Mari berzikir sambil membaca.. sila klik

Monday, April 12, 2010

Rawatan radiofrekuensi , Alhamdulillah! La hawla wala quwwata illa billlah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Pada pagi yang indah dan ceria ini marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT kerana membangunkan kita daripada tidur yang lena serta syukur atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pagi ini nak tulis sedikit tentang salah satu rawatan yang entah ke berapa jenis rawatan pernah dilakukan. Sesungguhnya kita tidak boleh berputus asa untuk mencari penawar kepada penyakit kita.

Kali ini namanya rawatan radiofrekuensi. Saya telah lama membaca tentang rawatan ini melalui internet di metro dan berita harian, namun tak terbuka pintu hati untuk menyiasat lebih lanjut, kerana beranggapan rawatan ini tidak sesuai dengan sakit tulang belakang saya yang telahpun digam pada L4, L5 dan S1. Namun pada 19hb Mac suami meminta saya membaca artikel "Derita sakit sendi kronik berakhir"- Berita Harian.


Saya baca tetapi masih beranggapan yang sama, namun bila dipaksa menelefon doktor Nizar ni dan dapat berbincang dengan beliau, akhirnya dapatlah gambaran sebenar apa yang perlu dibuat bagi mengatasi masalah sakit ini. Akhirnya temujanji ditetapkan. Alhamdulillah tidaklah ambil masa yang lama.

Selepas bertemu dengan dr Nizar dan diperiksa, beliau mengatakan bahawa sakit saya lebih kepada sendi pinggul. Kedua-dua belahnya sakit. Bagitu juga pada bahagian tengah pinggang. Menurutnya ini adalah disebabkan daripada kesan sampingan pembedahan. Sepatutnya tidak perlu dibedah semasa saya dapat slipped disc dahulu. Nak buat apa lagi segalanyadah berlaku. Rawatan radiofrekuensi ini boleh hilangkan sakit insyaAllah. Dia akan tumpukan yang sendi pinggul dahulu kemudian barulah yang di bahagian tengah belakang pula.

Rawatan mengambil masa 2 jam kerana ada empat tempat yang perlu dibereskan. Sambil menjalankan rawatan boleh berbual. Sesekali sahaja terasa sakit apabila dicucuk ubat bius. Kaki tidak tersa kebas, tidak seperti semasa saya dibius ketika buat epidural bulan april 2008 dahulu, langsung tak rasa ada kaki tetapi ketika dicucuk ubat menggigil kesakitan.

Saya teringat akan apa yang dikatakan oleh ustaz Kariman tentang wahyu pertama Allah kepada NabiNya: " Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-'Alaq [96] : 1 - 5)

Menurut Ustaz Kariman dalam ceramahnya ayat ini diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw agar menyuruh manusia belajar dan mengkaji dan terus mengkaji, membuat penyelidikan (search and research atau r & d ) dan Allah akan memberi penyelesaian kepada setiap perkara yang dikaji.

Begitu juga benarlah firman Allah yang bermaksud: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? ” (Fussilat [41] : 53).


Maksudnya pada setiap perubahan zaman Allah akan tunjukkan kepada manusia akan bukti kebenaranNya dan kebesaranNya. Perkembangan teknologi bertambah seiring perubahan zaman. Allah menurunkan penyakit dan ubatnya cuma manusia perlu berusaha mencari kaedah-kaedah yang sesuai dengan penyakitnya. Itulah yang diharapkan supaya setiap daripada kita berusaha mencari ilmu dan membuat research. Saya bersyukur kerana terdapat ramai para ilmuan bertaraf ulul albab walaupun zaman sekarang fitnah berleluasa. Semoga Allah lindungi kita daripada pelbagai fitnah yang merosakkan.. Allahumma Amiin.


