Tuesday, December 1, 2009

Fitnah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Fitnah datang dlm pelbagai rupa. Bahkan ketika nyawa kita telah dipisahkan dpd jasadpun fitnah kubur dtg menghantui kita di dalamnya. Oleh sebab itulah Rasulullah saw menasihati kita supaya memohon perlindungan kepada Allah daripada fitnah dunia(hidup), fitnah mati, fitnah kubur dan fitnah akhirat.

Zaid bin Tsabit ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Jika tidak kerana kalian saling menguburkan org yg mati pasti aku memohon kpd Allah agar memperdengarkan siksaan kubur kpd kalian apa yg aku dengar". Kemudian rasulullah saw menghadapkan wajahnya seraya berkata; "Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada siksa neraka". Para sahabat berkata; "Kami memohon perlindungan kepada Allah dpd siksa neraka". Rasulullah saw bersabda; "Mohonlah perlindungan dpd siksa kubur". Para sahabat berkata; "Kami memohon perlindungan Allah dpd siksa kubur". Lalu baginda bersabda; "Mohonlah perlindungan Allah dpd pelbagai fitnah sama ada yg nampak mahupun yg tak nampak". Para sahabat berkata; "Kami mohon perlindungan Allah dpd pelbagai fitnah sama ada yg nampak mahupun yg tak nampak". Rasulullah saw berkata lagi; "Mohonlah perlindungan Allah dpd fitnah dajjal". Para sahabat berkata; "Kami memohon perlindungan kepada Allah dpdfitnah dajjal". (H.R. Muslim dan sahih Muslim :5112)

Doa yg diajar oleh Rasulullah saw supaya dibaca pada Tahiyyat Akhir (Tasyahud) dalam solat: "Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada siksan neraka jahannam dan siksa kubur, daripada fitnah ketika aku hidup dan mati, juga daripada fitnah dajjal". Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah saw bersabda: "Jika seseorang telah selesai membaca tahiyyat akhir, hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara iaiatu daripada siksa neraka Jahannam, siksa kubur, fitnah hidup dan mati dan dajjal.

Fitnah-fitnah yg dihadapi manusia adalah seperti berikut:

Siksa Neraka Jahannam:

Orang yg berdosa akan dibakar dgn nyalaan api neraka. Biarpun pada realitinya kita belum dpt merungkaikan keadaan yg sebenar namun neraka Jahannam merupakan putusnya rahmat Allah kpd manusia yg berdosa. Apabila terputus rahmat Allah, manusia akan tersiksa. Neraka Jahannam adalah tempat yg Allah sediakan utk hamba2nya yg rajin berbuat dosa, kerap melakukan maksiat, berbuat mungkar dalam alam sebenar. Neraka Jahannam merupakan tempat kembali manusia yg kufur (ingkar), munafik, manusia2 yg mengabaikan tertegaknya syariat allah swt. Neraka Jahannam juga adalah tempat yg disediakan untuk manusia yg meninggalkan ibadah, manusia yg mempunyai hati yg tak mahu tunduk kpd perintah Allah, selalu menuriti hawa nafsu melanggar perintah dan larangan Allah sebagaimana yg Allah firmankan:

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. (al-Baqarah [2] : 206)

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain daripada jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An-Nisaa' [4] : 115)

Siksa Kubur.

Rasulullah saw menghabarkan bahawa kubur itu gelap, sempit, ada sebatan cemeti besar dan keras daripada dua malaikat. Ini akan dirasai oleh si mati jika tidak dpt menjawab soalan malaikat kubur. Masalah ini akan dihadapi oleh manusia yg kufur kpd Allah yakni meninggalkan sgl perintah Allah. Ketika terperap dalam kubur yg gelap dan sempit serta disoal pula lalu apabila tidak dapat menjawab kena pula sebatan cemeti; ini akan dihadapi oleh manusia yg kufur (ingkar) dan siksaan ini akan berlanjutan hingga ke hari kiamat apabila dibuat perhitungan dan pembalasan. Tidak dapat menjawab soalan dalam kubur adalah lanjutan kepada ketulenan iman dan Islam seseorang semasa beramal di dunia. Siksaan kubur ini adalah lanjutan kepada dosa2 dan kemaksiatan yg dilakukan di dunia. Dan kubur adalah permulaan hari kiamat; Allah swt berfirman:

Dan wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab siksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing menjerit-jerit memanggil (memohon pertolongan), (al-Ghafir/Mukmin [40] : 32)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur. (Al-Mumtahina [60] : 13)

Fitnah dunia (hidup) dan mati

Sebagaimana yg digambarkan oleh Rasulullah saw, fitnah dunia berlaku akibat daripada kelalaian manusia ataupun ujian daripada Allah swt. Fitnah dunia ini terjadi apabila hati manusia mencintai selain Allah. Manakala fitnah mati pula adalah 'warisan' keburukan atau kejahatan yg dilakukan semasa berada di dunia. Fitnah ini berupa kesyirikan, kemunafikan dan segala perilaku jahat atau bersifat mazmumah. Manusia yg menghadapi fitnah ini tidak dapat membawa dirinya, keluarganya apatah lagi masyarakat ke arah mentaati perintah Allah swt.

