Monday, April 27, 2009

Betty

Betty asalnya bukan kepunyaan kami.. secara kebetulan dia menumpang makan setiap kali kami memberi benjy makan..tak ingat dah berapa lama dia tinggal dengan kami.. rasanya dah lebih sepuluh tahun..masa kecilnya mungkin dia berpengalaman dipukul dengan penyapu..entahlah tapi ketika dia sama-sama makan dengan benjy dulu.. dia amat takut dengan kami.. tak boleh kami nak usap dia..nak dekat pun tak boleh..lebih2 lagi jika kami kebetulan memegang penyapu.. dia akan lari susup sasap ke bahagian belakang rumah..

Betty menjadi sebahagian daripada keluarga kami setelah k ida memegang dan memeluknya .. ketika itu dia meronta-meronta dan mencakar tangan k ida.. lukalah tangannya.. tapi selepas itu betty tidak lagi meningalkan rumah kami.. jadi masa itu kami peliharalah betty dan benjy.. agak lama juga masa berlalu baru betty dapat dipegang.. kami tak boleh nak mandikan dia, nak dukung dan nak ambil gambar pun susah ketika itu apa lagi nak dibawa tidur bersama..



betty makan di tempat yang disediakan


tak mau minum tapi nak berposing dulu


posing lagi


masih lagi posing

Sekarang Betty dah tak takut lagi dengan kami.. malah pada suatu waktu dulu dia akan gesel badannya pada kami dan menggeliat badannya berposing pelbagai gaya semasa kami menonton tv..betty hampir tak pernah sakit.. cuma sekali saja.. dah lama dah.. ketika itu saya tersilap bagi betty makan ikan bawal masak sambal.. jadi sakit perut agaknya.. tercirit-cirit.. hampir seluruh ruang rumah kotor kerana dia menyeretkan ponggongnya yang sakit.. kesihan sangat kat betty masa tu.. tapi kami tak dapat bawa dia ke klinik.. k ida sebuk bekerja tak sempat nak bawa.. saya pula sakit tak bolah bawa kereta.. anak bongsu saya masa tu masih di sekolah menengah tak ada lesen memandu..dialah yang mengemop seluruh ruang lantai akibat cirit betty..tiga hari betty tak makan dan tak minum.. cuma tidur sepanjang 3 hari di atas kerusi di luar rumah ..selepas tiga hari elok semula.. alhamdulillah

Jadi betty ni taklah mendatangkan banyak masalah kepada kami.. tak habis duit untuk ke klinik..cuma beli makanan kering..friskies je.. sekali sekala rebus juga ikan untuknya.. selepas pengalaman sakit ceret birit tu betty dah jarang masuk ke rumah.. macam faham je tempat tidurnya di luar rumah.. kami pun suka juga dia berada di luar rumah.. jadi taklah susah nak mencuci kencingnya..tapi betty ni takut sangat apabila hujan lebih2 lagi bila disertai dengan guruh.. dia akan memanggil2 supaya dibukakan pintu untuknya..

Walaupun betty dah tak takut dengan kami.. dia susah nak dipegang apatah lagi nak dukong dia.. dengan orang yang dia tak kenal lagi dia takut.. kalau ada orang datang dia tak akan tunjukkan diri.. kalau kami adakan kenduri.. dia akan hilangkan diri selama mana orang yang datang kenduri tinggal di rumah kami.. bila orang dah balik semua barulah dia muncul semula..Pernah satu hari betty hilang.. hari kedua tak balik juga.. hari ketiga pun begitu.. tapi seingat kami masa tu tak ada pun orang luar datang.. tak ada kenduri kendara pun..masuk hari keempat pun tak balik .. kami risau manalah tau dilanggar kereta ke.. tapi kami bergurau juga entah2 dia jumpa boy friend dia sampai tak ingat nak balik.. sungguh kami tak sangka.. rupa2nya dia berada di dalam siling rumah kami.. seminggu lamanya dia di atas sana.. kesihannya dia.. dia tak dapat keluar setelah dia masuk ke sana..entah apa yang dimakannya selama seminggu tu..tikus barangkali.. selalunya dia tak berani pun nak kejar tikus.. minum memang tak adalah..masuk hari ke 7 kami dengar sayup2 bunyi suara betty.. kami mencari di ruang tamu tapi tak ada.. tapi kami masih dengar bunyi.. kami langut ke atas kami dengar bunyi suara betty.. kebetulan satu sudut siling kami ditebuk agak besar bila plumber pasang paip di situ.. nampaklah tangannya sedikt pada lubang tu..tak terkiralah seronoknya..malm itu pukul 12 baru dapat keluarkan dia dpd siling tu.. bukan senang nak buka atap dan dia pula penakut.. nak kejar macam mana dalam siling..satu perkara lagi betty kami ni tak pernah mengandung..dan kami pun tak tau apa sebabnya..

Macam mana dia boleh termasuk ke dalam siling tu? hari tu hari sabtu.. jiran sebelah rumah naik ke atas bumbung dan betulkan bumbungnya..entah kenapa dia buka atap kami.. kami pun tak pasti.. jadi betty yang sememangnya penakut tu larilah masuk ke dalam siling tu..tanpa menyedari ada betty di dalam jiran kami menutup semula atap selepas membaikinya..sampai sekarang jiran tu tak tau cerita ini..

Saya tulis fasal betty ni khusus untuk dhilah.. yang dah 10 bulan tak jumpa betty.. dia selalu suruh sampaikan salam kepada betty.. semalam baru sampaikan salam dhilah ke betty..Dhilah!! tengoklah klip video ni ya!! supaya hilang rindu sedikit kat betty nih..

video

Kami bagi nama betty kerana pada masa mula-mula dia tinggal dengan kami telenovela betty yang hodoh tu ditayangkan di NTV7.. lagipun nak suitkan dengan nama benjy..benjy dah tak ada.. nak cerita fasal benjy pun tak sampai hati sebab benjy dah tak ada.. kalau cerita fasal dia sedih pula nanti..

Sekarang kawan-kawan betty ialah kucing-kucing yang datang bila makanan dimasukkan ke dalam bekas makanannya.. bila kami keluar dia orang akan lari.. bila kita masuk ke dalam rumah dia orang datang syer makanan.. tak gaduh lak tu..

