Monday, November 23, 2009

Korbankan "ISMAIL"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Hari ini 6 Zulhijjah 1430H. Ramai sahabat handai, rakan taulan termasuk adik ipar dan biras mengerjakan Haji tahun ini. Mudah2an mereka mendapat haji yang Mabrur. Kepada sesiapa yang telah memasang niat untuk mengerjakan haji pada tahun hadapan didoakan supaya Allah mempermudahkan.. Amiin .. tak lama lagi kita akan sama2 menyambut hari raya korban.



Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (27) Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Al-Hajj [22] :27 - 28)


Panggilan Nabi Ibrahim as ini bkn sekadar utk org2 Arab malah utk seluruh manusia dari pelosok dunia. Matlamat yg dinyatakan dlm ayat ini ialah utk 1) menyaksikan pelbagai perkara yg mendatangkan pelbagai manfaat, 2) supaya dapat menyebut nama Allah (Zikrullah).

Dimensi manfaat dan zikrullah

Haji ke Baitullah dan HARI Raya Haji atau Korban mempunyai banyak keistimewaan yang harus diperbesarkan oleh umat Islam, bagi mengingati semula serta mengambil iktibar pengorbanan tiga manusia agung iaitu Nabi Ibrahim; isterinya, Hajar dan Nabi Ismail yang wajar dicontohi.

Nabi Ibrahim as adalah seorang yang berjiwa kental dan mempunyai cita-cita unggul serta ketakwaan yang tinggi kepada Allah swt, Baginda juga merupakan pejuang tauhid yg hebat dan pegawai research yg terunggul krn baginda menemui pencarian ttg Allah tanpa peralatan yg canggih. Baginda memperhatikan cakerawlaa spt bulan, bintang, matahari dan semua makhluk ciptaan Allah sehingga hampir2 hendak menyekutukan Allah krn mengatakan bulan dan matahari itu tuhannya.. Hajar pula seorang wanita solehah yang bertakwa kepada Allah sekali gus sebagai ibu penyayang yang mempunyai kesabaran luar biasa dan Nabi Ismail, sebagai anak salih berjiwa takwa, tawakkal dan sanggup disembelih bapanya demi menjunjung titah perintah Allah.

Keistimewaan inilah yang harus diperbesarkan dan dijadikan teladan segenap lapisan masyarakat terutama ibu bapa, pemimpin dan juga remaja. Semangat dan ketabahan ini haruslah dijadikan landasan dalam kehidupan bagi membina sahsiah diri, kekuatan mental dan fizikal serta kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah. Di samping itu Haji ke Baitullah memberikan manfaat daripada segi ideologi yang sama iaitu tauhid, politik, ekonomi, sosial dan budaya. Ini kerana pada musim inilah umat Islam dari seluruh pelosok dunia berhimpun.

Dengan mengerjakan haji dan berhimpun melaksanakan rukun2 bolehlah sekalian jemaah membayangkan betapa keadaan kita semasa dihimpunkan di padang Mahsyar nanti.

Kisah Nabi Ibrahim Dan Namrud..

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Nabi Ibrahim as, sangat besar dalam menegakkan agama Allah.. Ketika Raja Namrud yg zalim dan tidak beriman itu membunuh dan mengatakan dia boleh mematikan; Nabi Ibrahim as mendatangi para pelampau di istana Raja Namrud dan berdakwah.


Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-Baqarah [2] : 258)

Raja Namrud memerintahkan org2nya mengumpulkan kayu bakar dan menyalakan api.. lalu Nabi Ibrahim ditangkap dan dilemparkan ke dalam api.


(Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu. (As-Saffat [37] : 97)

Namun Allah menolongnya. Ini kerana Nabi Ibrahim kuat berpegang teguh mengesakan Allah. La ilaha illallah..


Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (173) Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (Ali-Imran [3] : 173 - 174)

Nabi Ibrahim membangunkan Makkah sebagai Kota Suci umat Islam yang amat penting.
Tentang Kota Makkah, Allah berfirman maksudnya,
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk” (Ali-Imran[3] :97).


Daripada ayat ini jelaslah bahawa pembangunan Kota Suci Makkah banyak membawa kebaikan dan manfaat kepada umat Islam. Selain ia menjadi arah kiblat ke Baitullah, kota ini juga menjadi tumpuan jutaan umat Islam untuk menunaikan haji setiap tahun. Ini dijelaskan dalam ayat sebelumnya melalui firman-Nya bermaksud:
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia.” (Ali-Imran[3] : 96)
Hari Raya Korban wajar diperbesarkan demi mengingati betapa penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh Nabi Ibrahim as, dalam usaha menegakkan agama Allah dan membangunkan Makkah. Baginda Nabi Ibrahim as disenaraikan sebagai salah seorang Rasul yang bergelar ‘Ulul Azmi yang memiliki kesabaran dan ketabahan luar biasa, sanggup menanggung seribu satu macam kesusahan dan penderitaan serta cabaran semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

Nabi Ismail as simbolik Korban.
Antara pengorbanan Nabi Ibrahim as ialah meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Ismail di tanah gersang; ditinggalkan isteri dan anak2 di sana atas perintah Allah swt.
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (Ibrahim [14] : 37).
Kemudian ketika Ismail as sedang membesar, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail. Bayangkanlah betapa gundahnya kita jika disuruh berbuat demikian, sedangkan anak itu baru membesar di sampingnya setelah lama ditinggalkan. Namun krn arahan Allah swt Nabi Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja yg diperintah oleh Allah swt. Begitu juga dgn Nabi Ismail as yg begitu penyabar krn yakin terhadap perintah Allah swt.
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102) Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108) Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109) Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (110) Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. (as-Saffat [37] :102 - 111)
Membesarkan Hari Raya Korban
Dengan pelaksanaan ibadat korban yang dilakukan semata-mata kerana Allah pada Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyrik (11,12, dan 13 Zulhijjah).
Firman Allah SWT maksudnya:
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (al-Hajj [22] : 37) .
Ibadat korban dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kariah masjid serta peserta yang melakukan ibadat korban melalui daging korban dapat dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin dan ahli kariah masjid. Ini akan menimbulkan rasa keinsafan dalam diri untuk terus membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Selain itu, ibadat ini dapat mengukuhkan pertalian dan kasih sayang di kalangan keluarga dan ahli masyarakat yang berkumpul melaksanakan ibadat korban melalui kerja menyembelih, melapah, menyiang daging dan kemudian makan bersama-sama daging korban yang telah dimasak.
Ini juga dapat melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran dengan melaksanakan perintah Allah. Ingatlah firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Ibrahim[14] :70).


Hari Raya Korban hendaklah diperbesarkan dengan sewajarnya, dengan mengucapkan takbir secara berterusan pada malam hari raya hingga solat sunat didirikan pada esok harinya. Pada 'Idullfitri disunatkan menjamah makanan atau juadah sebelum ke masjid tetapi untuk Hari Raya Korban kita tidak disunatkan berbuat demikian. Sebaliknya disunatkan pergi ke surau atau masjid lebih awal untuk menunaikan solat sunat 'Iduladha dan mendengar khutbah yang menyentuh antara lain, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan umat Islam.


