Monday, September 6, 2010

Salam 'idul Fitri



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Telah hampir benar Ramadhan meninggalkan kita, dan Syawal pula akan berkunjung tak lama lagi.

Sempena itu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut 'Idul Fitri kepada semua rakan-rakan blogger serta follower.

Apakah makna atau falsafah 'idulfitri ini?

Apa yang saya pelajari; 'Id ini terambil daripada kalimah 'ada, ya'ud yang bermaksud kembali kepada keadaan atau ke tempat.

Al-Fitri pula diterjemah sebagai asal (suci - kejadian manusia asalnya suci/bebas daripada dosa).

Jadi 'Idulfitri ini bolehlah diterjemahkan sebagai kembali menjadi suci daripada dosa.

Selamat Menyambut 'Idul Fitri dan merayakan kemenangan, semoga Allah membantu kita semua mencapai takwa.

Saya juga memohon ampun dan maaf jika ada penulisan saya (jika ada yang telah menyinggung mana2 pihak).

Allah berfirman : ".....dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur". (Al-Baqarah [2] : 185)

Semoga kita juga sentiasa dapat MEMBESARKAN ALLAH di mana sahaja dan pada bila2 masa sahaja.

Dalam solat ketika dahi kita sujud menyentuh tanah kita katakan MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA TINGGI, kita akui kelemahan diri kita.. kita sedar akan KETINGGIAN Allah SWT, sedar akan KEBESARAN ALLAH 'AZZAWAJALLA. DIA boleh mencabut nyawa kita, harta kita, menjatuhkan pangkat kita pada bila2 masa sahaja. Dan dalam masa yang sama DIA juga setiap saat melimpahkan RAHMAT kasih sayangnya.

JANGANLAH disebabkan KECINTAAN kita kepada DUNIA kita mempertahankan dunia, kita besarkan diri kita, jawatan kita, harta kita hingga kita lupakan Allah. ALLAHlah yang memberikan kita semuanya itu. Kita kena ingat bahawa apabila kita lupa ALLAH, Allah pun lupa kepada kita.. : "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka)". (Al-Hasyr ayat 19) .

Mudah2an kita mengambil pengajaran daripada ayat di atas.

Mudah2an juga Allah menerima segala amalan soleh kita.

Terima kasih kepada teman-teman yang memberikan kad kepada saya.. saya tidak dapat menghasilkan kad. Dengan itu hanya ucapan dan doa daripada saya agar amalan kita semua diterima Allah.. TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM. .



Daripada Penjejak Maya


Daripada Pn Kartini


Daripada Atie

Daripada Sdr Abd Razak


Daripada Ros Illiyyuun

Daripada Shaniza
Sekian, Maaf Zahir dan Batin.

22 comments:

Pn Kartini said...

Salam my dear Sis..:):)

Mohon ampun dan maaf andai ada kesilapan tinie yaa..:):)
MOga ketaqwaan dan keberkatan dariNya sentiasa melimpahi kita semua...:):)

Selamat Hari Raya..:):)

p/s: tksh sis..sudi terima kad tinie:)

penjejak maya said...

salam,

terima kasih kerana sudi mengambil kad raya daripada saya..

semoga hari lebaran ini memberikan kegembiraan buat anda sekeluarga..

cemomoi said...

saya pon amik kesempatan juga mohon maaf kalu ada terkasar bahasa tersalah kata selamaberblog.. mungkin ada yang kita tak seda, yang kita tulis menyinggung rasa, mohon maaf dan slamt hari raya semoga kak sekeluarga dirahmati Allah

luahfikiran said...

Salam,
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA & MAAAF ZAHIR BATIN

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..

Moga kakak terus sihat hendaknya di ketika dan saat Ramadhan hampir meninggalkan kita...

Selamat Hari Lebaran dan menyambut hari kemenangan menundukkan nafsu dan menyempurnakan ibadah puasa..

Maaf ya kak, kesalahan saya..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

mode raya selamat hari raya

abu muaz said...

