Monday, November 9, 2009

Betapa berat mata memandang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Sebenarnya banyak perkara yg tidak dapat dijangkau oleh pengetahuan kita.. bagaimana pula kesudahan hidup org2 di kampong ini.. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Padang jarak padang tekukur di Jawa timur

Rencana ni dipetik dp Utusan Malaysia Online.. di sini


HANYA bumbung masjid yang tinggal, lainnya habis
ditenggelami yang keluar dari perut bumi di Sidoarjo
di Jawa Timur, sejak tiga tahun lalu.

Kira-kira tiga tahun lalu, penduduk di kampung-kampung sekitar Sidoarjo dan Lapindo, Jawa Timur begitu tenang dan gembira.

Tanah yang subur membolehkan kebanyakan penduduk kampung berkenaan menjalankan aktiviti pertanian. Mereka mendapat hasil yang lumayan dan kebanyakan mereka mampu membina rumah-rumah batu yang selesa untuk didiami.

Mereka menghias halaman rumah dengan pokok2 hiasan juga pokok-pokok buah-buahan yang lebat berbuah.

Pada suatu hari jentera-jentera berat mula memasuki kawasan kampung; katanya untuk melakukan kerja-kerja menggali minyak. Penduduk kampung pada mulanya agak gembira kerana penemuan minyak mentah di kawasan mereka pastinya akan mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Mungkin anak-anak muda tidak lagi perlu membanting tulang di sawah padi, sebaliknya bekerja dengan syarikat menggali minyak yang tentunya memberi pendapatan yang lebih lumayan.

Namun demikian; dibenak mereka juga timbul rasa kebimbangan jika sesuatu berlaku. Ini kerana kedudukan kawasan penggalian terlalu hampir dengan penempatan penduduk.

Akhirnya kebimbangan itu memang menjadi kenyataan apabila tiba-tiba sahaja lubang yang digali meletup dan menyemburkan lumpur panas dan sehingga hari ini tidak pernah berhenti, begitulah cerita seorang penduduk yang dikenali sebagai Yahya ketika ditemui baru-baru ini.

Letusan lumpur itu telah merenggut kehidupan 25,000 penduduk dari 17 buah kampung. Lumpur yang berhambur keluar dianggarkan 100,000 meter padu sehari itu menyebabkan sebanyak 10,425 buah rumah dan 77 buah masjid tenggelam di dalam lumpur.

Apa yang tinggal kini hanyalah bumbung sebuah kilang dan bumbung sebuah masjid, yang lainnya ibarat padang jarak padang tekukur. Bahkan tidak ada seurat rumput yang dapat tumbuh di atas lumpur yang telah kering dan keras kini.

Setakat ini hanya kira-kira 20 peratus sahaja penduduk yang dibayar pampasan oleh syarikat yang bertanggungjawab iaitu Lapindo Brantas.

Selebihnya penduduk masih lagi menunggu dan kebanyakan mereka kini mendiami rumah yang diperbuat daripada buluh sejak tiga tahun lalu.

Mujurlah juga kini kawasan berkenaan menjadi tumpuan pelancong dan ini memberi peluang pekerjaan baru kepada penduduk kampung sama ada menyediakan pengangkutan atau sebagai pemandu pelancong.

Selain itu mereka juga menjual VCD tentang kejadian semburan lumpur itu kepada para pengunjung.

Untuk masuk ke kawasan berkenaan kini dikenakan bayaran RM1.50 dan pengangkutan menggunakan motosikal dikenakan bayaran RM15. Itulah satu-satunya punca pendapatan penduduk di kawasan berkenaan kini.

Ramai juga anak-anak muda meninggalkan kampung berkenaan kerana tidak lagi selesa didiami dan tidak mampu memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

Pihak kerajaan pula dilihat tidak begitu serius dalam menyelesaikan pembayaran pampasan tersebut dan apabila syarikat terbabit menyatakan tidak dapat membayar baki pampasan kerana kesan daripada krisis ekonomi global, ia langsung tidak dibantah.

Apa yang dapat dilakukan oleh penduduk kini hanyalah mengadakan tunjuk perasaan, majlis berdoa beramai-ramai dan selebihnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Setiap petang ramai yang duduk menatap padang lumpur sementara menunggu matahari terbenam dengan pandangan hampa.