Sebaik selesai solat sunat 'Iduladha, maka bersegeralah menyembelih binatang korban. Kemudian dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin dan sebahagiannya juga diberikan kepada kariah masjid sebagai hadiah. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa dibukakan baginya pintu kebaikan (rezeki) hendaklah memanfaatkan kesempatan itu (untuk berbuat baik) sebab dia tidak mengetahui bila pintu itu akan ditutup baginya.” (Riwayat Asy Syihaab).
Satu kefahaman yg paling besar ttg ibadah korban ini ialah ambillah iktibar ttg pengorbanan Nabi Ibrahim as. Banyak yg dilakukan oleh baginda bagi memantapkan kalimah tauhidnya. Baginda mengorbankan segala 'ISMAIL' bagi menuju Allah.. ketika Allah bertanya (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? (at-Takwir [81] : 26); Nabi Ibrahim as menjawab : Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar). (as-Saffat [37] : 99).

Dan bagi kita apa sahaja "ISMAIL" yg menghalang kita dp melakukan ibadah hendaklah kita korbankan. Korbankanlah "ISMAIL" iaitu harta dan anak2 serta apa sahaja yang boleh menghalangi kita meningkatkan ketakwaan kpd Allah swt. Semoga kita jadi org2 yg bertakwa sebagaimana Nabi Ibrahim yg digelar KHALILULLAH.. KEKASIH ALLAH..

Korban yang dimaksudkan di sini bukanlah sembelih tetapi pengertian yang tersirat di sebaliknya. Jika kita selalu menjadikan alasan sibuk mencari harta atau sibuk melayan kerenah anak2 kita atau sibuk nak mengejar masa ke tempat kerja dsbnya.. Apakah yang kita sumbangkan kepada jalan menegakkan agama kita? Apakah pengorbanan kita dalam menghadapi kesibukan kita mencari dunia..


Ingatlah .. Allah akan bertanya ke manakah matlamat kita? Adakah harta dan anak2 dan lain2nya itu boleh menyelamatkan kita? Wallahua'lam

Sunday, November 22, 2009

Himpitan saraf

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamua'laikum.

Arikel ini dicopy dp kosmo online.. untuk tatapan sendiri.. Sungguh sukar nak ceritakan ttg himpitan ini. Mudah2an tidak adalah yg menderita seperti ini. Sudah 2 kali buat pembedahan namun tak berjaya. Bulan 12 ni nak buat keputusan sama ada nak bedah lagi ke tak? Ikutkan hati macam nak buat je.. ikutkan takut tak mahu lagi. Ikutkan tak larat nak tanggung sakit.. org nak buat apa pun buatlah..

Kebas belakang paha petanda abnormaliti saraf tunjang

HIMPITAN yang berlaku pada dalam atau luar saraf akan memberi impak terhadap postur tubuh, kemampuan anggota tangan dan kaki serta kesakitan semasa berjalan.

KEBAS di bahagian kaki atau belakang paha yang kadang kala melibatkan kawasan pinggul sering sahaja dianggap remeh oleh kebanyakan daripada kita.

Dengan hanya menyapu salap panas atau mengurut, kesakitan dan rasa kebas tersebut hilang seketika, namun ia menyerang kembali tanpa mengira waktu.

Dalam istilah perubatan, kebas atau paresthesia merupakan satu keadaan di mana kawasan pada bahagian anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa.

Menurut Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias, keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.

Tekanan terhadap saraf

“Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang,” katanya.

Azmi menjelaskan, gejala tersebut boleh berlaku akibat penyakit berkaitan saraf tunjang dan akar saraf yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Extradural (25 peratus), Intradural extramedullary (50 peratus) dan Intradural intramedullary (25 peratus), berdasarkan kepada kedudukannya dengan selaput saraf tunjang atau dikenali sebagai Dura Matter.

Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.

“Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis,” jelasnya.

Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.

Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.

Serang tidak kira masa

Menurut Azmi, gejala seperti kebas, rasa mencucuk pada mana-mana anggota tubuh terutama bahagian kaki perlu diambil perhatian oleh orang ramai.

“Malah, lemah anggota tangan atau kaki serta hilang kawalan pundi kencing dan sembelit memberi petanda terdapat masalah berkaitan saraf,” katanya.

Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.

Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

“Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala kebas seperti arteriosclerosis di mana salur darah di bahagian kaki menjadi lebih sempit menyebabkan pesakit mengalami gejala intermittent claudication termasuk sakit atau kebas di bahagian kaki dan hanya boleh berjalan sehingga beberapa meter sahaja.

Tambahnya lagi, penghidap penyakit kencing manis juga boleh mengalami gejala kebas di hujung jari tangan dan kaki.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.

“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.

Dalam pada itu, Azmi menjelaskan pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.

“Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah,” katanya sambil menunjukkan gambarajah tersebut.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
Kosmo Online

Thursday, November 19, 2009

Malaikat Bertugas Bergilir2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Allah berfirman:

سَوَآءٌ۬ مِّنكُم مَّنۡ أَسَرَّ ٱلۡقَوۡلَ وَمَن جَهَرَ بِهِۦ وَمَنۡ هُوَ مُسۡتَخۡفِۭ بِٱلَّيۡلِ وَسَارِبُۢ بِٱلنَّہَارِ

Sama sahaja kepadaNya(bagi Rabb): Sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya(berterusterang); dan sesiapa yang bersembunyi pada waktu malam hari yang gelap dan yang keluar berjalan pada waktu siang. Bagi tiap-tiap seorang manusia ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. (Surah Ar-Ra'd [13] : 10)

Allah swt memberitahu bahawa DIA mengetahui semua makhlukNya sama ada merahsiakan ucapannya mahupun yang berterus terang. Allah dapat mendengarnya dan tidak ada sesuatupun yg tersembunyi daripadaNya sama seperti yg difirmankanNya dalam surah An-Naml ayat 25

وَيَعۡلَمُ مَا تُخۡفُونَ وَمَا تُعۡلِنُونَ

"dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan". (An-Naml [27] : 25).

Firman Allah "dan sesiapa yang bersembunyi pada waktu malam hari yang gelap dan siapa yang keluar berjalan pada waktu siang", maksudnya semuanya diketahui oleh Allah. Tiada perbezaannya sama ada gelap ataupun terang. Semuanya Allah mengetahui.

Allah juga memberitahu bahawa bagi setiap manusia ada malaikat yg Allah perintahkan utk menjga manusia bergilir siang dan malam. Ada malaikat penjaga waktu siang dan ada malaikat penjaga waktu malam; malaikat menjaga manusia daripada kejahatan dan kecelakaan. Malaikat ini satu menjaga pada bahagian hadapan dan satu lagi pada bahagian belakang manusia. Selain itu ada malaikat yg bertugas mencatat segala amlan baik dan buruk manusia. Di sebelah kanan mencatat amalan baik dan di sebelah kiri mencatat amalan buruk manusia.

