Wednesday, August 25, 2010

Air Zamzam - Air Mutiara ZamZam


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kekuatan untuk menulis kali ini.

Selawat serta salam sebanyak-banyaknya buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini nak kongsikan (dengan sesiapa yang belum lagi melihatnya) teknologi Jepun melalui youtube yang dipaparkan di bawah. Baru tahu rupa-rupanya ada air yang boleh meneutralkan asid dalam badan kita sama seperti air zamzam iaitu air Mutiara ZamZam.

Mutiara ZamZam adalah ekstrak kalsium ionik daripada Mutiara dan Cangkerang Tiram Okinawa Jepun yang boleh menjadikan air minuman anda beralkali tinggi seperti Air ZamZam. Terbukti Berkesan dalam menyembuhkan penyakit Gout, Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi, dan pelbagai penyakit moden yang lain. (http://www.youtube.com/user/MutiaraZamZam)

Saksikanlah bagaimana keajaiban air zamzam (air yang digunakan ialah air mutiara zamzam ) melalui eksperimen yang dilakukan oleh syarikat mutiara zamzam ini.

Tak tahu pula berapa harganya dan kehalalannya. Kena cari maklumat ini.












18 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice info and n3

cemomoi said...

masyaallah, hebat tul.. tapi napa dia guna nama mutiara zamzam? ingatkan air zamzam tu ke atau dia guna ekstrak air zam-zam ke...

Abd Razak said...

Salam Kak...

Subhanallah hebat..tapi nak tahu juga apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan capsule mutiara zam-zam tu selain Mutiara dan Cangkerang Tiram Okinawa Jepun

penjejak maya said...

salam,

dah ada pengesahan kementerian kesihatan ke..

abu muaz said...

salam ramadhan..

zulkbo said...

SUBHANALLAH...
Salam bertandang lagi..
semoga sihat orang disini.
selamat menyambut Nuzul Quran..
sesamalah kita mengimarahkan
malam penuh pengampunan ini..
.جزاك اللهُ خيراً

Werdah said...

Salam kepada semua sahabat.

Sebenarnya semasa nak keluarkan N3 ni timbul juga pertanyaan di hati tentang mutiara zamzam ini daripada segi halal haram kandungan ekstrak (capsule mutiara zam-zam tu selain Mutiara dan Cangkerang Tiram Okinawa Jepun)ni, kemudian daripada segi namanya. Bila lihat tajuk, tertanya-tanya kenapa dinamakan air zam zam.

Setakat ini hanya dapat lihat tentang penghasilan air mutiara zamzam sahaja.Kena cari maklumat yang berkaitan dengan penghasilan ekstraks mutiara zam zam ini.

Barangkali apa yang kita boleh ambil pengajaran di sini ialah tentang khasiat air zam zam. Disebabkan barangkali khasiat air mutiara zamzam ini lebihkurang sama dengan air zamzam sebenar maka syarikat ini mempromosikannya menggunakan nama yang hampir sama dengan air zamzam yang hanya terdapat di Tanah Suci kita.

Allah saja yang Tahu.. sesiapa yang ada maklumat tentang air mutiara zam zam ini diharapkan dapat berkongsi, mudah2an.

Menjadi persoalan juga kenapa

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Werdah,

Semoga akak sihat sentiasa di bulan yang berkat ini. Lama saya tak berblogging. Masa terhad.

Air zam-zam memang tiada tandingannya. Selalu rindukan betapa seronoknya minum air zam-zam bila berada di Mekah dan Madinah. Boleh minu sepuas-puasnya.

Werdah said...

Salam Ani.

Kak alhamdulillah 'ala kullihaal. Semoga Ani juga sihat di sana.

Ya! memang tiada tandingannya. Allah Maha Besar.
Kak juga rindukannya, entah bila boleh lagi ke sana.

shaniza said...

Salam kak werdah..
Baru je 4 hari lepas dengar soal jawab agama di radio berkaitan khasiat air terutama air yg didoakan. Air yg terbaik adalah air zam-zam dan jika didoakan di air lalu diminum maka khasiatnya akan bertambah terutama dari segi kerohanian jiwa..

luahfikiran said...

Salam,
Terima kasih atas informasi. Rasanya apa kurang dengan air zam-zam di Mekah. Mungkin ada kajian yang telah dilakukan yang membuktikan kelebihannya.

Werdah said...

Salam shaniza.

Memang tak dapat dinafikan khasiat air zamzam.

Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad saw berkata kepada Abu Dzar yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam. Nabi Muhammad saw kemudian bertanya kepada Abu Dzar: "Siapakah yang memberi saudara makan?" Abu Dzar menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya minum air zamzam. "Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus."

Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat."

Werdah said...

Salam LF

Air zamzam telah terbukti kelebihannya melebihi air yang lain. Namun orang-orang Jepun ni memang suka mengkaji; contohnya Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun, saintis dari Universiti Yokohama . Dr Masaru Emoto telah berjaya menemukan rahsia air.Beliau juga turut mengkaji molekul air zamzam.

Saya ada ditulis di sini tentang hasil kajian beliau
http://permatainn.blogspot.com/search/label/Dahsyatnya%20doa%20ibu

mono said...

Jangan keliru itu air zam2 bukan yang dari Makkah

werdah said...

ya benar mono! ini bukan air zam zam yang dari Mekah...

Endah B said...

Assalaamu'alaikum wr wb, Saya berminat ingin membeli Air mutiara Zamzam, Apakah ada agent di Indonesia? Berapa telphone numbernya? Mohon informasi dari saudara/saudariku atau email ke saya di manizzendah@yahoo.com...terima kasih wassalaamu'alaikum wr wb.

Julendra Ariatedja said...

Ada perbandingannya antara 'Mutiara Zamzam' dengan 'Air Zamzam' di:

Video kedua: Perbandingan pH Yang Menakjubkan!

Video keenam: VideoNeutralkan Asid Bertoksik Dalam Badan Dengan Air Mutiara ZamZam

Wan Mohd Tarmizi Wan Ahmad said...

Salam. Terima Kasih atas informasi yg diberikan.
saya juga ada mengeluarkan air mutiara yg dinamakan AIR TERAPI MUTIARA. Air Terapi Mutiara kami terdapat 10 Keajaiban rasa yg boleh mengesan & merawat penyakit. untuk maklumat lanjut bleh hubungi saya 0148035759 @ layari blog http://terapimutiara.com

terima kasih

Related Posts with Thumbnails