Saturday, October 31, 2009

Pesan Rasulullah SAW Tentang Khusyuk Dlm Solat


Assalamu'alaikum. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia. 

Diriwayatkan daripada Mahmud bin Rabi' Al-Ansari ra: Suatu hari, tatkala selesai menunaikan solat berjemaah Rasulullah saw duduk bersila bersama para sahabat di Masjid Nabawi. Tiba2 masuklah seorang pemuda ke dalam masjid, lalu melaksanakan solat dgn cepat. Setelah solat org itu menghadap Rasulullah saw sambil memberi salam. Setelah menjawab salam Rasulullah saw berkata kepada pemuda itu; "Saudaraku! kamu belum bersolat!" 

Pemuda itu terkejut bukan kepalang mendengar teguran Rasulullah saw, tanpa bertanya dia terus kembali ke tempat solat dan mengulangi solat dengan cepat. Melihata gaya pemuda itu solat Rasulullah saw hanya tersenyum. 

Selesai sahaja mengerjakan solat, pemuda itu kembali mendatangi rasulullah saw. Ketika menghampiri Rasulullah saw, baginda bersabda dgn lemah lembut kepada pemuda itu, "Saudaraku, ulangi sekali lagi solatmu! Kamu masih belum solat". 

Mendengar kata2 Rasulullah saw itu, anak muda ini bertambah hairan. Dia merasa telah mengerjakan solat memenuhi rukun dan syarat sahnya, namun demikian dia terus mengerjakan seruan Rasulullah saw tersebut. Dia masih solat dengan cara dan gaya yang sama iaitu cepat dan tergesa2. 

Setelah selesai solat kali ketiga, dia kembali menghadap Rasulullah saw. Rasulullah saw masih memintanya mengulangi solat. Disebabkan bingung memikirkan apa yg terjadi kepada dirinya, dia bertanya; "Wahai Utusan Allah! Demi Zat yang mengutus dirimu dengan kebenaran, aku tidak tahu lagi caranya solat yang terbaik, selain apa yang aku telah kerjakan. Ajarilah aku solat yang baik". 

Baginda tersenyum lalu berpesan: 

"Saudaraku! Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka bertakbirlah. Lalu bacalah surah al-Fatihah dan surah-surah dalam al-Quran yang kamu anggap paling mudah. Kemudian ruku'lah dengan toma'ninah(tenang). Lalu bangunlah hingga kamu berdiri tegak. Setelah itu, bersujudlah dengan tenang, kemudian bangunlah, hingga kamu duduk dengan tenang. Lakukan seperti itu, setiap kali kamu mendirikan solat." (Hadis Riwayat Bukhari : 715) 

Solat yg dikerjakan dgn gerakan tubuh semata2, di mata Rasulullah saw masih belum cukup. Rasulullah saw menitikberatkan solat dgn gerakan tubuh yg benar diiringi hati yang tenang, serta jiwa yang khusyuk. 

"Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka bertakbirlah"

Abdullah bin Umar ra melaporkan bahawa saat bertakbir; "Rasulullah saw mengangkat kedua tangannya ke atas hingga sejajar dengan bahunya". (H.R Bukhari dan Sahih Muslim : 586) 

TAKBIR dalam solat dilakukan ketika memulai solat, ketika hendak ruku' dan bangkit daripada ruku'. 

PELAKU solat yg mengangkat kedua tangan sejajar dgn bahu; secara otomatik DADANYA terbuka. Perbuatan ini boleh MELAPANGKAN aliran darah daripada PEMBULUH DARAH yang terdapat pada lengan. Ia bertindak sebagai pengalir ke bahagian otak yg mengatur KESEIMBANGAN TUBUH; membuka mata dan telinga bagi memastikan keseimbangan tubuh. Dengan itu jika takbir dilakukan dgn tenang dan penuh penghayatan, akan memudahkan org yg menunaikan solat menumpukan perhatian ketika mengerjakan ibadah tersebut. 

"Ruku'lah dgn tenang (toma'ninah) 

Saad bin Abi Waqas melaporkan: "Ketika ruku', Rasulullah saw meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut". (H.R Bukhari dan Sunan Abi daud : 624) 

Dalam riwayat lain Rasulullah saw bersabda: "Jika kamu ruku' letakkan kedua belah tanganmu di kedua lututmu. Lalu renggangkanlah jari2mu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya". (H.R Bukhari, Abu daud dan Musnad Ahmad : 2473) 

Orang yg menunaikan solat yg melakukan ruku' dgn tenang dan sempurna dapat menjaga kelenturan tulang belakang yg menjadi laluan saraf tunjang serta mengawal aliran darah. Ruku' juga dapat melenturkan ruas sistem peluh yg terdpt di bahagian punggung, pinggang, paha dan belakang betis. Begitu juga dengan ruku' kelenturan tulang leher, leher dan saluran saraf memori dapat terkawal. Kelenturan saraf memori ini dapat dijaga dgn mengangkat kepala secara maksimum dgn mata memandang tepat ke arah tempat sujud. Gerakan ini membantu menghimpunkan seluruh tumpuan sehingga manusia yg solat mampu fokus ketika mendirikan solat. 

"Lalu bangunlah hingga kamu berdiri tegak"

Rasulullah saw bersabda; "Tuhan yg Maha Perkasa lagi Maha Mulia tidak mahu melihat solat org yg tidak meluruskan punggungnya ketika berdiri di antara ruku' dan sujudnya". (H.R. Ahmad : 10380)

Ibn Abi Syaibah ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda; "Pencuri yg paling jahat adalah yg mencuri dalam solatnya'. Para sahabat bertanya; "Wahai utusan Allah siapkah sebenarnya yg dikatakan mencuri dalam solat itu?" Rasulullah saw menjawab; "Mereka ialah org2 yg tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya." (H.R. Hakim dan Musnad Ahamad :11107)

Ketika org yg mendirikan solat bangkit daripada ruku' dgn mengangkat tangan, DARAH dari kepalanya akan TURUN KE BAWAH, manakala bahagian pangkal otak yg mengatur keseimbangan akan mengurangkan tekanan darah. Keadaan ini akan DAPAT MENJAGA keseimbangan tubuh dan mampu mencegah pitam secara tiba2. Secara tidak langsung, keseimbangan tadi dpt meningkatkan khusyuk solat. 

"Setelah itu, bersujudlah dengan tenang".

Rasulullah saw bersabda: "Apabila engkau sujud, tekanlah wajahmu dan kedua tanganmu ke tanah sehingga setiap ruas tulangmu kembali ke tempatnya".(H.R. Ibn Khuzaimah dan al-Mukjam al-Kabir : 440

"Apabila seseorang daripada kamu sujud, janganlah turunnya seperti turunnya unta, tetapi hendaklah dia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya". (H.R. Abu daud : 713)

Rasulullah saw juga bersabda: "Bila seseorang sujud, hendaklah menyertakan tujuh anggota badannya: wajahnya, kedua telapak tangan, kedua lututnya dan kakinya". (H.R. Muslim dan Sunan at-Tarmizi : 252)

PELAKU solat sujud dgn toma'ninah dan lama, perbuatannya dapat memaksimumkan ALIRAN DARAH dan oksigen ke OTAK, termasuk MATA, telinga, leher, bahu serta hati. Sujud juga merupakan cara efektif untuk membuka pembuluh DARAH di jantung yg tersumbat, sehingga dapat meminimumkan risiko sakit jantung daripada tubuh org yg mendirikan solat. 

