Wednesday, March 24, 2010

'La ilaha illallah'

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Mu'az bun Jabal daripada Abu Daud (hadith Sahih Isnad) berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: " Sesiapa sahaja yang akhir ucapannya 'La ilaha illallah' berpeluang masuk syurga dengan syarat kalimah itu tidak terbatal"


Ingatlah bahawa harta yang paling berharga ialah kalimah 'La ilaha illallah' kerana akan masuk syurga akhirnya.. sebaliknya orang yang memiliki segala2nya kecuali 'La ilaha illallah' akan sengsara di akhirat.. oleh itu jagalah kalimah ini elok2 supaya tidak terbatal..

Bagaimana menjaga supaya tidak terbatal..

Ada 3 perkara yang kita perlu lakukan supaya kalimah itu tidak terbatal atau untuk memastikan Allah terima kita di akhirat dan dapat syafaat Nabi Muhammad SAW

1) Jangan Menyembah Selain Allah

Secara umum maksud kalimah 'La ilaha illallah' ialah tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.. Ilah ialah Zat yang berhak menerima pujian.. Zat yang berhak disembah.. katakan kepada pokok dan kepada siapa pun selain Allah engkau bukan Tuhan.. katakan tiadak ada sesiapapun yang Berkuasa mendatangkan rezeki, menyempitkan rezeki, mendatangkan penyakit, menyembuhkan, memberi keuntungan, menyebabkan kerugian melainkan Allah..

Sesiapa yang percaya selain Allah yang memberi rezeki ucapan kalimah 'La ilaha illallah' akan terbatal.. jangan percaya contoh menetapkan tarikh perkahwinan kena pilih hari2 tertentu.. nak buat rumah tak boleh di tempat sekian2.. ini semua syirik.. nak buat sesuatu tak boleh hari selasa atau sabtu.. kalau jumpa kucing hitam di jalan .. terdetik di hadapan mesti ada bahaya.. jangan! semua ketetapan adalah hak Allah.. yang jadi malang ialah kerana diri sendiri.. puncanya kerana menolak kebenaran.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam Surah Yaasin ayat 19 maksudnya

Rasul-rasul itu menjawab: Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau. (19)

Lihat lagi dalam surah Al-Isra ayat 23

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23)

Allah memerintahkan hambaNya menyembah hanya kepada Dia.. oleh itu berdoalah memohon kepadaNya bukan kepada kubur atau makhluk lain kerana semua yang ada di antara bumi dan langit dan isinya ini adalah hak Allah.. kita manusia dan semua yang ada pada kita iaitu mata tangan kaki dan lain-lain semuanya milik Allah.. Allah membenarkan kita mengambil manfaatnya sahaja.

Oleh sebab semua ini hak Allah.. Allah sahajalah yang berhak memuji dan dipuji.. jika tiba2 ada orang memuji bukan kepada Allah mana mungkin Allah tidak murka.. Allah mengajar kita mengucapkan Maa syaaAllah (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! .. la quwatailla billah (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah) seperti dalam ayat 39 surah al-kahfi.. semasa orang memuji kita.. atau semasa hendak memuji .. Ini supaya tidak terjejas kalimah 'La ilaha illallah'

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu. (Al-Kahfi : 39)

Ataupun boleh berkata.. Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya seperti yang diucapkan oleh Nabi Sulaiman as tatkala melihat istana permaisuri Balqis di hadapannya yang didatangkan dengan sekelip mata dalam ayat 40 surah Al-Naml..

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (40)

Nabi Sulaiman sedikitpun tidak merasa segala kekayaan dan kekuasannya yang luas termasuk terhadap jin sebagai miliknya.. bahkan dikembalikan kepada Allah..

Jika kita meraskan nikmat itu milik kita Allah akan menarik balik apa yang dianugerhkan kepada.. inilah yang dilakukan kepada Qarun dengan hartanya seperti dalam surah al-Qasas ayat 78 dan selepasnya iaitu Qarun ditenggelamkan bersama hartanya.. dan orang2 selepas itu yang ingin mengumpulkan harta insaf bahawa Allahlah yang memberi rezeki dan menyempitkan rezeki.

Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). (78)

Kedua : Jangan Sembah Allah Kecuali Kerana Allah


Kita disuruh menyembah Allah dengan ikhlas.. kalau menyembah Allah bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk2 kepada manusia.. ini dah jatuh riya'.. sedangkan kita tahu riya' adalah syirik kecil.. lihat ayat 5 surah al-Bayyinat

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. (5)

Jika kita solat, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah dan segala amalan baik yang lain bukan kerana Allah bersedialah untuk terjun ke dalam api yang bernyala2.. begitu juga jika kita meninggalkan larangan Allah kerana malu kepada manusia.. bila di hadapan manusia lain , kita baik tetapi bila di belakang mereka jahat.. bersedialah menerima azab Allah..


Oleh itu belajarlah memasang niat kerana Allah SWT sahaja


Dalam buku Peranan Nilai dan Moral dalam Perekonomian Islam, Dr Yusof al-Qardhawi menulis tentang sebuah hadith sahih.. ketika Nabi Muhammad SAW berjalan2 bersama sahabat2.. tatkala sampai di satu kebun.. sahabat terlihat seorang pemuda sedang rajin berkebun.. lalu salah seorang sahabat berkata: "Alangkah eloknya kalau umur semuda dia digunakan untuk fi sabilillah (berperang)" lalu Nabi Muhammad SAW berkata: "Sesungguhnya anak muda yang rajin bekerja.. jika dia keluar rumah dengan niat hendak menyara keluarga di bawah tanggungannya .. maka anak muda itu berjihad di jalan Allah.. cukup besar dosa seseorang itu jika dia mensia-siakan memberi makan minum orang2 yang di bawah tanggungannya.. ada lagi kata Nabi Muhammad SAW.. jika anak muda itu keluar bekerja dengan niat hendak memastikan dirinya bebas daripada meminta2.. maka anak muda itu berjihad di jalan Allah.. tetapi jika anak muda itu keluar bekerja dengan niat hendak bermegah2.. orang itu berada di jalan syaitan".


Yang ketiga:Jangan Sembah Allah Kecuali Dengan Apa yang Allah syari'atkan


Maksudnya kita disuruh menjalankan perintah Allah yakni menjalankan ibadah seperti solat, zakat, berpuasa dan lain-lain, dan apabila mengerjakan suruhan mestilah mengikut peraturan2 yang telah disyari'atkan olehNya..

Dalam surah Ash-Shura ayat 21, Allah berfirman:

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (21)

Dalam surah Al-Anfal ayat 35 Allah berfirman:

Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu. (35)

Orang yang mengerjakan suruhan Allah tetapi tidak mengikut syari'at amalannya ditolak. Dalam ayat di atas Allah menerangkan bahawa orang2 Quraisy itu tawaf mengelilingi Ka'abah tetapi mereka masih menyembah berhala.. mereka bersiul2 semasa mengelilingi Ka'abah, bertepuk2 malah ada hadis yang menyatakan mereka ini bertelanjang.. itu bukan syari'at Allah.


Oleh itu berusahalah agar kita dapat memelihara niat kita.. serta mempelajari apa yang disyaria'tkan semoga Allah melindungi kita daripada syaitan laknatullah.. Orang yang berdosa tetapi imannya tidak terbatal akan masuk neraka tetapi akhirnya akan menerima syafaat dari pada Nabi Muhammad SAW dengan izin Allah SWT.. Kalau boleh hendaklah kita mengelakkan berbuat buat dosa dan hendaknya masuk syurga terus dengan menjaga ketiga2 di atas.

Salin semula daripada SINI

12 comments:

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..

Moga Kakak dikurniakan Allah kesihatan dalam menjalankan ibadah kepadaNya..

Amatlah tidak patut seseorang itu mempersekutukan atau menyamakan Allah Taala dengan sesuatu yang lain, sedang Allah yang menciptakannya dari tiada kepada ada.

Moga Allah jauhkan kita dari perkara-perkara yang boleh membatalkan aqidah kita..amiin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak.

