Monday, January 4, 2010

Kalimah Tauhid

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Keajaiban Kalimah Tauhid

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 19


فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مُتَقَلَّبَكُمۡ وَمَثۡوَٮٰكُمۡ

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). (19)

Maksud (tetapkanlah pengetahuanmu) dalam ayat di atas ialah Allah menganjurkan supaya kita mempelajari ilmu mengenal Allah .. Allah menyatakan bahawa asas ajaran agama ialah mengenal Allah.. sebab sebanyak manapun ilmu yang kita tahu tetapi jika kita buta tentang uluhiyah Allah.. tentang kalimah tauhid, ilmu yang dipelajari atau ilmu yang diketahui itu akan sia-sia.. akidah akan tertolak.


Tidak ada satupun perbuatan baik yang kita lakukan itu melainkan dengan pertolongan Allah.. manakala perbuatan jahat kita tinggalkan juga dengan perlindungan Allah. Oleh itu bersyukurlah apabila kita telah dapat melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan. Jika kita telah rasa bersyukur.. kita akan rasa akrab dengan Allah.


Kalimah tauhid (La ilaha illallah) ini merupakan zikir yang paling utama. Kalimah ini pasti akan diucapkan oleh sama ada mukmin atau kafir apabila dia menghadapi musibah.. apabila berada dalam keadaan kritikal. Ini boleh dilihat dalam kisah Firaun dan juga kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun.


Dalam ayat surah Yunus ayat 90 Allah berfirman:


وَجَـٰوَزۡنَا بِبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتۡبَعَهُمۡ فِرۡعَوۡنُ وَجُنُودُهُ ۥ بَغۡيً۬ا وَعَدۡوًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدۡرَڪَهُ ٱلۡغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتۡ بِهِۦ بَنُوٓاْ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَأَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah). (90)

Manakala dalam Surah anbiya' ayat 87


وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَـٰضِبً۬ا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ


Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (87)

Dalam ayat2 di atas, surah Yunus ayat 90 menceritakan tentang Firaun yang dalam keadaan terdesak.. sangat2 kritikal kerana hampir2 tenggelam.. manakala dalam surah al-Anbiya' ayat 87 pula kisah nabi Yunus yang juga dalam keadaan terdesak dan kritikal kerana berada dalam perut ikan nun yang jauh di dalam lautan.


Dalam kedua2 ayat ini Allah ingin memberitahu kita bahawa hambanya seorang kafir, musuh Allah iaitu Firaun dan seorang lagi mukmin dan muslim yang disayangi Allah.. kedua2nya berada dalam keaadan terdesak.. kritikal kerana merasakan tidak ada siapa yang dapat menolong kecuali Allah.. lalu kedua2nya mengucapkan kalimah tauhid.


Tetapi kenapa Allah hanya selamatkan nabi Yunus tidak Firaun?


Dalam surah Yunus ayat 90 tadi Firaun dalam keadan hampir tenggelam berkata: " Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah daripada orang-orang yang berserah diri (menurut perintah).


Dalam kisah ini ribuan kaum bani Israil dibawa dari Mesir ke Palestin.. Allah menyuruh nabi Musa membawa mereka ini lari daripada Firaun mengikut jalan laut.. Firaun mengejar di belakang apabila hampir di lautan pengikut nabi Musa melihat di hadapan laut dibelakang pula Firaun sehinga hampir putus asa.. pada keytka itu Allah mewahyukan kepada Musa supaya memukul tongkatnya ke laut.. apabila tongkat dipukul.. terbelah laut menjadi dua bahagian.. apabila Nabi Musa dan pengikutnya sampai ke seberang.. Allah menyuruh lagi Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut.. Firaun yang masih belum sampai.. hampir2 sampai ke seberang.. tenggelam di laut.. sebelum tenggelam Firaun sempat mengatakan bahawa dia beriman.


