Sunday, May 9, 2010

Elak cakera tergelincir (slipped dics)

Bismillahirrahmanirrahim.

Artikel ini dicopy daripada Sisipan Kesihatan Mingguan Malaysia oleh Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN sebagai panduan kepada sesiapa yang mengalami slipped disc tetapi tidak tahu apa sebenarnya slipped disc.

Dengan memahami tentang sakit ini dapatlah mengambil langkah-langkah tertentu. Apabila mendapat sakit ini Allah sahajalah yang tahu betapa sakit dan betapa tidak berdaya melakukan kerja walaupun kerja yang ringan. Namun orang di sekeliling kita yang tidak pernah merasainya mereka akan berpendapat orang-orang yang ada slipped disc sihat wal'afiat. Selepas mengetahui saya mengalami slipped disc pelbagai rawatan telah saya lakukan termasuk pembedahan. Semua ini saya telah tulis dalam blog ini di bawah label sakit.

Pada masa ini saya telah sekali mendapatkan rawatan daipada pakar sakit kronik di HUSM Dr Nizar

Artikel yang sebahagiannya disalin daripada Mingguan Malaysia adalah seperti di bawah:

SETIAP daripada kita pasti pernah mengalami sakit belakang terutama di bahagian pinggang.

Biasanya ia disebabkan duduk terlalu lama, posisi tidur tidak betul, mengangkat beban atau melakukan aktiviti lasak.

Sakit dengan rasa tidak selesa untuk beberapa hari, mungkin tidak terlalu serius. Namun andai berlarutan hingga melebihi enam minggu diikuti rasa sengal dan kebas di seluruh bahagian kaki, anda harus segera berjumpa doktor.

Anda mungkin mengalami disc tergelincir di bahagian tulang belakang.

Perunding Pembedahan Ortopedik Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Lim Heng Hing berkata, masalah sakit belakang terutama melibatkan disc tergelincir berlaku pada 60 hingga 80 peratus penduduk dunia sekali dalam seumur hidup.

“Sakit belakang terbahagi kepada dua jenis iaitu jika melibatkan belakang sahaja dipanggil spondylosis.

“Namun jika berasa sakit hingga ke paha dan betis seperti rasa kebas serta sengal, ia petanda anda mengalami disc tergelincir,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimana disc tergelincir (sliiped dics) berlaku?

Menurut Dr. Lim, disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc) yang juga dikenali sebagai disc intervertebral. Dalam istilah perubatan ia disebut spinal disc herniated/ prolapsed.

“Disc intervertebral boleh diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut (nucleus polposus),” ujar beliau.

Jelasnya, kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada disc intervertebral.

Bengkak yang berlaku akan menekan urat saraf di belakangnya. Keadaan menjadi lebih serius apabila ia pecah menyebabkan isinya atau nucleus polposus (mengandungi bahan inflammatori) keluar dan menekan urat saraf.

Ini menyebabkan sakit belakang yang teramat sangat yang akan merebak turun ke kaki. Pesakit juga akan berasa kebas dan lemah kaki.

Kerana itu kaedah rawatan biasa yang diberi kebanyakan doktor dengan cara pengambilan ubat antiinflammatori bagi melawan bahan yang terkandung dalam nucleus pulposus.

“Cuba bayangkan disc ini seperti tayar kereta yang membantu menyerap hentakan menjadikan kita tidak berasa sakit ketika lompat atau terhentak,” katanya.

Secara umum katanya, tulang mempunyai 26 disc dari tengkuk hingga ke pinggang, iaitu 12 pada bahagian torak atau dada, tujuh pada tengkuk dan lima di tulang lumbar atau tulang belakang pada bahagian pinggang.

Disc tergelincir boleh juga berlaku di bahagian lain seperti leher namun yang paling biasa adalah pinggang.

“Penyakit ini tergolong dalam kumpulan degenaratif iaitu melibatkan faktor usia. Semakin meningkat usia, satu demi satu lapisan akan bergerak dan bercerai lalu berlakulah masalah disc tergelincir andai tidak dijaga dengan betul,” katanya.

Bergantung pada bila ia berlaku, misalnya ketika berusia 20 tahun ke bawah, maka proses penyembuhannya cepat kerana ia diganti dengan yang baru.

Menghuraikan lebih lanjut, Dr. Lim berkata, badan manusia mempunyai proses penyembuhan semula jadi tanpa bantuan sebarang rawatan.

Cukup dengan berehat dan tidak melakukan aktiviti lasak, badan dengan sendirinya akan sembuh perlahan-lahan.

Bagaimanapun, semakin meningkat usia seseorang, semakin rendah proses penyembuhan semula jadi berlaku.

Di kalangan mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun, disc tergelincir dianggap gangguan yang biasa berlaku.

