Thursday, December 30, 2010

Doaku...

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam Sebuah Hadis Qudsi,


ALLAH SWT berfirman:
"Hai anak Adam!
Janganlah engkau melambatkan taubat,
memanjangkan angan-angan
dan kembali ke Akhirat tanpa amal.
Berkata bagai 'abid namun
berbuat seperti orang munafik.
Jika diberi tidak menerima.
Jika tidak diberi tidak sabar.
Suka orang soleh tapi tidak termasuk mereka.
Benci orang munafik tapi dia termasuk mereka.
Dia perintahkan kebaikan tapi tidak melakukannya.
Dia melarang kemungkaran namun tidak meninggalkannya".



ALLAHUMMA Ya ALLAH,
Berikan kami rezeki taubat sebelum mati.
Selamatkan kami daripada diuji dengan kata-kata kami.
Ingatkan kami ketika kami lupa.
Kurniakanlah kepada kami  syafaat Nabi MUHAMMAD SAW.



Barangsiapa mengaku 3 perkara, namun tidak bersih daripada 3 perkara bererti dia tertipu.
Pertama, mengaku akan manisnya zikir, sedang dia masih cintakan dunia 

Kedua, mengaku ikhlas beramal tetapi suka penghormatan manusia kepadanya.

Ketiga, mengaku cinta kepada khaliqnya tetapi masih memperturut hawa nafsunya.

Rasulullah SAW bersabda:
"Akan datang kepada umatku, ia menyukai 5 perkara dan melupakan 5 perkara. 
Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat. 
Mereka suka kepada harta sehingga melupakan Hari Hisab. 
Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliqnya. 
Mereka suka berdoa, tetapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur."
 (Kitab Penyucian Jiwa). 

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,
Peliharalah kami dalam perbuatan kami, kurniakanlah kepada kami hati yang khyusuk dalam setiap ibadah, Timbulkanlah  perasaan takut kami kepadaMU. Ingtkanlah kami akan keadaan di dalam kubur kelak.


RASULULLAH SAW telah bersabda: "Sesungguhnya SYAITAN itu meletakkan belalainya di atas HATI anak ADAM. Apabila beliau (anak ADAM) BERZIKIR, SYAITAN itu akan pergi menjauh darinya, dan Jika dia lupa kepada ALLAH, SYAITAN itu akan Menyesatkan HATINYA".



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fattah, Ya 'Aliyy, Ya Razzaq, Ya Kariim..  Bukakanlah Hati kami Tambahilah Cahaya HidayahMu, agar kami selalu berzikir kepadaMu, Berikanlah Kedamaian di dalam hati-hati kami dan bukakanlah hati-hati kami agar saling mengasihi ....di dalam Islam. Amiin Ya Rabbal 'Aalamin.


Siapa yang melihat kelalaian di dalam dirinya,
Itulah hamba yang dimuliakan ALLAH.
Siapa yang merasa berkelebihan di dalam dirinya,
Itulah hamba yang dihinakan oleh ALLAH. 




Ya Allah , Ya Rahman, YA RAHIM, permudahkanlah kami untuk hidup di atas jalanMu,

Tanamkanlah di dalam hati kami Cinta kepadaMu,

Jadikan tangan kami pemurah,
Lidah kami berzikir dan berhikmah,
Jadikanlah diri kami istiqamah.


Ya Allah! Tuhan yang membolak-balikkan hati maka tetapkanlah hati kami pada agamaMu 

Alllahumma Amiin...

13 comments:

cemomoi said...

alamak, terkesan kat diri sendiri... malunya rasa!

terima kasih atas peringatan ni kak Werdah kerana ati ni sokmo terpaut pada dunia menyebabkan slalu berlengah mengadap yang Esa dan bertaubat kepada-Nya

Abd Razak said...

Assalamualaikum kak werdah..:)

Moga kakak sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya..

Ya, kita sering lupa akan akhirat lantaran terpesona dengan dunia. Padahal dunia itu tiada nilainya di sisi Allah Taala.

Moga kita sentiasa ingat bahawa dunia hanyalah tempat sementara untuk kita meraih bekal sebanyaknya untuk dibawa ke sana..

Kamsiah said...

salam kak
semoga tahun baru,kita menjadi insan yg lbh
baik dari sebelumnya

noormiey said...

Ameen... moga ana juga tergolong dlm kalangan insan yang sentiasa taubat dan bermuhasabah diri...(^__^)*

zulkbo said...

salam..
amin....
terima kasih atas doa
anda itu..

REPUBLIK N9 said...

salam ukhwah dan salam ziarah...

sama2 kite muhasabah dan repair mana yg patot... entry yg baik. Insaf gua :(

Werdah said...

Assalamu'alaikum n wa'alaikumussalam kepada:

Cemomoi,
Abd Razak,
Kamsiah,
noormiey,
Zulkbo, n
REPUBLIK N9...

Mudah2an Allah berikan kekuatan untuk kita mohon ampun dan semoga Allah terima taubat kita yang berdosa...

Kita akui kelemahan diri,
Kita insafi kekurangan ini,
Kita kesali kejahilan ini,
Ya Allah terimalah
Taubat kami..


Kepada Abd Razak yang mendoakan kesihatan buat kak, kak ucapkan terima kasih.. semoga Allah memakbulkan doamu.. Allahumma Amiin.

Semoga kita semua dapat berhijrah ke arah yang lebih baik...

abu muaz said...

Salam dan sangat berterima kasih .
satu ingatan yang baik untuk saya.

Werdah said...

Salam Abu Muaz

Terima kasih juga.. :)

tehr said...

amin

selamat tahun baru

ummu said...

assalamualaikum kak werdah,apa khabar kak?
amin amin ya Allah
syahdunya membaca entry ini
di malam yang sunyi
hanya cengkerik menyanyi..

Werdah said...

salam tehr

selamat tahun baru :)

Werdah said...

wa'alaikumussalam ummu.

Kak alhamdulillah sihat, pinggang sajalah yang masih bermasalah tapi alhamdulillah Allah beri kekuatan, masih berulang ke HKL... semoga ummu juga diberi kekuatan dan kesihatan serta tabah menjalani kehidupan.. semoga beroleh redha Allah. Amiin.

Masih boleh dengar cengkerik ya.. terkenang tinggal di kampong..

ummu, ketika mengetuk keyboard ni kak dapat dengar kokok ayam jiran di belakang rumah, cip-cip anak ayam serta kicauan burung merbuk ku kru, ku kru.

Setiap pagi ayam jiran mengejutkannya... walaupun tinggal di bandar, dalam taman... kebetulan rumahnya end lot.. tepian sungai kelang..

Related Posts with Thumbnails