"Kemudian bangunlah, hingga kamu duduk dengan tenang"

Rasulullah bersabda; "Tuhan yg Maha Perkasa lagi Maha Mulia tidak mahu melihat solat org yg tidak meluruskan punggungnya ketika berdiri di antara ruku' dan sujudnya". (H.R. Ahmad : 10380)

Imam Muslim meriwayatkan, saat bangun daripada sujud, Rasulullah saw berdoa:

"Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah kekuranganku, sihatkanlah aku, dan berilah rezeki kepadaku". (H.R. Muslim dan Musannaf Abd. ar-Razak : 3009)

Dalam hadis lain dijelaskan bahawa:

"Rasulullah saw kadangkala duduk tegak di atas kedua tumit dan belakang kedua belah kakinya. Baginda juga mengambil masa yg lama ketika duduk di antara dua sujud sehingga tempohnya menyamai ketika mengerjakan sujudnya". (H.R. Bukhari, Muslim dan Sunan an-Nasa'i : 1643)

Cara duduk di antara dua sujud sebagaimana yg diajarkan oleh Rasulullah saw, dapat menyeimbangkan sistem elektrik serta keseimbangan saraf tubuh org yg mengerjakan solat. Selain dapat menjaga kelenturan saraf pada bahagian paha, otot lutut, otot betis hingga ke jari kaki, cara ini dapat menggabungkan penumpuan org yg solat dan menambah khusyuk.

Begitulah serba sedikit ttg faedah solat yg khusyuk yg dipetik daripada buku Menyukat Solat Diri; terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd yg baru dibeli semalam. Semoga dapat manfaat.

Thursday, October 29, 2009

Kenali Sifat Musuh

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Salah satu isi dlm buku "Alam Kubur (Alam Barzakh)" ialah perihal pekerjaan syaitan dan iblis serta kejahatan2 mereka .. Jika nak tau adakah syaitan tu termasuk golongan jin sila klik di sini ..

Berikut adalah perihal pekerjaan syaitan dan iblis serta kejahatan2 mereka mengikut buku tersebut:

1. Syaitan sentiasa kufur, enggan dan takbur terhdp perintah Allah swt:

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah [2] : 34)

2. Syaitan menggelincirkan Nabi Adam dan Hawa sehingga keduanya dikeluarkan daripada syurga:

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ عَنۡہَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ‌ۖ


Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua daripada Syurga itu (Al-Baqarah [2] : 36)

3. Syaitan berusaha supaya manusia lupa untuk mengingat Allah:

ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (Al-Mujadalah [58] : 19)

4. Syaitan berusaha menghalang-halangi jalan kebenaran:

وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Az-Zukhruf [43] :37)

5. Syaitan menjadi musuh, menggoda, menipu, memujuk dan merayu manusia:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِىٍّ عَدُوًّ۬ا شَيَـٰطِينَ ٱلۡإِنسِ وَٱلۡجِنِّ يُوحِى بَعۡضُهُمۡ إِلَىٰ بَعۡضٍ۬ زُخۡرُفَ ٱلۡقَوۡلِ غُرُورً۬ا‌ۚ وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ‌ۖ فَذَرۡهُمۡ وَمَا يَفۡتَرُونَ

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'am [6] : 112)

6. Syaitan mengajak manusia menjadi kafir:

كَمَثَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ إِذۡ قَالَ لِلۡإِنسَـٰنِ ٱڪۡفُرۡ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّى بَرِىٓءٌ۬ مِّنكَ إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ رَبَّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ


(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam! (Al-Hasyr [59] : 16)

7. Syaitan menyesatkan manusia dengan segala kemampuannya:

وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا


Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (Al-Isra' [17] : 64)

8. Syaitan berusaha menakut-nakutkan manusia menjadi miskin dan menyuruh berbuat kejahatan:

ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah [2] : 268)

9. Syaitan berusaha menyuruh berbuat jahat dan keji:

إِنَّمَا يَأۡمُرُكُم بِٱلسُّوٓءِ وَٱلۡفَحۡشَآءِ وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Al-Baqarah [2] : 169)

10. Iblis bersumpah akan sentiasa menggoda manusia:

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ . ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ

Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.(Al-A'raf [7] : 16-17)

11. Syaitan/iblis memberikan khayalan atau janji2 kosong:


يَعِدُهُمۡ وَيُمَنِّيہِمۡ‌ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا


Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. (An-Nisa' [4] : 120)


12. Syaitan senang menimbulkan pertikaian, pertengkaran, permusuhan, dendam kesumat dan kebencian sesama manusia:


إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ


Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Maidah [5] : 91)

13. Syaitan senang mengajak berbuat keji, seperti minum arak, berjudi, korban untuk berhala dan mengundi nasib:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maa'idah [5] : 90)

14. Syaitan berusaha menyesatkan manusia:

وَيُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلاَۢ بَعِيدً۬ا

dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (An-Nisaa' [4] : 60)

15. Syaitan membuat keraguan dan membisikkan kejahatan dalam hati manusia:

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ . ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ


Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (An-Naas [114] : 4 - 5) .


Itulah secara ringkas Firman-firman Allah dalam al-Quran yg mengemukakan ttg pekerjaan iblis dan syaitan. Masih banyak lagi keterangan2 dalam al-Quran dan juga hadis ttg pekerjaan mereka. Namun setelah kita tahu betapa jijiknya sifat serta tabiat dan pekerjaan mereka, kita kenalah berwaspada dan siap siaga terhadap serangan2 dan permusuhan iblis dan syaitan yg amat membahayakan kita. Iblis tidak akan kekok2 untuk berusaha memujuk, merayu, menipu, menggoda, memusuhi, mengelincirkan dan menyesatkan kita. iblis dan syaitan akan sentiasa berusaha untuk mengubah manusia daripada makhluk yg paling mulia menjadi paling hina iaitu daripada TAAT kpdNYA menjadi memusuhiNya. Dan yang paling penting janganlah kita sampai meniru dan melakukan seperti apa yg dilakukan oleh iblis dan syaitan ini.

Janganlah kita menjadi manusia yg pada paginya beriman dan petangnya kufur, atau petangnya beriman paginya kufur.. Ingatlah pesanan Allah kerana dgn Rahman dan RahimNya Dia menyeru kita:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Al-Imran [3] : 102)

Marilah kita sama-sama berdoa dan mohon kepada Allah mudah2an kita mati dalam keadaan iman dan Islam.

Monday, October 26, 2009

Jangan Langgar Hak Asasi...

