Friday, March 19, 2010

Siapakah yang membangkitkan...

2 Rabiu'l Akhir 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Perkataan al-Ba'its dalam al-Quran kita akan ketemukannya kata perbuatan yakni Allah Yang maha Membangkitkan. Berasal daripada kata Ba 'a tsa yang makna asalnya ialah membangkitkan, mengutuskan, menghidupkan bahkan al-Qurthubi memberi maksud menggerakkan yang diam dan menampakkan yang tersembunyi.

Sepertimana sifat-sifat Allah yang lain al-Ba'its dipunyai oleh Allah untuk memberikan kebaikan kepada makhluknya terutama sekali kepada manusia. Dengan sifat al-Ba'its Allah tunjukkan dalam pelbagai tempat:

1) Dalam erti kata membangkitkan daripada tidur.


"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (daripada tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan". (Al-An'am [6] : 60)

Tidak ada sesiapa yang dapat menahan mengantuk jika Allah mahu menidurkannya sebaliknya pulalah jika kita mahu tidur tetapi tidak mahu ditidurkan oleh Allah SWT. Betapapun kita cuba menahan mengantuk akhirnya kita tertidur juga begitulah pula sebaliknya kita terkial-kial di waktu malam tetapi asyik tidak juga mahu terlena. Tidur adalah rehat yang paling sempurna. Fizikal dan rohani (urat saraf dan jiwa) rehat secukup-cukupnya. Disebabkan itulah bila hendak tidur kita berdoa dan menyerahkan diri kepada Allah dan sebaik sahaja terjaga kita mengucapkan syukur kepadaNya. Kenapa Allah bangunkan, kenapa tidak dibiarkan terus tidur? Ini kerana kita diberikan masa untuk mengejar apa yang tertinggal sebelum ajal kita menjelma. Sekiranya Allah menahan roh kita semasa tidur dan tidak dikembalikan kepada jasad kita maknanya matilah kita. Disebabkan kita banyak tertinggal maka Rasulullah saw melarang kita mengharapkan kematian..

2) Membangkitkan selepas kematian.


"Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati, supaya kamu bersyukur". (Al-Baqarah [2] : 56)

Apabila disuruh bersyukur pastilah mati itu nikmat. Bagaimana dikatakan mati itu nikmat ?

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya". (Ali Imran [3] : 185)

Sesetengah ulama' yang pakar bahasa al-Quran "nafsun" atau "setiap yang bernyawa" mesti mati bermaksud setiap yang yang bernyawa itu akan merasai sama ada kenikmatan ataupun kesengsaraan apabila nyawa diambil. Sebabnya dikatakan demikian ialah kerana ada orang yang mati merasa nikmat yang luar biasa ketika nyawanya diambil seperti orang-orang yang mati syahid. Orang-orang yang mati syahid ini ketika di alam barzakh memohon untuk hidup semula kerana ingin mati berulang-ulang kali. Orang-orang yang matinya suul khatimah pula, nyawanya akan merasai kesengsaraan yang luar biasa hinggakan mereka ingin dihidupkan selama-lamanya.

ذَآٮِٕقَةُ pula bermaksud terlalu sedikit. Maksudnya dengan kematian kamu akan dicukupkan pada hari akhirat tak kiralah sama ada buat baik atau berbuat jahat. Jadi jika tidak dibangkitkan dan diadakan hari kiamat, hari kebangkitan atau hari pembalasan bermakna balasan yang diterima amatlah sedikit.

Bagaimana harus bersyukur? bersedialah dengan amal ibadat, gunakanlah nikmat yang Allah berikan seperti kekayaan di muka bumi, dengan berusaha mendapatkannya jika di laut carilah dan gunakan untuk menuju kepadaNya. Ini kerana semua yang ada di bumi, di langit dan di antaranya ditundukkan oleh Allah kepada manusia.

Allah yang Maha Membangkitkan bermaksud DIA lah yang maha membangkitkan orang yang mati serta mahluk2nya pada hari kiamat. Membangkitkan manusia daripada kubur dan menyingkap segala perbuatan, fikiran serta perasaan selama hidup di dunia.

Selain dua ayat di atas terdapat lagi beberapa ayat dalam Al-Quran menyebutkan tentang kebangkitan pada hari kiamat antaranya :

"Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain".(Taha [20 ] : 55)


"Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur". (Al Hajj [22] : 7)


"Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Dia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Dia mematikan kamu; kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya)". (Ar-Ruum [30] : 40).

Akhirat adalah nikmat jika kita melakukan usaha untuk mendapatkan kenikmatannya. Sama seperti menanam di bumi yang subur, dibajai dan diairi barulah dapat menuai hasilnya. Jika tidak dipecahkan ruyung mana akan dapat sagunya.

