Monday, April 19, 2010

Sakit Tulang Jejas Aktiviti

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Artikel ini diambil daripada myMetro disimpan dalam blog sebagai rujukan, kerana saya telah mencuba pelbagai rawatan dan menurut dr Nizar yang saya hubungi pagi tadi; beliau menyuruh saya merujuk artikel ini bagi memahami sakit saya dan dapat mengambil langkah-langkah yang perlu. InsyaAllah pada 9 hb Jun nanti saya akan meneruskan rawatan kali kedua.


Diharapkan juga dengan paparan ini, sesiapa yang mengenali sahabat masing-masing yang berkemungkinan mendapat gejala penyakit seperti ini dapat cuba mendapatkan rawatan dengan kaedah tanpa pembedahan ini. Walaubagaimanapun perlu diingat kita manusia hanya berusaha dan bertawakkal. Allah sahajalah yang menyembuhkan kita. InsyaAllah.


Sakit Tulang Jejas Aktiviti


Oleh DR NIZAR ABD JALIL


Pakar Bius dan Kesakitan Kronik Hospital Universiti Sains Malaysia


SAKIT tulang ekor atau istilah perubatannya koksidinia ialah kesakitan kronik yang dirasai pada hujung tulang punggung berhampiran anus.

Oleh kerana kedudukan tulang ini di hujung punggung, kesakitannya bersifat mekanikal. Maksudnya kesakitan lebih dirasai bila tekanan secara langsung dikenakan kepada tulang ekor seperti duduk atas kerusi, menunggang motosikal atau ditekan dengan jari. Ia disebabkan keradangan yang berlaku atau geseran di keliling tulang ekor itu.

Apa penyebab penyakit koksidinia?


> Kecederaan seperti terjatuh dengan punggung terhentak ke lantai
> Kecederaan selepas kelahiran anak
> Jangkitan kuman pada tulang ekor
> Penyakit kanser yang membabitkan tulang berkenaan
> Tidak diketahui puncanya
Kesakitan ini sangat menyeksakan, pesakit biasanya tidak dapat duduk tegak kerana tekanan kepada tulang ekor menjadikannya lebih sakit.
Jadi pesakit cenderung untuk duduk senget di atas sebelah punggung. Akibat kedudukan tidak seimbang itu lama kelamaan pesakit mengalami pula sakit pinggang dan belakang kerana otot belakang terpaksa bekerja keras untuk kekalkan kedudukan tidak seimbang itu. Sesetengah pesakit rasa sakit pada tulang ekor bila buang air besar, terutama jika sembelit.

Apabila tidak boleh duduk lama, fungsi harian dan kerja pejabat terjejas. Pergerakan juga terjejas kerana sukar menunggang motor atau memandu kereta. Kesakitan ini tidak mampu dikawal dengan ubat penahan sakit biasa seperti postan, celebrex atau paracetamol. Malangnya tidak ramai doktor tahu merawat keadaan ini dengan berkesan.

Jika ada doktor cuba merawat menggunakan teknik psikologi, ia sebenarnya membuang masa anda. Bila menghidap kesakitan ini anda perlu bertemu pakar sakit kronik kerana mereka ada rawatan yang terbukti berkesan.

Bagaimana keadaan ini didiagnos?


Biasanya penyakit koksidinia dikesan berdasarkan sejarah pesakit dan beberapa pemeriksaan mudah. Pemeriksaan biasanya menunjukkan kesakitan ketara pada tulang ekor apabila dipicit dengan jari.

Ada kes yang sukar dikesan tapi mampu didiagnosis hanya apabila dilakukan pemeriksaan rektum. Kebanyakan kes hanya memerlukan siasatan sinar- X sebagai sokongan. Ujian MRI hanya dilakukan jika penyakit disyaki berpunca daripada kanser.

Bagaimana koksidinia dirawat?

· Elak kecederaan pada bahagian tulang ekor.

·
Makan ubat anti keradangan (NSAIDs) seperti postan atau celebrex. Namun ubat ini hanya berguna dalam kes kesakitan ringan.

·
Suntikan ubat bius dan steroid pada tulang ekor mengurangkan rasa sakit dan keradangan ini secara ketara. Namun kebanyakan kes rawatan ini hanya memberi kelegaan dalam jangka masa pendek.

·
Kaedah fisioterapi juga menolong dalam memberi kelegaan tambahan pada kesakitan ini iaitu dengan kaedah senaman regangan ligamen dan otot pelvik. Selain itu rawatan haba dengan ultrasound dapat membantu.

·
Kaedah proloterapi. Kaedah ini adalah teknik utama yang berkesan dalam merawat koksidinia. Ia membabitkan suntikan cecair sclerosant di keliling tulang ekor. Agen sclerosant ini bertindak sebagai penggalak pembentukan parut dan penyembuhan baru di keliling tulang ekor. Biasanya teknik ini memerlukan suntikan beberapa kali. Pengalaman saya setakat ini terbukti berkesan hanya dengan satu atau dua kali suntikan.

· Kaedah radio frekuensi. Ini juga antara teknik rawatan utama yang berkesan. Teknik ini menggunakan suntikan jarum khas untuk menyalurkan arus elektrik radio frekuensi tinggi. Arus elektrik ini akan ‘melumpuhkan’ saraf sakit tulang ekor. Hasilnya tiada lagi rasa sakit.