..........................................................................................................................................................................

Boleh juga lihat dp Wikipedia

Gambar-gambar di bawah diambil daripada : Sini

School destroyed by mud flow.


Mudflow, photo taken on July 21 2006


Lake created by mud with steaming mud flow in background.



Photo taken of the area of Sidoarjo destroyed by the mud.


Gambar2 di bawah pula diambil dp sini

Lusi has been erupting for two years, leaving 30,000 people homeless


The Lusi mud volcano may be active for decades, some believe


Victims scatter flower petals on their former village, now swamped by mud

The victim of the mud volcano

Giant levees have been constructed to contain the mud

7 comments:

syahbandar87 said...

hmmm..menarik berita ini.trima kasih kak:)

Alimaz-Kembara Terasing said...

sesuangguhnya allah itu maha mengetahui setiap apa yang terjadi...

Solehah said...

ya Allah..tak sangka ya impak begitu berkemungkinan terjadi dgn kerja carigali ni..semua tu urusan Allah..pasti ad hikkmahnya..

um. masyitah said...

Salam kak,
Dulu ada pembantu saya ceritakan tentang banjir lumpur ni,dia pun dekat dengan Sidohorjo ni, tapi saya tak terbayang macam mana hinggalah terbaca kat MM.

Werdah said...

Salam kepada Syahbandar, Alimaz, Solehah dan ummu masyitah,

Macam2 yang berlaku tidak kita ketahui jika kita tidak membaca.. begitulah dgn Kehendak Allah juga semuanya ini terjadi. Dgn perkembangan teknologi manusia dpt berhubung dgn org2 yg tak dikenali mcm kita sekarang ni.. melalui penulisan blog kita berkenalan.

Mmg benar kata2 kwn2 semua.. semuanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui.. begitu juga hikmahnya pun di bawah PengetahuanNYa.

zai said...

Salam Kak Werdah..

Gerunnya melihat kehebatan kuasa Allah yang ditunjukkan kepada kita setiap masa dan ketika..meskipun begitu masih ramai manusia yang lupa dan ingkar dengan perintahNYA maka apabila telah diberi peringatan berkali-kali pastinya Allah akan menjadi terlalu murka maka apabila diturunkan bala semua akan menerima akibatnya tak kira bersalah atau tidak..itulah yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak agar tidak memejamkan mati dan tulikan telinga melihat kemungkaran yang berlaku dan berleluasa disana sini dan dilakukan secara terang-terangan lagi oleh orang2 islam..

Tapi sedihnya banyak pandangan ulamak disingkirkan dan diperlekehkan oleh para pemimpin kita sendiri dan itulah yang menjadi kerisauan zai sehingga kini...bimbang satu masa kelak..Malaysia yg begitu aman ini akan diturunkan bencana alam oleh Allah sptmana yg berlaku di indonesia dan acheh...NA'UZUBILLAH..

Werdah said...

Salam Zai,

Kak pun risau seperti Zai. Dah banyak peringatan yg Allah berikan sejak zaman berzaman bagi menunjukkan betapa DIA kasihkan manusia yg DIA cipta, namun peringatan2 itu dianggap sebagai fenomena alam. Sedangkan apa yg berlaku tu telahpun Allah suratkan dalam LOH MAHFUZ lagi.. org2 yg mengkaji sains jika mereka mengkaji al-quran mereka akan tahu bhw fenomena alam telahpun Allah beritakan kpd Nabi2 dan Rasul2Nya.Tapi org2 Islam masih leka, menyatakan pelbagai alasan.

Tugas kita ialah menyedarkan org2 yg belum sedar betapa pentingnya mempunyai negara yg umatnya mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Senjata akhir kita pula ialah berdoa agar pemimpin kita sedar akan tangungjawab mereka.. supaya mereka sedar bahawa bila menyesatkan org, nnt di akhirat merekalah yg menjadi pemimpin membawa pengikutnya terjun ke neraka sptmana Firaun membawa pengikut2nya tenggelam ke dlm lautan..

Related Posts with Thumbnails