Sunday, June 13, 2010

Sindrom Miofasia

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Marilah kita berselawat sebanyak-banyaknya buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.


9 hb Jun 2010 pagi berlepas ke HUSM dan mendapatkan rawatan dengan dr Nizar mulai pukul 5 petang dan selesai pada pukul 7.00 malam.

10 hb Jun 2010 petang berlepas balik ke KLIA tiba dirumah 11.30malam.

Penangan ubat-ubatan, menjadi mengantuk, asyik memejamkam mata. Tak peduli lagi blog dan kawan-kawan yang bertanya khabr. Maaf ya kawan-kawan.

Jika ditanya apa yang doktor buat kali ini, ialah prosedur untuk melarutkan tisu parut yang telah mengeras supaya darah dan saraf berjalan lancar. Betul ke dr. Nizar. Kali ini bahagian kanan sahaja yang berjaya dilarutkan. Nama rawatan ini ialah Epidural Injection. Ada dimasukkan sedikit steroid. Menurut doktor pada bahagian kiri tisu parut terlalu rapat ke tulang jadi sukar untuk memasukkan tiub bagi melarutkan tisu di situ. Jadi insyaAllah pada rawatan kali ketiga nanti doktor akan membuat prosedur melembutkan tisu pada bahagian kiri itu pula.

Rawatan kali pertama pada 8hb April 2010 dahulu ialah untuk sendi facet, doktor membuat rawatan radiofrekuensi lesions of bilateral.

Rawatan kali ketiga ialah pada 9 hb Sepetember 2010. InsyaAllah saya tidak akan berputus asa. Terima kasih kepada doktor yang selalu nasihatkan supaya jangan 'give up'. Doktor akan membuat perancangan yang teliti dan menjalankan rawatan kepada masalah saya yang terlalu banyak ini sehingga kesakitan yang dirasai ini hilang, jika tidak 100% pun 90% atau 80%. InsyaAllah.

Setakat ini rasanya belum boleh duduk lama menghadap laptop untuk menziarahi kawan-kawan.
Bahagian tengah-tengah pinggang terasa amat menekan bila duduk cuma dapat bertahan sekejap. Kesaktan juga membawa ke belikat.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu mendoakan saya di sini. Dan yang mengetag saya tu insyaAllah ya.

Dibekalkan ubat celebrax 400mg 1 kali sehari, oxycontin 10mg 2 kali sehari, Amitriptryline 25mg 1 kali sebelah malam. Amitriptryline inilah yang membuatkan saya mengantuk dan ubat ini untuk saraf. Saya tidak dapat meneruskan makan oxycontin kerana pening dan muntah.Lalu dinasihatkan ambil celebrax dan amitriptryline sahaja.

Terima kasih kepada Ummu atas anugerah ini.


Sindrom Miofasia.

Oleh Dr Nizar Abdul Jalil Pakar sakit Kronik HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.

Sekadar menyalin daripada myMetro 13 Jun 2010 untuk rujukan.

JIKA ada di kalangan anda yang mengalami kesakitan otot belakang kronik, anda mungkin mengalami penyakit yang dipanggil sakit sindrom miofasia. Lokasi yang biasanya berlaku kesakitan ialah kawasan pinggang, punggung, leher, bahu dan belikat. Walaupun kesakitan yang dirasai macam sakit otot atau urat, tetapi ubat seperti celebrex dan postan biasanya tidak berkesan. Kenapa begitu? Itulah peliknya sakit sindrom miofasia ini.

Tetapi sakit sindrom miofascia tidak dapat dikawal dengan ubat sakit urat biasa. Oleh itu sakitnya akan berpanjangan dan menjadi kronik jika tidak menerima rawatan yang tepat.

Apa itu sakit sindrom miofascia?

Sakit sindrom miofascia merujuk kepada kesakitan kronik (melebihi enam bulan) yang membabitkan otot rangka dan fasia (tisu perantara). Mekanisma kesakitannya berbeza sama sekali. Rasa sakit biasanya membabitkan sekumpulan dua atau tiga otot yang berdekatan dan sangat sakit hingga pesakit boleh 'terlompat' apabila dipicit.

Kesakitan kronik ini boleh berlaku di mana-mana bahagian belakang tetapi tempat biasa adalah di otot leher, bahu, belikat, otot belakang, pinggang dan punggung. Selain rasa sakit, anda juga akan rasa kejang pada otot ini bila cuba diregangkan. Jika otot tulang belakang terbabit, anda akan rasa makin sakit dan tegang bila cuba membongkok ke hadapan.

