Tuesday, March 9, 2010

Saya dah baca buku itu (QURANIC LAW of ATTRACTION)

23 Rabiu'l Awal 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Beberapa hari lepas dapat maklumat daripada SINI. Terima kasih kepada saudara Samsudin. Semoga jasamu dilimpahi kebaikan oleh Allah SWT.

Alhamdulillah diberi kekuatan dan peluang oleh Allah SWT, dapatlah dibeli (minta anak belikan) dan punyai buku di bawah ini, dibeli pada 6 Mac dan selesai membacanya semalam.


MasyaAllah, rupa-rupanya penulis ini amatlah muda (lahir 4 november 1985) sebaya anak no 4 saya.. dalam buku ini ada alamat laman webnya di SINI. Sangat besar penghargaan saya kepada orang-orang muda, beginilah yang dikehendaki kerana Rasulullah SAW ada mengingatkan kita supaya menggunakan masa yang lima itu dengan sebaik-baiknya. Masa muda inilah yang harus dimanfaatkan untuk persediaan ke akhirat nanti. Jika nak tunggu selepas habis bekerja yakni apabila dah tua, dikhuatirkan masa dah tak cukup, lebih-lebih lagi sakit pula seperti saya ini, dahlah tua sakit pula.

Kita juga acapkali mendengar bahawa Nabi Yusof diuji Allah ketika masih muda, tampan pula, Nabi Ibrahim pun demikian, dicampakkan ke dalam api namun disebabkan cintanya peringkat Khaulah kepada Allah, api yang pada sunnatullah itu panas menjadi sejuk. Alangkan baiknya jika orang-orang muda kita mengambil iktibar daripada cerita-cerita begini. Alhamdulillah, n masyaAllah saya banyak terjumpa blog anak-anak muda sama seperti saudara Rusdin ini, menjadi dai'e melalui bidang penulisan dan menjadi pakar motivasi menyampaikan ilmu ukhrawi.

Alangkah manisnya jika generasi sekarang dan mendatang dapat mengamalkan apa yang disarankan dalam buku ini. Saya berpendapat apabila kita ikuti cadangan ini dan mempraktikkan di rumah, di pejabat, di sekolah-sekolah lama kelamaan generasi mendatang akan menjadi generasi al-Quran. Masakan tidak! hukum tarikan al-Quran sememangnya menjanjikan sedemikian. Apatah lagi jika keseluruhan hukum-hukum Allah dilaksanakan.

Beberapa contoh yang dikemukakan dalam buku ini ialah tentang hakikat sabar, syukur, dan kebahagiaan yang sebenar dan banyak lagi. Apa yang penting apabila kita inginkan sesuatu kita pasti kena menetapkan matlamat kita dan berusaha dan akhirnya pasti berjaya. Ini  kerana pada dasarnya Law Of Attraction mengatakan "like attracts like" atau "You get what you put your energy and focus on, whether wanted or unwanted"



Dengan kata mudahnya; "apa yang anda fikir dan fokuskan, itulah yang anda dapat". Jika anda fikir anda nak kaya dan dapat banyak duit, maka itulah 'vibration' atau 'energy' yang anda pancarkan ke alam semesta dan duitlah yang anda dapat. Begitu jugalah sebaliknya jika fikirkan kegagalan, gagallah yang dapat ataupun berfikir tentang akibat nagatif maka negatiflah yang dapat.

Orang yang berusaha, dia akan dapat apa yang diinginkan. Ini bertepatan dengan konsep qadar dan  qada'.

 Perhatikan firman Allah SWT :
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd 13:11)

Perhatikan lagi..

".... Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(Az-Zalzalah 99:7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(Az-Zalzalah 99:8


Ada banyak lagi ayat-ayat Quran yang menerangkan konsep Law Of Attraction dalam buku yang ditulis oleh Sdr Rusdin S. Rauf ini. Beliau mengupas konsep Law Of Attraction daripada perspektif al-Quran.

Konsep doa, syukur dan sabar diterangkan dengan panjang lebar. Begitu juga dengan huraian bagaimana kita boleh memanfaatkan 'energy' daripada Quran.

Benarlah al-Quran itu menjadi petunjuk dan sesuai sepanjang zaman!

Mudah-mudahan dengan pengetahuan yang ada ini, insyaAllah dan dengan pertolongan Allah marilah kita usahakan membaca al-Quran dan mengkaji maksudnya. AllahummaAmiin.

10 comments:

Abd Razak said...

Salam kak werdah..:)

Moga kakak sihat hendaknya..:)

Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah SWT itu, akan ditanya di hari perhitungan kelak. Kerana usia muda itu bukan saja suatu anugerah tetapi juga suatu amanah.

Segenap masa muda yang dipenuhi dgn perkara yg selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada di bidang ilmu dan amal, pasti akan menjadikan masa tua yang penuh kesyukuran.

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Terima kasih atas doa.

Itulah septutnya disedari dan dihayati oleh orang-orang muda namun kebanyakan masih tak mengerti.. semoga Allah berikan hidayah kepada mereka.. insyaAllah. Allahumma Amiin

Mybabah said...

Salam Werdah. Sambil menunggu flight ke Kuching lawat blog kawan2. Saya belum habis hayati Quranic's Law of Attraction tapi sudah praktik beberapa tip. Belum habis baca sudah beli buku lain tentang senaman tradisional. Skrg sibuk menguruskan kursus. Jadi tak sempat update blog. Harap Werdah dan keluarga sihat.

Komen daripada BlackBerry.

Werdah said...

Salam Samsudin.

Kak alhamdulillah 'ala kullihaal.. belakang ni masih ketat.. insyaAllah boleh bertahan.. Allah bagi kekuatan alhamdulillah.. terima kasih kerana selalu ke blog kak..

terima kasih juga kerana doakan kesihatan buat kak.. Allahumma Amiin.

Mudah2an urusan menguruskan kursus dipermudahkan Allah..Allahumma Amiin.

Ya ke buku senaman tradisional.. bolehlah tulis nanti info diblog ya tentu menarik.. insyaAllah

Senang dah ada black Berry.

Kamsiah said...

SALAM...
SEMAKIN BYK KITA MEMBACA,SEMAKIN BYK YG KITA TAK TAHU....

Werdah said...

Salam Kamsiah.

Benar tu semakin banyak mencari semakin diketemukan.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (Al-Kahfi [18]: 109)

tinta kasturi said...

> salam kak

love to have this book soon, insyaAllah, thx for babah also

thanx for sharing

May Allah alwiz bless you

Werdah said...

Salam Kasturi.

Ya memang elok untuk dibeli, dibaca dan dipraktikkan.

Bukunya tak tebal sangat, bahasanya mudah difahami dan yang penting pengajaran yang boleh diteladani. InsyaAllah.

Terima kasih atas doa.

Allahumma Amiin

Kunang-Kunang said...

Salam Sis Wedah,

Mungkin agak lambat saya baca N3 ini. Saya juga membeli buku ini semasa berjalan-jalan di gerai2 di Masjid Negeri.

Alhamdulillah saya juga dapat buku ini saya baik.

werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Kak pula dah lebih setahun baru terbaca komen Ani di sini.. alhamdulillah lebih setahun jgalah kita berukhwah di alam maya kan..

Hari ni bila buat N3 baru terasa nak jenguk komen di sini.. rupa-rupanya ada yang belum dijawab.. :)

Related Posts with Thumbnails