Cerita fasal kucing ni.. bukan semua orang sukakan kucing.. ada yang siap baling dengan kasut lagi.. marah jiran bela kucing barangkali kucing jiran masuk dalm rumahnya dan curi ikan.. tapi bukan kami nak puji betty kami ni.. benjy pun macam tu.. dia orang tak pernah nak selongkar lauk kami atas meja.. kalau kami defrost ikan kat dalam sinki tanpa tutup pun dia orang tak curi.. alhamdulillah.. tapi yang selalu curi ikan kami ialah yang masuk curi-curi.. sekarang saya di rumah hampir setiap hari keseorangan jadi sliding door kami tak buka.. tak adalah kucing lain dapat masuk.. begitu juga betty kami ni.. tak taulah kami kalau betty g rumah orang lain buat hal.. tapi setahu kami.. betty jarang berjalan.. dia akan duduk di atas bumbung rumah kami.. dan akan turun bila lapar..harap sangatlah betty tak susahkan jiran-jiran kami..sebab kami tak tau kat mana betty selalu membuang..

Ada kawan macam famili kamilah suka bela kucing yang datang ke rumah dia.. sekarang ni dah 10 ekor.. kalau g pasar beli makanan kucing lebih daripada makanan untuk famili dia.. satu hari salah seekor kucingnya sakit.. bawalah ke klinik.. vet kata paru-paru ada masalah tapi bukan paru-paru berair.. vet tu tak ada kemudahan x-ray.. jadi pergilah ke vet di plaza pekeliling.. x-ray dapati diafgram dada/tulang rangka dada dah terperesuk.. jadi kucing susah bernafas.. kena bedah mahal kalau kucing sakit.. kalah kita manusia.. kena rm1700..kawan bagi tahu.. sebenarnya dia pun tak tahu kenapa kucingnya sakit seperti itu.. dia syak kucing dia tersepit dengan get automatik.. tak tau kat rumah siapa.. dia kata begitu sebab dia pernah tengok kucing tersepit macam tu.. dan tuan rumah tak perasan terus memandu tak dengar pun kucingnya menjerit.. dia pula memanggil2 orang tu tapi tak dengar.. panggil pembantu rumah pun tak dengar..kesihan kan..

Thursday, April 23, 2009

Mata


eye diagram web

Tadi kawan datang.. lama juga berborak dengannya.. dari satu topik ke satu topik.. banyak cerita termasuk tentang sakit.. ya lah kan dia datang ziarah orang sakit.. seronok bila dia datang.. biasanya telepathy saya dengannya kuat... bila je kotak fikiran ini melayang kepadanya.. dan terasa rindu bertemu dengannya.. akan dapatlah panggilan telefon memberitahu dia akan datang.. biasanya dia akan beri masa setengah jam untuk bersiap sedia.. kawan perempuan.. dulu bos saya.. bila berbicara dengannya akan dapat banyak kekuatan dan panduan meneruskan perjalanan..


Dia meminjamkan saya 2 set CD tentang Qalbun Salim.. siri ceramah Ustaz Kariman untuk saya dengar.. 2 set CD terdahulu tentang al Asma'ul husna belum lagi saya pulangkan tapi dah dibawa yang baru.. saya ni banyak masa terluang bolehlah dengar.. biasanya saya akan dengar apabila saya tidak menghadap komputer ataupun tv.. tapi tak banyak sangat rancangan TV yang saya minat.


Rajah di atas tu saja je letak di situ sebab nak cerita sedikit tentang mata.. ya lah kawan tadi cerita fasal glukoma, retina terkoyak, retina berlubang, cornea terkoyak.. dia bagi tahu salah seorang anak perempuannya memang dilahirkan agak kurang baik matanya.. dia sedar ketika anaknya berumur 5 tahun.. masa tu pergi ke kedai cermin mata dan setelah diperiksa mata.. pakailah cermin mata..hinggalah sekarang anaknya dah berumur 18 tahun.. power lebih daripada seribu.. pakai cermin mata tebal.. nak dijadikan cerita pergilah anaknya dengan ayahnya [kawan saya ni tak ikut] ke sebuah klinik pakar mata.. tak nak sebutlah nama klinik tu.. selepas diperiksa anak dan ayah ni diberitahu bahawa matanya perlu dibedah kerana glukoma.. jadi bersetujulah kedua2 beranak ni.. anggaran kos rm15 ribu sebab kanta mata [lense] perlu diganti.. dan lense yang nak diganti ke dalam matanya tu perlu diimport..


Kawan saya ni bila didengarnya yang mereka dah buat keputusan nak operate mata ni.. dia pun teringat akan hal saya.. dulu operate tak minta second opinion.. dia kata kenapalah dia dan kawan2 lain langsung tak nasihatkan saya dapatkan second opinion.. anyway dah over pun katanya.. ya lah kata saya kena redhalah.. jadi bila ingat kes saya dia tak cakap apa2pun kepada suami n anaknya sebab takut ditempelak kenapa hari tu dia tak ikut sekali berjumpa dengan doktor mata tu.. nak bagi tahu doktor untuk batalkan rancangan operate tak seronok pula sebab dah berjanji.. jadi apa yang dia buat ialah solat istikharah, solat hajat.. minta petunjuk dari Allah SWT.. dalam doanya dia minta supaya Allah berikan cara terbaik untuk mengubati mata anaknya .. setiap kali solat itulah doanya..


Dengan berkat doa ibu dan Rahim Allah katanya dalam tempoh menunggu.. anaknya ke Beijing mengikut ayahnya yang bertugas di sana.. jadi tertangguhlah.. kemudian tak lama selepas itu.. selepas anaknya balik dari beijing.. jururawat menelefon menyatakan tarikh pembedahan dipinda..masa itu anaknya tadi menyatakan yang dia tak mahu membuat pembedahan matanya.. dan jururawat pun berkata tak apa kalau tak nak bedah..Subhanallah.. begitulah Allah mengelakkan dia daripada pembedahan..


