengah jalan.. hu hu dia pun minta maaf tp saya kata kereta saya tak calar pun sedangkan kereta dia kemek dan perlu dibaiki.. dia memotong saya dp kiri saya terus belok ke kanan, sedangkan saya nak terus ke hadapan.. saya gesel bahagian tayar depan sebelah kanan kereta dia dan kemek.. Saya kejar dia, dia berhenti.. Alhamdulillah kereta saya tak apa2, saya pun tak apa2 dan anak saya tercengang2 dalam kereta tengok mak dia yang terlampau berani. Subhanallah. Tak boleh kenanglah.. Sanggup dia buat macam tu semata2 krn marah saya keluar simpang tu sebelum dia ke depan.. dan saya pula berani mengejar dia. Dia bagi saya kad. bisnes.. Tapi dah tak tau di mana dah kad tu.
. Saya pun tak hubungi dia nak buat apa..

Pernah juga org memotong que ketika nak bayar di kaunter dan ada yg melanggar hingga terhoyong-hayang bawa perut memboyot sbb bayi dlm kandungan tanpa memohon maaf. Dalam hati berkata apalah manusia ni.. tak nampak ke susahnya si buyong ni nak menapak.. mentang2lah dia kuat.. di pasar chow kit pulak tu.. ramai orang!!

Saya rasa ramai di antara kita yg alami perkara2 begini. Kalau tak banyak kali, pasti sekali ada juga. Saya jadi terfikir kenapa perasaan dan sikap begini perlu ada di kalangan kita sedangkan kita adalah muslim.

Kemudian saya jadi terfikir kenapa di Mekah juga bila nak melontar jumrah, kita rasa macam tak selamat walhal Islam itu selamat, aman dan tenteram.

Apa yg sepatutnya kita lakukan ialah hayati hadis2 nabi ttg hak2 org muslim. Banyak hadis dan Athar diriwayatkan utk kita sebagai panduan. Kita tak sepatutnya melanggar hak asasi ini.

Memberi salam apabila bertemu dgn seagama, penuhi undangannya jika diundang, jawab bersinnya, ziarahi dia bila sakit, hantar jenazahnya jika meninggal, nasihati dia jika dia minta, jaga aibnya; semua ini banyak ditemukan dalam Hadis dan Athar.

Anas ra merawikan dp Rasulullah saw; baginda bersabda;

"Ada empat hak org muslim yg ada padamu: Kau tolong mereka yang baik, kau minta diampunkan mereka yg berdosa, kau doakan mereka yg telah meninggal dan kau suka pada gantinya".

Ertinya menurut Ibnu Abbas, yang baik mendoakan yg jahat dan yg jahat mendoakan yg baik. Jika yg jahat melihat umat Nabi Muhammad itu baik; berdoalah; "Ya Allah! berilah berkat kebaikan yg telah kau berikan kepadanya serta tetapkan ia untukku, serta berikan manfaatnya kepada kami". Jika org baik melihat kpd org jahat, berdoalah : "Ya Allah! tunjukkan dia, terimalah taubatnya, ampunilah dosanya!" Dan hendaklah seorang hamba menyukai seorang mukmin dgn apa yg dia sukai serta menghindarkan daripada mereka apa yg tidak disukai.

Kita pula buat perkara yg terbalik; bila kita lihat org jahat kita akan kutuk dia mungkin kita akan mendoakan yg tidak baik, kita sumpah2 dia; kita sanggup kata, :"Di dunia ni aku takkan maafkan kamu rasa kamu di akhirat nanti". . Beraninya kita kalau berkata seperti itu. Lebih2 lagi kalau kereta org buat hal dgn kita, kita sumpah; "hii hendaknya lepas ni masuk longkang la".. "Accidentla. lepas ni!!!. mampuslah engkau.."

An-Nukmin Basyir berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ibarat sesama mukmin dalam berkasih sayangnya seperti sebuah jasad, jika meratap salah satu anggotanya, maka seluruh anggotanya akan berdukacita"

iaitu "jika sakit salah satu anggotanya, seluruh anggotanya berasa sakit"

Abu Musa ra merawikan dp Nabi saw, baginda bersabda; "Orang mukmin terhadap org mukmin lainnya ibarat bangunan yang satu, setengahnya menguatkan yg lain".