Selepas usia 40, disc menjadi lebih keras kerana kehilangan air dan kurang kenyal (senang pecah). Namun, pokok pangkalnya jelas Dr. Lim, ia bergantung kepada bagaimana kita menjaga pergerakan fizikal dengan mengikut posisi sewajarnya bagi mengelak disc tergelincir.

“Perlu diingat disc tergelincir mengambil masa yang panjang untuk terjadi. Pergerakan yang tidak dikawal terutama ketika duduk, baring, bersandar, mengambil dan mengangkat barang menyumbang kepada masalah ini untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

Mengenali punca sakit menurut pendapatDr. Lim


l Masalah disc tergelincir kebanyakan berpunca daripada kecuaian sendiri yang tidak mengambil berat tentang postur badan dan cara pergerakan.

l Masalah yang berpunca daripada kemalangan juga boleh diatasi secara perlahan-lahan dengan tidak membebankan lagi pergerakan di bahagian tersebut.

l Ahli sukan seperti pemain golf dan tenis lebih cenderung mendapat disc tergelincir andai tidak menggunakan pergerakan yang betul. Misalnya ketika melakukan hayunan, bahagian yang perlu berputar adalah pinggul bukannya pinggang.

l Senaman regangan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Jika dilakukan dengan kasar, sedikit demi sedikit bahagian disc akan tercedera.

l Senaman dan bersukan mengikut cara yang betul membantu menguatkan tulang.

l Beri peluang badan untuk sembuh secara semula jadi.

l Tilam berjenama mahal yang dikatakan mampu melegakan sakit belakang belum tentu berkesan. Secara asasnya, tilam tersebut memadai berkeadaan baik dan tidak menyebabkan badan kita tenggelam ketika baring di atasnya. (Penulis sarankan sebelum dapat sakit slipped disc eloklah tidur di atas tilam keras, bukan meminta ya.. jangan salah faham.. ini sebagai langkah keselamatan)

l Pengambilan kalsium melalui suplemen dan makanan tidak menjamin mencegah disc tergelincir. Ia membantu mencegah osteoporosis (ketumpatan tulang merosot).

l Rawatan alternatif seperti akupuntur hanya membantu mengurangkan rasa sakit kerana ia menghalang aktiviti saraf.

..............................................

Diharapkan dengan memahami sakit ini, dapatlah kita berhati-hati dalam setiap aktiviti yang kita lakukan. Betapa pentingnya menjaga tulang belakang ini, kerana jika telah sakit sukar untuk menghilangkannya.

Pembedahan kadang-kadang makin menambahkan kesakitan. Saya telah bertemu seotrang lelaki berumur 60an menjalani 6 kali pembedahan, namun tak berjaya menghilangkan sakit. Oleh itu jika ada alternatif eloklah elakkan menjalani pembedahan. Apa-apapun kita berusaha Allah menentukan dan setiap kejadian semuanya di bawah ketentuan Allah. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Artikel yang berkaitan dengan sakit sendi kronik di sini

12 comments:

Frodo Baggins said...

posture badan ...
cara duduk etc
mempengaruhi ...


>>____<<


nice info sis


((kene senam lebih pasni. ekekke))

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah...

Apa khabar kak? Moga kakak sihat hendaknya..:)

Terima kasih atas perkongsian ini.

Bimbang juga kak, kerana baru-baru ni saya buat rawatan berbekam di kedai HPA dan mereka dapati tulang belakang saya sedikit lari dari kedudukannya. Now tgh buat rawatan tu dgn mereka, kesannya dah 3 hari saya sakit kepala.

Werdah said...

Salam Frodo.

Mudah2an tidaklah terkena penyakit ini. Semoga Allah melindungimu daripadanya, InsyaAllah.

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Kak alhamdulillah 'ala kullihal. Terima kasih ya atas doa.

Sungguh kak dapat merasai kesakitan yang Abd Razak rasai. Mudah2an tidak melarat seperti kakak. Semoga usaha buat rawatan bekam itu membuahkan hasil.

Teruskan dengan rawatan alternatif jangan sekali-kali lakukan pembedahan. Bukan nak kata cuma seringkali pembedahan untuk slipped disc ini menambahkan penyakit lain.

Semoga Allah melindungimu daripada mendapat sakit yang lebih teruk. Cepatlah hendaknya sembuh. Amiin

alang said...

Semoga Cikgu sembuh seperti sediakala, InsyaAllah dan moga saya dihindarkan dari penyakit2 seperti ini.

Lynn Nasir said...

salam,

byk kali gak lynn dgr pasal kesakitan yg menyebabkan tuan badan kena mkn pain killer je. tp tak tau sakit apa dan kat mana. siap majikannya kata dia penipu dan asyik nk cuti je. ooo..ingat dah, tgk kat TV dulu. isk..isk..isk..

ummu said...

salam kak werdah
TQ atas ingatan akak ni..
saya sendiri susah juga nak suaikan diri dengan keadaan 'baru' ni kak...

Werdah said...

Salam Alang.