Selepas kejadian itu.. kawan ini bawa anaknya berjumpa pakar mata di hospital tun hussien onn di Pj.. selepas pemeriksaan di sana doktor di sana beritahu tak ada glukoma.. tak perlu bimbang.. cuma retina matanya berlubang.. tengok tu.. lain pula yang didiagnos oleh doktor di sini.. jadi yang perlu dibuat ialah laser je nanti bercantumlah yang berlubang tu..dan diberi ubat titis dan tablet..jadi buat laser dan sekarang masih dibawah pemerhatian doktor.. tak jadilah operate.. belanja pun rm700 dan ulangan rm100..saya cerita ni ialah supaya apabila kita ingin dapatkan rawatan eloklah kita dapatkan secukup2 maklumat.. dan sebelum buat keputusan eloklah bertanya terus kepada pemilik sebenar yang memimjamkannya kepada kita.. menurut kawan saya semasa berada di hospital mata tun hussien onn ni dia tengok ramainya orang yang bertampal mata.. ada kiri ada kanan.. ada retina yang terkoyak sebab tertekan dengan urat saraf ke otak..ada kornia yang terkoyak.. masyaAllah.. takutnya.. dan katanya yang selalu tertekan ni orang yang terlalu menumpukan kerja seperti memeriksa buku.. tu cikgu lah macam saya.. yang menghadap komputer.. minta Allah jauhkan daripada terdapat penyakit mata..


Sebenarnya katanya lagi doktor yang bagi tahu.. sakit mata yang disebutkan tadi tak terasa sakitnya.. yang sakit bila kita dapat sakit mata yang bertahi tu.. jadi.. berhati-hatilah.. kalau ada ceramah tentang penjagaan mata eloklah dengar..teringat pula fasal ina kena masuk wad.. sebab guna contact lense terlalu lama..panas pula sebab buat biskut raya.. lepas tu.. dapat infection bila mandi air kotor.. abahlah yang pasang telaga tiub kat rumah ni tapi air bawah tanah kat rumah kami tak bersih.. kesihan sungguh bila dapat sakit.. mata pula tu.. anugerah Allah yang amat berharga..

Tuesday, April 21, 2009

:: MRI hari ini ::

MRI hari ini adalah kali ke empat..kali pertama Februari 2004 di hospital Sentosa.. kali kedua pun di hospital yang sama iaitu pada Februari 2006.. kali ketiga Mach 2008 di hospital Pusrawi.. dan hari ini April 2009 di hospital Ampang..


Kalau nak tau apa tu MRI boleh googles .. banyak persoalan dan jawapan boleh dicari dalam internet ni.. bukan apa.. saya pun kalau tak mengalami benda2 ni tak tau juga.. dan jangan terperanjat kalau ada nurse pun tak tau..saya ada dengar perbualan seorang nurse dengan pesakit masa menunggu di bilik khas saya..dia mengaku sungguh2 yang dia tak tau apa tu MRI..

Masa buat temujanji diHKL dulu diberi tarikh 25 April.. kami sebenarnya hairan juga kenapa dipilih hari Sabtu.. bukankah mana2 hospital pun tak akan buat temujanji pada hari Sabtu.. semalam persoalan terjawab bila nurse HKL telefon menyatakan kesilapan memberi tarikh.. dia lihat 25 Mei hari selasa.. jadi puan pergi ke hospital Ampang esok ya pukul 9 pagi ada kat sanaya..pesan nurse tu

Tadi pergi dengan anak no 4, Fadhlina yang sblm ini saya menamakan dia ina je..hari ini dia ada kelas petang jadi tak ada masalahlah nak bawa saya..dulu masa dia belajar di UTM johor baharu, anak saya yang nombor 3, suhida tapi kami selalu panggil dia kak ida, yang sentiasa membawa saya.. sehinggakan dia berhenti kerjalah krn nak bawa saya ulang alik ke hospital.. setahun jugalah dia tak bekerja tetapi rezeki frelance dia ada masa tu.. taklah susah sangat.. alhamdulillah.. anak2 mengerti.. semoga Allah memberikan ganjaran kepada mereka.. dan sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.. anak bungsu saya pula jauh di seberang lautan menimba ilmu.. namanya Nur Fadhilah.. kami semua panggil dia dhilah..masa di tingkatan satu.. dia lah yang menjaga saya di rumah.. terpaksa ambil cuti dari awal november 2003 hinggalah cuti sekolah bermula disember..ini kerana yang lain2 ada yang belajar dan ada yang bekerja..

Bertolak pukul 8.15 dan sampai 9.10 sebab jalan jem.. sampai kat kaunter 9.15 minta dipercepatkan kerana tak boleh duduk lama.. alhamdulillah .. kami disuruh masuk ke tempat MRI .. di sana disuruh berbaring dulu atas katil yang disediakan.. tak lama menunggu.. masuk ke bilik MRI.. salin baju kerana tak mahu ada sebarang besi ada pada badan kita..tak ingat nak tengok jam bila masuk ke tempat macam dalam gambar di atas..

Sebelum masuk tiub tu ditanyakan nama.. manalah tahu tersilap orang lak.. ada tak masukkan besi dalam badan.. tapi baru sekejap ni teringat yang petugas x-ray tu terlupa nak tanya fasal gigi palsu.. alamak.. MRI dah dibuat.. biarlah nak buat macam mana... saya pun tak tau kenapa kena tanggal gigi palsu tu... apa2 pun tunggulah result MRI tu nanti..

Sebenarnya masa di HKL dulu.. semasa disuruh buat MRI .. doktor yang arahkan buat MRI tu dah lengkapkan borang.. tanya semua maklumat.. ada ellergy ke tak.. ada gigi palsu ke.. ada masuk besi ke.. ada athma/lelah.. dan macam2 lagi.. saya cuma ada dua iaitu gigi palsu dan ellergi ubat tramadol sejenis ubat tahan sakit.. kalau makan ubat tu badan jadi gatal2.. macam ruam bila garu pedih dan merah badan.. semua dicatat dalam borang tu untuk dibawa ke hospital Ampang.. tapi dia orang kat hospital ampang ni tak telitilah tu.. Fasal ellergi hkl bagi ubat 8 biji dimakan 12 jam sebelum MRI dan 8 biji 2 jam sebelum MRI jadi semalam pukul 10 saya makan 8 biji dan kul 7 pagi tadi 8 biji lagi.. tengok kat label ubat dia tulis [STEROID -COVER UNTUK PROFILAKSIS] alamak.. steroid lagi.. fasal steroid ni saya akan buat entry lain insyaAllah.. profilaksis tu dalam bahasa inggeris Prophylaxis: A measure taken for the prevention of a disease or condition maksudnya ambil langkah awal supaya kesan allergi terhadap tramadol bagi kes saya tidak berlaku semasa atau selepas buat MRI..

