Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan bertandang kembali


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kekuatan untuk menulis kali ini.

Selawat serta salam sebanyak-banyaknya buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Alhamdulillah pada 3 hb Ogos dapat menjalani rawatan radiofrekuensi di HUSM. Rakan-rakan boleh baca tentang keajaiban rawatan radiofrekuensi di sini. Sejak itu saya tidak menjejaki blog kawan-kawan kerana badan terasa lemah longlai. Namun alhamdulillah kini telah dapat kekuatan menjengah blog kawan-kawan dan di bawah ini dapat kad daripada saudari Kamsiah. Terima kasih ya atas pemberian kad ini.




RAMADHAN yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam bakal menjelma esok insyaAllah . Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Terawih dan solat malam sudah tentu akan diisi semaksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus dan ikhlas.


Indahnya Ramadhan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri daripada melakukan perbuatan maksiat. Apa yang halal dilakukan pada bulan yang lainnya menjadi haram pada bulan puasa, seperti makan pada siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Oleh sebab itulah orang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang yang luar biasa.


Di dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa.”


Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa. Mereka menjaga hati daripada berasa sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka juga menjaga mata dari pada memandang sesuatu yang tidak selayaknya, menjaga hidung daripada sesuatu yang mengurangkan pahala, menjaga telinga daripada suara yang membuai rasa dan suara yang membawa berita bohong, menjaga lidah daripada membicarakan hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lainnya yang menjadikan kita leka daripada mengingati Allah Yang Maha Berkuasa.


Orang meninggalkan puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan puasa pada mana-mana hari pun, Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang maksudnya: “Daripada Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadhan tanpa ada rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup”.

Istimewa bulan Ramadhan daripada bulan-bulan yang lain antaranya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi. (Ini kerana umat Islam yang berpuasa menjaga lidah dan hatinya (dan kelima-lima pancainderanya) daripada bermaksiat (melanggar larangan Allah) seperti mengumpat, mencaci, mencela, bergaduh, iri hati, ujub dan pelbagai sifat mazmumah yang lain)

2. Para malaikat memohonkan ampunan bagi orang yang berpuasa hingga berbuka.

3. Setiap hari bulan Ramadhan Allah menghiasi SyurgaNya seraya berkata: “Hampir tiba saatnya para hamba-hambaKu yang soleh melepaskan segala beban dan gangguan serta segera menuju engkau (Syurga)!”

4. Para syaitan terbelenggu. (Disebabkan ramainya umat Islam tekun dan ikhlas berpuasa, bertadarus, berzikir, berterawih, menghadiri majlis tazkirah, bersedekah dan lain-lain)

5. Pintu Syurga sentiasa terbuka menandakan betapa Allah amat suka semua makhlukNya masuk ke syurga.

6. Pintu Neraka tertutup menandakan betapa Allah amat tidak berkehendakkan semua makhlukNya memasuki neraka yang penuh azab.

7. Dalamnya terdapat malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

8. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya daripada api neraka" (Hadis Riwayat Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dan Utsman bin Abil 'Ash. Ini adalah hadith yang sahih).

9. Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Demikianlah serba sedikit tentang keistimewaan bulan Ramadhan, semoga kita dapat menyambut dengan penuh kesyukuran. InsyaAllah.


16 comments:

Hana N said...

Salam..


SElmat mymbut bulan ramadhan..Moga-moga,thun ni kita dapat mmpertingktkn ibdah kpda Allah S.W.T :P

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..

Semoga kakak dilimpahkan kesihatan yang sempurna lebih-lebih lagi saat menjelangnya bulan yang penuh berakah.

Selamat menjalankan ibadah puasa dan meraih taqwa di dalam ramadhan kali ini.

Werdah said...

Salam Jihah.

Ya, semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan supaya kita dapat menambahkan amalan, insyaAllah.

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Terima kasih kerana mendoakan kak. Semoga Abd Razak juga memperoleh kekuatan dan kesiahatan yang baik.

Semoga kita dapat beramal dengan sempurna dan semoga kita mendapat redha Allah SWT dalam bulan Ramadhan dan bulan2 seterusnya. amiin

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Ramadhan Kareem.Semoga dilimpahkan rahmat dan barokah oleh Allah jua...insyaAllah.

Tirana said...

Salam kak Werdah..


Semoga bertambah sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

penjejak maya said...

salam,

semoga di bulan yang penuh rahmat ini kita semua mendapat keberkatan..

Selamat berpuasa..

Cik Mawar said...

Selamat Menunaikan ibadah puasa
semoga ramadhan kali ini lebih mendatangkan keberkhatan buat kita semua.. amin..:)

Werdah said...

Salam Ros

Alllahumma Amiin. Semoga Allah berkatimu jua insyaAllah.

Werdah said...

Salam Tirana.

Terima kasih atas doa.. Allahumma Amiin. Semoga Tirana juga beroleh kesejahteraan dan dapat beramal denga sempurna. InsyaAllah

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Mudah2an kita semua mendapat keberkatan pada bulan yang mulia dan penuh rahmat ini . Amiin

Selamat berpuasa juga buatmua..

Werdah said...

Salam Cik Mawar.

Allahumma Amiin.

Selamat berpuasa juga buat Cik Mawar. Semoga mendapat keberkatan.

cemomoi said...

assalamualaikum kak

moga sihat dan tabah. tambahan pula bulan ramadhan ni benar-benar melatih kita erti kesabaran

moga kita peroleh ramadhan yang lebih baik dari tahun sebelumnya

Werdah said...

Wa'alaikumussalam cemomoi.

Terima kasih kerana mendoakan kak. InsyaAllah akan tabah hadapinya.

Semoga kita beroleh keberkatan pada bulan yang mulia ini dengan berusaha memperbanyakkan amalan. Amiin

Solehah said...

InsyaAllah..Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kita melakukan ibadah.
~Selamat Berpuasa kak~

Werdah said...

Salam Solehah

InsyaAllah, Allahumma Amiin. Selamat berpuasa juga..

Related Posts with Thumbnails