Fitnah dajjal

Rasulullah saw menggambarkan bahawa dajjal bakal muncul dengan menyerupai manusia bermata satu, yg memaksa penduduk dunia menanggalkan iman. Namun dajjal duniawi telah lama wujud di dunia. Dajjal wujud dgn cara menjadikan manusia tamak kpd harta, haloba kpd kesenangan dunia, rakus terhadap kekuasaan dan pelbagai ragam lagi yg selalunya merosakkan keimanan seseorang. Dajjal sebenarnya ialah apa2 sahaja yg boleh menanggalkan iman dan Islam di dada seseorang. Apabila seseorang telah termakan fitnah dajjal imannya akan redup dan seterusnya akan hilang lenyap dan akhirnya akan mati dalam kekufuran.

Fitnah dunia

hidup di dunia adalah sementara dan kehidupan didunia merupakan ujian untuk menuju akhirat. Ayat2 al-quran banyak menyebutkan tentang dunia; untuk menentukan kehiduoan di akhirat. Al-Quran menyebutkan ttg perihal dunia yg perlu diawasi agar tidak menjadi fitnah yg menyebabkan sengsara di akhirat. Antaranya ialah;

Sesungguhnya perbandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi daripada jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). (Yunus [10] : 24)

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (45) Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Al-Kahfi[18] : 45 - 46)

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-hadid [57] : 20)
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Ali Imran [3] : 14)

Banyak lagi ayat2 al-Quran yg menerangkan bahawa kehidupan di dunia adalah memperdayakan.

Rasululullah saw menyuruh umatnya untuk sabar menghadapi tanda2 fitnah dunia sepertimana baginda berpendapat; "Dunia adalah penjara bagi bagi org2 beriman, syurga bagi org2 kafir".

"Barangsiapa yg dirasuk kecintaan kpd dunia maka dia akan diliputi 3 perkara iaitu kesengsaraan yg tiada penghujung, rakus yg sentiasa tidak berkesudahan serta angan2 yg tidak ada pengakhirannya".

Fitnah akhirat

Fitnah akhirat bermula apabila seseorang masuk ke alam kubur sehingga datangnya hari kiamat dgn sgl kedahsyatannya. Allah swt berfirman:

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (daripada perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)". (Al-An'am [6] : 122)

Fitnah akhirat yg paling besar ialah fitnah kubur, iaitu pertanyaan di kubur iaitu pertanyaan ttg siapa Rabbnya? Agamanya? Nabinya? dan seterusnya. Jika seseorg itu semasa hidupnya sentiasa istiqamah di jalan Allah, selamatlah dia daripada fitnah kubur.

Fitnah orang2 kafir

Satu lagi fitnah yg sering dihadapi oleh org2 mukmin ialah permusuhan dgn org2 kafir.

Fitnah kesombongan dan bangga diri.

Sombong dan ujub merupakan fitnah terbesar dalam kehidupan manusia di dunia.

Kesimpulan:


Selain yg disebutkan di atas banyak lagi ranting2 fitnah ygmelanda diri manusia. Oleh itu hendaklah kita selalu berjaga2 daripada segala fitnah yg dinyatakan di atas dengan banyak memohon perlindungan daripada Allah; supaya segala amalan kita di dunia ini tidak menjadi sia2. Sesungguhnya nikmat yg Allah beri kpd kita berupa penciptaan kita daripada tiada kepada ada dan diberikan rezeki berupa kesihatan dan keupayaan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan perintahNya haruslah disyukuri. Di samping berusaha melaksanakan perintah, berdoalah dan beristighfar kerana jika tidak kerana Allah yg memberikan segalanya kepada kita; kita tak mampu berbuat apa2.

Sekian, mudah2an memberi manfaat.

6 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum k.werdah

memang sangat bermanafaat.. terima kasih

Aulawi Ahmad said...

Tq 4 sharing :)

Werdah said...

wa'alaikumussalam normah.

sama2 kita ambil manfaatnya.

Werdah said...

salam aulawi Ahmad,

terima kasih dtg blog

ckg rash said...

Assalamu'alaikum,

Teruskan memberi peringatan kerana setiap insan kena sentiasa diperingatkan...

Werdah said...

wa'alaikumussalam ckg rash,

insyaAllah, mudah2an diberi kekuatan, tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolongan Allah

Related Posts with Thumbnails