Sunday, May 16, 2010

Oh Guru!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Bersyukur kerana dulu saya dididik oleh guru dan dengan izin Allah saya juga menjadi seorang guru. Hari ini telah mendapat beberapa ucapan Selamat Hari Guru daripada beberapa orang bekas pelajar yang mestinya masih mengingati diri ini. Semoga kalian mendapat kebaikan yang banyak daripada Allah SWT. Dua kad di bawah di copy daripada Mr Dean yang juga menghargai diriku.


Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Guru kepada Ckg Rash, Ckg Normah, Ckg Ros Illyyun, Ckg Kartini, Ckg Shaniza , Anakkhas, Sekamar Rindu, Ckg Etuza, Ckg Umi Ida, Ckg Nurul Aini dan lain-lain ckg yang tak tercatat di sini, begitu juga kepada Mawarni bekas pelajar saya yang juga menjadi pendidik, semuanya diucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU. Semoga jasa kalian tetap dikenang dan dirahmati Allah. Kepada bekas guru-guru saya, saya mendoakan kalian sentiasa dalam rahmat Allah. Ckg Nurul Aini ini adalah cucu sepupu saya. Teruskan tabah mendidik ya Nurul.


Saya juga ambil kesempatan di sini memohon maaf sama seperti ckg Normah kepada bekas pelajar saya andai saya telah menyinggung perasaan anda selama saya menjadi guru kalian. Antara bekas pelajar saya yang berblog, Zaim, Nurul Fathiyah, Mawarni dan Hamirza.


N3 ini diringkaskan kerana beberapa masalah. Selain itu (rasanya belum terlambat), saya juga ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu.. begitu juga kepada sekelian jururawat, selamat Hari Jururawat. Tiada madah dalam N3 ini cuma semoga jasa-jasa kita sebagai seoarang hamba yang bertugas menunaikan ibadah dalam tanggungjawab sentiasa diberkati Allah. Allahumma Amiin.

Oh ya, klik di SINI dan seterusnya klik pada gambar guru untuk melihat kenangan saya semasa berada di SMTKL.

28 comments:

Lynn Nasir said...

salam kak werdah,

selamat hari guru! jasamu dikenang :D

Werdah said...

Salam Lynn.

Terima kasih, insyaAllah, mudah2an Allah membalasnya Amiin.

Ros Illiyyuun said...

Salam Kak :)

Semoga akak sihat sentiasa.

Terima kasih atas ingatan. Semoga amal yang tidak seberapa ini dinilai oleh Allah sebagai 'amal jariah',Ameen.
Selamat hari guru jua buat akak :)

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..:)

Moga kakak sihat..:)

Walaupun kakak sudah bersara namun segala jasamu mendidik anak bangsa tidak akan pernah akan hilang dari ingatan pelajar-pelajar kakak, moga Allah membalas segala kebaikan kakak.

Selamat hari Guru..:)

penjejak maya said...

salam,

Selamat hari guru jasamu guru dikenang sepanjang zaman..

Kamsiah said...

kak..tanpa insan bergelar guru..kita tak kenal ABC..123...

Nur said...

Salam,

Mak dah,jihah dah lmer x nmpk mak dah online pun.Papepun,SELAMAT HARI GURU jihah ucpkan :P

Werdah said...

Salam Ros.

Mudah2an, insyaAllah usaha kecil kita dinilai oleh Allah SWT. Terima kasih mendoakan kak. Amiin.

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Kak alhamdulillah sihat dan bertahan. Terima kasih kerana mendoakan kak.

InsyaAllah, semoga Allah membalas kebaikan kita semua, kerana usaha guru diiringi usaha semua pihak. Allahumma Amiin

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Terima kasih semoga Allah membalas segala kebaikanmu insyaAllah. Allahumm amiin

cemomoi said...

semoga semakin sihat
dan
selamat hari guru
semoga terus berbakti menjadi pendidik walau di mana jua

Werdah said...

Salam Kamsiah.

Melaluinya kita pandai menulis, membaca dan mengira, syukur kepada Allah.

Werdah said...

Salam Jihah, mak dah ada je.. tp line slow sangat, lagipun komputer rosak, tunggu abang ju balik dp outstation, ni pinjam laptop k ina. InsyaAllah bila ada masa kita chat lagi. Belajar rajin-rajin dapat markah baik insyaAllah. Terima kasih ingat mak dah selalu.

Werdah said...

Salam cemomoi.

Terima kasih atas doamu, mudah2an dimakbulkan Allah dan Semoga Allah merahmatimu jua.

InsyaAllah nasihatmu terphat di hati :):)

Muhammad Rafieudin bin Zainal Rasid said...

Salam,

Selamat Hari Guru...
Beruntung menjadi seorang guru kerana panggilan keramat 'Cikgu' tidak pernah luntur dari anak2 didiknya...~
Terima kasih sudi tag saya dalam entri mak cik kali ni...
(^_^)

Nur said...

Waalaikumsalam.

Sama-sama mak dah

Werdah said...

Salam Rafie.

Terima kasih atas penghargaan ini, insyaAllah anak didik tetap mengenangnya insyaAllah.

Werdah said...

Salam sekali lagi Jihah.

:):):)

Acik said...

Salam..
Terima kasih atas ingatan Kak Werdah. Selamat hari guru utk kak werdah semoga diberikan Allah kesihatan yg baik dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat...

Aida Ali said...

Selamat Hari Guru...

ummu said...

salam Kaqk werdah
selamat hari guru
moga Allah berkati kita.amin

Werdah said...

Salam Acik.

Terima kasih kerana mendoakan kak kesihatan. Semoga Allah makbulkan doa kita. Amiin.

Werdah said...

Salam Cikgu Aida.

Selamat Hari Guru juga buatmu.

Werdah said...

Salam Ummu.

Terima kasih, semoga Allah bekati kita semua. Amin

Fathiyah said...

selamat hari guru cikgu
terima kasih kerana mendidik & mengajar saya

Werdah said...

Salam Fathiyah.

Teima kasih.. :):)

ckg rash said...

Salam,

SELAMAT HARI GURU... & T/kasih dgn ucapan dari kak.
Maaf kak, lambat bagi ucapan. Lambat bukan bermakna lupa, dah do'a dah... Sebenarnya tak sempat nak online... Do'a yang baik adalah tanpa pengetahuan org yg dido'akan...

Werdah said...

Salam ck Rash

Benar tu, baru tadi dengar ceramah tentang ayat dalam surah Ali Imran tu, (doa untuk org2 beriman terdahulu), bila doa org tak tahu itulah ikhlas, doa itu termakbul, tp kita ni selalu nak bagi tahu orang yang kita doakan. tapi tak salah kerana yang lebih afdal tak perlu bagi tahu. Terima kasih ya.

Related Posts with Thumbnails