Di Klinik Sakit Kronik Hospital Universiti Sains Malaysia, kaedah proloterapi dan radio frekuensi menjadi keutamaan. Ini kerana pesakit yang dirujuk masih mengalami kesakitan selepas menjalani pelbagai rawatan lain.

Sumber : SINI

Nota: Saya telah makan ubat anti keradangan (NSAIDs) seperti voltaren atau celebrex namun ubat ini tidak berkesan menghilangkan sakit.

9 comments:

a kl citizen said...

susah juga ya sakit begini
sakit yang tak nampak

moga akak bersabar dan diberikan Allah kemudahan untuk sembuh

cemomoi said...

waaa patut la pinggang asyik sakit je, rupanya bawak motor pon kena tempias dia... kesannya jadik letih dan malas aje nak g keja

apa pon moga akak cepat sembuh

Abd Razak said...

Salam kak werdah...

Moga kakak sihat hendaknya...

Agaknya derita sakit pinggang ni ya kak, kerana saya pun pernah mengalaminya, selepas proses pembuangan toksik alhamdulillah. Sakit saya tu tidaklah serius seperti kakak.

Mudah-mudahan kakak cepat sembuh..ameen

Acik said...

Salam..
Tentu amat sakitkan.. saya pun ada sakit sendi tapi bukan sbb keradangan. Sakit sendi saya kesan santau yg saya alami. Kadangkala ok, kadangkala sakit..
Allah jdkan sakit ni sp kita sentiasa ingat dan hampir kpdNya..

Fathiyah said...

salam cikgu
erm,wanita punya high chance utk dpt sakit tulang ni ke?

Werdah said...

Salam Semua:

>> Normah : Begitulah Normah, oleh sebab itu kak begitu terasa (seperti sendiri yang sakit) bila dapat tahu ada orang mengalami sakit seperti ini, tapi apakan daya nak menolong, hanya mengharapkan mereka mendapat rawatan yang tepat dan dan diizinkan Allah disembuhkan sakit.

Terima kerana mendoakan kak, InsyaAllah latih diri bersabar, berusaha dan tawakkal.


>> Cemomoi,

Mudah2an tidaklah dapat sakit seperti kak ini. Jika benar-benar sakit perlulah segera mengenalpasti masalah sakit pinggang tu supaya dapat segera berusaha. Apa-apapun kak harapkan janganlah ditimpa penyakit seperti ini. Allahumma Amiin.


>> Abd Razak.

Terima kasih krn kerap mendoakan kak. Mudah2an diizinkan hilang sakit ni. InsyaAllah.

Segala Pujian bagi Allah atas segala hal dan keadaan.

Segala puji bagi Allah kerana menyembuhkanmu daripada sakit pinggang.

Kak dah berusaha sedaya upaya, dah buat bermacam-macam rawatan seperti pembuangan toksin, chelation, ozon dan pelbagai lagi, namun Allah Maha Bijaksana, barangkali ada sebab-sebanya belum lagi pulih.

Harap sangat kali kedua rawatan ini berjaya hilangkan semua sakit ini. Hanya kepada Allah kita berharap.

>> Achik.

Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. Mudah2an Achik juga tabah menghadapi ujian dan dugaan. Hanya Allah yang mendatangkan mudharat dan manfaat, tanpa keizinan Allah SWT semuanya tak terjadi. Allahyarhamah ibu kak juga disantau akibat tak mahu berkahwin selepas ayah meninggal dunia (berbelas tahun mak sakit)
Berbelas tahun berusaha berubat akibatnya ibu dapat batuk kering dan sakit paru-paru hingga membawa kepada kepergiannya.Hanya Allah sahaja Yang Mengetahui.

Allah menguji hambaNya atau sebagai kifarah.

Dengan itu kita diingatkan supaya lebih kuat dan dekat kepadaNya.

>> Fathiyah.

Setahu cikgu, penyakit ni tak pilih jantina.

Tapi risiko kepada orang-orang yang banyak bertugas dalam keadaan berdiri, mengangkat berat, orang yang selalu terjatuh (terduduk), org2 yang bertugas melibatkan komputer (lama di hadapan komputer). Org yang tak jaga posisi duduk dan tidur dan mengangkat barang dgn tak mengikut cara yg betul dan banyak lagi. Jadi bila begini keadaanya kemungkinan mendapat slipped disc tu ada, dan jika lakukan pembedahan, akan timbul pula masalah ini jika pembedahan tak berjaya.

Ada yang seawal belasan tahunpun boleh kena. Masalah cikgu ni asalnya slipped discs, bila buat pembedahan timbullah penyakit ini.

>>>>Kepada semua,

Terima kasih sekali lagi semoga kita semua dalam pemeliharaan Allah SWT. Amiin.

abu muaz said...

salam. moga cepat sembuh.

Werdah said...

Salam Abu Muaz,

Terima kasih krn mendoakan kesembuhan buat kak.

Mudah2an Allah jua membalas kebaikanmu.. insyaAllah. Allahumma Amin

Rika Ningrum said...

Salam semua.saya pon sakit pada tulang ekor selepas bersalin sampai sekarang tak boleh sembuh padahal saya sudah jumpa dan dokter bagi obat kat saya dan tak boleh sembuh, lepas tu dokter cucuk tak lah sembuh juga..sampai baby saya dah umur 4 bulan macem mana cara menyembuhkan?

Related Posts with Thumbnails