Friday, October 1, 2010

Cara Betul Lupus al-Quran Buruk, koyak dan Salah cetak

Pusat Pelupusan Percetakan Saufi kendali usaha musnah al-Quran, buku teks, surah Yassin dan risalah mengandungi petikan ayat suci

DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala.

Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan. Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini.

Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Mesin insinerator yang dibina khas untuk membakar

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.

“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?

Proses memasukkan ayat-ayat yang telah diracik ke dalam insinerator

“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak."

“Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Air abu ditanam ke dalam telaga khas menggunakan corong

Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.

Selain pengumpulan dan pelupusan al-Quran, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan. Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor 03-26933049/03-26915184.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Sumber : Berita Harian
Boleh juga baca : Pelupusan ayat Al-Quran perlu ikut tertib

12 comments:

cemomoi said...

jahilnya kita kekadang majalah yang mempunyai keratan ayat suci tu pon kita tak jaga dengan baik

Pn Kartini said...

Salam my lovely sis..Kak Werdah:)

Masih ada tersimpan al-quran buruk..
...nak melupusnya rasa tidak sampai hati..Biar buruk..
namun nilainya tiada tandingan
:)

Namun cara pelupusan secara halus & adabnya...perlu kita ambil tahu...
tksh sis...kongsi ilmu:)Moga akak sihat2 di sana..:):)

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah...

Moga sihat hendaknya..

Ada juga ustaz sarankan gunakan mesin pemotong (shredder) tu dan kemudiannya baru dibakar. Bertujuan agar ayat-ayatnya berpisah dari huruf lain.

abu muaz said...

tahniah... salah satu kerja jihad juga ni.

aby said...

salam k werdah ..

tk tau pule ade hamba allah yg buke insunerator semate hendak memuliakan pelupusan alquran.
memang tu la yg sebaiknye, pelupusan alquran mestila tk same dgn melupuskan kertas2 cetak yg lain.

bg saye, masih menyimpan quran2 lame termasukla quran2 zaman arwah ayah lg ..

Tq juge atas info d atas

Werdah said...

Salam Cemomoi.

Selain majalah, sekarang trend kad jemputan kawin pun ada bismillah, begitu juga formal letter para peminta bantuan contohnya derma untuk pusat tahfiz (ada ayat al-Quran tentang sedekah) begitu juga risalah dari surau dll.

Kak ada juga menerima surat dan kad seperti itu.

Ada yang telah dilupus sendiri)dan masih banyak lagi disimpan terutama muqaddam dan al-Quran anak-anak. Anak ramai.

Werdah said...

Salam sis Tinie.

Kakpun masih ada lagi peninggalan arwah mak mertua (majmu' syarif, memang dah lonyai kata orang perak) simpan lagi.

Kitab Zaadul Muta'allim anak dah koyak sana sinipun masih simpan.. sesekali rujuk, nostalgia sebab maknya pun guna kitab yang sama juga puluhan tahun dulu.

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Kak pernah dengar bakar kemudian abunya dihanyutkan ke sungai yang mengalir. Kak pernah buat masa mengemas rumah untuk perkahwinan anak ketiga, terlalu banyak (buku-buku teks, majalah dan risalah yang koyak-koyak yang ada ayat-ayat al-Quran tetapi bukan al-Quran). Al-Quran dan muqaddam masih disimpan.

Jika ada shredder lagi senang kan. Dulu kak bakar dalam dulang, jadi senang nak ambil abunya.

Werdah said...

Salam Abu Muaz.

Alhamdulillah, ada orang yang mengambil tanggungjawab yang besar ini. Mudah2an umum mengetahui cara melupuskan ayat-ayat daripada kitab suci kita.

Memang bila kita baca apa yang ditulis ini terdapat ramai yang jahil dan tak menghiraukan apa yang harus dibuat hingga di tempat kitar semulapun terdapat ketas-kertas yang ada ayat-ayat suci ini.

Werdah said...

Salam aby.

Sebenarnya artikel tentang ni dah keluar dalam berita harian bulan Mac lagi boleh rujuk di sini

http://www.bharian.com.my/articles/PelupusanayatAl-Quranperluikuttertib/Article/

Bila memikirkan hal pelupusan ini, memang ada baiknya dibuat pusat pengumpulan dan pelupusan ini.

Barangkali pihak sekolah, yang biasanya pelajar-pelajar lepasan SPM meninggalkan banyak buku-buku rujukan sebaik sahaja SPM berakhir berusaha melupuskan dengan cara begini (jika buku itu ada ayat-ayat al-Quran)selepas tidak ada pelajar-pelajar lain yang berminat mengambilnya.

Pengalamn kak dulu memang ramai pelajar tinggalkan buku-buku mereka di sekolah selepas habis peperiksaan.

PERCETAKAN SAUFI said...

Sila layari blog kami dan linkkan ke blog website anda.

lupusquran.blogspot.com

wakafalquran30.blogspot.com

jangker said...

memandangkan negara kita ni negara yang baik dan berkemampuan, tak boleh ke kita bina atau adakan sebuah gudang khas/ kutub khanah untuk menyimpan semua Al Quran lama yang ada kat Malaysia ni. Selain dari cara 'membakar' mukjizat Allah ni. Mungkin anda boleh pikir dgn lebih mendalam caranya.

Related Posts with Thumbnails