Saya selalu terjatuh dan dengan itu saya mengalami sakit betis yang amat sangt. Dalam mencari segala jenis rawatan dan usaha yang banyak telah dibuat akhirnya; saya telah membuat pembedahan slipped pada oktober 2003 tetapi disebabkan kesilapan prosedur pembedahan; rawatan itu gagal. Sakit di pinggang pula. Saya usaha lagi mencari dan pelbagai kaedah rawatan dah dibuat, buat lagi pembedahan kali kedua pada jun 2008, tak juga berhasil. Saya banyak menulis tentang kaedah rawatan saya dalam label sakit semoga sesiapa yang menghadapi sakit yang sama akan ambil iktibar.

Di bawah ini pula maklumat tentang rawatan terbaru di HUSM.



Gejala klinikal sakit cakera diskogenik [sini]


Pesakit akan mengalami sakit tulang belakang kronik, biasanya di tengah pinggang. Sakit belakang secara khususnya bersifat mekanikal; iaitu rasa sakit akan teruja jika pesakit berdiri dan jelas akan berkurangan jika berbaring. Sakit pada pinggang juga akan dirasai menjalar turun ke punggung atau paha.

Namun pastinya tidak akan berlaku sakit renjatan elektrik atau mencucuk (sakit saraf) yang menjalar turun ke kaki seperti biasa dihadapi pesakit cakera tergelincir (slipped discs).






Gambar-gambar ni nak tunjukkan apa itu slipped disc yang menyebabkan pesakit tidak dapat bergerak dengan selesa kerana bila mencucuk saraf pesakit hanya mampu berbaring utk hilangkan sakit

Apakah ada rawatan tanpa pembedahan? [sini]


Ada. Kini rawatan untuk gejala sakit cakera diskogenik dapat dilakukan dengan hanya suntikan. Teknik ini dinamakan rawatan intradiskal radiofrekuensi.

Sejak akhir-akhir ini teknik ini sangat popular dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pesakit. Kaedah ini dilakukan dengan menyuntik sepasang jarum ke dalam cakera yang sakit pada kiri dan kanan dengan bantuan sinar-X.


Arus elektrik radiofrekuensi pula akan disalur kedua-dua jarum berkenaan yang bertujuan meningkatkan suhu panas di tengah cakera.

Suhu panas ini bertujuan melumpuhkan saraf di dalam cakera. Apabila saraf ini rosak, isyarat rasa sakit dari cakera ini dapat dihentikan.

Struktur cakera dan fungsinya pula dapat dikekalkan. Kaedah ini mempunyai komplikasi minimum dan keberkesanannya mencapai 60 hingga 80 peratus. Biasanya prosedur ini hanya memerlukan satu atau dua hari.
Keratan akhbar ambil dp googles


Setelah semua jenis rawatan ditulis dalam blog ini; saya mula pula tumpukan menulis serba sedikit perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri saya kepada Allah. Saya sedar sesekali, Allah menguji kita, jika tidak dengan harta yang banyak, anak-anak yang membuat hal, kakitangan bawahan, bos yang kadang-kadang tak sehaluan, anak-anak murid yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar, suami yang kadang-kadang memerlukan perhatian yang lebih. Saya sakit adalah disebabkan kesilapan sendiri mencari rawatan yang salah. Saya yakin sakit saya ini sama ada ujian buat saya, atau kifarah terhadap dosa saya. Mujurnya dengan pertolongan Allah jua ujian buat saya tidaklah begitu besar. Saya yakin itu, kerana lebih ramai lagi yang lebih menderita daripada saya. Mudah2an Allah ringankan penderitaan mereka semua dan mereka tabah hadapi ujian daripada Allah SWT. Da Allah ampunkan dosa-dosa saya. Allahumma Amiin.