Menurut tafsir Ibnu katsir; manusia ini dikelilingi oleh 4 Malaikat pada siang hari dan 4 Malaikat pada malam hari dengan silih berganti, dua sebagai penjaga dan dua yang lainnya sebagai pencatat amalan.

Dalam tafsir al-Khazin hadis sahih daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda maksunya: Ada beberapa malaikat selalu mengikuti kamu bergilir-gilir, iaitu malaikat pada malam hari dan malaikat pada siang hari, mereka berkumpul pada waktu solat subuh dan solat asar, lalu naiklah malaikat sebelumnya berada bersama kamu, dan Allah menanyakan kepada mereka; sedangkan ALLAH MAHA MENGETAHUI keadaan kamu. Bagaimana kaeadaan hamba2Ku ketika kamu meninggalkan mereka? Malaikat menjawab : Kami mendatangi mereka , mereka sedang solat, dan kami meninggalkan mereka , mereka pun sedang solat".

Bermakna di sini; tiap2 hari malaikat itu memberi laporan dua kali tentang amalan anak Adam terutama tentang solat yang didirikan; adakan dikerjakan atau tidak; malaikat menjadi saksi.

Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan daripada Abdullah; dia berkata Rasulullah saw bersabda; "Tidak ada seorangpun di antara kalian yang tidak ditemani oleh pendamping, daripada jin, dan pendamping daripada malaikat. Mereka bertanya: "Apakah demikian pula dgn engkau wahai Rasulullah? Baginda menjawab; "Demikian juga aku, tetapi Allah menolongku (terhadap pendamping daripada jin itu) sehingga ia tidak menyuruhku kecuali untuk berbuat baik". Hadis diriwayatkan oleh Muslim.

Bulan Terbelah Dua Pada Zaman Rasulullah SAW?

Bismillahirrahmaniirahim.

Assalamu'alaikum.Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad saw dan kelurga serta para sahabat yang mulia.

SOALAN:


Sudah banyak kali saya mendengar cerita mengenai mukjizat Nabi Muhammad SAW membelah bulan. Cerita itu hakikatkah atau ilusi (khayalan) manusia zaman itu sahaja. Jika betul-betul bulan terbelah dua, tentu ada fakta fizikal secara geografi, kerana manusia berjaya mendarat di bulan, kesannya tentu dapat dilihat sehingga ke hari ini. Pernahkah manusia menemui kesan tersebut, apakah pandangan Dato' dalam hal sebegini - IBNU ABDULLAH, menerusi e-mel


JAWAPAN:

Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir & silap mata. Malah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku, sungguh berlaku secara waqi'e (berlaku di alam nyata). Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW adalah kisah benar yang dirakam dalam Quranul Karim iaitu dalam satu surah yang Allah namakan sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan). Firman Allah (mafhumNya):

"Telah hampir saat (kedatangan Hari Kiamat) & terbelahlah bulan. "Dan kalau mereka (kaum musyrik Makkah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus-menerus berlaku. "Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad & mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan Allah). "Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian daripada kisah-kisah & berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (daripada perbuatan kufur itu). "(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan & amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar). (Surah Al-Qamar, ayat 1-5)

Amat jelas dalam ayat di atas bulan terbelah dua, kisahnya cukup jelas disebut dalam kitab-kitab sirah dan hadis-hadis sahih antaranya.

Al-Imam bin Ahmad bin Hanbal meriwayatkan hadis daripada Jabir bin Mat'am katanya (mafhum):

"Pada zaman Rasulullah SAW bulan telah terbelah dua, benar-benar terlihat dua belahannya, satu di bukit sebelah kanan, satu di bukit sebelah kiri. Orang-orang kafir berkata Muhammad telah melakukan sihir. Ada pula di kalangan mereka yang menjawab, kalau sihir dilakukan, maka yang kena sihir adalah kita di sini, & sihir tidak mungkin terkena kepada semua orang di tempat lain." (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Apabila berlaku sedemikian, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:

"Ya Allah, kamulah yang menjadi saksi, ini adalah benar" Sabda Baginda lagi (mafhumnya):

"Nah! lihatlah itu, ini adalah kejadian yang benar".

Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan hadis (mafhumnya):

"Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW Quraisy berkata ini adalah sihir Ibnu Abi Kabshah. Mereka berkata lagi, tunggu dahulu, jangan percaya apa yang kita lihat ini, sehinggalah pengembala-pengembala di padang pasir daripada ahli-ahli Badiah, tiba di Makkah dalam sehari dua ini, kita tanya tentang peristiwa ini, mereka melihat atau tidak. Kalau mereka tidak melihat, ini (bulan terbelah dua) adalah sihir, jika mereka melihatnya, maka apa yang kita nampak benar-benar berlaku"


Keesokan & beberapa hari berikutnya, maka tibalah pengembara-pengembara tersebut, semua mereka menceritakan peristiwa yang sama, bahawa mereka lihat pada malam itu, bulan terbelah dua. Namun demikian kuffar Makkah tetap mengingkarinya secara degil & keras kepala. Maka dari sinilah turunnya ayat yang saya paparkan di atas. Adapun bukti fizikal berdasarkan fakta, apakah di atas bulan terdapat rekahan yang menunjukkan bulan itu pernah terbelah dua. Memang telah wujud bukti tersebut.

Pengunjung-pengunjung bulan yang terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat & Rusia, pernah merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di atas bulan, mengelilingi bulatan sebesar bulan itu. Gambar yang diambil telah tersiar pada beberapa akhbar dunia & disiarkan dalam sebuah majalah tempatan kita yang bernama al-Hunafa isu 2009/2010 di bawah tajuk 'Splitting of the Moon' yang bermaksud bulan terbelah. Gambar tersebut ada pada saya. Mungkin suatu ketika dapat kita siarkan. Oleh kerana telah disedari bahawa jika dibeasr-besarkan cerita tersebut & diketahui umum bulan terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan terbukitilah satu lagi bukti yang paling nyata & kuat.

Ia menjelaskan bahawa Al-Quran itu benar, mukjizat Nabi Muhammad SAW itu benar. Dengan sendirinya membuktikan Islam itu benar. Maka ketika itu akan kecewalah orang yang kuffar. Bahawa Rasulullah SAW membuktikan mukjizatnya kepada musrikin Makkah & dengan bukti pengembara padang pasir, telah menjadikan mereka keras kepala & mungkar. Mereka menolak kebenaran yang dibawa dengan nyata.