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Saya pernah mengalami rasa sakit hati ketika berada di jalan raya suatu ketika dahulu.. tapi tidak kini kerana sudah lama tidak boleh memandu, walaupun lesen memandu diperbaharui setiap tahun atau setiap dua tahun. Bila berada saja di atas jalan raya, sebaik saja nak keluar dari simpang jalan rumah ke jalan besar hati dah mula nak marah, masakan tidak, nak keluar simpang pun susah krn walaupun jalan tu jalan kita ada je kereta, lori dan bas laju saja tanpa menghiraukan lorong tu sepatutnya lorong kita. Ada2 sajalah rasa nak marah bila tersinggung dek perangai pemandu yg nak laju, pemandu yg nak perlahan, yg nak masuk ke simpang dan macam2lah.

Pernah sekali tu, bergaduh dgn pemandu lelaki kononnya saya ni daring sgt, pakai tudung tp bawa kereta mengalahkan lelaki..saya sempat berdialog dgn dia tapi tak delah sampai menyengseng kain.. ha ha.. kalau dia di tempat saya pun tentu dia buat seperti itu.. ya lah nak keluar simpang dengan kereta yg berderet2 perlahan panjang berjela2 kalau tak menyelit bilalah nak boleh keluar dari simpang tersebut.. alamatlah maghrib di tengah jalan.. hu hu dia pun minta maaf tp saya kata kereta saya tak calar pun sedangkan kereta dia kemek dan perlu dibaiki.. dia memotong saya dp kiri saya terus belok ke kanan, sedangkan saya nak terus ke hadapan.. saya gesel bahagian tayar depan sebelah kanan kereta dia dan kemek.. Saya kejar dia, dia berhenti.. Alhamdulillah kereta saya tak apa2, saya pun tak apa2 dan anak saya tercengang2 dalam kereta tengok mak dia yang terlampau berani. Subhanallah. Tak boleh kenanglah.. Sanggup dia buat macam tu semata2 krn marah saya keluar simpang tu sebelum dia ke depan.. dan saya pula berani mengejar dia. Dia bagi saya kad. bisnes.. Tapi dah tak tau di mana dah kad tu.
. Saya pun tak hubungi dia nak buat apa..

Pernah juga org memotong que ketika nak bayar di kaunter dan ada yg melanggar hingga terhoyong-hayang bawa perut memboyot sbb bayi dlm kandungan tanpa memohon maaf. Dalam hati berkata apalah manusia ni.. tak nampak ke susahnya si buyong ni nak menapak.. mentang2lah dia kuat.. di pasar chow kit pulak tu.. ramai orang!!

Saya rasa ramai di antara kita yg alami perkara2 begini. Kalau tak banyak kali, pasti sekali ada juga. Saya jadi terfikir kenapa perasaan dan sikap begini perlu ada di kalangan kita sedangkan kita adalah muslim.

Kemudian saya jadi terfikir kenapa di Mekah juga bila nak melontar jumrah, kita rasa macam tak selamat walhal Islam itu selamat, aman dan tenteram.

Apa yg sepatutnya kita lakukan ialah hayati hadis2 nabi ttg hak2 org muslim. Banyak hadis dan Athar diriwayatkan utk kita sebagai panduan. Kita tak sepatutnya melanggar hak asasi ini.

Memberi salam apabila bertemu dgn seagama, penuhi undangannya jika diundang, jawab bersinnya, ziarahi dia bila sakit, hantar jenazahnya jika meninggal, nasihati dia jika dia minta, jaga aibnya; semua ini banyak ditemukan dalam Hadis dan Athar.

Anas ra merawikan dp Rasulullah saw; baginda bersabda;

"Ada empat hak org muslim yg ada padamu: Kau tolong mereka yang baik, kau minta diampunkan mereka yg berdosa, kau doakan mereka yg telah meninggal dan kau suka pada gantinya".

Ertinya menurut Ibnu Abbas, yang baik mendoakan yg jahat dan yg jahat mendoakan yg baik. Jika yg jahat melihat umat Nabi Muhammad itu baik; berdoalah; "Ya Allah! berilah berkat kebaikan yg telah kau berikan kepadanya serta tetapkan ia untukku, serta berikan manfaatnya kepada kami". Jika org baik melihat kpd org jahat, berdoalah : "Ya Allah! tunjukkan dia, terimalah taubatnya, ampunilah dosanya!" Dan hendaklah seorang hamba menyukai seorang mukmin dgn apa yg dia sukai serta menghindarkan daripada mereka apa yg tidak disukai.

Kita pula buat perkara yg terbalik; bila kita lihat org jahat kita akan kutuk dia mungkin kita akan mendoakan yg tidak baik, kita sumpah2 dia; kita sanggup kata, :"Di dunia ni aku takkan maafkan kamu rasa kamu di akhirat nanti". . Beraninya kita kalau berkata seperti itu. Lebih2 lagi kalau kereta org buat hal dgn kita, kita sumpah; "hii hendaknya lepas ni masuk longkang la".. "Accidentla. lepas ni!!!. mampuslah engkau.."

An-Nukmin Basyir berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ibarat sesama mukmin dalam berkasih sayangnya seperti sebuah jasad, jika meratap salah satu anggotanya, maka seluruh anggotanya akan berdukacita"

iaitu "jika sakit salah satu anggotanya, seluruh anggotanya berasa sakit"

Abu Musa ra merawikan dp Nabi saw, baginda bersabda; "Orang mukmin terhadap org mukmin lainnya ibarat bangunan yang satu, setengahnya menguatkan yg lain".

Sebahagian daripada hak itu adalah seseorang tidak menyakiti org lain baik dgn perbuatan atau juga lisan. Rasulullah besabda; "Tanggungjawab seorang muslim ialah menjaga lidahnya dan tangannya terhadap muslim yg lainnya".

Juga Rasulullah saw bersabda dlm satu hadis yg panjang, baginda memerintahkan bbp kebaikan. "Jika tidak mampu, jauhkan manusia daripada keburukanmu. Itupun sedekah yg engkau sedekahkan untuk dirimu".

Dalam satu riwayat; Mujahid berkata, "Ahli neraka itu ditimpa kudis yg mereka garu hingga nampak tulangnya. Jurupanggil (malaikat) bertanya, "Hai fulan! apakah ini tidak menyakitkanmu?" Dia berkata; "Ya." Jurupanggil lalu berkata; "Inilah akibat kamu menyakiti org mukmin." Rasulullah bersabda; "Aku melihat seorang lelaki di Syurga kerana memotong pohon yg menyusahkan org muslim di jalan. Abu Hurairah bertanya, "Ya Rasulullah! ajarilah aku ilmu yg dpt aku manfaatkan!" Rasulullah bersabda; "Buangkanlah hal yg menyakitkan di jalan kaum muslimin sesuatu yg menyusahkan mereka, maka dgn sebab itu Allah mencatatkan satu kebaikan. Dan siapa yg Allah catat satu kebaikan pasti Allah masukkannya ke Syurga". Rasulullah saw bersabda lagi; "Tidak halal bagi seorang Muslim mengisytiharkan kpd saudaranya dgn satu pandangan yg menyakitkannya". Juga Rasulullah saw bersabda; "Tidak halal orang Islam mengherdik org Islam yg lainnya". Lagi baginda bersbda, "Allah tidak suka sesuatu yg menyakitkan kaum mukmin".