Anda juga dapati otot tadi lemah dan tidak mampu melakukan pergerakan dengan sempurna. Contohnya jika keadaan ini berlaku pada otot bahu dan belikat, sendi bahu anda akan jadi kaku dan lemah. Tangan anda tidak mampu untuk diangkat melebihi paras dada. Ia dinamakan satu “sindrom” kerana diagnosisnya dibuat berdasarkan koleksi gejala klinikal seperti;


  • Sakit pada satu kumpulan otot yang agak lama (kronik)
  • Terdapat tempat khusus dalam otot yang amat sakit bila ditekan dengan jari (titik mula). Pesakit sendiri dapat mencari dan menemukan tempat yang sakit ini. Anda akan 'terlompat' jika tempat ini dipicit atau ditekan.
  • Terdapat ketulan dalam otot yang dapat dirasai dengan jari
  • Bila tempat sakit ditekan, sakit dirasai menjalar ke tempat lain. Contohnya bila otot leher ditekan dengan jari sakit dirasai naik ke kepala dan pening.
  • Limitasi dalam julat pergerakan otot (kebolehan pergerakan otot terbatas)
  • Otot rasa lemah dan tidak bertenaga.
  • Ubat sakit urat (postan, voltaren celebrex) tidak berkesan

  • Ada di kalangan pesakit sudah mencuba mendapatkan rawatan dari tukang urut. Jika tukang urut berkata ada 'ketulan pada otot anda yang amat sakit bila dipicit, anda berkemungkinan mengalami kesakitan sindrom ini kerana salah satu ciri penyakit ini ialah terdapatnya gumpalan kecil otot rangka hasil dari kekejangan otot yang berlarutan. Otot yang kejang bermakna ia berkerja tanpa henti. Kesannya saluran darah akan tersepit. Akibatnya, bekalan oksigen dan nutrisi pada otot akan terjejas dan pengumpulan toksin berlaku. Kedua-dua kesan susulan ini menjadi mekanisma asas pada rasa sakit pada otot ini. Kajian di seluruh dunia mendapati kadar kelaziman penyakit amat agak tinggi iaitu 20 hingga 90 peratus di kalangan pesakit yang mengalami gejala sakit otot dan tulang. Dalam kajian yang dilakukan di HUSM baru-baru ini, kadar kelaziman penyakit ini di kalangan mereka yang mengidap kesakitan tulang belakang yang kronik adalah 63 peratus. Manakala bagi pengidap sakit belakang pinggang yang kronik kadar kelaziman sindrom ini ialah 37 peratus.


    Penyakit ini juga boleh disebabkan penggunaan otot rangka yang melampau yang berpanjangan. Malah ia juga mungkin disebabkan susulan atau kesan sampingan daripada masalah tulang belakang yang lain seperti cakera tergelincir ataupun stenosis spina. Salah satu ciri pelik penyakit ini ialah ia mampu menyerupai gejala klinikal yang lain. Ini disebabkan ciri utama iaitu rasa sakit yang boleh menjalar ke tempat lain. Gejala ini menyerupai penyakit tulang belakang yang lain seperti cakera tergelincir dan stenosis spina. Salah faham selalu berlaku di kalangan doktor yang merawat kerana tidak semua doktor arif mengenai sakit sindrom miofasia ini. Ini penting kerana jika diagnosis sakit belakang tersasar anda mungkin akan berakhir dengan pembedahan tulang belakang yang tidak perlu. Kesilapan diagnosis punca sakit belakang boleh berlaku.

    Contohnya sakit pada otot piriformis di bahagian punggung boleh merupai sakit cakera tergelincir pada tulang belakang kerana sakit dirasai berpunca dari pinggang atau punggung dan menjalar turun ke kaki. Akibatnya pembedahan tulang belakang yang dilakukan hanyalah sia-sia.

    Contoh lain sakit sindrom miofasia ialah otot 'scalene' pada leher boleh menyerupai sakit cakera tergelincir pada leher kerana sakit dirasai bermula dari tengkuk dan menjalar ke tangan atau jari. Jari juga kadang-kadang akan rasa kebas. Sakit yang menjalar dalam sindrom miofasia ini seolah menyerupai sakit akar saraf yang berpunca dari cakera tergelincir pada tulang belakang.

    Rawatan

    1. Senaman regangan dan kekuatan pada otot. Senaman ini mampu untuk meleraikan gumpalan otot yang menjadi punca kepada kesakitan yang dialami disamping mengembalikan kekuatan otot. Pesakit perlu belajar cara yang betul dari jurupulih anggota dan komited lakukannya secara berkala di rumah.

    2. Rawatan fizikal seperti tuam dengan pek panas, teknik imbasan bunyi atau gelombang pendek, tidur atas tilam panas (boleh dibeli di farmasi atau agensi jualan langsung) dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk meningkatkan pengaliran darah setempat, dengan ini banyak oksigen dan zat dapat dibekalkan dan banyak toksin dapat di keluarkan.