Lihatlah sekarang, dalam zaman sains & teknologi, amat terbukti dengan paparan yang begitu nyata bahawa bulan meninggalkan rekahannya di sepanjang lilit bulatannya, menandakan benarnya mukjizat yang telah berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW. Inilah satu bukti nyata bahawa mukjizat nabi-nabi yang terdahulu, semuanya telah hilang kesan, sedangkan mukjizat Nabi Muhammad SAW, dengan Al-Quran sebagai kepala segala mukjizat boleh dilihat & dilihat sehingga sekarang. Ini membuktikan bahawa Islam adalah agama Allah yang benar. Wallahu a'lam

Sumber: Ustaz Dr. Harun Din Al-Hafiz.

Tuesday, November 17, 2009

Tidak takut : Hati tertutup

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Sesungguhnya hati yang tidak takut kepada Allah bukanlah hati yang sebenar dan manusia yang tidak mengharap janji Allah bukanlah manusia yang sebenar.



Allah berfirman:

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). (al-An'am [6] : 122)"

Sebaik sahaja manusia dilahirkan; dia telah memikul tanggungjawab dan menghadapi masalah. Tanggungjawab dan masalah yang dihadapi oleh manusia hanya dpt diselesaikan apabila ada rasa takut kepada Allah.

Allah berfirman:

"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata". (az-Zariyat [51] : 50) .
Allah swt berfirman :

"Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga". (ar-Rahman [55] : 46)
"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu. (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja". (an-Nazi'at [79] : 40 - 46)

Orang yang tidak takut ialah org2 yg menuruti hawa nafsu jahat mereka. Mereka bukannya tidak diberi peringatan tentang adanya hari kiamat, hari akhirat dan hari pembalasan dan pelbagai nama lagi yang diberikan oleh Allah menurut peristiwa yang berlaku pada hari akhirat.

Barangsiapa yang takut kepada Allah dia akan beramal kerana seorang yang mukmin dia akan beramal, memperbaiki amal dan TAKUT. Manakala org munafik memburukkan amalan dan mengharapkan turun rahmat Allah. Ibnu Mardawaih meriwayatkan daripada Rasulullah saw bahawa Bilal bin Rabah, mua'zzin dan manusia yg keluar daripada kotor berhala menuju kpd CAHAYA ILAHI dengan mengucapkan Ahad! Ahad! keluar menemui Rasulullah saw sebelum solat fajar. Bilal mendapati baginda sedang menangis lalu bilal bertanya kpd Rasulullah saw ; " Wahai Rasulullah! bapa dan ibuku menjadi tebusanmu, apa yg membuatkanmu menangis?" Baginda menjawab: "Beberapa ayat diturunkan kepadaku, celakalah bagi org yg membacanya tetapi tidak menghayatinya!" Kemudian baginda membaca ayat:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka". (Ali Imran[3] : 190 - 191)

Sesiapa yg membaca ayat2 yang seumpama ini tetapi tidak mengahayati dan merenunginya, hatinya telah ditutup kecuali apa yg dikehendaki Allah. Hati tertutup kerana kemaksiatan dan kelalaian.

Boleh baca : Takut

Sunday, November 15, 2009

Memahami Istilah Yahudi dan Israel

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Saya telah menonton satu kuliah dan saya juga membaca tafsir surah al-Baqarah yg banyak menyentuh ttg asal usul yahudi daripada Bani Israel dan juga org2 Yahudi pada masa pemerintahan Nabi Muhammad saw di Madinah.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri ra: "Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?. Rasulullah SAW menjawab, :"Siapa lagi kalau bukan mereka". Hadith Riwayat Muslim (Hadis sahih)

Keterangan

Nabi Muhammad SAW berkata bahawa suatu masa nanti umat Islam akan mengikuti jejak langkah ataupun cara hidup orang2 Yahudi (orang2 yang dimurkai Allah) dan Nashrani (orang2 yang sesat), hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya jika orang2 Yahudi dan Nashrani itu masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun orang2 Islam akan mengikut mereka. Sekarang ini kita sudah dapat melihat ramai orang yang hilang pegangan dalam kehidupan seharian. Ramai yang meniru cara hidup orang yang dimurkai dan yang sesat ini. Contoh April Fool dan macam2 lagi seperti gaya berpakaian dan gaya hidup keseluruhannya. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah yahudi dan nashrani sehingga ada yg menjadi talibarut mereka dan membuat kerosakan di muka bumi..


Di bawah ni saya catatkan apa yg diperkatakan dalam ceramah itu dan juga saya rujuk tafsir bagi menerangkan:

Apa itu Yahudi?
Apa itu Israel?
Dari mana asal Bani Israel?
Ke mana mereka pernah berhijrah?
Apa kisah mereka di bumi Kanaan, ke Mesir, dalam pelarian,
Di Palestin (zaman para ketua, zaman raja-raja & zaman kejatuhan), zaman penaklukan Babylon.

Bila sebut Yahudi ada 2 pengertian:

1. Org Yahudi atau Bangsa Yahudi
2. Agama Yahudi

Israel pula ada 3 pengertian:

1. Israel = Nabi Yaakub; gelaran bagi Nabi Yaakub ialah Nabi Israel. Tersusun dp 2 kalimah Ibrani (Hebrew) iaitu Isra: maksudnya Hamba dan El : maksudnya Allah; jadi Israel ertinya Hamba Allah.

2. Keturunan Nabi Yaakub disebut Bani Israel yang kemudiannya digelarkan dengan nama kaum Yahudi.

3. Negara Israel ialah Negara haram ZIONIS di Palestin sekarang ini.

Daripada zaman Nabi Adam as hingga zaman Nabi Nuh as belum ada lagi Bani Israel.

Nabi Ibrahim ada mempunyai 2 org anak.

Salah seorang ialah Nabi Ismail as yg dibesarkan di Hijaz yakni Makkah melahirkan anak berketurunan Arab Quraisy hinggalah kpd Nabi Muhammad saw.

Manakala seorang lagi ialah Nabi Ishak as tinggal di Kan'an. Nabi Ishak mempunyai 2 org anak masing2 nama Isu dan Nb Yaakub. Nabi Yaakub inilah yg dipanggil Israel, dan anak cucunya digelar Bani Israel. Drp sinilah asal keturunan Yahudi.

Ramai lagi Nabi2 keturunan Bani Israil spt Zulkifli, Daniel, Musa, Harun, Isa, samwil, Daud, Sulaiman, dll.

Keturunan Nb Ismail berakhir pd Nabi Muhammad saw, sdgkan Nabi2 dan Rasul2 yg diutuskan kpd Bani Israil ramai, mereka juga diturunkan 3 kitab yakni Taurat, Zabur dan Injil. Ini menunjukkan kaum Bani Israel ni memang teruk perangainya. Itu sebabnya diutuskan ramai nabi di kalangan mereka namun sampai sekarang mereka derhaka, banyak nabi2 yg mereka bunuh. Sedangkan untuk umat Nabi Muhammad saw hanya diberi satu sahaja kitab yakni al-Quranul Karim.

Bagaimana Bani Israel pindah dp Kan'an ke Mesir kemudian ke Palestin?