Terima kasih kerana selalu mendoakan cikgu. Semoga Alang juga dipelihara daripada mendapat sakit ini. Allahumm amin.

Werdah said...

Salam Ummu.

Kak faham sangat apa yang ummu alami. Kak rasa masalah kita sama,kakpun mengikut dr perlu banyak kali rawatan lagi. InsyaAllah ummu kita tabahkan hati, semoga hikmah di sebalik semua ini banyak memberi kebaikan kepada kita. Amiin

Werdah said...

Salam Lynn.

Ambil pain killerpun seperti tak ambil, kurang sikit sangat sakitnya(tak berkesan), tp kesan pain killer tu pula penyakit lain yang timbul.. apa-apapun berhati-hatilah dalam setiap aktiviti yang kita lakukan. Mudah2an Lynn terpelihara daparipada dapat sakit spt ini. Amiin.

Addy Perantau said...

Salam,kepada sesiapa yang mengalami slip disk, mintak tolong join group ni dalam fb..
Dalam group ni kita boleh share tips2 dan berkongsi apa jua pengalaman yang melibatkan penyakit ini.
At least ada yang memahami apa yg kita lalui.. link seperti berikut >>> https://www.facebook.com/groups/368531273356757/?fref=ts
(ps: jangan takut, sy tak jual ubat)

d'zul yus said...

Saya pernah kena slip disk di L3-L4, sakitnya Subhanallah, nak melangkah pun payah, mak aku lagi laju jalan dari aku. Kalau sy perhatikan org yg ada masalah tulang belakang ni postur berdiri pun dah x betul, senget sebelah, mcm tulah jadi kat saya. Beban badan saya terpaksa saya alihkan ke kaki kanan saya.

Masa mula2 sakit ni ingatkan saya sakit buah pinggang, bila pi check air kencing semua ok, then doktor suruh wat x-ray kat hospital klang, pastu doktor detect something dengan kedudukan tulang belakang saya, kedudukan L3 dan L4 tu nampak lebih rapat berbanding kedudukan tulang yang lain. Terus doktor wat surat utk refer klinik pakar. Mula2 saya wat appoiment kat hospital klang, tp bila mengingatkan ramai sangat patient que time tu, saya decide pegi UPPM atas nasihat kawan2.


Bila pi UPPM tu, mula2 jumpa dengan sorang doktor wanita, suruh wat MRI, bila dpt result tu baru nampak dengan jelas kedudukan L3/L4 tu, nampak sgt span(disc) tu dah nipisdan terkeluar menghimpit saraf saya tulang belakang sy tu, itulah penjelasan kenapa kaki saya boleh rasa kebas. lepas tu sy kena refer plk dgn doktor betul2 pakar(paham2 jerlah walaupun klinik pakar tp mostly doktor pelatih jer). Doktor tu bg tau saya kena wat operation dia nak wat pembedahan utk buang disc yg terkeluar tu n pasang menda apa kat belakang saya tu untuk membetulkan kedudukan, tapi dia kata saya muda lagi (28 tahun). So dia suruh saya balik n bincang dgn family.

Bila jumpa family of coz mereka x nak kita kena bedah, so bila jumpa doktor pakar tu, saya kata saya nak wat rawatan alternatif. then dia bagi. tp dia pesan kalau dah x boleh thn sakit atau dah x boleh kawal kencing dan komplikasi lain dia suruh sy datang terus.

Alhamdulillah skrg ni saya boleh katakan simptom sakit tu dah x da walaupun kebas tu pandai datang terutama lepas saya angkat berat. konon nak testlah kalau dah fully recovered. skrg mmg kena hari kalau wat aktiviti lompat atau joging kebas tu pandai dtg, jadi kalau nak bersenam terpaksa wat aktiviti yg tidak membebankan tulang belakang.

Bercerita pasal rawatan, saya wat fisioterapi termasuk guna mesin yg akan tarik kaki ke bawah dan badan ke atas tu, saya pi ceragem hampir setiap hari, saya rasa ceragem ni yang membantu sangat sbb bila wat rawatan tu, sakit/panas kat L3/L4 tu. pastu saya jumpa dua kali dengan seorang pengamal perubatan alternatif, org selalu panggil ustaz patah kat kota kemuning, shah alam. Yg bagus nya ustaz ni ajar cara bersenam untuk membetulkan tulang belakang, senaman ni saya wat sampai skrg terutama bila dah rasa something kat blakang. Kalau saya amati Senaman yg dia ajar ni sebenarnya mmg dah biasa kita buat setiap hari (rukuk ketika solat). Sblum tu mmg selalu tinggal solat.

Syukur Alhamdulillah.alhamdulillah..alhamdulillah.. saya dah boleh dikatakan sihat sbb kalau ingat dulu nak berjalan pun susah. ni lagikan nak rukuk time sembahyang, azabnya subhanallah.

Skrg dan boleh rukuk dgn tertib.






Related Posts with Thumbnails