Salam syawal

qaseh mas said...

Salam aidil fitri buat kak werdah sekeluarga.maaf zahir batin.terima aksih atas perkongsian pengalaman akak,ia banyak membantu saya dalam memahami jenis 'perkara' yang sedang dilalui kini.
Moga ukhuwah ini
diberkati Ilahi
di sini
dan di alam abadi..

shaniza said...

Salam Kak Werdah..

Ramadhan kembali setahun sekali
rahsia milik Allah dicari-cari
lailatul kadarNya dinanti-nanti
kini Ramadhan semakin jauh pergi
meninggalkan kesan di sanubari
kepergianmu pasti ditangisi
pun begitu eidulfitri pengubat hati

Apakah masih ada kesempatan lagi
Bagi kita melewati Ramadhan lagi?

Selamat Hari Raya maaf zahir batin

Werdah said...

Salam Tinie.

Kak juga mohon maaf jika ada tersilap bahasa dalam hubungan maya ini. Selamat meraikan kemenangan bermujahadah.. semoga kejayaan ini berterusan dalam kehidupan kita.. InsyaAllah.

Werdah said...

Salam Penjejak Maya,

Alhamdulillah, hari raya ini dapat berkumpul semuanya, anak beranak,menantu, cucu-cucu, ipar duai serta seorang kakak. Terima kasih atas doa.

Werdah said...

Salam Cemomoi.

Sama-samalah bermaaf-maafan, kita manusia tidak lari daripada kesilapan, kadang-kadang secara tak sengaja. InsyaAllah, mudah2an keluraga cemomoi juga dirahmati Allah. Amiin.

Werdah said...

Salam Luah Fikiran.

Salam 'idul Fitri, Semoga Allah terima amalan kita semua. Maaf juga dipinta jika tersilap bahasa bicara.

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Terima kasih atas doa untuk kesihatan kak. Mudah2an Allah memberikan kesembuhan buat kak. InsyaAllah.

Kak juga mohon maaf jika ada buat silap.

Mudah2an Allah memberikan kita kekuatan untuk meneruskan amalan baik dan semoga diterima. Amiin

Werdah said...

Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

Alhamdulillah. Hari kemenangan melawan nafsu. Selamat Hari Raya.

Werdah said...

Salam Abu Muaz.

Selamat Hari raya :) Maaf Zahir Batin.

Werdah said...

Salam qaseh mas

Salam 'idul Fitri juga buatmu. Semoga kita tabah dalam menjalani kehidupan yang pelbagai ragam. Allah menguji kita mengikut kemampuan kita. InsyaAllah dengan pertolongan Allah jua kita dapat menghadapinya. InsyaALlah.

Kak juga mohon maaf jika tersinggung dengan kata bicara, manalah tahu ada yang tak kena.

SEmoga Allah terima segala amalan baik kita dan mengampunkan segala dosa kita. Amiin

Werdah said...

Salam Shaniza.

Datangnya Ramadhan dinanti, perginya dirindui, hanya kepada Allah kita berserah, andainya dia temui kita lagi tahun hadapan kita baiki apa yang terkurang.

Selamat Hari Raya maaf zahir batin. TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

aby said...

selamat hari raya dan salam ayawal k werdah.

maaf zahair batin sekiranye ade keterlanjuran dalam tulisan saye.
terima kaseh juge kerena banyak entri2 k werdah menambah ilmu saye ... semoga k werdah sihat sentiasa...

Werdah said...

Salam aby.

Selamat Hari Raya, semoga Allah terima amalan kita. Kakpun mohon maaf jika ada tersilap. Bagi pihak aby rasanya tak ada apa-apa salah pada kak.Terima kasih atas doa.

zulkbo said...

salam Idulfitri..
maaf andai ada kesalahan
antara kita..

Werdah said...

Salam Zulkbo.

Salam 'idulfitri. kak juga minta maaf jika ada buat silap, rasanya zulkbo tak buat silap dengan kak..

Related Posts with Thumbnails