Masa kat dalam tiub tu agak lama lebihkurang setengah jam.. bising.. dipakaikan ke telinga macam headphone.. kalau di Sentosa dia orang .pasang lagu.. lagu oh carol.. lagu omputih lama2 je..bersilih ganti.. takyah lah pasang lagu.. takleh concentrate nak zikir.. kat Pusrawi n kat hospital Ampang ni tak de lagu.. alhamdulillah.. dapatlah baca Fatihah.. bismillahillazi.. lailaahailla anta.. dan macam-macam lagi tapi kadang2 fikiran melayang juga.. melayang kat blog-blog.. terbayang buku-buku yang dibaca.. bila tersedar wirid lagi.. bising benda tu taklah teruk sangat.. bunyi kadang-kadang macam washing machine sedang spin.. kadang-kadang macam duk dak duk dak.. yang tak tahan duk dalam tu ialah tak boleh gerak.. tidur terlentang.. tangan sebelah tepi ..diletakkan kat tangan alat untuk ditekan jika ada masalah.. rasanya tak ada masalah cuma tiba2 rasa gatal kat dahi alamak.. takleh garu..belum habis hilang gatal kat situ gatal pula kat bahu sebelah kiri.. pastu jangkit lak ke bahu sebelah kanan.. pastu ke perut.. alamak.. zikir.. zikir..

Sampai masa keluar dari tiub.. tanpa warning tiub tu bergerak keluar.. petugas tu kata.. nasib baik tak bergerak.. kalau tak lama lah lagi..

alhamdulillah..Lantas bertanya selepas ni kena tunggu ke ambil report..

Tak payah.. nanti nurse HKL akan datang ambil hari Jumaat ni..

Jadi saya boleh balik lah selepas ni..

ya jawabnya.. alhamdullillah.. tengok jam 10.48

Saya pun salin semula pakaian saya dan terus menggaru tempat-tempat yang gatal tadi..Kami pun bergerak balik selepas memulangkan kerusi roda yang kami pinjam tadi.. selamat sampai rumah pukul 11.45..alhamdulillah.. terima kasih ya Allah kerana mempercepatkan urusan kami.


Monday, April 20, 2009

::Buku oh Buku::

Semalam macam je nak ikut ina g Pameran Buku Antarabangsa kat PWTC.. seronok kalau dapat pergi.. tapi pinggang ni kata jangan pergi.. kalau pergi terhuyun-huyun dilanggar dik ramai pengunjung.. tahun lepas pun tak pergi walaupun keinginan nak pergi tu Allah saja yang tahu..tahun lepas kirim kat ida beli buku.. seperti biasa dia orang akan bawa ain dan jihah n aman sekali..tahun ni razi pun ikut..razi pun beli story book..hari ni razi agak seronok baca story book sebelum g nursery..

Saya tak pergi tapi beli jugalah bbp buah buku hasil tangan ustaz Saiful Islam.. selepas baca catatannya dalam majalah Anis sejak tahun lepas... berminat pula kat dia..minat buku2 dialah..dp biodata dia..umurnya setahun lebih tua daripada anak sulung kami..Hada Syahme pastu kebetulan sebelum ni anak kedua saya Juhairi beli buku aku terima nikahnya buku 1.. habis sudah dibaca.. alhamdulillah.. kurniaan Allah bakat menulis kapada hambaNya.. dapat berdakwah.. semalam beli 3 buah buku ustaz tu yang disediakan dalam beg.. aku terima nikahnya 1, aku terima nikahnya 2 dan rindu bau pohon tin..blog ustaz ni juga kerap menjadi tatapan..

Selain itu beli juga buku2 karangan Ustaz Nik Abdul Aziz.. minat sangat baca buku dia sejak akhir2 ni.. buku isterinya juga turut dibeli..bidadari dari timur.. Buku Nik Aziz lak Kemilau peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Bunga Kebahagiaan dan telaga budi.. penerbitan Anbakri Publika..

Semalam juga mula membaca salah satu daripada buku-buku tu..

Cerita fasal buku ni banyak jugalah koleksi..

Satu ketika adalah penjual buku-buku agama terdiri daripada wanita dan kanak2.. selalulah datang ke rumah.. selalunya.. dik kerana kesihan.. maklumlah fikirkan kalau tak kerana susah kehidupan mereka takkan mereka nak mencari rezeki cara itu.. selalu beli dan selalu juga beri minum.. harga buku lak dia orang mark up kalau 10rm jadi 15rm.. tapi macam kata tadi dek kesian.. belilah hingga sampai pada satu tahap adalah seorang hamba Allah perempuan penjual buku umur lengkungan 40an.. orang burma.. dah macam seronok pula dia nak jual buku kpd kita.. kita pun dik fikirkan tak upaya nak ke kedai buku belilah dp dia..

Setiap minggu dia datang..setiap kali itu pula saya membeli.. tak ada niat lain cuma nak tolong dia..hinggalah pada suatu hari jumaat saya kehilangan handpone.. bukan menuduh dia tapi itulah kenyataannya.. sebab saya kata gitu hanya saya seorang saja kat rumah bila dia datang dan hp disisi.. saya tinggalkan sekejap je kerana ke tandas sblm membayar harga buku..bila saya sedar hp tu hilang dah 2 jam berlalu.. bila tpon voice message je bunyi .. selepas tu dia tak datang2 lagi .. tapi saya dah maafkan dia.. semoga Allah bagi petunjuk kat dia.. janganlah ambil kesempatan terhadap kebaikan orang.. dan sejak itu saya pun mulalah guna peribahasa buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.. kalau ada yang dtg jual apa2 je saya tak buka dah pintu.. kalau beli pun hulur je tangan melalui celah2 grill..

Selain buku-buku tadi ina beli juga majalah anis tahun 2008 yang dah dibinding serta buku Sedarkah kamu Wahai Manusia - himpunan Hadis dan al Quran..jenuhlah membaca selepas ni..