Diriwayatkan bahawa penduduk negeri Saba', semasa Balqis menjadi permaisuri baginda telah membina empangan (dam) atau takungan air. Penduduk Saba' ini bercucuk tanam tak perlu menunggu hujan kerana air telah ditakung. Dikatakan pada zaman Balqis ini paip telah ada namun setelah permaisuri itu telah tiada, penduduk Saba' menjadi malas bekerja. Mereka hanya melancong dari satu tempat ke satu tempat menghabiskan wang yang mereka kumpul semasa keberadaan permaisuri Balqis. Mereka selalu berdoa, "Wahai Tuhan, jauhkanlah jarak perjalanan kami!". Ini kerana mereka rasa terlalu mudah ketika Balqis masih hidup. Mereka tidak lagi bercucuk tanam, tanaman yang ada dibiarkan, empangan juga tidak dijaga, lalu empangan tersebut akhirnya pecah. Banjir besar berlaku menghanyutkan negeri Saba'. merekapun ditimpa bencana sehingga yang tinggal hanyalah batu-batuan. Ini berlaku kerana mereka kufur nikmat.

Apa yang ditanam di dunia akan dituai di akhirat. Oleh sebab itu, pililah benih amal yang baik, gunakan tanah dengan usaha yang baik. Siramlah benih dengan air mata cinta dan kasih sayang dan hangatkan ladang dengan cahaya Ilahi yang terpantul pada kebeningan cahaya hati kita.

Ilmu perlu dicari kerana untuk hidup dengan baik kita memerlukan ilmu dan jika kita tidak berilmu maka yang datang adalah kebodohan yang sama dengan kematian itu sendiri. Oleh sebab itu, orang yang membangkitkan dirinya sendiri daripada kebodohan kepada kehidupan berilmu pengetahuan atau membantu orang lain untuk mendapatkan pengetahuan akan mendapatkan manfaat daripada Al Ba'its.

3) Al-Ba'its juga bererti mengutuskan rasul.


"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah [2] : 129)

Tugas Al-Ba'its mengutuskan rasul-rasul adalah nikmat yang besar kepada kita, jadi kita wajib bersyukur kerana jika kita tidak diutuskan rasul untuk memberi peringatan dan ancaman lalu dikiamatkan dan diberi balasan pastilah kita tertanya-tanya dan mempersoalkan kenapa tidak diberitahu terlebih dahulu. Oleh sebab telah diberi peringatan dan ancaman bersedialah dengan amalan yang baik. Ya! kita memang diberi kebebasan memilih, jadi pilihlan mana satu arah tuju kita, matlamat akhir kita dan berushalah.. InsyaAllah akhirnya akan mendapat kebaikan.

4) Mengutuskan sesuatu supaya menjadi pengajaran atau panduan.


"Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal". (Al-Maaidah [5] : 31)

Terutusnya gagak ini menjadi nikmat kepada anak Adam as kerana sebelum ini dia tidak tahu bagaimana nak uruskan mayat saudarnya kerana itu adalah pengalaman pertama. Dalam kebingungan, Allah mengutuskan gagak menjadi panduan kepadanya. Dan ini menjadi kewajipan kepada kita orang-orang Islam jika ada kematian, mayat perlu ditanam bukan dibakar atau selainnya, dan perlu juga disegerakan perkebumiannya.

Sumber gambar: Googles

Ada lagi beberapa maksud ba 'a tsa dalam al-Quran.. insyaAllah jika diizinkan akan sambung... mudah2an ini memberi manfaat..

14 comments:

terokai seni said...

kekadang orang berseloroh, ala mati sekali aje... knon bule jadik alasan bule baut apa aje sebelum mati... segera le aku menjawab, elok le mati sekali kerana sakit sakratul maut tu tak penah hilang walaupun kita dah mati,

tapi orang yang mati banyak kali ni besanya hindu aje, pasal dorang percaya lepas mati hidup balik dengan rupa dan fizikal berbeza berdasarkan amalan lampau... kalu rasa nak gitu nampaknya dorang nak jadik hindu ke... pilihan terbaik ialah mati syahid tu pon yang ada hanyalah harapan untuk hidup semula agar bole mati syahid lagiiii

rabbana tahtimna bi husnul khatimah wa la tahtimna bi suuil khatimah

Abd Razak said...

Salam..:)

Moga kakak beroleh kesihatan yang panjang..:)

Beruntunglah manusia menggunakan kesempatan di dunia ini dengan beramal soleh dan meraih kejayaan di akhirat kelak.