Alhamdulillah kak sihat..insyaAllah.(terima kasih atas doa)

Sememangnya tidak patut, tetapi kadang2 terlupa, saat menghulur terasa barang itu kepunyaan kita.. berbuat sesuatu seolah2 kitalah yang terbaik.. begitulah rasukan syaitan ke dalam hati kita.. itulah yang perlu dilatih membuang jauh-jauh bisikan itu..

Mudah2an kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berusaha kuat dan gigih menjaga kalimah tauhid ini.. amiin

terokai seni said...

hihh, takut termasuk kalangan orang yang pagi menyembah Allah petangnya menyekutukan Allah, sebab banyak buat sesuatu tanpa kita sedar contoh selalu orang kata "Allah! hilang satu mata..." maksud ati tidak begitu tapi kata-kata cenggitu bole membawa makna yang berbeza

Werdah said...

Salam cemomoi.

Benar, kita kena jaga tingkah laku dan percakapan.. kadang2 tanpa sedar kita dah lakukan apa yang tidak sepatutnya..

Allah bagi peluang kita beristighfar dan bertaubat.. kita patut mohon kepadanya sebagaimana Nabi mengajar kita supaya memohon ampun dan bertaubat setiap hari daripada dosa sama ada yang disembunyikan atau terang, dosa dahulu, sekarang dan akan datang, yang kita tahu atau sebaliknya. Mudah2an kita jadi hamba yang selalu beristighfar dan bertaubat. InsyaAllah Allah akan menutup dosa kita.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Ikhlas mudah disebut tapi sukar untuk mendapatnya kecuali hati betul2 bulat hanya kerana Allah dan bukan kerana ganjaran pahala atau syurga...Adakah Allah tidak layak disembah jika tiada pahala atau syurga?...waulahualam.

Werdah said...

Salam Shaniza.

Benar tu Shaniza.. dikisahkan bahawa terdapat ramai orang-orang terdahulu beribadah dgn ikhlas tanpa mengharapkan balasan.. mereka benar2 ikhlas.

Dijadikan manusia dan jin hanya untuk beribadah kpdNya dengan ikhlas.

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. (Al-Bayyinat [98] : 5)

Unknown said...

Salam Werdah. Dalamm kebanyakan hukum perbuatan yang tidak disengajakan atau alpa selalu mendapat pengecualian. Umpamanya, tidak sengaja makan pada slang hari pada bulan Ramadan, puasa boleh diteruskan. Tidak sengaja meninggalkan solat boleh dikada. Tetapi dalam soal akidah, perkara ini tidak wujud. Kata-kata seperti "Kerajaan sekarang yang dapat menentukan nasib bangsa" antara ungkapan yang boleh membawa kepada syirik kecil walaupun diungkap tanpa niat. Justeru, saya mengingatkan diri saya dan kawan2 supaya berhati dalam soal akidah yang sedikit kesilapan membuatkan segala amalan akan luput.

Sent by BlackBerry.

Werdah said...

Salam Samsudin.

Ya memang benar, lupa atau tak sengaja tidak dikira kesalahan. Benar sangat mengatakan selain Allah yang boleh menjamin kehidupan penuh nikmat kepada kita adalah satu kesalahan besar. Mudah2an dengan usaha yang sedikit ini ada yang terbaca dapat mengambil iktibar. Semoga kita dapat latih anak-anak kita supaya berhati-hati dalam percakapan insyaAllah.

Terima kasih dtg ke blog kak.

Guru said...

assalammualaikum kak werdah


kita doakan akhir kita adalah yang terbaik

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Normah,

Ya! sambil menjaga tingkah laku dan percakapan kita kena berdoa, semoga doa kita dimakbulkan Allah.

Ros Illiyyuun said...

Salam Kak Werdah... :)
Sama-sama kita jaga hati kita agar segala yang kita lakukan itu berasaskan daripada lubuk hati yang ikhlas. Benar, sukar untuk mendatangkan keikhlasan sebenar-benarnya tapi yang sukar itulah akan berakhir dengan kemanisan. InsyaAllah.

Werdah said...

Salam Ros.

InsyaAllah. Mudah2an kita dapat berusaha bersungguh-sungguh menjaga perkataan dan perbuatan supaya tidak tergelincir. Allahumma Amiin

Related Posts with Thumbnails