Imannya ditolak kerana dia tidak yakin.. syahadahnya juga pelik kerana dia berkata bahawa dia percaya kepada Tuhan yang dipercayai oleh bani Israil.. ini bermakna dia cuma taklifkan dengan Tuhan bani Israil.. dia jahil .. tidak mengenal Allah.. memang bani Israil percaya kepada Allah.. Allah yang satu.. tetapi Firaun kalau ditanya siapa Tuhan yang engkau sembah dia tak akan dapat menjawab dengan penuh yakin. Firaun mengucap kalimah itu hanyalah semata2 untuk menyelamatkan dirinya. Firaun tak kenal Allah, tak tau siapa Allah, tak kenal dirinya.. untuk apa dia dijadikan.. dan Firaun mengaku pula dia Tuhan dan menyuruh kaumnya menyembah dia.. dia sedikitpun tidak insaf yang selama ini dia berdosa dan derhaka kepada Allah..Ini boleh dilihat dalam ayat 23 dan 24 surah An-Naziat.


فَحَشَرَ فَنَادَىٰ . فَقَالَ أَنَا۟ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ

Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; (23) Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi. (24)


Berbeza dengan Nabi Yunus.. dia bukan takut mati tetapi takut berdosa.. dia berkata tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau.. dia yakin yang dapat menolong dia hanya Allah.. dia memuji Allah.. Maha Suci Allah.. dia mengakui kesalahannya meninggalkan kaumnya.. kalau dia mati sebelum Allah ampunkan kesalahannya bagaimana?


Dalam ayat 143 dan 144 surah Assaffat, Allah menerangkan:


فَلَوۡلَآ أَنَّهُ ۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ


Maka kalaulah dia bukan daripada orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). (143)

لَلَبِثَ فِى بَطۡنِهِۦۤ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (144)


Allah keluarkan Nabi Yunus disebabkan Nabi Yunus seorang yang sentiasa mengingati Allah.. baik ketika senang mahupun susah.. Rahsianya ialah kalimah tauhid Nabi Yunus .. sebelum menimpa musibah dia sudah mengenal Allah.


Daripada kisah Nabi Yunus dan Firaun ini marilah kita ambil iktibar bahawa hendaklah kita sentiasa menetapkan iman kita bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah dan memelihara supaya kalimah itu tidak terbatal dengan menjaga 3 perkara seperti yang telah saya tulis dalam entri yang lepas sini.. di samping itu hendaklah kita sentiasa mengingati Allah baik dalam keadaan apa sekalipun.. masa senang, masa susah, masa sakit, masa muda, masa tua.. jadi apabila kita sentiasa ingat Allah, Allah hampir dengan kita.. apabila kita ditimpa musibah, berdoalah dengan mengakui kesalahan kita.. tanamkan rasa bersalah.. mengakui kebaikan Allah yang telah kita terima.. kita tak mintapun Allah dah beri.. akuilah kelemahan kita.. supaya Allah kabulkan permohonan kita.

Nabi Adam as ketika sedar buat salah dia mengaku dia zalim.. katanya :"Wahai Tuhan kami, kami zalim, jika Engkau tidak mengasihaniku pasti aku jadi orang yang merugi". Nabi Adam tidak minta senag semula sebaliknya mengakui kesilapannya supaya diampunkan Allah.

Rasulullah SAW berpesan kepada kita : "Kenalilah kamu akan Allah semasa kamu senang nescaya Allah kenal kamu ketika kamu susah".

Yang baik daripada Allah yang silap daripada diriku sendiri.

Dicopy daripada SINI

2 comments:

Nurul Aini Khairul Azhari said...

Salam sayang buat tok cu yg dikasihi...

peringatan yg menarik..terima kasih tok cu..

Allah sayangkan kita kan tok cu..
Allah sedia mendengar doa dan permintaan kita..
tapi kadangkala, diri terleka untuk terus
meminta keampunan..meminta...berdoa..merayu dan terus merayu kepadaNya..

terima kasih untuk tok cu yang sudi mengingatkan..

salam rindu buat tok cu..tak sabar nak baca pengisian seterusnya dari tokcu..

Werdah said...

wa'alaikumussalam nurul yg juga disayangi,

Itulah kita manusia ni selalu mcm tu.. bila dah terantuk baru nak sedar.. namun Allah yg sentiasa mengasihi kita akan sentiasa bagi peluang kpd kita..

tentang pengisian tu insyaAllah nak cari bahan..

Related Posts with Thumbnails