Jadi apabila kita bertemu org yg tak dikenali apalah salahnya kita senyum. atau sekurang2nya tak tunjuk muka bengis kita.. tetapi kena hati2 juga bimbang pula mereka ni pula tak tahu nak jaga hak sesama muslim.. entah2 dipukau pula.. (Semoga dilindungkan oleh Allah)

Sesetengah dp hak seseorang ialah hendaklah seseorang muslim itu bertawadhuk kpd muslim yg lainnya. Tidak sombong kpdnya. Allah tidak suka kpd setiap yg sombong. Oleh itu Rasulullah bersabda; "Allah memberi wahyu kpdku agar engkau bertawadhuk sehingga tidak ada org sombong terhadap lainnya, kemudian jika dia disombongi oleh org lain hendaklah dia bersabar".

Jadi dalam kes bawa kereta ni saya rasa memang ada sifat sombong ketika kita memandu, kita merasakan kitalah seorang sahaja yg pandai memandu, merasa kitalah seorang sahaja yg mengikut peraturan.. alih2 marah kpd yg lain yg tak mengikut peraturan.. kononnyalah.. patut2nya kita bersabar je lah.. kita kena amakanlah hadis yg baru disebut di atas td, barulah selamat di atas jalan raya, selamatlah pula di akhirat.

Saya amatlah berharap jika saya dulu bawa kereta menyakitkan hati orang, haraplah orang itu memafkan saya.. dan sayapun insyaAllah dah maafkan semuanya.. dan saya selalu berpesan kepada pemandu2 saya bila berada di atas jalan jgn tak sabar.. siapa lagi kalau bukan husband dan anak2 yg sanggup jd drebar saya.. alhamdulillah.

Semoag N3 ni dpt memberikan kita manfaat.. amiin.

Sunday, October 25, 2009

Osteoporosis Penyebab Hilang Upaya Kekal


Tulang belakang yang rapuh boleh menyebabkan tubuh seseorang itu membongkok.



DI Malaysia, penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, barah payu dara, barah serviks dan sakit jantung merupakan antara penyakit kronik yang banyak membawa maut.

Tetapi bagi wanita yang mencecah umur 45 tahun (perempuan) atau telah menopaus dan 50 tahun bagi lelaki, anda sepatutnya menjadi lebih prihatin dengan tahap kesihatan kerana selain penyakit tersebut, terdapat sejenis lagi penyakit yang mampu membawa maut.

Ini tidak bermakna setiap kali pemeriksaan kesihatan dilakukan anda cuma memeriksa tahap kandungan gula dalam darah, tekanan darah, jantung serta beberapa lagi pemeriksaan kesihatan yang lain kerana tanpa anda sedari, anda mungkin mengalami penyakit tulang rapuh.

Walaupun penyakit ini hanya dialami oleh golongan tua terutama wanita dan juga dikatakan sebagai 'penyakit senyap', tetapi ia sebenarnya merupakan satu penyakit yang diklasifikasikan sebagai penyakit kronik.

Menurut Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL), Dr. Lee Joon Kiong, penyakit tulang rapuh yang dihidapi golongan wanita hari ini makin membimbangkan.

''Penyakit ini lebih mudah dialami wanita menopaus kerana ovarinya berhenti menghasilkan estrogen, iaitu hormon yang mempertahankan kepadatan jisim tulang.

''Bagi wanita yang mengalami menopaus, risikonya adalah dua kali ganda kerana disebabkan hubungan selari di antara estrogen dan ketumpatan tulang.

''Ketumpatan tulang akan menurun bersama-sama tahap estrogen yang semakin berkurangan,'' ujarnya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Tambah beliau, oleh kerana kehilangan jisim tulang berlaku tanpa sebarang tanda, osteoporosis biasanya tidak dapat dikenal pasti beberapa tahun lamanya sehingga seseorang itu mula mengalami masalah keretakan atau patah tulang.

Akibatnya, individu berkenaan semakin kurang ketinggiannya, rasa sakit dan tubuh membongkok.

Tulang merupakan struktur hidup dan memerlukan tenaga (makanan) berterusan untuk mengekalkan bentuk dan fungsinya.

Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan luar yang keras dan kuat (corticol) dan bahagian dalam yang lembut (trabecular).

Dalam kes ini, tulang akan melalui perubahan berterusan dan boleh diganti secara semula jadi sekiranya rosak, tetapi semakin kita berusia, kemampuan itu akan berkurangan malah proses penggantian lebih lambat daripada kerosakan yang dialami.

Tulang bukan sahaja berperanan melindungi organ yang penting, tetapi juga menyediakan struktur sokongan untuk otot serta menyimpan keperluan kalsium untuk kepadatan dan kekuatan tulang.

Terang Dr. Joon Kiong lagi, masa terbaik untuk memulakan pembinaan tulang ialah ketika usia remaja hingga ke usia 30 tahun, iaitu saat pembinaan dan penyimpanan kepadatan tulang berada pada tahap paling baik dan berkesan.

Berbanding lelaki, keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita pada nisbah empat (wanita) perseorang (lelaki) terutama wanita yang telah menopaus disebabkan kadar hormon estrogen yang semakin menurun.

Bagaimanapun di Malaysia, dianggarkan satu juta orang berhadapan risiko untuk menghidapi osteoporosis.

''Apabila osteoporosis berlaku, ia akan menyebabkan tulang menjadi lemah, mudah patah, struktur tulang belakang akan berubah dan tidak mampu menampung bebanan berat.

''Tulang-tulang yang sering diserang masalah ini ialah tulang belakang yang menyebabkan tubuh seseorang itu membongkok serta tulang tangan dan tulang pinggul yang berfungsi menyokong berat badan seseorang,'' katanya yang juga merupakan doktor pakar pembedahan ortopedik.

Dalam masa yang sama, ujar Dr. Joon Kiong, hampir 25 peratus daripada pesakit keretakan tulang pinggul meninggal dunia dalam tempoh satu tahun sementara kira-kira 50 peratus pesakit akan hilang upaya kekal.

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria

Saturday, October 24, 2009

Alam Jin 3

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia. Kita hendaklah melindungi diri kita daripada gangguan mereka dan godaan mereka.. Bagaimana caranya?

Pertama: Berwudhuk.

Saya berpesan kepada diriku sendiri dan anda sekalian, selalulah berada dalam keadaan berwudhuk baik dalam keadaan solat mahupun di luar solat. Wudhuk adalah salah satu tanda org beriman. Syaitan tidak akan mendekati seseorang selama dia berwudhuk, selama itu juga dia tidak akan marah.. InsyaAllah.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki yg marah hampir dgn Rasulullah saw, maka baginda bersabda: "Kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan dicipta dpd api, dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Jika seorang daripada kamu sedang marah maka hendaklah berwudhuk". (hadis Riwayat Abu Daud, dan Ahmad).

jika seorang daripada kamu marah, maka berwudhuklah utk menyejukkan badan. Jika marah dalam keadaan berdiri duduklah, lalu mohonlah pertolongan daripada Allah.