Azan: Seruan Mendirikan Solat

video



Lihat video ni tambah lagi pengetahuan tentang keAgongan Allah SWT..


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di seluruh pelosok dunia akan melaungkan azan.. mengakui "Bahawa tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah".. dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta..

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan bilal yang akan melaungkan KeAgungan Allah SWT Dan Kerasulan Nabi Muhammad SAW.. Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia .. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.. Belumpun launganAzan di merata Indonesia selesai.. bermula pula di Malaysia.. Berikutnya pula di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba pula di Dacca di Bangladesh..Berikutannya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan.. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq..


Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu solat, tidak putus-putus.

MaasyaAllah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Allahu Akhbar!


Diriwayatkan sebuah hadith bermaksud "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan.. jika tidak Allah akan kelukan lidahmu ketika maut menghampirimu".. Ini menunjukkan bahawa kita diseru agar tidak bercakap semasa azan dilaungkan.. sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan.. seandainya lagu kebangsaan negara kita dikumandangkan kita boleh berdiri tegak inikan pula seruan azan berkumandang.. kita disunatkan bersama-sama membaca selepas setiap laungan azan itu..berdasarkan fadhilat yang biasa diajar kepada kita.. Ingatlah kematian itu pasti tiba.. kerana tiap-tiap yang bernyawa pasti akan mati..hanya masa dan tempatnya saja kita tidak ketahui.. kadangkala kita mendapati ada orang yang nazak.. hampir ajal tidak boleh berkata-kata.. lidahnya kelu.. hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakratulmaut..entah dapat atau tidak mengucap kalimah LAA ILAAHA ILLALLAAH.. Alangkah baiknya jika kita sentiasa berhenti bercakap apabila azan dilaungkan.. bukankah kita dijanjikan masuk syurga dengan izin Allah apabila dapat mengucap kalimah itu? Ketahuilah bahawa pada setiap masa ribuan bilal diseluruh pelusuk dunia akan melaungkan azan.. mengakui bahawa Allah sahaja yang patut disembah.. Nabi Muhammad Pesuruh Allah.. dimulakan dengan Indonesia?


Saturday, April 18, 2009

:: infection and inflammation ::

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Hari ini nak sambung cerita selepas operate pada 13 oktober 2003.. catatan ini dibuat utk tatapan sesiapa yang nak baca dan ambil iktibar..

Selepas seminggu operate dan berada di rumah sakit menjadi2.. masuk semula ke hospital yang sama jumpa doktor yang sama.. esoknya buat CT scan sekali lagi.. selepas dapat result CT scan tu doktor kata saya dpt infection n inflammation.. dalam bahasa mudah jangkitan kuman dan radang..

Bila kami tanya kenapa jadi macam tu.. nak tau apa dia jawab.. dengan bangga mendepangkan kedua2 tangan dan menyengetkan kepalanya sedikit " I don't know" takkan dia tak boleh explain sikit kut.. sakitnya hati tapi dengan sakit belakang ni apa je boleh dibuat.. tahan je lah rasa marah.. kalau ikut hati nak sepak2 je.. nak bagi sebiji dengan penumbuk..

Suami menenangkan kata takpalah sabar banyak2..

Apa tu infection (jangkitan kuman)?

Jangkitan kuman boleh menimbulkan komplikasi selepas setiap prosedur pembedahan kerana jangkitan kuman pada tulang belakang boleh jadi akan lebih merosakkan tulang belakang. Ini bukan sahaja menjadikan sakit lebih kronik malah akan menimbulkan kecacatan, lebih buruk lagi jika sampai lumpuh, dan berpotensi membawa kepada kematian. Banyak faktor yang mempengaruhi terjadinya jangkitan selepas pembedahan. Faktor-faktor ini boleh jadi yang berkaitan dengan pesakit, keadaan persekitaran bilik pembedahan dan jenis prosedur pembedahan yang dilakukan.

Infection can be a disabling complication of any surgical procedure. Due to the close proximity of the neurological structures, spinal infection can be particularly devastating. It can lead, not only to chronic pain and deformity, but worse to paralysis, and potentially, death. Many factors impact the postoperative occurrence of infection. These factors can be divided into those attributable to the patient, surgical environment, and type of procedure performed.. dipetik dp http://www.orthosupersite.com/view.asp?rID=16713

Inflammation (kerdangan)?

Keradangan ditandai dengan rasa sakit, kemerahan, pembengkakan, panas, dan gangguan fungsi. Ini mungkin akut atau kronik. Istilah ini tidak sama dengan jangkitan.

Inflammation is characterized by pain, redness, swelling, heat, and disturbance of function. It may be acute or chronic. The term is not synonymous with infection, which implies an inflammatory reaction initiated by invasion of living organisms. dipetik dp http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/Inflamation


Tengok.. masalah tu besar.. prosedur dia yang tak betul, mungkin alatan tak di steril betul2 n yang musykilnya nape dia letak gam? kuman apalah yang melekat kat gam tu Allah saja yang tahu.

Nak tau siksanya kena infection n inflammation ni?

Siksa! kena injection antiobiotik.. tu pun main trial n error je.. sebab tak tau apa jenis kuman..kat mana kena inject? tentu kat tangan.. bukan sehari dua berbulan2.. kadang bengkak tangan sebab jarum yang ditinggalkan kat tangan tu tersumbat.. dah tak tahan kena inject.. diberi pula dalam bentuk tablet tapi kesannya langsung tak ada.. makan ubat antiobiotik pun ditukar2 jenis ubatnya kerana trial n error..tak tau ubat apa yang boleh bunuh kuman tu..

Masa kena inject ni dah tak jumpa lagi doktor kat tawakkal.. doktor yang operate tu... sebab dia kata "you can walk so you go to work" dia ingat saya ni main2 tentang sakit saya.. dah hampir 20 ribu habis kat dia dia kata macam tu kat saya.. tak nak bagi mc suh g mengajar gak.. bagi surat untuk buat kerja ringan.. cikgu mana ada kerja ringan.. mengajar lah mana boleh kata kerja ringan.. no such thing la.. bila pergi jumpa dia je itulah yang dia ckp n last2 dia macam taknak layan dah..