Saya bersyukur diberikan suami, anak-anak yang begitu sabar melayan dan membawa saya ke mana sahaja untuk berubat. Syukur kepadaMu ya Allah. Maha Suci Allah, Segala Puji BagiMu ya Allah, Allah Maha Besar, La hawla wala quwwata illla billah. Ketika ujian diturunkan, dan ketika tidak diberikan ujian saya harus selalu mengucapkan syukur dan memujiMu untuk mengingatkan betapa kasih dan sayangMu kepada saya sehingga seringkali juga saya terlupa. Benarlah hakikat ujian berupa kesakitan, kesusahan serta masalah-masalah yang menggelisahkan hati kita adalah ukuran sebenar tentang kesyukuran, kehambaan, keredhaan kita kepadaNya. Mudah2an saya diberikan pertolongan olehMu ya Allah jadi hambaMu.. Saya tahu bukan semua manusia dan jin layak dipanggil hambaMu. Oleh itu tolonglah saya ya Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganMu ya Allah! Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa tabah dan bersyukur.

Engkau ya Allah telah hantarkan sahabat-sahabat blogger , juga sahabat yang tidak ada blog, yang sering mendoakan kesihatan dan kekuatan buatku. Apa lagi yang harus kukatakan, Mudah2an buat sahabat-sahabat, buat anak-anak, buat anak-anak didik, anak-anak saudara, cucu-cucu, kumohon agar kamu semua diberi kebaikan yang banyak oleh Allah SWT kerana mendoakan kesembuhan buatku.

"Dan apabila aku sakit Engkaulah yang Menyembuhkan"

Kita hanya akan tersedar sejauh mana keimanan yang tersembunyi dalam jiwa kita apabila kita diuji. Saya terasa seolah-olah sedar daripada bermimpi ketika sedar daripada pembedahan kali pertama pada 2003 dahulu, terasa baru ditimbus ke dalam ruang kubur yang gelap dan sempit dan akhirnya tinggal sedikit cahaya yang tampak daripada luar kubur. Subhanalllah.

Mudah2an rawatan kali kedua pada 9 hb Jun nanti diberi izin oleh Allah untuk saya sembuh sepenuhnya. InsyaAllah. Allahumma Amiin


Jika nak baca tentang rawatan ini sila klik sini, sini mudah2an maklumat ini akan dijadikan rujukan dan memberi harapan kepada sesiapa yang mengalami masalah seperti saya. Kita berusaha Allah menentukan.


“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]
Beginilah lebih kurang tempat rawatan dan cara rawatan ada screen untuk mengetahui tempat-tempat yang sakit dengan menggunakan x-ray.

32 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum kak werdah

tak pernah dengar tentang rawatan ini lagi...
bagus juga bunyinya.
saya doakan yang terbaik buat akak.

tunbegia said...

sungguh berubat adalah usaha kita kanns,

salamm,

cemomoi said...

kami hanya boleh bercakap, berat mata memandang berat lagi bahu memikul semoga akak tabah menhadapi dugaan dan Allah ampunkan dosa-dosa kita melalui dugaan begini

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..

Terdiam seketika..begitu berat penderitaan kakak

Moga kakak terus sihat dan saya doakan semoga Allah sembuhkan kakak kembali & dapat menjalankan kehidupan dan ibadah dengan sempurna.

Take care kakak..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Normah.

Begitulah Normah.. pengetahuan kita berbanding ilmu dan pengetahuan Allah ibarat air yang melekat di hujung jari ketika kita celupkan ke lautan.. MasyaAllah.

Terima kasih ya kerana mendoakan kak.. mudah2an Allah izinkan sembuh bila buat rawatan kali kedua nanti. InsyaAllah. Hanya kepada Allah tempat kita gantungkan harapan.

Werdah said...

salam tunbegia.

Begitulah kita disuruh berikhtiar dan tawakkal setelah segalanya diusahakan. Kita berkehendak dan Allah juga berkehendak. Mudah2an dipermudahkan Allah.

Werdah said...

Salam cemomoi.

Simpati dan empatimu serta doamu amat kak hargai.. mudah2an berkat doa kawan2 bertambah pulih kesiahatan kak ini. Amiin

Werdah said...

Salam Abd Razak.

