Monday, August 30, 2010

Itulah Dia Malam Al-Qadar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamau'alaikum.

Di bawah ini ialah Lirik lagu lailatul Qadr oleh Raihan yang mempunyai maksud yang jelas.

Di Dalam Bulan Ramadhan
Ada Satu Malam
Nilainya Menyamai
Dengan Seribu Bulan

Itulah Dia Malam Al-Qadar
Hadiah Pada Hambanya Yang Bertaqwa

Di Dalam Bulan Ramadhan
Ada Satu Malam
Nilainya Menyamai
Dengan Seribu Bulan

Singkaplah Tabir
Di Sepuluh Malam Terakhir
Berlumba Kita Mencari Keredhaannya
Hidupkan Malam Beribadah dan Iktikaf
Berdoa
Bertasbih dan Memohon Keampunan

Malam Apakah ini ?
Kiraannya 83 Tahun
Melangkaui Kadar Lazim Biasa Umum
Usia Umat Nabi Pilihan
Beruntunglah Bagi Hamba

Di Dalam Bulan Ramadhan
Ada Satu Malam
Barangsiapa Yang Menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan Diampunkan Dosa-dosanya Yang Silam

Ya Allah
Yang Memberi
Kemaafan
Maafkanlah Kami
Semua Hamba-hambamu



Siapa yang uzur, sakit dan tidak berpeluang bersolat terawih, bertadarus dan beriktiqaf , mereka boleh berzikir, membaca ayat-ayat al-Quran tetapi dengan niat berzikir. Banyak-banyaklah memohon keampunan dan mohonlah dijauhkan daripada api Neraka.


14 comments:

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah...

Semoga kakak sihat hendaknya di sana..

Gembira dan bersemangat saya, banyak dorongan dan pesanan untuk meraih apa yang ada dalam malam istimewa yang Allah anugerahkan untuk kita semua.

Kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapatkannya...insya Allah atas kesungguhan kita Allah akan kurniakan kita malam itu..

Ros Illiyyuun said...

Salam Kak...

Terima kasih atas peringatan...

Berkenaan dengan wanita yang uzur shar'ie memang dibolehkan membaca al-Qur'an kerana ada nas yang membenarkan. Cuma kita kita tidak dibenarkan menyentuh mashaf dan ayat-ayat al-Qur'an

Jangan pula wanita tersebut mengeluh kerana uzur shar'ie yang datang. Beribadatlah mengikut keadaan yang sepatutnya. Allah Penentu segalanya. Wallahu A'lam.

cemomoi said...

dapat satu malam pon dah terlebih cover seumur hidup kita yang rata-rata 60 - 70 tahun je idop

ya Allah berikanlah rahmat-Mu yang Maha Luas dan anugerahi kami kebaikan Lailatul Qadr

luahfikiran said...

Salam,
Semoga yang kita cari akan kita temui ! Amin !

penjejak maya said...

salam,

moga kita akan berhasil mendapatkannya..

zulkbo said...

Macam lirik sebuah lagu..
lagu siapa la ni..?he he
Salam Kemerdekaan negara
kita-53..semoga anda selalu sihat
untuk menikmati dan menghayati
makna kemerdekaan sebenar..
جزاك اللهُ خير

aby said...

salam kt werdah ..
setuju dgn cemomoi tulis .
lailatul qadr ni adalah anugerah allah swt utk umat nabi muhammad saw yg rata2 umo mereka adalah dalam 60 - 70 thn, klu di bandingkan dgn umat nabi2 dulu yg umo nye menjangkao ratusan thn,

dgn lailatul qadr ni, amalan2 kite dapat melebihi amalan2 umat nabi2 sebelum nabi muhammad saw ...

apepun, salam merdeka dari saye dan selamat menyambut 10 malam terakhir ramadan ... semoga kite dapat merebut ganjaran2 yg d sedikan utk 10 mlm yg terkhir ni ..

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Alhamdulillah kak sihat, semoga Abd Razak juga demikian.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk meningkatkan kesungguhan demi meraih malam yang amat berharga ini. InsyaAllah.

Werdah said...

Salam Ros.

Begitulah Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana menganugerahi kemudahan buat kita kaum wanita dan juga orang-orang yang sakit. Semuanya diberi peluang untuk mendaptakan apa yang DIA tawarkan, tinggal kita berusaha sahaja.

Werdah said...

Salam Cemomoi.

Allahumma Amin.

Baru tadi selesai dengar ceramah tentang rahsia umur 60..

Ramai para solofussoleh meninggal dalam usia 60 tahun, antaranya Saidina Umar Ibnul Khattab, Abdullah ibnu Mas'ud dan Imam Muslim. Umur 60 umpama sedang dalam pertarungan di medan perang.

Nb sendiripun mengatakan purata umur kita ialah 60 tahun.

Selamat beribadah dan semoga dapat meraih malam yang amat berharga ini.

Werdah said...

Salam LuahFikiran

InsyaAllah, jika kita berusaha dengan ikhlas tentu Allah tak hampakannya. Allahumma Amin

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Kena usaha bersungguh-sungguh. Mudah2an kita ketemuinya, InsyaAllah.

Werdah said...

Salam Zulkbo.

Ya memang lirik lagu oleh Raihan..

Terima kasih atas doa untuk kesihatan kak di sini. Mudah2an Allah berikan kebaikan buat Zulkbo di sana.

InsyaAllah berusaha menghayati erti kemerdekaan..:)))

Werdah said...

Salam aby.

Beruntung jika dapat meraih malam al-Qadar.

Semoga kita dapat berusaha keras bagi mendapatkannya. Untuk mendapatkan ganjaran yang berganda-ganda tentulah memerlukan pengorbanan.

Selamat menyambut hari kemerdekaan juga buat aby.

Related Posts with Thumbnails