Malas nak buang masa dengan dia yang lepas tangan begitu kami berjumpa doktor azmi masa tu dia kat pusat perubatan kampong baru [ sekarang dah tukar nama jadi pusat rawatan islam gak kut; tak ingat lak].. dan sekarang doktor azmi ni kat pusrawi..jalan tun razak..

Rawat dengan doktor azmi kat kpg baru ni dari awal tahun 2004 sampai akhir 2005..jangkitan dan radang ni tak juga baik2.. selain antibiotik saya juga dirawat secara alternatif buat rawatan ozon di situ..merawat dengan hospital swasta ni tentu banyak guna duit.. sbg kakitangan kerjaan kenalah keluarkan duit sendiri.. jadi saya cuba dapatkan temujanji dengan doktor pakar hospital kerajaan..bolehlah jimat sikit duit..

Melalui adik ipar yang bekerja sbg nurse saya dapat berjumpa doktor pakar otopedik di hospital pakar Seremban.. Kali pertama berjumpa dia buat x-ray.. dp x-ray dia cdgkan buat biopsi sbb nak tau apa jenis kuman kat tulang saya..

Tiba hari biopsi.. kami tidur semalam kat wad.. kelas 3 biasalah hospital kerajaan sentiasa penuh.. ida ikut tunggu n tidur atas kerusi je.. takleh tidur pun.. bisingnya.. ada pesakit jiwa lak dalam wad tu bukan seorang.. 2 orang.. berbalas-balas cakap kuat-kuat.. berdondang sayang.. nyanyi lagu lenggang kangkung.. minta puting.. ingat apalah puting rupanya rokok.. minta kat doktor.. doktor bukan bagi rokok tp injection.. diam lah kejap..

Masa biopsi lepas zohor.. masuk bilik operasi.. mula2 inject ubat bius 15 ml.. di cucuklah.. macam drill dengan jarum dan ditukul.. tengok melalui komputer..hush.. keluar air mata sakitnya.. tak dapat tembus.. tambah lagi 5 ml.. tapi takleh juga.. menggigil sakit.. akhirnya doktor surrender.. sorry sangat puan.. saya tak boleh buat..

Pastu doktor ni cadangakan buat operation sekali lagi.. nak masukkan besi antara L4 dg L5 tu.. tapi dia tak janji hilang sakit.. dan pada masa itu saya pun takut dah nak operate..

Sampai sekarang ada lagi benda dua2 tu sebab baru2 ni test darah ESR tinggi 42.. maknanya doktor faham kalau tinggi tu memang sakit sangat..

Itulah rezeki saya..

Thursday, April 16, 2009

:: Berjumpa lagi doktor otopedik ::

Semalam susah benar nak tidur tak tau kenapa.. masuk tidur awal kul 10.. kul 12 bangun buka internet.. masuk blog orang.. ada gambar 2 tok sami bersolat jemaah dlm sebuah masjid.. tak taulah nak komen.. jika benar Allah dah bukakan pintu hati mereka dan benar mereka dah masuk islam.. alhamdulillah.. teringat kata ustaz Kariman, Allah akan bukakan pintu hati seseorang hanya jika orang itu berusaha ke arahnya.

Kul 2 camtu ida turun merungut2 razi asyik terjaga.. masa tu tengah simpan telur dalam peti ais, abah dia orang beli petang tadi.. tengah2 simpan tu terasa macam nak pitam.. ni takleh jadi ni.. mesti masuk tidur.. kalau jatuh susah.. masuklah tidur tapi susahnya nak memejamkan mata.. berdoa banyak2, zikir banyak2 dan akhirnya terjaga kul 6 pagi..

Setelah solat, bakar ikan kembung, rebus kangkung..panaskan nasi semalam.. mandi.. bersiap.. pas siap makan.. dah 3 hari tak ambil ubat darah tinggi n kencing manis tapi under control.. cek bp ok cek glukos pun ok.. tp hari ini ambil balik ubat darah tinggi sbb semalam mcm nak pitam..takut pula kalau berterusan tak ambil ubat tu..

Bersiap sebab nak ke Hkl.. otopedik.. appoitment kul 9.. bertolak dari rumah kul 8.15 sampai sana 8.50.. g amik nombor giliran.. pastu g x-ray.. jumpa je nurse kat tempat hantar borang x-ray tu minta tolong percepatkan sbb takleh duduk n diri lama2.. dia senyum dan angguk.. alhamdulillah..nurse ni faham..saya bagi tau dia yang saya ni kalau di tempat menunggu doktor saya baring dalam bilik..bilik menunggu buat saya kut.. sebab selama ni hanya saya je yang baring kat situ sejak tahun 2006 lagi..mungkin hari2 lain ada je orang lain yang menunggu kat situ tak taulah..hari ini pula huh belakang menjadi2 sakitnya.. rasa menekan kat L4, L5 tu sangat2 mengganggu, bahagian tengkuk dan belikat seolah2 ditarik ke bawah..berketul2 rasa kat pinggang macam ada ular membelit tulang di situ..sakit tak usah cakaplah 24 jam mengganggu..

9.15 selesai x-ray bergerak ke bilik khas saya.. tempat menunggu tu lah sbb tak tertahan sangat duduk lama.. ina tunggu di tempat x-ray untuk dapatkan film.. kul 10.15 jumpa doktor.. doktor muda perempuan.. pernah jumpa sebelum ni.. baik orangnya.. tak sombong alhamdulillah.. nape cakap macam tu.. ya lah sebab dah pernah jumpa seorang doktor perempuan muda sebelum ni kat otopedik ni agak sombong.. ingat dia doktor macam Allah Ta'ala.. Nau'zubillah.. lagak gaya macam dialah yang boleh menyembuhkan orang.. pernah sekali bahasakan dia.. tapi entahlah faham ke tak.. sebab selepas beberapa lama tengok dia macam tu juga.. masa masuk wad 18 hari di hkl ni tahun 2006, dia yang bertugas untuk wad tu, semoga akhirnya Allah akan bukakan juga pintu hatinya..

Doktor tanya macam mana? dah bertambah baik.. hari tu jumpa baring je..