InsyaAllah.. kita berusaha sedaya upaya kita kan, Allahlah yang menentukan segalanya.

Kak amat berterima kasih kerana Abd razak sering mendoakan kak. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain.. Mudah2an dgn izin Allah kak sembuh sepenuhya dan dapat menjalani kehidupan serta ibadah dengan sempurna. Mudah2an kak dikurniakan kesabaran dan ketabahan.

Buatmu juga dan rakan-rakan lain kak doakan kesejahteraan sentiasa. Alllahumma Amiin

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Werdah,

Baru hari ini saya terjumpa blog akak yang lagi satu.

Saya doakan semoga usaha yang kak werdah buat ni menemui kejayaan.

Kak Werdah,

Sebenarnya saya merupakan seorang pesakit yang kadang2 saya rasa saya dah berputus asa untuk semboh, tapi saya tak nak mengalah, saya teruskan juga berusaha.

Saya mengalami Sakit Lutut yang serius. Dah buat injeksen tambahkan cecair di dalam lutut. Fisioterapi pun saya buat tak tahu berapa sesi dan juga cara tradisional termasuk tradisional cina. Cuma pembedahan saja lagi yang belum saja buat.

Semua pengubatan ini memberikan saya berhenti sakit buat seketika.

Dalam pergerakan yang terbatas ini menyebabkan saya bersara pilihan ditambah dengan pemergian anak lelaki saya lebih kurang 3 tahun lepas.

Semasa baru berlaku pemergianya, jiwa saya memang menderita teramat sangat, cuma dengan pegangan agama yang ada didada sikit sebanyak ni menguatkan saya untuk terus menempuh masa-masa hadapan.

Dalam 2 tahun ni saya seolah-olah bangkit kembali. Saya gagahkan diri walaupun dalam pergerakan yang terbatas menghadiri kuliah2 di masjid dan di mana-mana yang boleh menguat iman saya menghadapi dugaan Allah ini. Apa yang saya cari sesuatu yang boleh memberi saya ketenangan dengan dugaan Allah ini.

Begitu juga dengan berblog ni saya ditakdirkan Allah bertemu dengan kawan-kawan blogger seperti kak werdah dan lain-lain yang banyak memberikan saya kesedaran dan motivasi. Mungkin kawan2 tak menyedari semua ini.

Jadi kak, saya nak tahu bagaimana cara jika saya ingin berjumpa dengan Dr. Nizar ni.

Maaf kak werdah, panjang lebar saya menulis di sini.

Werdah said...

Salam Ani.

Tidak mengapa berkongsi pengalaman, kerana inilah tujuannya kita berblog. Kita dapat menimba pengetahuan daripada blog orang lain, kita dapat rasai penderitaan orang-orang yang meluahkan perasaan di blog dan yang penting kita dapat membina ikatan ukhwah antara satu sama lain w/p tak bersua muka.

Kak telefon sendiri doktor tu ni no telefonnya 0139803389. Alhamdulillah doktornya peramah, ada juga dia sebut ttg ummu masyitah tersgt gembira (kak agaklah sbb dia kata dari pahang)

InsyaAllah Ani boleh telefon, jika dia tak angkat barangkali dia tgh di OT, Ani boleh tinggalkan mesej tanya bila boleh call dia.. insyaAllah dia akan jwb.

Mudah2an penderitaan Ani akan berakhir juga. InsyaAllah.

Bangkit kembali, tajuk blog ni adalah berdasarkan pengalaman sakit bertahun-tahun. Kak masih lagi sakit bila duduk. InsyaAllah bila buat rawatan kali kedua 9/6 nnt diharapkan hilanglah sakit bila duduk tu.

Kak masih belum berpeluang nak ke masjid dan menghadiri majlis ilmu disebabkan tak boleh duduk.

Semoga Ani tabah dan redha dgn ketentuan Allah atas pinjaman yang diambil kembali. Daripada DIA kita datang kepada DIA kita kembali.

qaseh mas said...