Sebahagian daripada hak itu adalah seseorang tidak menyakiti org lain baik dgn perbuatan atau juga lisan. Rasulullah besabda; "Tanggungjawab seorang muslim ialah menjaga lidahnya dan tangannya terhadap muslim yg lainnya".

Juga Rasulullah saw bersabda dlm satu hadis yg panjang, baginda memerintahkan bbp kebaikan. "Jika tidak mampu, jauhkan manusia daripada keburukanmu. Itupun sedekah yg engkau sedekahkan untuk dirimu".

Dalam satu riwayat; Mujahid berkata, "Ahli neraka itu ditimpa kudis yg mereka garu hingga nampak tulangnya. Jurupanggil (malaikat) bertanya, "Hai fulan! apakah ini tidak menyakitkanmu?" Dia berkata; "Ya." Jurupanggil lalu berkata; "Inilah akibat kamu menyakiti org mukmin." Rasulullah bersabda; "Aku melihat seorang lelaki di Syurga kerana memotong pohon yg menyusahkan org muslim di jalan. Abu Hurairah bertanya, "Ya Rasulullah! ajarilah aku ilmu yg dpt aku manfaatkan!" Rasulullah bersabda; "Buangkanlah hal yg menyakitkan di jalan kaum muslimin sesuatu yg menyusahkan mereka, maka dgn sebab itu Allah mencatatkan satu kebaikan. Dan siapa yg Allah catat satu kebaikan pasti Allah masukkannya ke Syurga". Rasulullah saw bersabda lagi; "Tidak halal bagi seorang Muslim mengisytiharkan kpd saudaranya dgn satu pandangan yg menyakitkannya". Juga Rasulullah saw bersabda; "Tidak halal orang Islam mengherdik org Islam yg lainnya". Lagi baginda bersbda, "Allah tidak suka sesuatu yg menyakitkan kaum mukmin".

Jadi apabila kita bertemu org yg tak dikenali apalah salahnya kita senyum. atau sekurang2nya tak tunjuk muka bengis kita.. tetapi kena hati2 juga bimbang pula mereka ni pula tak tahu nak jaga hak sesama muslim.. entah2 dipukau pula.. (Semoga dilindungkan oleh Allah)

Sesetengah dp hak seseorang ialah hendaklah seseorang muslim itu bertawadhuk kpd muslim yg lainnya. Tidak sombong kpdnya. Allah tidak suka kpd setiap yg sombong. Oleh itu Rasulullah bersabda; "Allah memberi wahyu kpdku agar engkau bertawadhuk sehingga tidak ada org sombong terhadap lainnya, kemudian jika dia disombongi oleh org lain hendaklah dia bersabar".

Jadi dalam kes bawa kereta ni saya rasa memang ada sifat sombong ketika kita memandu, kita merasakan kitalah seorang sahaja yg pandai memandu, merasa kitalah seorang sahaja yg mengikut peraturan.. alih2 marah kpd yg lain yg tak mengikut peraturan.. kononnyalah.. patut2nya kita bersabar je lah.. kita kena amakanlah hadis yg baru disebut di atas td, barulah selamat di atas jalan raya, selamatlah pula di akhirat.

Saya amatlah berharap jika saya dulu bawa kereta menyakitkan hati orang, haraplah orang itu memafkan saya.. dan sayapun insyaAllah dah maafkan semuanya.. dan saya selalu berpesan kepada pemandu2 saya bila berada di atas jalan jgn tak sabar.. siapa lagi kalau bukan husband dan anak2 yg sanggup jd drebar saya.. alhamdulillah.

Semoag N3 ni dpt memberikan kita manfaat.. amiin.

8 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

sejak accident dulu, saya lebih penyabar di atas jalanraya

insakhai said...

salam..

masa sy tggl di brunei dulu, org2 di sana paling beradab dlm memandu, bagi org lain dulu keluar/msuk simpang/lorong.

Diorg x bwk kreta laju2(walau byk kreta sport skali pn)

Pejln kaki boleh dikatakan x pyh tgk kiri kanan kalau nk melintas(jln bndr la), mmg kereta akan brek dulu.

