Thursday, December 17, 2009

HIJRAH KEKASIH

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

HIJRAH KEKASIH

Kesetiaan Abu Bakar teman sepanjang jalan
Keberanian Ali menggamit maut di hujung selimut
Ketabahan Asma’ serikandi perancang bekal musafir
Setia, berani dan tabah terserlah
Di hijrah Rasulullah… menuju Allah
ke kota Madinah

Di gua Thur jejaring lelabah mengukir keliru
Merpatipun bersarang rendah menghibur gundah
Bisa ular di kaki Abu Bakar menjadi penawar
Angin malam dan ribut pasirpun reda seketika
Tentera Tuhan… akur setia
Suara alam…. sunyi seketika
pada dua kekasih-Nya di dalam gua

Di Madinah suara rindu syahdu mendayu
Hari syukur, tafakur atas nikmat dan rahmat
Marhaban… marhaban… marhaban
meriah kedengaran
Al Qaswa dibiarkan memilih persinggahan
di depan rumah Abu Ayub akhirnya…
bertamulah keberkatan

Dibina masjid telapak semadi ketulusan hati
dengan Ilahi…
sesama insani…
Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan
Aus dan Khazraj diserasikan
Perisai ummah benteng kekuatan

Itulah keindahan sebuah hijrah
Yang bertintakan kesusahan…
berdakwatkan ketabahan
Itulah hijrah kekasih Allah
Berasaskan iman bertunjangkan ukhwah
Menara Islam terjulang…
di Madinah Munawwarah!

Dipetik dp sini

SELAMAT BERHIJRAH KEPADA KEBAIKAN!!!
Semoga kita dapat berhijrah dengan tenaga, harta, masa dan jiwa.


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431H KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT . SEMOGA TAHUN DEPAN LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN INI.. INSYA-ALLAH.

6 comments:

Daud Mili said...

Selamat2...~

Azrai Ahmad Zamri said...

salam hijrah..
m0ga tahun baru terus mmberi sinar kebaikan & kebahgian buat semua..
salam Maal Hijrah

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam maal hijrah dari kami berdua...

Mybabah said...

Salam Werdah. Saya dan isteri ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada Werdah sekeluarga. Semoga tahun baru nanti hidup kita semua terus diberkati Allah.

a kl citizen said...

assalammualaikum

salam maal hijrah juga....

Werdah said...

Salam Daud, Azrai, Alimaz, MyBabah,n Normah,

Salam semua, semoga kita semua dapat menambah amal kebaikan dan membaiki kehidupan kita dan diberkati Allah. Amiin.

Related Posts with Thumbnails