Friday, January 14, 2011

Bangkit Kembali


 

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda.

Semalam sudah 7 kali kunjungi klinik keluarga menjalani rawatan prolotherapy. Semalam juga bila dikira rupa-rupanya dah 41 tempat/poin yang telah disuntik dengan hypertonic solution’. Doktor memberikan laman web baru untuk klinik prolotherapy.. jika ada keperluan bolehlah klik. 

Prolotherapy ini bukan PUSRATU. Sebelum ini ada yang bertanya tentang PUSRATU (Pusat Rawatan Tanpa Ubat), di sini laman webnya.. sila klik jika ingin mendapatkan maklumat tentangnya. Saya tidak pernah ke PUSRATU ni.

Bila ditanya perkembangan, rasa seperti tidak ada apa-apa perubahan, namun kata doktor semasa beliau membuat pemeriksaan; otot-otot (ligamen) saya yang telah disuntik tu sudah lembut dan bila doktor tekan di tempat-tempat yang telah disuntik tak rasa sakit lagi. Barangkali yang membuatkan saya rasa sakit bila duduk ialah 'dics' pada L4 dan L5 yang dah rapat tu, serta disebabkan gam yang masih kekal di situ bermakna masalah pada spinal masih belum dapat dirawat. 

Begitulah keadaannya, kita merancang tapi pelaksanaan kita tidak tertunai 100%. Lain dengan perancangan Allah, semuanya begitu teratur dan 100% terlaksana. Kita diminta berusaha, berdoa dan mengharapkan doa kita lebih kuat daripada qadha' Allah supaya segala hajat kita terlaksana.


Qadar dan Qadha' wajib diimani, qadar dan qadha' bukan menghalang kita untuk meraih kemajuan, lihat para sahabat begitu gemilang. Mereka percaya bukan kerana mereka mengetahuinya tetapi justeru kerana tidak mengetahui sesuatu perkara. Kita cuma tahu bila sudah terjadi. Kita tahu nyawa kita ada dan kita yakin ada tetapi sehingga hari ini tiada siapapun yang mengetahui di mana nyawa kita. Ruh itu rahsia Tuhanku bila nabi ditanya.


A010
Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. (Fussilat 41:10)
Qadar sering difahami sebagai takdir walaubagaimanapun daripada segi bahasa ditakrifkan sebagai menempatkan sesuatu sesuai dengan tempatnya. Jika kita perhatikan dalam ayat 10 surah Fussilat (dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka;  ayat ini memberitahu bahawa Allah SWT menentukan pembahagian rezeki kepada penghuni bumi (makhlukNya). Sumber rezeki iaitu punca pendapatan sama ada dengan bercucuk tanam, perniagaan atau perkara-perkara yang berfaedah bagi setiap tempat atau negara sesuai dengan kadar/ketetapan yang Allah tentukan yakni berbeza antara setiap negeri. 

Terlalu panjang utuk membicarakan tentang qadar dan Qadha' ini; cukuplah sekadar memahami bahawa qadar ialah perancangan dan Qadha' ialah pelaksanaan. Kita sering membuat perancangan umpama ingin mengadakan jamuan, perjumpaan, kenduri kahwin, kita wujudkan jawatankuasa, bermesyuarat dan agih2kan tugas dengan harapan segalanya terlaksana seperti apa yang kita rancangkan. Acapkali kita dapati tidak semua mengikut apa yang kita rancang, kadang2 kita buat plan A atau plan B bagi memastikan apa yang kita rancangkan terlaksana dengan jayanya.


Dalam perjalanan menuju ke titik pertemuan denganNya, perlu banyak muhasabah diri, apatah lagi ketika sakit, ada banyak perkara yang tidak dapat dilakukan dan ada banyak perkara yang perlu dilakukan terutama berusaha untuk mendapat kesembuhan. Kewajipan berusaha/berikhtiar dipertanggungjawabkan ke atas kita yang meyakini akan segala ketentuan Allah. Kita tidak boleh menyerah tanpa berusaha dan berdoa. Doa kita daripada bawah dan qadha' Allah daripada atas akan bertembung di tengah-tengah. Andai kata doa dan usaha kita bersungguh-sungguh yakinlah Allah akan mengubah pelaksanaanNya. Tetapi ini bukan bermakna Allah tunduk dengan kemahuan kita. Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Bijaksana dan Allah Maha Segala Kemuliaan. Meneliti hikmah yang tidak mungkin kita ketahui, terselit juga kenikmatan bahawa ketika sakit seseorang itu dapat menyedari betapa mahalnya nilai sebuah kesihatan.