Nabi Yaakub ada 12 org anak dp 4 org isteri.

1. Lia
2. Rahil
3. Zilfah (jariah kpd Lia)
4 . Bilhah (jariah kpd Rahil)

Rahil melahirkan 2 org anak iaitu Yusof dan Bunyamin; sangat disayangi oleh Nabi Yaakub.. manakala yg lain2 amat cemburu dan dengki kpd Nabi Yusof.. tentu pernah dgr fsl mimpi Nb yusof diceritakan kpd bapanya bukan? kmd adik beradik Yusof meninggalkan Yusof di telaga dan diselamatkan oleh org dan dibesarkan di istana al-Aziz bertemu dgn Zulaikha, dicintai oleh Zulaikha, akhirnya jd menteri perbendaharaan.

Anak2 Nabi Yaakub hidup terlalu susah lalu ke Mesir, bertemu dgn Nabi Yusof akhirnya mereka berdamai. Lalu Nabi Yaakub dan anak2nya pindah dr Kan'an ke Mesir; tetapi mereka ni suka hidup menyendiri; mereka kuasai ekonomi Mesir dan beranak pinak di Mesir. Kmd Firaun menindas Bani Israel, tenaga mereka diperas dan ada yang dibunuh.

Kemudian pd suatu ketika Firaun (Raja Mesir) bermimpi seorg budak lelaki akan hidup dan akan mengalahkan dia. Selama satu tahun bayi lelaki diperintahkan supaya dibunuh tetapi Nb Musa selamat; akhirnya Firaun yg memelihara Nb Musa.

Pada suatu hari ada 2 org bergaduh; org Mesir bergaduh dgn org Bani Israel ni. Lalu Nb Musa nak damaikan, tiba2 org Mesir mati lalu Firaun marah kpd Nb Musa. Firaun perintahkan askar2nya menangkap Nb Musa. Nb Musa lari, Bani Israil tinggal di Mesir. Nb Musa bertemu 2 org gadis iaitu anak2 Nb Shuaib. Nb Musa menolong anka2 Nb Shuaib ambil air. Lalu Nb Shuaib yg menyedari bhawa suatu hari nnt Musa akan jd Nb, Nb shuaib menikahkannya dgn salah seorg anaknya dan menjdkan syarat tinggal selama 8 tahun.. setengah riwayat kata 10 tahun. Nb Musa pun berkahwin dan bila sampai tempoh Nb Shuaib menguji Nb Musa, disuruhnya Nb Musa masuk ke dlm bilik ambil tongkat. Dipilihnya tongkat dikatakan tongkat tu turun temurun sejak Nb Adam lagi. Diberikan tongkat tu kpd Nb Musa.

Nb Musa bergerak ke Mesir membawa keluarganya. Sampai di Bukit Tursina, Nb Musa nampak api. Dia tinggalkan keluarganya dgn membawa tongkatnya ke Bukit Tursina lalu Nb Musa bertajalli dgn Allah swt. Nb Musa dilantik menjadi nabi dan rasul. Diperintahkan supaya berdakwah kpd Firaun dan kaumnya. Nb Musa dimusuhi oleh Firaun, akhirnya Nb Musa membawa Bani Israel pindah melalui Laut Merah. Dipukulnya tongkat laut terbelah, ada riwayat kata satu lorong ada yg kata 12 lorong mengikiut 12 kumpulan Bani Israel.

Selepas keluar dp Mesir ni org Bani Israel atau Yahudi ni tinggal di padang pasir. Disebabkan mereka ni mmg berperangai buruk mereka protes kpd Nb Musa, mereka menyesal ikut Nb Musa pindah keluar dp Mesir.

Mereka minta Nb Musa turunkan hidangan dp langit.. Allah turunkan dan banyak nikmat yg Allah bagi kpd mereka tetapi mereka ni memang tak tahu bersyukur. Ketika Nb Musa dipanggil Allah utk mengambil kitab 10 perjanjian yg ditulis di atas batu, bani Israel ni menyembah lembu. Nb Musa tinggalkan mereka ni bersama dgn Nb Harun namun Nb Harun ni kurang tegas. Selama 40 hari sahaja ditinggalkan mereka ni dipengaruhi oleh samiri yg munafik. Samiri ni membaut patung lembu dp emas dan enjadikan seolah2 lembu ni bersuara.

Pada masa itu Nb Musa mengajak mereka ke Palestin. Masa tu penduduk Palestin dah ada di sana. Kalau nak masuk juga mereka kena berperang, tetapi org2 Yahudi ni pengecut, mereka takut berperang. Kisah ni boleh baca dalam surah al-Maidah mulai ayat 21 hingga 26 di bawah:

(Nabi Musa berkata lagi): Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya) dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat). (21) Mereka menjawab: Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu). (22) Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman. (23) Mereka (menolak dengan) berkata: Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu. (24) Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu. (25) Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu. (26)

Nabi Musa bermunajat kpd Allah, Allah kata jika mereka masuk mereka akan menang, tetapi jahatnya mulut org2 yahudi ni; mereka kata kpd Nabi Musa jika dah boleh menang kamu dengan Tuhan je lah yang masuk memerangi Palestin. Kmd Allah mengharamkan mereka masuk ke Palestin selama 40 tahun.

Nabi Musa wafat sblm dapat masuk ke Palestin lalu digantikan oleh Yushak bin Nun. Yushak yg sama menemani nb Musa bertemu dgn Nb Khidir. Mereka dapat masuk ke Palestin disebabkan Yushak ni berjaya memujuk mereka supaya masuk melalui sungai Jordan.

Di Palestin mereka melalui 3 zaman:

1. Zaman Para Ketua
2. Zaman Raja2
3. Zaman Kejatuhan.

Pada zaman Para Ketua ni Yushak jd pemimpin. Pada zaman ini ramai nabi2 jadi ketua, dan yg akhir ialah Samwil (Samuel). Samuel ni ada 2 org anak tetapi mereka berdua ni tidak berguna. Di Palestin org2 yahudi ni ni dibuli; jadi mereka tak tahan dibuli oleh org2 Palestin lalu mereka minta supaya Nabi Samuel ni berdoa kpd Allah memohon supaya mereka diperintahkan oleh raja. Samuel berdoa, dan raja pertama mereka ialah Talut. Org2 Yahudi kaum bani Israel ni tak puas hati krn Talut ni org kebanyakan(biasa). Disebabkan mereka ni berperangai buruk mereka selalu berasa tak puashati.