Salam Kak werdah

alhamdulillah,syukur pada Allah..

Werdah said...

Salam qaseh mas.

alhamdulillah.

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Werdah,

Terima kasih, saya akan hubungi Dr. Nizar, InsyaAllah.

Werdah said...

Salam Ani,

Mudah2an Allah permudahkan sgl urusan. Amiin.

Solehah said...

InsyaAllah kak.Semoga usaha dipermudahkan dan akak boleh sembuh daripada penaykit ni. Terima kasih sebab akak kongsikan teknologi perubatam ni. Kalau tak baca di sini, mesti saya terus tak tau.

Werdah said...

Salam Solehah.

Terima kasih atas doa. Mudah2an Allah izinkan sembuh sakit pinggang ni.. insyaAllah. Alhamdulillah tambah pengetahuan dan boleh hebahkan kepada sesiapa yang mengalami sakit ini bahawa ada kaedah pengubatan tanpa pembedahan..insyaAllah.

semut merah said...

Salam,
Saya juga menderita sakit lutut. Now nie saya rasa lebih sakit sebab tak boleh duduk lama. Tulang pinggul rasa sakit dan rasanya telah menjalar ke seluruh tubuh di bahagian kanan hinggalah ke tapak kaki kanan. I'm worried tak boleh bergerak/ byk bergantung pada org lain utk bergerak. Reading your blog menambah pengetahuan saya.
TQ

Werdah said...

Salam semut merah.

Sakit seperti ini memang membimbangkan..

boleh juga baca tentang rawatan prolottherapy di link bawah:

http://permatainn.blogspot.com/search/label/Prolotherapy

NinaZ said...

Salam kak,
berapakah kos rawatan ni ye?

werdah said...

Wa'alaikumussalam NinaZ

Kak menjalani RF ni 3 kali @RM2000 ke RM3000 (hampir RM9000 jugalah)..

Sebenarnya ada juga bahagian kerajaan, tapi lambat sedikit, nak kena tunggu.

Bagaimanapun bila buat rawatan di Hospital Klang, kak tak buat yang swasta, maklumlah budget dah lari.. jadi alhadulillah di Klang ni percuma.. boleh lihat di sini http://permatainn.blogspot.com/2011/06/dan-apabila-aku-sakit-dia-yang.html

NinaZ said...

Salam kak werdah,
Terima kasih atas info tu ye kak..kt hospital klang tu nnt mcm mana prosedurnye ye kak?maklumla xpernah lg pergi masuk hospital..he he he..nnt saya trus pegi unit tu ke mcm mana?

werdah said...

Wa'alaikumussalam NinaZ

Kak dapat berjumpa dengan dr Murali ni bila dr Nizar yang cadangkan dan beliau berikan surat rujukan.. mungkin Nina boleh dapatkan surat dar mana-mana doktor (Nina ada tak jumpa doktor sebelum ni mengenai sakit Nina?) kalau ada mintalah surat rujukan.

Buat pengetahuan Nina pada 23 Jun yang lepas kak ada berjumpa lagi dengan dr Murali ni. Beliau cadangkan kak buat rf untuk bahagian tengah pinggang tapi yang ini kena sewa alay dari luar jadi kosnya anggarannya RM5000. Esok InsyaAllah masuk wad dan akan jalani RF.. masuk wad daycare sahaja, masuk pagi balik petang.

Kak minta maaf kerana lambat baca pesanan ini.

Apa-apapun kak doakan agar dipermudahkan segala urusan.

Eva Nabawiyah said...