    3. Suntikan pada tempat yang sakit. Teknik ini mampu menghilangkan sakit secara serta merta. Suntikan boleh dilakukan dengan ubat bius, air atau tanpa apa-apa ubat.

    4. Mengubah suai posisi, jangkamasa dan kaedah melakukan kerja harian. Tabiat kita yang tidak sihat juga boleh membawa kecederaan otot. Semuanya perlu diubah untuk mengelak sakit ini tidak berulang.

    5. Tidur yang nyenyak.

    6. Ubatan. Ubat sakit urat (NSAID) seperti voltaren dan postan selalunya tidak berkesan. Ubat yang bertindak pada sistem saraf pusat seperti tramadol, ultracet dan oxycontin lebih berkesan.

    7. Kefahaman yang betul mengenai penyakit dan gejalanya. Ia penting kerana sindrom ini agak sukar dirawat jika pesakit tidak memberi kerjasama. Gejala yang berterusan yang menyerupai penyakit serius yang lain membuatkan pesakit rasa tidak puas hati. Inilah peranan yang patut dimainkan oleh doktor yang merawat.

    Kajian Kes


    Seorang jururawat telah menjalani rawatan suntikan nukleoplasti untuk masalah cakera tergelincir pada bahagian pinggangnya (lumbar). Kesakitan pada pinggang yang menjalar turun ke kaki beransur hilang keesokan harinya dan beliau dapat berjalan tanpa rasa sakit lagi. Bagaimanapun selepas seminggu berehat di rumah beliau mula merasai sakit pada punggung yang juga menjalar turun ke kaki seakan–akan sakit yang dideritai dulu. Pada pendapatnya kemungkinan rawatan nukleoplasti tidak berkesan.

    Selepas diperiksa semula, didapati sakit pada punggung yang menjalar turun ke kaki yang dialaminya adalah satu gejala baru dan tidak kaitan dengan cakera tergelincir. Beliau mengalami sindrom miofasia otot punggung gluteus minimus yang diketahui boleh menyerupai gejala cakera tergelincir. Buktinya dengan satu suntikan pada otot tersebut gejala sakit hilang hingga kini.

    20 comments:

    Abd Razak said...

    Salam Kak Werdah..:)

    Apa kabar kak? Moga kakak sihat hendaknya.

    Bertanyalah juga dalam hati kenapa kakak lama tak update blog? Rupanya kakak pergi buat rawatan di HUSM. Macamana keadaan kakak sekarang ni?

    Mudah-mudahan kakak cepat sembuh dan sabar dengan apa yang Allah kurniakan.

    Ros Illiyyuun said...

    Salam :)

    Saya doakan agar akak sihat sentiasa. Sakit diberi itu insyaALLAH akan menambahkan pahala kita jika kita sabar menghadapinya.Shafakillaah.Ameen.

    cemomoi said...

    ye le, lama tak dengo berita apa pun moga cepat sembuh, sihat dan ceria

    baca penyakit tu hish... risau juga, hari-hari bawak motor g keja rasa tul sakit belakang nih

    a kl citizen said...

    moga dimudahkan Allah dalam kesembuhan.
    rehat banyak2...

    ummu said...

    salam kak werdah,
    alhamdulillah akak selamat menjalani prosedur.mesti sakit lagi kan kak...kena rehat banyak ya kak.yalah bukannya mudah nak duduk lama2 hadap lappy ni.
    maaf ya kak Werdah saya tak menyinggah ke blog akak sejak cuti sekolah. saya tak dapat nak ziarah akak..

    [S]itie [B]Um [B]Um said...

    moga cepat sembuh

    Werdah said...

    Salam Semua

    >Abd Razak.

    Keadaan kak sekarang tak boleh duduk lama akibat rasa sakit di bahagian tengah pinggang bawa ke belikat.

    >Ros

    Ya, semoga kak tabah dan redha atas ketentuan ini. InsyaAllah.

    >cemomoi

    Jika benar2 sakit belakang eloklah cari puncanya dengan menalani X-ray atau MRI atau CT scan- rujuklah doktor pakar. Namun kak berharap janganlah mendapat sakit seperti kak ini.

    >klcitizen

    InsyaAllah kena baring banyak n rehat.

    >Ummu

    Tak mengapa ummu, kak faham masalah yang dihadapi. Kakpun tak update blog n tak jalan-jalan ke blog kawan2.

    >Sitie

    Salam perkenalan.

    .................................

    Kepada Semua.

    Terima kasih kerana mendoakan kak di sini.

    Rasanya keadaan belakang ini belum boleh berlama-lama menghadap lappy.