Moga kesempatan yang singkat ini kita gunakan sebaik mungkin memperbanyakkan amal ibadah

Werdah said...

Salam Cemomoi.

Rasanya berlawak begitu ada pada orang yg tak mendalami ilmu.. bercakap ikut skrip orang-orang yang tak tahu.. jikalah mereka tahu bahawa Nabi kesayangan kitapun merasai kesakitan sakarat mereka tak akan bergurau seperti itu.

Mudah2an kita mendapat kesudahan yang baik.. Allahumma Amin

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Terima kasih kerana selalu mendoakan kesihatan yang baik buat kak.. mudah2an dengan izin Allah dan kebijaksanaan Allah kesihatan akan berada pada tahap yang membanggakan. Bagi dirimu juga dan orang-orang beriman lainnya kak doakan agar diberikan kekuatan dan kesihatan semoga dapat berjuang menegakkan agama Allah.

InsyaAllah ingatan dan nasihat yang berguna dpmu dapat sama-samakita terapkan dalam kehidupan yang sebentar ini.

Allahumma amiin

Kamsiah yusoff said...

bangkit kembali...emmm dalam kehidupan seharian pun,kita kena bangkit dari perasan malas,putus asa,kecewa dan segala perasaan negatif..jika tidak satu kerja pun tak jadi..dok layan perasaan tu..

Melatidaisy said...

salam puan..

semoga dalam perlindungan Allah selalu.
ada award utk puan di blog sy..sile ambil ye :))

barakallahu fik :)

Werdah said...

Salam Kamsiah,

Benar sangat tu.. semua perasaan negatif menjadikan kerja kita tertangguh.. dan lebih dahsyat jika segala yang negatif tu jadi kenyataan pula..

Mudah2an kita tidak berputus asa.. insyaAllah..

Tapi banyak lagi yang risau sebab perjalanan semakin singkat.. bekalanpun tak tau bagaimana!

Werdah said...

Salam Melatidaisy.

Alhamdulillah, terima kasih banyak dah diletakkan di side bar.. mudah2an ikatan ukhwah terikat kuat.. tak perlu panggil puan panggil makcik je.. mungkin Melatidaisy ni sebaya anak bongsu makcik lahir tahun 1990..

sekuntum mawar berduri said...

Salam ukhwah...
Terimakasih kak werdah kerana bagi award, rasa terharu dan teruja tapi tak tahu nak ambil macammana kerana tak berapa pandai nak buatnya, harap dapat di beri sedikit petunjuknya.

Hati rasa senang bila baca komen dari kak werdah rasa seolah-olah macam kak sendiri, semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik untuk kak werdah terus berblog.

Bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk terus mencari pahala sebagai bekalan untuk akhirat kelak.

Unknown said...

Salam saudaraku Werdah. "kullu nafsin zaaikatul maut" saya yakini sepenuhnya ayat ini sehingga saya yakini nabi Allah Isa alaihissalam juga telah wafat menemui Allah.Persoalan turunnya nabi Isa kembali, itu soal lain yang sangat mudah dilakukan oleh Allah s.w.t. Kematian adalah satu kemestian yang akan dialami oleh semua makhluk yang bernyawa hatta malaikat maut sekali pun. Wallahualam.

Sent by BlackBerry.

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak werdah.....mati itu pasti....

Werdah said...

>sekuntum mawar berduri

Salam ukhwah juga buatmu.. insyaAllah nnt kak/ betul ke ni ke blog mawar tulis disana ya bagaimana nak ambil awrd tu..

Terima kasih juga kerana mendoakan kesihatan buat kak.. mudah2an dengan berkat doa dp kawan-kawan blog yang begitu prihatin, kesihatan kak ni bertambah baik dari hari ke hari insyaAllah.. dan alhamdulillah bolehlah bertahan duduk agak lama.. tupun kejap-kejap berbaring.. ambil masa yang agak lama menaippun tak digalakkan.. spinal cord ada masalah.. asalnya slipped disc.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Saudaraku samsudin,

Ya! kakpun sama yakin akan perkara itu.. Allah berkuasa berbuat apa yang dikehendakiNya, dan kita wajib percaya.. jika tidak, kita bukanlah orang-orang yang beriman.. wal'iyazubillah.

Terima kasih ya krn selalu ke blog kak.

Werdah said...

Salam Alimaz,

Ya! mati itu pasti, banyak ayat-ayat di dalam al-Quran menyebutkan itu sebagai peringatan supaya kita bersedia dgn bekalan secukupnya. Mudah2an kita tidak lalai.

Related Posts with Thumbnails