Assalammualaikum kak werdah....
saya br jer terjumpa blog akk nie..sy mengalami masalah yg sm mcm akk...mmg sakit yg amat sgt..skrg nie sy cm mkn ubat,wat fisio n follow up ngn doktor...tp doktor ader ckp kalo sakit tak ilang kna wat operate...tp sy ader gak terbc ttg suntikan radiofrekuensi nie...boleh tau tak akk wat kat hospital mn...kalo boleh sy mmg tak nk wat pembedahan..risiko lg tinggi...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Eva Nabawiyah

Kak juga minta maaf kerana lewat baca komen ni.. jarang buka blog kerana masalah tulang belakang ni lah.. sekarang masih dalam rawatan..

Ok.. bagi menjawab soalan eva, kak ada buat RF ni dgn dr Nizar di HUSM (Ni alamat blog Dr Nizar :
http://drnizarabduljalil.blogspot.com/ ) Eva boleh lihat blognya.

Kemudian selepas 3 kali rawatan tak juga pulih Dr Nizar rekomen kak dgn Dr Murali di HTAR Klang(boleh baca di sini : http://permatainn.blogspot.com/2011/06/dan-apabila-aku-sakit-dia-yang.html), dua kali buat dgn Dr Murali, belum juga pulih.. insyaAllah bulan 12 nanti last treatment.. kata dr dah mati akal.. apa-apapun kena ikhtiar.. kakpun masih jalani fisioterafi

Semoga Eva sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.. amiin

EffaCollections said...

salam kak..dh sehat skang? after beberapa sesi rawatan radiofrekuensi di klang? boleh share dgn sy x melalui email..ada bebrapa soalan sy nak tyer..affa_mie@yahoo.com.sg
terima kasih

kz said...

Salam puan..nak tanya..selepas rawatan 3 kali dengan dr nizar..ada sebarang perubahan tak?.Apa kesan sampingan hasil rawatan dr nizar selepas rawatan diterima.Wassallam.

kz said...

Salam puan..nak tanya..selepas rawatan 3 kali dengan dr nizar..ada sebarang perubahan tak?.Apa kesan sampingan hasil rawatan dr nizar selepas rawatan diterima.Wassallam.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kz

Mohon maaf kerana baru hari ini terasa nak jengok N3 ni dan baru terbaca komen ni.

Untuk makluman kz.. ada juga perubahan tetapi taklah banyak

Mungkin sebabnya masalah yang saya hadapi terlalu banyak kerana silap prosedur masa pembedahan kali pertama dulu. Ada gam di dalam sana, jadi tak dapat tembus ke tempat yang ingin di'matikan' saraf di sana.

Kebarangkalian boleh hilang sakit jika belum dibedah.. Allahua'lam.

harrazdani said...

Salam kak werdah.
Semoga keadaan sekarang lebih baik dari sebelumnya in shaa allah. Untuk makluman kak werdah, wife saya mengalami kes yang hampir sama dengan akak..cuma kesnya alhamdulillah agak kurang serius. Hasil daripada imbasan MRI yang dibuat ada small posterior disc herniation di C5/6 dan akibat dari situasi tersebut beliau mengalami sakit belakang (bahu) yang kerap..namun kesakitan itu akan hilang apabila diurut.

Doktor ada buat suntikan pada tulang belakang beliau ( suntikan utk kurangkan inflamation pada saraf yang effect) namun tiada impak yg positif malah kesan sakit makin menjalar ke bahagian tangan (lenguh).

Saya sudah menghubungi dr nizar dan telah setkan tarikh untuk berurusan berkaitan kaedah rawatan yang sesuai. Namun saya ada baca satu komen negatif di blog beliau berkaitan suntikan radiofrekuensi ini. Keyakinan saya agak sedikit tergugat apatah lagi wife saya...saya faham kita hanya ikhtiar kuasa menyembuh hanya kita serahkAn padaNYA ...Saya khuatir impak suntikan ini akan sama seperti suntikan pertama..

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam rawatan ini saya berharap sangat kak werdah sudi kiranya memberi sedikit nasihat, pandangan dan cadangan untuk saya dan wife sebelum membuat keputusan melakukan rawatan radiofrekuensi ini...bukan meragui tetapi saya perlu mendapatkan info yang saya rasa perlu untuk melakukan sesuatu rawatan.