Kemudian Nb Daud yg jd penghulu lebih kuat dp Talut, Talut nak serang dan bunuh Nb Daud, lalu Nb Daud dgn bantuan org2 Palestin dpt membunuh Talut; menang dan dapat jd Raja Bani Israel dan Nb Daud diturunkan kitab Zabur. Selepas Nb Daud, Nb sulaiman ambil alih pemerintahan. Bani Israel berada di kemuncak semasa pemerintahan Nbi Sulaiman. Selepas wafat Nb Sulaiman 2 org anaknya bergaduh. Masa dua org anak ini bergaduh Firaun yg bernama Sesac (tak pasti sgt ejaan) kalahkan Bani Israel, kemudian dtg pula Raja Budkadnezar (Raja Baylon) lalu hacurlah kerajaan Bani Israel (Yahudi) di Palestin


Nak lihat dan dengar sendiri kuliah :Di SINI

Menyukat Solat Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Ramai antara kita termasuk diri saya amat sukar untuk mendapatkan solat yang benar2 khusyuk. Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah pengisaian waktu yang tidak menemui kebahagiaan.

Allah berfirman maksudnya :

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku. (Surah Taha [10] : 14)


Daripada Abu Hurairah ra : Nabi bersabda; Betapa ramai orang yang mendirikan solat tidak mendapat apa2 ganjaran kecuali penat dan letih; betapa ramai orang yang solat malam tetapi tidak mendapat apa2 bahagian kecuali mengantuk. Lebih malang lagi jika kita dihumban ke neraka (mendapat kecelakaan yang besar) walaupun kita sentiasa menunaikan kewajipan pertama dalam rukun Islam ini.

Allah berfirman maksudnya :
"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat; (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai dalam solatnya". (Surah al-Ma'uun [107] : 4 - 5)

Buku di atas mendedahkan kepada kita bagaimana mendapatkan kelazatan solat atau khusyuk. Dengan pemahaman yang jelas dan usaha yang gigih insyaAllah jika ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solat dengan kewujudan diri semasa solat dapat dibuang sedikit demi sedikit.

Sebahagian daripada kedudukan solat daripada segi kesihatan yang disentuh sedikit dalam buku ini telah saya tulis di SINI

Jika kita teliti firman Allah yang di atas tadi iaitu dalam surah TAHA ayat 14, Allah menyuruh kita solat tujuannya ialah untuk MENGINGATINYA. Maksudnya jika kita solat kita dapat SENTIASA MENGINGATI ALLAH baik semasa solat mahupun di luar solat itulah hasil khusyuk; iaitu jika dalam solat kita buat apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah iaitu dalam solat ada rukun Qauli (perkataan/ucapan) dan ada rukun fi'li (perbuatan); kita disuruh mulakan dgn takbiratul ihram dan disudahi salam tanpa menambah perbuatan dan ucapan2 selain yang dibenarkan. Jadi jika kita khusyuk dlm solat bermakna di luar solat kita juga akan berbuat sedemikian krn kita sentiasa mengingati Allah. Itulah yang selalu disebut bahawa solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Allah berfirman:

Maksud:

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar". (Al-Ankabut [29] : 45)


Ramai yg solat sekadar ritual simbolik atau menjadikan tanda kealiman formal, tetapi roh solat tidak ada. Jadi solat itu tidak mampu melahirkan akhlak dan peribadi yang mulia. Sungguh rugi orang yang rajin solat namun tidak memberikan kesan baginya menjadi manusia yang bermanfaat.

Buku ini juga memberikan panduan dengan menghuraikan maksud2 bacaan dalam solat bagi setiap rukun mulai daripada takbiratul ihram hinggalah salam.

Di sini saya tuliskan sebahagian huraian tentang ALLAHUAKBAR.. Setiap kali perubahan gerakan dalam solat nescaya lisan kita menyebut AllahuAkbar.

Ketika lisan mengucapkan ALLAHUAKBAR; hati hendaklah mengakui dengan jujur keagungan Allah. Jiwa meneguhkan bahawa kebesaran Allah jauh lebih besar daripada apa yang difikirkan oleh akal. Keyakinan dan pengakuan tulus itu harus ditanam jauh ke lubuk hati saat bertakbir, rasalah dgn perasaan yang halus di benak hati bahawa Allah swt MAHA BESAR mengatasi segala2nya dan segala sifat besar diri, sombong dan mahmudah yang lain hancur berkecai.

Ada banyak pengajaran ketuhanan di sebalik perintah TAKBIR dalam solat ini. Perintah mengandungi pengajaran etika ibadah bagi para hamba bahawa perlu ada kesantunan menyembah, harus bersendikan perasaan hina dina bila berhadapan Allah yang Maha Agung, Maha Besar, Maha Tinggi yang wajib disembah.

ALLAHUAKBAR segala sesuatu selain Allah adalah kecil.
ALLAHUAKBAR segala sesuatu selain Allah adalah rendah.
ALLAHUAKBAR segala sesuatu selain Allah adalah hina.
Dan banyak lagi dihuraikan ttg ALLAHUAKBAR ini.

Selain itu dijelaskan bagaimana nak dapatkan khusyuk; iaitu dgn memahami maksud ayat 106 hingga 110 surah al-Isra' iaitu surah ke 17. Ayat2 ini juga menunjukkan kpd kita ttg tingkatan khusyuk. Ada 4 semuanya.

"Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur. (106) Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); (107) Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. (108) Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. (109) Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu". (110)

Pengertian bagi ayat2 di atas ialah bahawa Allah menurunkan ayat2 menerusi Malaikat Jibril as kepada Nabi Muhammad saw secara beransur2 supaya manusia dapat menghafal dan memahami maksud ayat2; jadi untuk mendapatkan khusyuk kita kenalah menghafal dulu dan mengertikan dulu maksud ayat2 tersebut supaya bila kita solat dan baca ayat2 yg diwajibkan dalam solat kita faham jd dptlah kita tumpukan perhatian dalam solat.

Kedua bila kita dah faham dan kita serapkan dalam hati maknanya kita tingkatkan lagi khusyuk; sehingga dapat menangis di hadapan Allah swt dalam doa2 kita. Dan tingkatan khusyuk yg paling tinggi ialah dalam ayat 109. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, kerana mereka khusyuk.

Mungkinkah antara kita dan solat kita itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembahkan dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan? Kita sahajalah yang dapat menilai keadaan solat kita. Jika masih belum merasainya.. marilah kita belajar dan berusaha.

Di bawah ini petikan kata2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

"Ibadah solat adalah suatu ibadat yang mengajar manusia supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengankeduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".

Sekian. semoga bermanfaat.

Tuesday, November 10, 2009

Dapatkah kita Minum di Telaga Kautsar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Salawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Hari ini baca tentang Telaga Kautsar; golongan yg dapat minum air Telaga Kautsar, Golongan paling awal minum air Telaga Kautsar, kaitan antara wudhuk dan Telaga kautsar , Golongan yg dihalau dari Telaga Kautsar dan beberapa tajuk yg berkaitan dengannya.

Di sini diringkaskan hasil pembacaan;

Org2 yg beriman wajib percaya bahawa satu perkara yg akan berlaku pada hari akhirat ialah minum di "TELAGA KAUTSAR" dan patut berfikir dan berusaha semasa di dunia ini bagaimana untuk dapat minum di Telaga Kautsar.

