Tuesday, December 8, 2009

Santapan Rohani.. Info dp Ina

Bismillahirrahmaninrrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari tu bc bolg anak buah tentang majalah SOLUSI di sini

Menaraik majalah tu sebenarnya.. rupa2nya dah ketinggalan jauh ke belakang.. dah keluaran ke 14.. semalam waktu balik daripada hospital selepas jumpa doktor otopedik kami bertiga, saya, ina n jihah singgah di Restoren Haslam, makan di situ.. hampir restoren tu kan ada Nufair Books Strore. Masuklah ke situ.. niatnya nak tengok2 je.. tapi nampak la majalah SOLUSI tu di satu sudut.. maka tak lepas peluang membeli.. dapatlah beli keluaran 11, 12, 13 n 14.. Jika nak tengok rupa kulit majalah ni keluaran yang lepas googles je.. ada kat sana taip je majalah solusi.




Gambar2 di atas ni dp blog Ina.. halal ya ina!!
Terima kasih ina krn bg maklumat ni..

Memang banyak artikel2 yang menarik.. Ketua Editor majalah ni pula ialah pemilik blog Genta Rasa.. Memang seronok membaca blog beliau..

Di bawah ni saya masukkan catatan daripada Editor keluaran ke 14.. Tajuknya Allah Memberi Untuk kita Memberi... bacalah..

Siapa yang lebih cinta maka dialah yang lebih banyak memberi. Justeru, jika kurang memberi itu petandanya "kurangnya cinta". Apabila kurang rasa cinta tergugatlah persudaraan dan rengganglah perpaduan.

Oleh sebab itu, hidup ini harmoni apabila kita banyak memberi bukan menerima.

Manusia memikul tanggungjawab di muka bumi. Tugas khalifah itu untuk memberi kebaikan; buat diri sendiri, orang lain dan persekitaran. Hanya dengan itu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan material, keamanan dan keampunan Tuhan.

Malangnya dalam hidup ini ramai orang mementingkan bagaimana untuk mendapat bukan memberi. Pada sangkaan mereka, mendapat itu membahagiakan. Maka berlakulah persaingan malah perebutan. Padahal hidup bukan untuk bersaing malah untuk saling berkongsi. "We are here to complete not to compete!" - kita di dunia ini bukan untuk bertanding tetapi untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Kekayaan sebenar bukanlah kerana kita banyak memiliki tetapai kerana banyak memberi. Justeru, Allah itulah zat yang Maha Kaya kerana DIAlah yang banyak memberi.

Jika kita banyak memberi kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima kita hanya akan meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu alat. jangan tertukar antara alat dan matlamat...

Intailah hari-hari yang berlalu dalam kehidupan sehari2. Pada hari yang ceria dan gembira itulah kita banyak meberi berbading menerima. Untuk merasa gembira; gembirakanlah orang lain sebab di situ ada DUA senyuaman.

Pertama, senyum kerana gembira. Kedua; senyum untuk menggembirakan. Senyum pertama kerana mendapat kegembiraan, manakala senyum kedua kerana hendak memberikan kegembiraan.

Senyum untuk menggembirakan itulah yang lebih tinggi nilainya seperti yang disebut dalam hadis, sabda Rasulullah saw yang bermaksud; "Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah satu sedekah". (Riwayat al-Tirmizi).

Orang yang sentiasa berfikir untuk menggembirakan orang lain insyAllah akan sentiasa dibukakan pintu kegembiraan buatnya oleh Allah swt.

Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada di samping kita tidak bahagia. Ertinya kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha untuk membahagiakan orang lain.

Berikanlah apa yang allah berikan kepada kita kerana di sana ada hak orang lain yang diamanhkan kepada kita. Jangan jadi sepertti Qarun yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya. Ya! kita memang mengeluarkan peluh, penat berfikir; tetapi dengan tenaga siapa? Kita berusaha dengan tangan dan anggota lainnya yang semuanya bukan milik kita.. Semuanya milik Allah swt. Sebagai khalifah kita perlu memikul tanggungjawab untuk memberi.

12 comments:

alang said...

moga saya dan rakan2 lain dpt mengambil iktibar dari entre nie. :D

Kamsiah said...

SALAM KAK WERDAH
MAJALAH SOLUSI..SAYA BARU ADA BEBERA KELUARAN JA..ADA YG TERLEPAS
MMG BAGUS MAJALAH NI
LAIN DARI YG LAIN PENGISIANNYA

ANAK PAK UTUH said...

BOLEH PINJAM GAMBAR SOLUSI DI ATAS TU?..

Werdah said...

Salam alang,

mudah2an.. terima kasih krn selalu jengah blog cikgu

Werdah said...

Salam Kamsiah,

Betul tu, mmg elok membacanya.. yg terlepas tu boleh dibeli dengan hubungi Telaga Biru bayar dulu dia org akan pos.. ataupun pergi sendiri

Werdah said...

Salam Anak Pak Utuh,

Silalah ambil.. kak dah ke blog sana.. alhamdulillah, nice blog.
Datanglah lagi.. insyaAllah

abu muaz said...

saya kena beli juga majalah niii... sudah ramai kawan-kawan menceritakan mengenai artikelnya yang menarik

Werdah said...

Salam Abu Muaz,

InsyaAllah, banyk aritikel yang dikupas dengan begitu teliti.

Kak dah banyak kali dgr dp Ustaz zahazan dp Radio Ikim.Fm ttg majalah ni.. dlm tafsir al-Quran di Radio Ikim. Fm , cuma baru berkesempatan beli.. secara kebetulan.. alhamdulillah.

Solehah said...

assalamualaikum.kak, saya pun baru tau tentang majalah ni..terima kasi untuk info dan artikel di atas..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Soleha,

Tu la indahnya dunia blog.. saling melengkapi info antara satu sama lain.. insyAllah.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam ziarah. byk maklumat dpt kat sini. lepas ni nak kuar beli majalah ni.

Werdah said...

Salam Hajah,

InsyaAllah banyak ilmu di dalam majalah tu yg dpt kita pelajari dan hayati

Related Posts with Thumbnails