Terima kasih kak werdah. Maaf kalau terlalu panjang.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam harrazdani

Kak bersimpati dengan isteri. Kak juga ada mengalami slipped disc di C5 dan C6 tu agak lama juga makan masa tahun juga tapi tak ingat dah kerana alhamdulillah dengan masa tanpa doktor usik apa-apa di situ kerana mereka hanya tumpukan masalah di L4 dan L5 sahaja. Kak dapat rasa betapa sukar nak pusing kepala dan terasa seakan-akan ditarik kepala kita ke belakang, jadi bila duduk kena bersandar atau hanta ingin baring sahaja.

Ok, berkenaan RF ini, kak jalani banyak kali juga rawatan dengan Dr Nizar ni. Disebabkan masalah kak discs kak telah digam oleh doktor yg pertama bedah kak, sukar untuk memasukkan ubat ke bahagian-bahagian yang perlu. Disebabkan itu selepas beberapa kali rawatan kak direkomen oleh Dr Nizar dengan Dr Murali di HTAR. Di sana pun beberapa kali juga kak dapatkan rawatan, akhir sekali bulan 12 tahun lepas lakukan epiduralisis kemudian berhenti lalu ambil keputusan nak teruskan dengan prolotherapy dengan Dr Zul di PJ.

Pada pendapat kak, kesembuhan bagi seseorang bergantung kepada tahap sakit seseorang dan juga keizinan Allah SWT. Sakit kak ni dikira akut sebab mula sakit 1996, mencari penawar sakit dengan pelbagai cara, baik hospital dan perubatan kampong, semoga Allah mengampuni jika kak tersalah dulu. Akhirnya ambil keputuasan bedah. Daripada situlah episod demi episod ragam sakit datang bermula dengan jangkitan kuman, cushing's sydrom, C5 dan C6 bermasalah, sakit tengkuk, bahu, peha, dan seluruh badan dan menjelmalah BP tinggi, diabetes dan kolesterol. Pinggang pula tidak membenarkan duduk lama, jika ke hospital sambil menunggu baring di kerusi atau di bilik jika ada katil kosong. Hingga sekarang pinggang masih begitu, bertahan sedikit sahaja bila dapatkan prolotherapy tu.

Maknanya jika tahap sakit masih baru dan belum akut/kritikal peluang untuk sembuh tu sangat luas. Juga kak berpendapat RF ni tak ada kesan sampingan seperti terlebih steroid dan sebagainya.

Mungkin buat masa ni boleh cuba prolotherapy dulu. Cuba hubungi(Kumpulan Klinik Keluarga dan surgeri), No 21 Jalan PJU6, Pusat Perdagangan Pelangi, Petaling Jaya. No tel : 03 77271360

Boleh ke link di bawah untuk lihat rawatan prolotherapy.

http://permatainn.blogspot.com/2010/10/rawatan-prolotherapy.html

http://permatainn.blogspot.com/2010/10/proses-membaikpulihprolotheraphy.html

Mudah-mudahan dapat berikhtiar

Boleh juga baca ttg rawatan menggunakan ayat-ayat al-Quran spt dalam http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/quranic-medicine

Noor Amira Abdul Razak said...

Salam kak..berapa kos rawatan ni...
sy menderita sakit blkg ni dah 12 tahun...sampai satu tahap dah fedup nk berubat..krajaan swasta tradisional semua dah try tp ttap sama...klau berurut pon skjap je ok pastu sakit balik...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Noor Amira

Maaf krn baru hari ini tergerak nak baca posting ni..

Noor boleh hubungi Dr Nizar utk mengetahui kosnya.. kos rawatan kak dulu dalam lengkongan rm2000 ke 3000 itu di bahagian private...

Di HTAR ada juga bahagian government tak perlu bayar bg k tangan kerajaan.

Related Posts with Thumbnails