Minum air telaga ini merupakan pemberian daripada "Ar-Rahim" Allah terhadap hambaNya di akhirat. Dengan meneguk air daripada telaga ini org2 beriman dpt menghilangkan dahaga sdgkan org2 kafir dan seumpamanya tidak mendpt sebarang kurniaan Allah. Hanya mereka yg benar2 beriman dgn akidah yg tulen dan beramal soleh, mukmin dan bertakwa sahaja yg dapt menghirup air telaga Kautsar.

Ada sesetengah pendapat mengatakan org2 beriman akan dapat minum sebelum amal manusia ditimbang. Ada juga berpendapat org2 beriman itu dapat minum setelah berjaya melintasi titian sirat yg merentangi kawah api neraka.

Imam Bukhari dlm sahihnya menyebut sebuah hadis daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda; "Ketika aku berdiri melayan org2 minum air telaga Kautsar, tiba2 aku melihat satu kumpulan manusia, lalu keluar seorg dp kumpulan itu dan berkata kepadaku: "Mari kemari". Kemudian aku bertanya kembali kepada org itu: "Ke mana?" jawab org itu : " Ke neraka". Lalu aku bertanya kepada malaikat ttg org itu, jawab malaikat bahawa org2 itu ialah org2 yg murtad".

Hadis ini menunjukkan bahawa telaga Kautsar itu berada di Padang Mahsyar, sebelum seseorg itu dipaksa meniti sirat. Dijelaskan bahawa pada ketika itu Nabi Muhammad saw sdg melayan org2 minum di telaga Kautsar.

Abdullah bin Abbas ra berkata; "Ada org bertanya kpd Nabi Muhammad saw ttg manusia di akhirat ketika menunggu disoal dan ditimbang sgl amalan. Adakah mereka mendapat minuman dan juga makanan dpd Allah swt? Jawab Nabi saw "Demi jiwaku berada digenggaman Tuhan, memang ada air ketika aku menunggu di Mahsyar. Sesungguhnya wali2 Allah akan diberi peluang mengunjungi kolam Nabi-nabi". Wali2 Allah itu ialah mereka yg disebut dalam firman Allah swt yg bermaksud:

"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar". (Yunus [10] : 62 - 64)

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Zarr yg berkata : Sesungguhnya aku bertanya kpd Rasulullah saw : "Adakah disediakan gayung yg cukup bagi org mukmin yg ramai itu utk minum air telaga Kautsar?" Jawab Nabi saw ; "Demi Tuhan yg jiwaku berada dalam genggamanNya, sesungguhnya gayung telaga Kautsar itu lebih banyak dpd bintang di langit".

Hadis dpd Abdullah Amru bin Al-'Ash menyebut : "Sesungguhnya luas telaga Kautsar itu ialah kira2 sebulan perjalanan, lebarnya sama dengan panjangnya, airnya putih jernih daripada perak dan baunya lebih harum dp kasturi. Gelas minuman melebihi bintang di langit. Barangsiapa diberi peluang oleh Allah swt minum air ini , nescaya tak akan dahaga selama2nya".

Dpd hadis ini jika diukur dgn perjalanan pd zaman Nabi dahulu yg menggunakan kenderaan unta, dalam kira2 sebulan perjalanan boleh mengelilingi seluas bumi Syam yg kini meliputi negara Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan, manakala jika diukur dgn masa perjalanan sekarang dgn menggunakan kapalterbang yg sangat laju, perjalanan sebulan itu mampu mengelilingi dunia kira2 tiga puluh kali.

Walaupun telaga Kautsar itu luas, itu tidak menjamin semua umat Nabi Muhammad saw dpt meneguknya. Banyak lagi hadis2 yg menerangkan ttg barangsiapa yg dapat minum air dp telaga Kautsar ini pasti tidak akan dahaga buat selama2nya.

Org2 yg berjaya menghampiri dan diberi minum air telaga ini bukan sahaja dpt menghilangkan dahaga tetapi sudah tentu masa depannya selepas itu cerah utk mendpt kebahagiaan, sebaliknya bagi org2 yg tidak dapat minum dan dihaluu, mereka adalah golongan yg akan sengsara.

Rasulullah saw memberitahu para sahabat bahawa org yg paling awal dpt minum air telaga ini ialah org2 Muhajirin yg fakir miskin. Ini krn mereka berhijrah semata2 krn Allah dan RasulNya bukan krn harta dunia dan juga krn hendak menemui wanita yg hendak dinikahi. Muhajirin adalah golongan mukmin yg paling berjasa terhdp Islam dan juga Rasulullah saw. Penghijrahan mereka ke Madinah merupakan pengorbanan yg besar, perjalanan mereka menempuh pelbagai kesukaran dan bahaya, belum pasti mereka dpt kembali ke kota Mekah utk bertemu keluarga dan sanak saudara. Org2 Muhajirin ini ada juga daripada hartawan, namun mereka mengorbankan sgl kekayaan mereka demi menegakkan Islam, mereka menderma separuh atau seluruhnya kepada Rasulullah saw utk perjuangan Islam spt yg dilakukan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra.

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik ra katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya ramai daripada umatku akan datang bertemu dgn aku di Telaga Kautsar sehingga terlalu hampir denganku dan aku amat mengenali mereka tetapi mereka telah dihalau jauh dari telaga Kautsar oleh malaikat. Ya Rabbi, mengapa mereka diusir dari telagaku, sedangkan mereka umatku? Tuhan menjelaskan kepadaku: "memang benar mereka adalah umatmu, tetapi engkau tidak tahu akan apa yg dilakukan oleh mereka selepas engkau wafat. Mereka itu murtad daripada ajaranmu."

Daripada hadis ini didapati bukan mudah utk mengahmpiri telaga Kautsar ini. Sekadar jadi umat Nabi Muhammad saw belum tentu dapat minum air telaga Kautsar. Murtad bkn semata2 kerana menyembah berhala atau tokong. Org sekarang tidak lagi menyembah berhala, tetapi kecenderungan utk bercakap berdasarkan logik akal atau mengikut hawa nafsu. Kadang2 memberikan pandangan negatif terhadap hukum2 Allah. Org yg dihalau ialah org2 murtad. Allah berfirman yg bermaksud:

".. dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya)" (Al-Baqarah [2] : 217)

Tentang murtad ini dihuraikan bahawa; Nabi Muhammad saw sendiri berasa sedih krn sebahagian dp mereka yg dihalau itu adalah sebahagian daripada kalangan umatnya sendiri. Walaupun baginda tidak dpt menemui mereka namun Nabi mengenali krn ada tanda wudhuk pada anggota wudhuk sejak mereka dibangkitkan daripada kubur. Walaupun Nabi memohon kpd Allah supaya diberikan peluang kpd umatnya utk minum di telaga Kautsar namun Allah menjelaskan bahawa dosa yg mereka lakukan bknlah sebarang dosa, sebaliknya mereka telah murtad dpd agama sama ada dalam mereka sedar ataupun sebaliknya. Justeru org2 murtad ini tidak ada kebajikan yg tinggal utk dirinya krn semuanya telah hapus akibat murtad.