Kedua: Membaca Bismillah.

Bacalah bismillah seamasa berwudhuk, masuk rumah, keluar rumah, makan dan apa sahaja pekerjaan yg diredhai Alah. Jika anda membaca bismillah sebelum memulakan satu pekerjaan InsyaAllah syaitan tidak akan mendekatimu selamanya. dalam satu hadis dikatakan; "Jika seseorang hendak memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah adn ketika makan maka syaitan akan berkata kepada semua syaitan yg lain: "Tidak ada tempat tinggal bagi kamu dan tidak ada makanan". Jika dia masuk dgn tidak menyebut nama Allah maka syaitan akan berkata; "Kamu menemui tempat tinggal dan makanan". (Hadis Riwayat Muslim).

Ketiga: Memohon perlindungan daripada Allah swt.

Mintalah pertolongan daripada syaitan yang terkutuk. Dalam satu riwayat dikatakan bahawa ada dua org lelaki yg saling mencela hampir dgn Rasulullah saw, hingg wajah seorang adripada keduanya merah padam dan urat lehernya tegang. Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah jika diucapkan tentulah akan hilang kemarahan, iaitu jika dia membaca : اعوذ بالله من الشيطان الرجيم "A'uzubillahiminasysyaitanirrajim (aku berlindung kpd Allah dp syaitan yg terkutuk". (H.R. Bukhari). Kemudian kata2 Rasulullah itu disampaikan kpd org yg sedang marah itu. Dia membacanya lalu redalah kemarahannya. setelah reda dia berkata ttg dirinya yg sedang marah tadi "Sungguh aku telah gila tadi". Kemarahan atau emosi tidak terkawal dpt membutakan akal dan hati.

4. Membaca Ayat Kursi.

Ayat Kursi ialah ayat yg agong. Hafallah ayat ini. Mintalah seluruh ahli keluarga anda menghafalnya dan sentiasa membacanya. Bacalah ketika hendak tidur, ketika pagi selepas solat subuh dan selepas solat fardhu yg lainnya. Sesungguhnya ayat ini merupakan perlindungan daripada syaitan yg ada dalam dirinya dan juga syaitan yg lainnya, dgn izin Allah. Rumah yg dibaca ayat ini tidak akan dihampiri syaitan.

5. Membaca surah al-Falaq dan an-Nas.

Dlm hadis Uqbah bin Amir dikatakan bahawa Rasulullah saw menyuruhnya utk membaca dua surah ini setiap selesai solat.

Abu Sa'id berkata; "Sebelunya Rasulullah saw biasa membaca ruqyah utk al-Hassan dan al-Hussin namun ketika Allah menurunkan ayat2 ini Rasulullah saw meninggalkan ruqyah dan membaca kedua2 surah ini". (H.R At-Tirmizi)

Surah ini adalah bacaan terbaik utk anak2 kecil dibacakan di dalam rumah ketika hendak tidur dan ketika bangun tidur.

6. Membaca:

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Hendaklah anda membacanya sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang.

SabdaRasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi , Ibnu Majah dan Ahmad).

7. Membaca:

"A'uzubikalimaatillahit taammaati min syarrima kholak"

"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang serba sempurna daripada keburukan makhluk"

Org yg membaca ayat ini tidak akan dihampiri keburukan.

Perawi hadis berkata: "Aku mendgr Rasulullah saw bersabda; "Sesipa yg membaca bacaan di atas sebanyak 3 kali pada satu malam, dia tidak akan ditimpa keburukan pd malam itu". Pada satu malam perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian org bertanya kepadanya; "Mana hadis yg diriwatkan oleh kamu kpd kami dahulu, sdg kamu skrg ditimpa keburukan (disengat kala jengking)?" Dia menjawab: "Demi Zat yg Yg tida ada Tuhan yg disembah melainkan Dia, aku lupa membacanya".

8. Membaca Tahlil (La Ilahaillallah)

Membaca tahlil 100 kali termasuk usaha memohon perlindungan daripada Allah dripada menimpa keburukan. Ini disebut dalam dalam kitab Badal al-Fawa'id oleh Ibnul Qayyim.

Dalam satu hadis disebutkan bhw Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yg membaca: La Ilahaillallahu wahdahu la syarika lah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa 'ala kulli syayin qadir. (Tiada tuhan yg wajib disembah selain Allah, Dialah tuhan satu2nya, dan tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan kerajaan dan bagiNya segala puji. Dia Yg menghidupkan dan Yang mematikan dan Dia Maha Kuasa atas sgl sesuatu).

Bacalah 100 kali dalam sehari. Akan dicatat pahala 100 kebaikan dan dihapus daripada 100 keburukan. Dan baginya pahala setanding memerdekakan 10 hamba dp anak cucu Nabi Ismail. Bacaan ini juga menjadi pelindung daripada syaitan pd hari itu hingga ke malamnya dan tidak ada pada hari kiamat org yg lebih baik amalnya spt amalnya atau lebih dp amalnya. (H.R. Bukhari)

Sebenarnya tidak lamapun masa utk membaca ayat2 ini, namun tidak ramai yg mahu meluangkan masanya utk membacanya. Kebanyakan masa kita, kita habiskan utk perkara2 lain yg kadg2 tidak berguna pun kpd kita. Kita lebih suka bergurau senda, bersembang, menonton TV dan kdg2 ke sana ke mari tanpa tujuan, bahkan ada yg mengumpat, mengadu domba memfitnah, memberi kesaksian palsu, memacing permusuhan dsbnya.

9. Selalu mengingati Allah (Zikrullah).

Jadikan bibir anda sentiasa basah menyebut nama Allah, bibir anda bergerah mensucikan Allah (Suhanallah), memuji Allah (Alhamdulillah), memohon perkenan Allah (InsyaAllah) dan pelbagai macam sebutan zikrullah yg lain2. Jgnlah lalai dp mengingatiNya:"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ail-Imran [3] : 190 & 191) .

Rasulullah saw bersabda: "Allah swt mengatakan; "AKU akan selalu bersama hambaKu selagi dia mengingatiKU dan kedua bibirnya bergerak menyebut namaKU.(Hadis hasan riwayat at-Tirmizi). Dan disebut bahawa Abdullah bin Busr mendatangi Rasulullah saw dan berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syari'at Islam terasa banyak olehku, Maka beritahulah aku ttg suatu amalan yg menjdkan syari'at Islam itu mudah kepadaku melaksanakannya". Rasulullah saw bersabda; "Selalulah basahi lidahmu dgn menyebut nama Allah".(H.R. At-Tirmizi).

10. Membaca surah Al-Baqarah di dalam rumah.

Jika surah al-Baqarah dibaca di dalam rumah, rumah itu tidak didekati syaitan sebagaimana diriwayatkan oleh satu hadis riwayat Muslim.