Macam lagi teruklah doktor.. memang berbaring je .. hari ini pun berbaring kat bilik tu juga.. jawabku

Makcik boleh baring saya nak periksa..
[jumpa doktor ni kat bilik 12 tempat baring bilik 13]

Seperti biasa doktor akan angkat kaki kiri kemudian tanya sakit tak.. angkat kaki kanan tanya sakit tak..

Kat belakang tak sakit tapi rasa tegang kat bawah lutut.. jawab saya

Selalunya saya akan cakap saya sakit bila duduk, berdiri dan berjalan kalau baring kurang sakitnya.. kali ni dah macam tak tercakap lagi..

Jadi ke nak operate ni? Dulu bagi tempoh 3 bulan untuk bagi jawapan..kata doktor tu lagi

Ya lah inilah tarikhnya nak bagi jawapan.. tapi sebelum saya buat keputusan saya nak tau juga bagaimana doktor nak buat.. saya dah operate bulan 6 tahun lepas kat Pusrawi.. doktor tu pun tak boleh nak masukkan tulang sama seperti yang doktor Lau nak buat [dr Lau ni doktor pakar kat situ dah pindah ke hospital Pantai].. tak boleh sebab doktor yang mula2 operate dulu [doktor kat hospital Tawakkal, ni pun doktor yang takbur] dah gam kat 3 lapisan L3, L4 dan L5 saya.. doktor Pusrawi tak berani nak jack tulang bhg tu takut jejas bahagian lain pula.. gam tu kuat sangat..

Saya akan rujuk doktor pakar.. makcik berbaring lah dulu ya kat sini..

Kul 11.00 doktor tu panggil ke mejanya..

Dia bagi tahu yang doktor pakar tu tak dapat kenalpasti apa yang dibuat oleh doktor Azmi Pusrawi, dalam laporan yang doktor Azmi bagi pun tak dinyatakan apa yang dia dah buat.. daripada x-ray dia nampak macam ada sesuatu dimasukkan ke tulang belakang saya..jadi kena buat MRI terlebih dahulu barulah dapat dikaji perkara2 yang perlu dilakukan..daripada x-ray juga ruas-ruas tulang saya semakin banyak pula yang menjadi rapat..kalau dulu hanya antara L4 dan L5 je tapi sekarang daripada belikat ke bawah dah rapat..

Senarai ubatan diberi, tarikh appointment kat otopedik ditetapkan 4 Jun selepas tarikh appointment untuk MRI.. MRI pula kena dibuat di Hospital Ampang.. 25 April ni..

Kat tempat ubat ni saya minta tolong cepatkan agihan ubat buat saya tapi tak dilayan malah seakan2 mengetawakan saya bila saya kata saya tak bolah duduk n berdiri lama sbb sakit tulang belakang.. takpalah dia tak faham.. jadi selepas ina selesaikan urusan appoinment dia datang bawa saya ke kereta.. dalam kereta seat dibaringkan.. tunggu dalam kereta.. panasnya.. tapi taklah sepanas disana nanti kan? ubat yang diberi ialah Calcium Lactate, celeberax utk tahan sakir, calcitriol utk tulang, methylcobal utk saraf dan deep rub ointment.. jenuhlah makan ubat.. tapi nape tak dapat Fosamax kali ni.. fosamax ni utk osteoperosis.. mcm2 ada mcm astro lak

Selesai semua urusan selesai kul 12.50.. terima kasih ina kerana bawa mak ke hospital.. ina tak sempat siapkan assignment sebab mak, tak g kelas hari ni sebab mak..maafkan mak ya..

Masa menunggu kat bilik 13 ada seorang lelaki muda disorong dengan troli.. dia berbaring je atas troli tu.. sakit macam saya juga.. tak boleh duduk.. dgr ceritanya dia komando askar jatuh masa latihan.. sejak 2002.. dirujuk oleh hospital Temerloh, Pahang.. dimasukkan ke wad ortopedik hkl hari ni.. semoga Allah menganugerahkan yang terbaik buatnya dan buatku juga.. Amiin..

Thursday, April 9, 2009

::Pembedahan, kikis dan gam:


Setelah pelbagai usaha dilakukan namun sakit semakin bertambah sehinggakan pada waktu bekerja saya sukar untuk berdiri dan berjalan, pergerakan menjadi amat perlahan, hendak mengajar dalam keadaan duduk tentu tidak sesuai.. pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang saya ajar tidak boleh dengan hanya duduk bercerita.. mungkin kalau mata pelajaran Bahasa Melayu boleh juga dimaafkan.. saya perlu melukis, membuat pengiraan bagi menjelaskan topik pengajaran saya.. waktu malam pula saya sukar untuk tidur sakitnya berdenyut-denyut sepanjang masa.. jadi setelah saya mengetahui bahawa saya mengalami slipped dics saya pun berjumpa doktor keluarga saya.. beliau cucuk kaki saya mungkin steroid tetapi masa itu manalah saya tahu berkenaan steroid ni.. cucuk je lah.. tetapi tidak mendatangkan kesan.. sedikit pun tidak berkurangan sakitnya..beliau juga mencadangkan saya berjumpa seorang doktor di Hospital Tawakkal..tak mahu tulis namanya di sini..

Pada ogos 2003 saya pun mula berjumpa doktor ini dan memberitahu masalah saya.. CT scan dijalankan.. dan benarlah bahawa saya mengalami slipped disc.. apabila melihat hasil CT scan, doktor ini mencadangkan supaya saya dibedah.. saya pun mula mendapatkan nasihat kawan-kawan.. tidak ada seorang pun yang tidak menahan saya malahan ada yang meminta supaya saya cepat-cepat menjalankan pembedahan.. maklumlah mereka melihat penderitaan sakit saya sekian lama dan saya tidaklah hendak menyalahkan mereka.. sebab sepatutnya saya beristikharah kepada Allah SWT..dan saya pula tidak mendapatkan second opinion daripada doktor lain.. dan suami pula turut menggesa saya menjalani pembedahan dan beliau tidak langsung ingat yang ada seorang kawannya sedang menderita ketika itu selepas pembedahan tulang belakang seperti saya.