Org yg malas mendirikan solat hingga kdg2 meninggalkan solat tanpa menafikan kefardhuan perintah solat; jika pada satu ketika dia insaf dan menyesali dan bertaubat serta memperbaiki amalan dan menggantikan yg tertinggal serta melakukan amalan soleh; jika taubat diterima oleh Allah insyaAllah akan didekatkan dgn telaga Kautsar. Ini krn akidah mereka tidak rosak. TETAPI andainya mereka tidak solat dan beranggapan bahawa org yg solat sama sahaja dgn org tak solat, anggapannya itu membawa maksud solat tidak wajib, boleh solat atau boleh tinggalkan; org2 seperti ini akan dihalau dp telaga Kautsar krn telah murtad (Wal'iyazubillah).

Penentang kebenaran juga dihalau daripada telaga Kautsar. Selain itu golongan yg menyeleweng daripada syariat Allah swt yakni menurut hawa nafsu tanpa mengira halal dan haram asalkan nafsu mereka puas.

Penyokong kezaliman juga akan dihalau daripada mendekati telaga Kautsar. Orang yang zalim ialah org2 yg menyembunyikan kebenaran, mengambil hak org lain secara batil, tidak mahu menjalankan syariat Allah dsbnya; Perbuatan mereka bercanggah dgn perintah Allah. Allah berfirman maksudnya: "Kebenaran itu daripada Tuhannu, oleh sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu" (Al-Baqarah [2] : 147).

Banyak lagi tentang telaga Kautsar ini. Setakat ini sahaja yg dapat ditulis mudah2an kita menjaga iman kita supaya tidak tergelincir, supaya nanti kita dapat dikenali oleh Nabi kesayangan kita dan dapatlah kita minum di telaga Kautsar dengan menggunakan gelas daripada emas.

Monday, November 9, 2009

Betapa berat mata memandang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Sebenarnya banyak perkara yg tidak dapat dijangkau oleh pengetahuan kita.. bagaimana pula kesudahan hidup org2 di kampong ini.. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Padang jarak padang tekukur di Jawa timur

Rencana ni dipetik dp Utusan Malaysia Online.. di sini


HANYA bumbung masjid yang tinggal, lainnya habis
ditenggelami yang keluar dari perut bumi di Sidoarjo
di Jawa Timur, sejak tiga tahun lalu.

Kira-kira tiga tahun lalu, penduduk di kampung-kampung sekitar Sidoarjo dan Lapindo, Jawa Timur begitu tenang dan gembira.

Tanah yang subur membolehkan kebanyakan penduduk kampung berkenaan menjalankan aktiviti pertanian. Mereka mendapat hasil yang lumayan dan kebanyakan mereka mampu membina rumah-rumah batu yang selesa untuk didiami.

Mereka menghias halaman rumah dengan pokok2 hiasan juga pokok-pokok buah-buahan yang lebat berbuah.

Pada suatu hari jentera-jentera berat mula memasuki kawasan kampung; katanya untuk melakukan kerja-kerja menggali minyak. Penduduk kampung pada mulanya agak gembira kerana penemuan minyak mentah di kawasan mereka pastinya akan mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Mungkin anak-anak muda tidak lagi perlu membanting tulang di sawah padi, sebaliknya bekerja dengan syarikat menggali minyak yang tentunya memberi pendapatan yang lebih lumayan.

Namun demikian; dibenak mereka juga timbul rasa kebimbangan jika sesuatu berlaku. Ini kerana kedudukan kawasan penggalian terlalu hampir dengan penempatan penduduk.

Akhirnya kebimbangan itu memang menjadi kenyataan apabila tiba-tiba sahaja lubang yang digali meletup dan menyemburkan lumpur panas dan sehingga hari ini tidak pernah berhenti, begitulah cerita seorang penduduk yang dikenali sebagai Yahya ketika ditemui baru-baru ini.

Letusan lumpur itu telah merenggut kehidupan 25,000 penduduk dari 17 buah kampung. Lumpur yang berhambur keluar dianggarkan 100,000 meter padu sehari itu menyebabkan sebanyak 10,425 buah rumah dan 77 buah masjid tenggelam di dalam lumpur.

Apa yang tinggal kini hanyalah bumbung sebuah kilang dan bumbung sebuah masjid, yang lainnya ibarat padang jarak padang tekukur. Bahkan tidak ada seurat rumput yang dapat tumbuh di atas lumpur yang telah kering dan keras kini.

Setakat ini hanya kira-kira 20 peratus sahaja penduduk yang dibayar pampasan oleh syarikat yang bertanggungjawab iaitu Lapindo Brantas.

Selebihnya penduduk masih lagi menunggu dan kebanyakan mereka kini mendiami rumah yang diperbuat daripada buluh sejak tiga tahun lalu.

Mujurlah juga kini kawasan berkenaan menjadi tumpuan pelancong dan ini memberi peluang pekerjaan baru kepada penduduk kampung sama ada menyediakan pengangkutan atau sebagai pemandu pelancong.

Selain itu mereka juga menjual VCD tentang kejadian semburan lumpur itu kepada para pengunjung.

Untuk masuk ke kawasan berkenaan kini dikenakan bayaran RM1.50 dan pengangkutan menggunakan motosikal dikenakan bayaran RM15. Itulah satu-satunya punca pendapatan penduduk di kawasan berkenaan kini.

Ramai juga anak-anak muda meninggalkan kampung berkenaan kerana tidak lagi selesa didiami dan tidak mampu memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

Pihak kerajaan pula dilihat tidak begitu serius dalam menyelesaikan pembayaran pampasan tersebut dan apabila syarikat terbabit menyatakan tidak dapat membayar baki pampasan kerana kesan daripada krisis ekonomi global, ia langsung tidak dibantah.

Apa yang dapat dilakukan oleh penduduk kini hanyalah mengadakan tunjuk perasaan, majlis berdoa beramai-ramai dan selebihnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Setiap petang ramai yang duduk menatap padang lumpur sementara menunggu matahari terbenam dengan pandangan hampa.

..........................................................................................................................................................................

Boleh juga lihat dp Wikipedia

Gambar-gambar di bawah diambil daripada : Sini

School destroyed by mud flow.


Mudflow, photo taken on July 21 2006


Lake created by mud with steaming mud flow in background.



Photo taken of the area of Sidoarjo destroyed by the mud.


Gambar2 di bawah pula diambil dp sini

Lusi has been erupting for two years, leaving 30,000 people homeless


The Lusi mud volcano may be active for decades, some believe


Victims scatter flower petals on their former village, now swamped by mud

The victim of the mud volcano

Giant levees have been constructed to contain the mud
Related Posts with Thumbnails