Dengan adanya panduan ini tidak perlulah lagi kita mencari bomoh utk menghalau syaitan daripada diri kita. Allah swt melalui lidah dan perbuatan Rasulullah telah memberi kita petunjuk supaya kita amalkan.

Marilah kita memohon kepada Allah mudah2an kita sentiasa mendapat penjagaanNYa dan perlindunganNya daripada kejahatan makhkluk jin dan syaitan dan juga manusia yg dengki.

Sekian, Allah jua Yang Lebih Mengetahui.

Boleh tonton video tentang alam jin di sini, sini dan sini

Alam Jin 2

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Siapakah yang membawa khabar kepada jin bahawa Rasulullah saw sedang membaca Al-Quran di lembah Nakhlah yg terletak antara Mekah dan Ta'if itu?. N3 ini adalah sambungan dpd N3 sebelum ni..

Ibnu Abbas ra berkata: Sesungguhnya jin tidak dapat lagi mencuri2 berita dari langit seperti dahulu. Jika sebelum Rasulullah saw menjadi Rasul dan wahyu diturunkan, jin ini dapat melakukan perkara itu. Caranya ialah seorang jin akan menaiki kepala jin yg kedua, lalu jin yg ketiga akan menaiki kepala jin kedua dan begitu seterusnya hingga membentuk seperti untaian tasbih atau tangga menjulang ke langit. Jin yg berada paling atas akan mendengar wahyu dari langit dan menyampaikan berita tersebut kpd yg di bawahnya dan begitulah seterusnya hingga berita tersebut sampai ke bumi.

Sesampainya di bumi, para tukang sihir dan bomoh mengambil sebahagian daripada berita dari langit itu, lalu mereka tambah dgn kebohongan. Ketika Al-Quran telah diturunkan, Allah bermaksud untuk melindungi wahyu itu agar tetap murni dan bebas daripada segala bentuk campuran yg bukan wahyu. Untuk itu Allah swt mengutus bintang2 utk melontar jin. Bintang2 melontar dari sgl arah. Ketika itu pemimpin mereka berkata : "Pergilah kamu ke pelbagai penjuru bumi, darat dan lautan, kerana di bumi ini akan berlaku sesuatu yg yg kita tidak ketahui apa hakikat sebenarnya kejadian itu". Lalu golongan jin inipun bertebaranlah ke seluruh pelosok bumi utk mencari apa gerangan yg berlaku. Daripada golongan jin ini kelompok jin Nashibin (yg berada di Yaman)lah yg berjaya menemukan rahsia itu. Mereka menemukan Rasulullah saw sedang membaca Al-Quran di lembah Nakhlah. Mereka yakin bahawa inilah rahsia yg dimaksudkan oleh ketua mereka.

Selepas Rasulullah saw selesai mendirikan solat, mereka (kaum jin) pun bersurai. Setelah sampai kepada kaum mereka di Yaman mereka mengajak kaumnya mengucapkan kalimah La Ilaha illallah sebagaimana firman Allah:

"Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. (29) Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (agama Islam) (30) Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (31) Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata". (Al-Ahqaf [46] : 29 - 32).

Selepas itu Rasulullah saw kembali ke Mekah dengan semangat yg tinggi, jiwanya dipenuhi dgn semangat tauhid yg tinggi krn Allah mendatangkan satu lagi kaum untuk menerima dakwahnya.

Pertemuan kedua Rasulullah saw dgn jin.

Suatu hari Rasulullah saw keluar pada waktu tengah malam dari rumah menuju ke Gua Hira'. Ketika itu baginda bertemu dgn sekumpulan jin lalu baginda mengucapkan salam dan mengajak mereka memeluk Islam. Baginda mendengar suara kaum jin yg riuh rendah memenuhi lembah tempat mereka tinggal. Abu Zar bertanya kepada baginda : "Suara apakah ini ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Itu adalah suara jin yg sdg bertengkar antara satu sama lain lalu aku mendamaikan mereka".

Mereka juga berselisih faham dan bertengkar seperti manusia. Mereka hidup bertetangga dan mempunyai keluarga dan juga mempunyai hubungan kekeluargaan antara mereka. Sepertimana manusia, sebahagian dpd mereka juga berbuat zalim, ada yg baik ada yg lebih baik, ada yg pemurah ada yg bakhil ada yg jujur ada yg suka berbohong.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah saw ketika mendirikan solat membaca, "Aku berlindung kepada Alah darimu, dan aku mengutukmu dengan kutukan Allah". (H.R. Muslim). Setelah membaca bacaan itu, baginda undur beberapa langkah ke belakang hingga mendekati saf pertama. Setelah salam, kami bertanya: "Wahai Rasulullah, kami mendengar engkau membaca sesuatu". Baginda bersabda, "Benarkah kamu mendengarku". Kami menjawab, "Benar". Baginda bersabda, "Demi Zat Yang jiwaku berada dalam genggamanNya, seanainya Nabi sulaiman tidak pernah berdoa memohon kepada Allah, tentulah aku telah menangkap dan mengikat jin itu utk dijadikan bahan mainan kanak2 Madinah". (Ibid).

Doa yg diucapkan oleh Nabi Sulaiman :"Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya". (Shad [38] - 35).

Sebahagian daripada nikmat2 yg Allah kurniakan kpd Nabi Sulaiman ialah menjadikan jin2 itu tunduk di bawah kekuasaan Nabi Sulaiman.

Sesetengah manusia tidak percaya kewujudan jin, sebab kata mereka, dengan pengetahuan ilmu fizik, mereka tidak dapat menyentuh dengan deria rasa. Namun berdasarkan ayat2 Al-Quran yg banyak menyentuh ttg jin ini, umat Islam yg tak mahu mempercayainya adalah dikira telah kufur, krn sebagai org Islam dan beriman, mereka wajib beriman dgn Al-Quran dan perkara2 ghaib yg diterangkan di dalamnya.

Jin bukan sahaja ada, malah mereka bergaul dgn manusia juga. Mereka juga ada yg mukmin ada yg kufur, sama seperti manusia : "Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar. (14) Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi Neraka Jahanam". (Al-Jinn [72] : 14-15).

Jin yg muslim terbahagi kpd tiga tingkatan: yang pertengahan, yg menzalimi dirinya dan yg bersegera mengerjakan kebaikan; sama seperti manusia.

Sesetengah org berpendapat ada Rasul diutus utk jin daripada kalangan jin juga, tetapi sebenarnya ialah Allah tidak pernah mengutus Rasul dp kalangan jin. Allah hanya mengutus manusia sebagai Rasul utk kalangan manusia dan jin : "Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (agama Islam)" (Al-Ahqaf [46 ] - 30).

Mereka mengikuti para Nabi yg diutus oleh Allah kepada manusia seperti Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw. Mereka hanya mendengar Al-Quran kmd sebahagian dpd mereka beriman lalu kembali kpd kaum mereka dan mengajak mereka kpd Islam.