Pada oktober 2003 selama 6 jam saya di bilik pembedahan.. setelah sekian lama keluar dari bilik itu saya pun sedar.. ketika itu termuntah-muntah.. itu pengalaman biasa selepas pembedahan.. saya tahu sebab saya dah mengalaminya sebelum ini.. seminggu saya terlantar di atas katil.. fisioterapi tidak dijalankan sepenuhnya.. adalah diajar cara bangun, cara duduk, baring , naik tangga n turun tangga dan dua kali agaknya dia buat tense kat bahagian sakit tu..

Nak tau.. semasa saya masih terbaring atas katil di hospital hari ketiga.. saya tengok tv.. NTV7, rancangan 7 di pihak anda.. kisah seorang wanita menjalani pembedahan seperti saya sebanyak 3 kali.. saya tak sempat dengar hospital mana..kali pertama masukkan besi, kali kedua infection.. dan kali ketiga skru pada besi tertanggal.. bayangkan betapa sakitnya.. saya mengangkat tangan berdoa " Ya Allah janganlah hendaknya perkara ini terjadi kepadaku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..amiin."

Pada tulang belakang wanita itu dimasukkan besi tetapi pada tulang belakang saya disapu gam.. gam!!!! entah gam uhu ke gam gajah ke saya pun tak tahu.. itulah salah saya mengapa tak ditanya terlebih dahulu apa yang hendak dibuat.. ini serah bulat-bulat pada tangan doktor tu.. entahlah..ada kawan saya yang sakit macam ni juga sejak 2002 ..dia komen "bukan salah kamu. kamu sakit dah bertahun-tahun, tentulah apa saja yang boleh hilangkan sakit kamu akan setuju.. saya faham sebab saya pun sakit macam tu juga" kawan saya ni belum lagi buat pembedahan sebab doktor yang ditemuinya tak macam doktor yang saya temui ini.

Selepas seminggu saya didischarge tetapi sakit betis saya tak juga hilang, nak bangun daripada katil terjerit-jerit juga.. kini ditambah pula sakit pada bahagian tulang yang dibedah dan digam tu.. merasalah saya menggunakan pampers..akibat banyak berbaring kepala saya berpusing-pusing..badan juga seakan berpusing laju seperti kipas layaknya dan kadang-kadang seperti terguling-guling.. aduh siksanya.. doktor yang bedah saya dihubungi.. tetapi sukarnya nak berinteraksi dengannya.. kami minta preskripsi ubat pun tak nak bagi akhirnya kami panggail doktor keluarga ke rumah.. apa sangat yang boleh dibuat, hanyalah pil pening kepala yang dibekalkan..tidak membantu langsung..deritanya..

Lupa pula nak nyatakan bahagian tulang belakang yang digam oleh doktor tu..bahagian antara L4 dengan L5.. kata doktor tu di situ bocor jadi dia keluarkan tisu lembut tu kemudian dia kikis bahagian tulang yang macam sirip ikan tu lalu dia tampalkan pada bahagian yang dikatakan bocor tu.. terfikirkah atau terbayangkah keadaannya.. kalau nak tahu juga kenalah cari-cari rajah atau gambar-gambar berkenaan sama ada di dlm laman web berkenaan atau artikel dlm surat khabar ataupun majalah.

Belum selesai lagi cerita saya..insyaAllah sambung lagi.. pengajaran di sini pandai-pandailah pilih doktor dan pandai-pandailah membuat keputusan biarpun sekecil-kecil masalah

Thursday, April 2, 2009

Mula Bangkit Kembali

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji tertentu hanya milik Allah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat serta yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.

Hari ini mula berblog.. timbul keinginan untuk mencatatkan pengalaman pahit manis kehidupan. Saya namakannya Bangkit Kembali kerana saya pasrah dengan usaha dan harapan agar saya dapat meraih kembali apa-apa yang telah ditinggalkan di belakang yang belum dapat digapai. Kedaan kesihatan saya amat merisaukan. Namun begitu saya tak boleh berkeluh kesah. Saya harus berusaha membina kembali apa yang telah hilang. Saya harus menaruh harapan dan tidak harus berburuk sangka.. Benarlah nikmat kesihatan dan masa yang terluang perlu kita syukuri dengan sebenar-benarnya.

Hari ini juga merupakan hari jadi saya ke 58 dah tua dan semakin pendek langkah ke pengakhiran..cita-cita banyak sebenarnya dan banyak juga yang tercapai..masa kecil-kecil dulu semasa di sek rendah di kampung halaman tempat kelahiran; bercita-cita nak jadi guru besar tapi tercapai setakat guru penolong kanan dan guru kanan bidang je.. alhamdulillah.. bila dah kahwin bercita-cita-cita nak 6 orang anak. alhamdulillah dapat 5 orang.. masa mula kerja, jadi cikgu biasa dg kelulusan diploma tanpa sijil guru .. jd cita-cita masa tu nak dptkan ijazah pula.. alhamdulillah dapat ketika umur 42 tahun..masa sambung belajar jawatan masa tu penolong kanan kira dah dekatlah nak jd guru besar kan! selepas dapat ijazah bercita-cita pula nak tulis buku.. alhamdulillah walaupun banyak rintangan dapat juga menulis, saya tulis buku Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) Tingkatan 4..

(Gambar ni baru dimasukkan pada 2 hb Februari 2012 - Sumber )



Masa tulis buku tu dalam Bahasa Melayu.. tapi selapas PPSMI diperkenalkan buku tu diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris.. saya menulis bersama-sama 2 orang lagi cikgu PKA.. terima kasih kepada kawan-kawan yg banyak memberikan kepercayaan dan sokongan ..dah tulis buku timbul cita-cita nak bawa anak-anak buat umrah..alhamdulillah..kami g buat umrah pada april 2004..menggunakan sebahagian besar daripada wang honororium buku tu..ketika itu saya kira2 6 bulan selepas pembedahan tulang belakang.. pergi ke sana bersama suami, 5 orang anak seorang menantu dan seorang cucu..saya memang bercita-cita nak tulis buku lagi tapi tak taulah boleh ke tak.. maklumlah sakit tulang belakang ni tak mengizinkan bergerak cergas .. malah hampir setiap masa berbaring di atas katil kerana tak tahan duduk lama..

Ada juga cita-cita yang tidak menjadi kenyataan, bagaimanapun akur dgn ketentuan Ilahi. Kita berkehendak dan Allah juga berkehendak.. apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.InsyaAllah....
Related Posts with Thumbnails