    InsyaAllah bila agak lega kak melawat blog kalian semua ya.

    Sekali lagi terima kasih.

    Selamat menyambut bulan Rejab.

    Rasanya lama lagi baru dapat update blog.

    Kunang-Kunang said...

    Salam Kak werdah,

    Satu info yang sangat berguna. Terima kasih.

    Semoga akak sihat selalu. Akak memang seorang yang sungguh tabah. Semoga Allah berkati akak selalu.

    aby said...

    salam k werdah ..

    alhamdulliah k werdah sihat,

    lame tk nampak posting k werdah,
    tk sangka yg tk werdah tk sihat ..

    apepun saye doakan kak werdah semoga cepat sembuh dan dapat menunaikan ibadat2 dgn sempurna apetah lg dgn kedatangan bulan Rejab ni...

    merah_s said...

    Salam Werdah, terkejut la saya mendapat berita awak sakit. Saya doakan agar segera sembuh dan kembali berjuang..

    Setiap kesusahan yg kita hadapi itu adalah merupakan kifarah dari Allah SWT, atau tingkatan darjat dari Allah SWT. Jika kita redho, kita akan mendapatkannya..

    Werdah said...

    Salam Ani, aby dan saiful


    Terima kasih atas doa kalian semua, semoga kita semua dianugerahi kesihatan dan kekuatan. InsyaAllah.

    Tasbih Alam said...

    Salam..

    Setelah sekian lama saya membelajari bagaimana untuk menjadi seorang blogger.. Kini telah sampai masanya untuk membina rangkaian bersama blogger hebat yang lain. Serta mempelajari lebih banyak lagi bagaimana untuk menjadi blogger yang hebat seperti anda.

    Semoga kita dapat kunjung mengunjung antara satu sama lain untuk mengeratkan silahtulrahim antara kita dan blogger² yang lain..

    Sesungguhnya hunjung jari yang menekan papan kekunci adalah lebih hebat dari apa juga senjata yang ada di muka bumi ini. dan Semoga kita sama-sama mendapat menafaat daripadanya..
    Insya Allah

    Salam ukhwah…
    http://tasbih-alam.blogspot.com

    Kamsiah said...

    salam..
    semoga akak tak putus asa dan rajin2 makan ubat ya...

    dulu2 saya juga ada simptom2 mcm tu...tak larat nk amik ubat,tak larat nk pi klinik...sakit belakang,pinggang memanjang...
    rupanya berpunca dari 'mendukung anak'..yalah anak bongsu saya masa baby overweight...
    bila dah pandai berjalan,tak payah didukung...sakit tu hilang dgn sendirinya..

    Mohd Farid said...

    Salam,

    Semoga sihat sejahtera hendaknya. Moga Allah memberikan kekuatan untuk menempuh liku-liku hidup.

    http://www.faridrashidi.com

    Werdah said...

    Salam Kamsiah

    Alhamdulillah, syukur kepada Allah sakit belakng kamsiah tidak berlarutan seperti kak alami. Mudah2an tidak lagi merasainya.

    InsyaAllah akan berusaha sedaya upaya mencari kesembuhan dengan izin Allah dan tidak berputus asa.

    Werdah said...

    Salam Mohd Farid

    Terima kasih atas doamu.. Alllahumma Amiin

    Acik said...

    Salam..
    Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan Allah segala urusan..

    Saya pun pernah alami sakit bahagian belakang tapi kesan santau..bila didoa dan 'tepuk' (rawatan Islam) alhamdulillah dah tak sakit.

    Werdah said...

    Salam Acik

    Terima kasih krn mendoakan kak, Allahumma Amin

    Ada juga mendapatkan rawatan Islam dan pelbagai lagi rawatan alternatif namun belum pulih.

    InsyaAllah akan tiba juga masanya untuk kesembuhan.

    hazeleyed lady said...

    Ass-Salam dear sis Werdah
    Maaf Kak Hazel juga lama tak mlawat sis di sini maka ketinggalan tentang kesulitan sis.
    Kita bersama telah diuji Allah ...
    Kak Hazel doakan agar Werdah terus tabah dan kuatkan semangat untuk terus sembuh sepenuhnya.
    Banyakkan rehat dan jangan paksa diri untuk sesuatu yang menyakitkan ok.
    Semuga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan harian.Amin

    Werdah said...

    Wa'alaikumussalam Hazel

    Rasanya kak lebih tua dp Hazel, kak da pencen mengajar, hazel masih mengajar lagi kan!

    Terima kasih atas doa Hazel, kdg2 rindu kepada kawan2.. tu yg jenguk sekali sekala kawan2.. mudah2an doa kita dimakbulkan Allah SWT.. Amiin

    Related Posts with Thumbnails