Sebahagian daripada mereka juga masuk syurga, merasakan kenikmatan2, minum dpd sungai2, duduk di atas katil2 syurga dan tinggal di dalam istana yg ada di syurga : "(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin". (Ar-Rahman [55] - 74).

Jin boleh menjelma menjadi kucing, anjing, ular dan makhluk2 hidup yang lain kerana Allah telah memberi kemampuan kpd mereka utk berbuat spt itu. Ketika perang Badar, syaitan menjelma menjadi seorang lelaki tua daripada penduduk Nejed, janggutnya panjang dan memakai serban. Dia datang menemui kaum kafir Quraisy dan berkata kpd mereka spt yg tertera dlm al-Quran : "Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya". (Al-Anfal [ 8 ] - 48).

Yang menjadi makanan mereka ialah tulang dan kotoran haiwan. Kedua benda2 ini tidak boleh kita jadikan alat utk bersuci.

Adakah syaitan itu termasuk golongan jin?

Syaitan memang termasuk dalam golongan jin sebagaimana Allah berfirman : "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal daripada golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu". (Al-Kahfi [18] - 50).

Allah juga berfirman: "Dan Dia telah menciptakan jin daripada lidah api yang menjulang-julang". (Ar-Rahman [55] - 15).

Adalah tidak penting utk mengetahui keturunan syaitan ini.. Yang penting ialah TIGA perkara ini: Pertama, mengapa Allah ciptakan mereka? Kedua, apa yg mereka lakukan terhadap kita? dan ketiga, bagaimana kita berlindung daripada godaan dan gangguan mereka.

Perkara yg ketiga ini semua sudah mengetahuinya iaitu sikap yg mesti kita ambil berdepan dgn syaitan. Kita MESTI menjadikan mereka MUSUH kita : "Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka), Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka. (6) ". (Fatir [35] : 5 & 6).

Kita hendaklah melindungi diri kita daripada gangguan mereka dan godaan mereka.. Bagaimana carnya? akan dicatat dalam N3 yg akan menyusul. InsyaAllah

Friday, October 23, 2009

Alam Jin

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

"Jin" disebut di dalam al-Quran banyak kali. Antaranya ialah :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. (Al-Isra' [17] : 88)

"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!" (Ar-Rahman [55] : 33)

Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. (Ar-Rahman [55] :15)

Allah swt menyebutkan bahawa Rasulullah saw bukan hanya diutus untuk manusia melainkan juga kepada jin seperti dalam firmanNya:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". (Al-Anbiya' [21] :107)

Kata sekalian alam itu mencakupi manusia dan jin.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah dua kali bertemu dengan jin dan berdialog dengan mereka.

Kisah pertemuan pertama:

Pada suatu hari, sebelum hijrah Rasulullah saw keluar dari kota Mekah kerana orang2 kafir quraisy tidak mahu menerima dakwah baginda, malah mengganggu dan menyakitinya. Baginda menuju kota Ta'if dengan harapan penduduknya lebih baik keadaannya berbanding dgn penduduk Mekah.

Baginda naik ke atas gunung yg memisahkan Mekah dgn Ta'if. Tak seorang pun yg menemani baginda selain Allah, dan tidak ada seorangpun yg menghiburnya melainkan DIA. Baginda pergi tidak membawa bekalan selain keyakinan dan zikir kpd Allah. Tidak ada kuda atau unta yg menjadi tunggangan baginda. Sandaran yg dibawanya hanyalah daya dan kekuatan daripada Allah.

Waktu itu Rasulullah saw ditimpa rasa letih, lapar dan haus yg bersangatan, padahal seandai nya baginda menginginkan gunung2 yg ada di bumi ini menjadi emas dan perak untuknya, tentulah keinginan itu tercapai. Dan setelah berjalan cukup jauh, amat meletihkan, tidak pula membawa apa2 bekal akhirnya baginda sampai ke tempat yg dituju.

Sampai di Ta'if baginda tidak dapat berehat, makan dan minum krn tidak ada seorang pun yg menjemput baginda, dan tidak ada seorangpun yg mahu mengajaknya singgah. Baginda langsung menuju tempat berkumpul penduduk Ta'if dan memberikan salam, akan tetapi tidak ada siapapun yg menjawab salam baginda kerana mereka adalah org2 jahiliyah yg menyembah berhala.

Kalimah La Ilaha Illallah tidak tembus ke dalam kepala mereka sewaktu baginda berkata kpd mereka: "Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu. Padaku ada siksa yg pedih. Justeru katakanlah La Ilaha Illallah tentu kamu akan selamat". (Hadis riwat Ahmad). Mereka lebih suka berhala daripada Tuhan yang sebenarnya. Sebab itulah mereka mereka membalas seruan itu dgn penghinaan, cercaan dan cemuhan. Mereka melontarkan kata2 yg amat pedih dan menyakitkan. Semua itu menambahkan lagi kepedihan Rasulullah saw di samping rasa lapar, letih yg sudah ditanggungnya itu.

Malah salah seorang daripada mereka yg berkumpul itu berkata: "Tidakkah Allah menemui seseorang yg layak selain kamu untuk dijadikan sebagai utusanNya?". Yang lain pula berkata : "Kalau benar engkau utusan Allah, aku curi penutup Kaabah."

Penolakan mereka ternyata tidak cukup dgn kata2 keji tersebut. Sewaktu Rasulullah saw bergerak balik ke kampungnya di Mekah, mereka menyuruh para hamba sahaya serta anak2 mereka melontar Rasulullah saw dengan batu. Kedua2 kaki baginda yg mulia itu berdarah2 terkena lontaran batu. Alangkah kejinya perbuatan mereka.

Adalah sangat mungkin tatkala itu Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Perkasa melindungi RasulNya dengan mengutus para malaikatNYa. Jangankan untuk menghancurkan penduduk Ta'if, menghancurkan dunia sekalipun malaikat berkuasa menghancurkannya dengan izin Allah. Walau bagaimanapun Allah Maha Bijaksana. DIA mahu mendidik, melatih, menguji kesabaran dan ketabahan baginda, serta membalas ketabahannya dengan pahala yg berlipatganda, di samping menjadikan sikap baginda itu contoh kepada umat manusia.

Rasulullah saw sendiri memang tabah dan sabar menerimanya. Baginda tidak berdendam, malah mendoakan mereka kepada Allah. Ketika malaikat dtg ke gunung menawarkan bantuan kpd Rasulullah saw dgn mengatakan :"Izinkan aku utk menimpakan gunung Akhsyabin itu kepada mereka!". Rasulullah saw menjawab: "Jangan. sesungguhnya aku berharap mudah2an daripada anak keturunan mereka lahir org2 yg menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dgn sesuatupun". (Hadis Riwayat Bukhari)

Baginda pergi meninggalkan kota Ta'if. Pada sebelah malamnya baginda tiba di lembah Nakhlah yg terletak antara Mekah dan Ta'if. Di tengah kegelapan malam baginda ditemani Allah Zat Maha Hidup lagi Maha Esa, baginda berwudhuk lalu mendirikan solat dgn menguatkan bacaan Al-Quran. Baginda sengaja melakukan sedemikian utk menghilangkan rasa takut dan ngeri berada dlm keadaan yg mencengkam. Keajaiban berlaku pada malam itu. Allah mengutus sekumpulan jin Nashibin dari Yaman utk mendatangai Rasulullah saw di lembah itu bagi mendengar ayat2 Al-Quran yg sedang dibacakan. Pada malam itu lembah tersebut dipenuhi jin.

