Wednesday, March 31, 2010

How do you speak to your Lord?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pagi ni ke blog Pena Maya

Menonton youtube di bawah ini

Siapa nak ikut menonton silakanlah ya.





Alhamdulillah banyak ilmu tentang Allah. Allah yang mempunyai nama-nama (sifat-sifat) baik/ asmaul husna. Allah yang mempunyai segala sifat-sifat kemuliaan dan keagungan memberikan apa sahaja kepada makhluk ciptaanNya tanpa perlu diminta dan tidak meminta kita membalasnya. Bahkan iblis laknatullah memohon kepadanyapun ditunaikan. Allah menyediakan segala-galanya dengan sifat ar-Rahman, Ar-Rahim, al-Wadud, al-Karim dan dengan segala sifat-sifat kemuliaan dan keagunganNya. Kisah tentang Nabi Adam as dan Iblis memberikan banyak pengajaran kepada kita. Jadikanlah kisah-kisah dalam Al-quran sebagai sumber meningkatkan keimanan kita, Allahlah sumber kita. Allah Rabbul'alamin, Allah yang mendidik kita, Allahlah yang mentarbiyah kita, memberi kita petunjuk dan Allahlah segala-galanya.

Iblis laknatullahpun tahu bahawa Allah sahajalah yang dapat memberikan kita segala-galanya, oleh itu hendaklah kita yang mengatakan kita muslim dan beriman memahami maksud "La ilaha illallah". Mohonlah hanya kepada Allah.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul". (Al-Baqarah [2] : 186)

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina". (Ghafir/al-Mu'min [40] : 60)

Banyak pengajaran yang dapat dikutip daripada kisah nabi Adam as dan Iblis laknatullah yang dinukilkan oleh Allah swt dalam al-Quranul Karim ini, yakni tentang perbezaan antara orang-orang beriman dan orang-orang yang kufur dan cara-cara berdoa kepada Allah swt , insyaAllah

14 comments:

Werdah said...

Salam

Siapa tahu nak kecilkan saiz video tu tolong bagi tahu ya, jadi taklah video tu lindung gadget di tepi tu. Terima kasih

cemomoi said...

perkongsian ilmu yang baik moga kita dapat hidayah dari Allah

Solehah said...

Maha Suci Allah..dia tetap beri peluang kepada yang berdosa juga..

Umar Zakir Abdul Hamid said...

Assalamualaikum

untuk mengecilkan saiz video..pergi ke edit post..

tekan edit html..

kemudian tekan ctrl+f dan cari perkataan "width" di kod embed youtube tu..
dan tukar lah ..

kalau kod tu katakan 500..
tukarkan jadi 400 ..

ada dua width perlu ditukar

semoga berjaya

Assalamualaikum

Werdah said...

Salam Kamsiah.

Itulah Allah Maha Pengampun Maha Penyayang, Maha Mencintai semua makhluk ciptaanNya. Dan Allahlah Maha sgl sifat kemuliaan dan keagunga, jadi tak ada alasan kita nak minta dp selain Allah.

Werdah said...

wa'alaikiumussalam Umar.

Alhamdulillah, terima kasih atas tunjuk ajar.

Hari ini banyak belajar.. mudah2an Allah merahmati kita semua insyaAllah.

Werdah said...

Salam cemomoi.

Allah memberi petunjuk kepada siapa yang mahu berusaha. InsyaAllah kita adalah orang-orang yang Allah pilih utk diberi petunjuk. Mudah2an kita istiqamah di atas jalanNya menuju kepadaNya. Allahumma Amiin

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..

Moga akak sihat hendaknya.

Terima kasih utk info dan artikel akak kali ini. Mudah-mudahan kita sentiasa di atas landasan redha menujuNya

Werdah said...

Salam Solehah.

Kak ni dalam fikiran asyik tertukar nama je dgn kamsiah. maaf ye..

Werdah said...

Salam Abd Razak atas doa.

InsyaAllah kak nak buat radioterapi di HUSM Kubang Kerian pada 8 April ni.

Mohon Allah perkenankan hilang sakit di pinggang dan belikat ni. tolong doakan ya.

shaniza said...

Salam kak werdah..
Iblis mengenali Allah tetapi tidak mahu sujud kerana keangkuhannya. Semoga kita dilindungi Allah dari tipu daya syaitan dan iblis yg menyesatkan dan semoga kita menjadi hamba yg selalu menyebut dan mengingati Allah.

Werdah said...

Salam Shaniza.

Itulah sebabnya kita dilarang bersifat sombong takbur krn menyamai iblis dan syaitan.. semoga kita dilindungi daripada bertindak seperti itu.

ckg rash said...

Assalamu'alaikum,
Kak Werdah sihat? Tk dgn info yg diberi. Allah akan memberi jika kita rajin mencari...
Boleh kenal kak dgn lbh dekat lg...

Werdah said...

wa'alaikumussalam ckg Rash.

kak alhamdulillah 'ala kullihaal..

Mudah2an kita dapat mengekalkan ikatan ukhwah antara kita. Mana tahu suatu hari nnt pula kita diizinkan berjumpa olehNya, insyaAllah.

Related Posts with Thumbnails