Pernah skali sy nk terlanggar org, dia pakai lintas je...tp bila teringat blk, eh..ini bkn m'sia.

fadhlina said...

salam mak,
heheheeh..tak sabar n asyik nak marah je..asyik ingt org je wat silap..diri sendiri ni pon sama je..xslalu pon betol..hihihi
pasni insyaAllah slow2 praktikkan maafkan org n tak marah2 org len bwk keta wpon dorang salah=p

Werdah said...

salam akl citizen,

benar apa yg dicakapkan tu, bila kita dah dpt pengalaman atau diuji kita insaf, sama spt kita belajar psikologi pendidikan dulu, pensyarah ambil contoh bila kucing nak melintas jalan, manalah dia tahu rasa bila kena langgar, tp bg kucing da kena langgar dik kereta habislah dia.. tp bagi kita Allah nak didik kita kan!! macam kl citizen juga, kak alhamdulillah selepas mengalami peristiwa perit seolah2 dah ada dlm liang lahad mcm telah dikambus, selalu juga beringat2 fsl marah ni.. mudah2an kita sentiasa diberikan sifat sabar.. amiin

Werdah said...

Salam InsaKhai,

kak belum pernah ke Brunai, tapi suami dan anak kak pernah ke sana.. di sana tak jam macam di sini, tak kena bayar parking, aman kata suami dan anak.. tak macam kita di sini lebih2 lagi di kota metropolitan ini.. kwn kak di jb kata org2 kl kalau g jb huh tak ingat yg tu jb.. itu dlm thn2 90-an, skrg tak taulah..

Teringin sgt supaya negara kita jd mcm negara Brunei kan.. kita negara lebih besar dp negara mereka, kita pun ada minyak tp org2 kita tak nak berdisiplin mcm di sana. rumah mereka pun katanya tak berpagar.. amanlah katakan!!

mudah2an suatu hari kita juga dpt seperti itu kan.

Werdah said...

Salam ina,

Mudah2an anak mak jd seorang yg penyabar.. buruk sgt bila dgr marah2, merungut2 kat org.. kita patut amalkan doa2 yg Allah dah beri kpd kita bila berada di jalan raya.. doa yg paling mudah baca اعوذ بالله من الشيطان الرجيم sebab yg buat kita marah tu syaitan.. tak pun bc bismillah.. atau istighfar banyak2.

InsyaAllah kita selalu beringat2 bila di jalan raya..

faizal said...

Salam..

mungkin orang boleh katakan menulis lebih mudah daripada mempraktikkan tetapi itu lah hakikat yang perlu dijadikan realiti iaitu solat mencegah kemungkaran..

ini bermakna jika kita bersolat tetapi tidak dapat membawa diri berada dilandasan islam sebaik-baiknya maka solat kita itu ada yang tidak kenanya..

muslim yang bersolat dengan baik dan sempurna kiranya dapat membentuk keperibadian yang mulia...insyaallah

Werdah said...

Salam Faizal,

Terima kasih krn berkunjung..

Benar kata Faizal tu.. kdg2 menulispun bimbang juga krn dikhuatiri tidak berbuat spt apa yg ditulis.. krn iman tu sebenarnya diamalkan dan kita dipersoalkan jika kita berbuat tidak spt yg kita ucapkan.. mudah2an kita diberi kekuatan oleh Allah mrnyedari hakikat beriman.

Benar juga katamu dik.. solat ug sempurna adalha solat yg benar2 khusyuk, semasa kita puji Allahu akbar, kita rasa kita ni amat lemah selemah2nya.. Allah sekuat2nya, bila kita tsbih mensucikan Allah kita merasai kekotoran kita.. hendaklah kita menghayati doa Nabi Zakariya as utk mendapatkan khusyuk.. dan handaklah kita hayati saranan Allah dlm ayat 106 hingga 110 surah Al-Isra' yg menjelaskan tingkatan2 khusyuk..

Mudah2an kita semua diberikan kekuatan utk diterima sebagai hamba Allah, sbb semaua manusia ni digelar hambaNya tetapi siapakah yg layak sebenarnya utk digelar sedemikian..

Sama2lah kita ingat mengingati semog kita tidak alpa ttg diri kita.. Amiin.

Related Posts with Thumbnails