Rasulullah saw menguatkan bacaan berikut: "Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman) dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya". (Ar-Rad [13] - 31).

Sebahagian daripada adab yg berlaku pada alam jin adalah bahawa pemimpin mereka menyuruh kaumnya DIAM utk mendgr bacaan Al-Quran : "Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran". (29).

Merekapun diam. Mereka saling tindih menindih kawannya sehingga berada dekat dgn Rasulullah saw sebagaimana firman Allah : "Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya". (Al-Jinn [72] - 19).

Allah swt berfirman : "Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!" (Al-Jinn [72] - 1).

Seorang ulama tafsir berkata : "Benar2 menakjubkan bahawa golongan jin pun menikmati dan meresapi ayat2 Al-Quran. Mereka dpt juga merasakan tingginya gaya bahasa Al-Quran, dan merekapun berusaha mendalami makna2 Al-Quran : "Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (1) Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. (2) Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: Tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. (3) Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (Ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran; (4) Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. (Al-Jinn [72] : 1 - 5).

Mereka (kaum jin) juga menceritakan pengalaman dgn berita2 langit (wahyu Allah) : "Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya". ( Al-Jinn [72] - 9).

Siapakah yang membawa khabar kepada jin bahawa Rasulullah saw sedang membaca Al-Quran di lembah Nakhlah yg terletak antara Mekah dan Ta'if itu? Tunggu N3 selanjutnya insyaAllah.

Thursday, October 22, 2009

Ke manakah Kamu Hendak Pergi ( فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ )

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah bertanya kepada kita dalam surah at-Takwir ayat 26 :

فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ

(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng daripada jalan Al-Quran)? (26).

Saya berkesempatan mencatat serba sedikit ttg persoalan ini dp ceramah yg didgr untuk dikongsikan bersama pembaca sekelian.

Pertanyaan Allah swt ini merupakan pertanyaan yg amat asas yakni Allah rakamkan kpd kita hambaNya apabila kita tersasar daripada matlamat mengapa Allah ciptakan kita. Istilah hari ini ialah quo vadis? kamu nak ke mana? where are you going?.

Allah ciptakan semua makhluknya dgn matlamat lebih2 lagi makhluk yg berakal iaitu manusia. Allah tidak ciptakan sgl sesuatu dgn sia2 atau saja2 atau main2.

"Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main". (Q.S Ad-Dukhan 44 : 38) .

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Q.S Al-Mu'minun 23: 115).

Cuba renungkan, Allah bagi tahu kita bahawa sgl yg DIA cipta ada matlamat. Allah tentukan supaya kita beribadat kpd DIA, asal kita dpd DIA dan kembali kita kpd DIA.

Oleh itu selama kita hidup mestilah kita dasarkan kpd doa' iftitah yg kita baca dalam setiap solat kita.. Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil'alamin.. sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku kuserahkan kpd Allah sekelian alam. yakni krn ALLAH, utk Allah dan bagi Allah.

Oleh sebab itu dalam apa sahaja usaha kita, tugas kita, apa pun kita, seorang guru ke, seorang doktor ke, seorang jurutera ke dan apa2 sahajalah hatta pembantu rumah sekalipun (profesyen apa pun dgn syarat tidak langgar hukum syara') : "Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya". (Al-Lail 92 : 4) kita hendaklah jgn lari dpd tujuan asal kita dicipta.

Ibrahim as Allah jdkan sebagai contoh, ketika ditanya oleh Allah: "(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Q.S Al-Baqarah 2 : 131).

Ibrahim as ditanya ke mana kamu nak pergi? nak cari apa keluar pagi2 balik petang2, berjalan di muka bumi apa kamu cari dalam kehidupan ini? Nabi Ibrahim menjawab dgn tegas tanpa keraguan : "Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar)". (Q.S As-Soffat 37: 99). Dalam ayat ini Nabi Ibrahim meninggalkan anak dan isterinya Siti Hajar di Mekah atas perintah Allah swt.

Pembaca sekelian, itulah sebabnya.. setiap kali kita keluar rumah untuk bekerja jika lari daripada matlamat menuju Allah, Allah akan soal dgn soalan ini "Ke manakah Kamu Hendak Pergi? ( فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ )" .. maka jawablah aku pergi menujuMu, apapun yg aku lakukan adalah semata2 untuk mendapatkan keredhaanMu ya Allah!.

Usaha kita pelbagai macam. Memang Allah tak tetapkan apa kerjaya kita. Allah serah kpd kita sesuai dgn kebolehan kita asal tak bertentangan dgn syara'. Allah perintah nabi Muhammad saw menyampaikan: "Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: Buatlah apa yang kamu sanggup melakukannya (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran yang Tuhan berikan kepada kami)". (Q.A Hud 11 : 121). Maksudnya bukan sahaja kpd org2 tak beriman, org2 beriman pun Allah kata beramallah dgn kebolehan kamu.



Jadi apabila bekerja cubalah renung2kan adakah ingin mencari galamor, ingin mendapat pujian krn berpangkat besar, atau ada matlamat tersembunyi yang lain? Ingatlah pertanyaan Allah "Ke manakah Kamu Hendak Pergi? ( فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ )" jika dah lari daripada tujuan asal utk mendapatkan keredhaan Allah, maka jawablah Inni zahaba ila rabbi (aku pergi menujuMu Tuhanku).

Kepada pengkaji (R&D) mengkaji keajaiban ciptaan Allah (di darat, laut dan udara) jika mengkaji hanya krn ingin tahu sunnatullah tapi tak mahu tahu akan kebesaran Allah (wal'iyazubillah) ingatlah pertanyaan Allah ini.

Allah swt memuji org2 yg mengkaji alam semesta , merekalah orang2 yg berilmu (ulama'): "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun". (Q.S. Fatir 35: 27 & 28). Di sini Allah maksudkan org2 yg takut kpd Allah ialah ulama' iaitu cendikiawan yg memahami sunnatullah dan juga syari'atullah. Mereka ini bkn sahaja semata2 mengkaji tetapi mahu mengenal Allah.

Cuba perhati ayat ini :"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Q.S. Al-Isra' 17 : 44) . Alam ini sebenarnya tidak mati, kerana alam ini semuanya bertasbih mensucikan Allah, memuji Allah, mereka semuanya mengasihi Allah..

Wahai sahabat2ku.. walau apa pun kita, kita kena selalu ingat akan pertanyaan Allah yg satu ini?

Ke manakah kamu hendak pergi.. janganlah lupa.. jawablah aku menujuMu wahai Tuhanku.. insyaAllah sambung lagi.
Related Posts with Thumbnails