"Tidaklah seorang Muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kerumitan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya". (HR. Muttafaqun Alaih).


Sebenarnya banyak keinginan dan keperluan namun tujuan lebih diutamakan pada ketika ini. Ingin ku melangkah jauh dan bangun semula daripada rasa yang kadang-kadang boleh meresahkan, itulah jadinya BANGKIT KEMBALI sebagai nama blog ini, namun diharapkan kekuatan jiwa perlu digilap supaya dapat membalut sebuah jasad. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan jadikan pengalaman sakit ini sebagai langkah-langkah menuju kepada bunga-bunga kebahagiaan yang mekar dan dapat dipetik. Terima kasih buat semua sahabat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kekuatan. Doaku juga kupanjatkan buat sahabat-sahabat yang sakit biar di mana juga berada, semoga diberikan kekuatan dan tabah serta redha dengan pertolongan Allah jua. Amiin. 


Di bawah ini adalah award dan tag yang diterima.


 
Award daripada Ani

 
Daripada Tinie
 

Daripada Cemomoi


20 comments:

ainhany said...

Salam kak,

Muga cepat sembuh dan dapat sempurna beribadah. Pertama kali ain teguk treatment camm begini..terasa ngilunya tengukkan jarum. sakit tak kak??

Ya ALLAH perkenankan doa dan usaha ikhtiar yg telah akak wehdah buat ini..muga2 disembuhkan jua..

Ros Illiyyuun said...

Salam Kak...

Semoga akak sentiasa diberi kesihatan yang baik dari Allah.

Hakikatnya, apa yang dikurniakan Allah kepada kita adalah sebaik-baik qadar untuk kita.

Saya harap diri saya juga mampu 'bangkit kembali' agar tidak terlalu jauh untuk kembali.

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Werdah,

Catatan ini memang kena sangatlah dengan keadaan saya sekarang.

Semalam saya dapat tahu sepupu saya, muda lebih kurang 8/9 tahun saya sedang menderita kanser payu dara. Dah operet, tunggu untuk kimo.

Bila bercakap dengan dia, tenang saja suaranya. Dia kata dia terima takdir Allah ini. "Mati" akan tetap tadi cuma bila dan bagaimana saja.

Ya Allah besarnya ujian Allah pada dia, jika nak saya bandingkan dengan sakit yang saya sedang tanggung.

Begitu juga bila baca berita dari sahabat blogger kita "PieWahid'. Dari pengolahan N3nya terasa tabahnya dia menerima takdir yang ditentukan Allah kepadanya.

Yerlah, sambil berubat, apa lagi yang boleh kita buat selain berdoa semoga dengan kesakitan yang diuji, Allah mengampuni dosa2 kita.

Semoga akak beransur sihat.

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah..:)

Moga kakak sihat hendaknya di sana serta dicurahkan~Nya keberkatan yang banyak..

Ya kak, kita mampu berdoa dan beriktiar sahaja, selebihnya kita serah segalanya kepada~NYA dan Dia akan menentukan terbaik buat kita.

Semoga usaha kakak mendatangkan hasil atas izin~Nya

Werdah said...

Wa'alaikumussalam ainhany

Terima kasih kerana mendoakan kak.. semoga Allah kabulkan doa kita dan semoga Allah memberikan kebaikan yang banyak buat hany.. amiin.

Suntikan tu tak sakit, doktor suntik setempat-setempat (satu-satu) tak sama macam dalam utube tu.. jika mcm tu mungkin terperanjat dan terangkat juga badan..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ros

Kak sebenarnya nak tulis ttg qadar dan qadha' tetapi panjang sangat, tak tahu macam mana nak diringkaskan.. kata ustaz bila kita buat sesuatu kita selalunya melebihi atau kurang itulah yang jadi tak betul. Jadi jika berlaku tak baik bukan kerana qadar tatapi kerana qadha', jadi bila sakit bukan sebab Allah yang bagi, kita yang tak ikut sunnatullah, Allah kata 'makanlah tapi jangan melampaui batas'.. maknanya Allah dah sukat keperluan kita sejak azali, kita yang patut jaga.. banyaklah Ros, tu yang jadinya Allah bagi tahu 'segala kerosakan yang berlaku adalah disebabkan oleh tangan kamu'.

Yang Ros kata "Hakikatnya, apa yang dikurniakan Allah kepada kita adalah sebaik-baik qadar untuk kita". inilah sebetulnya.

Terima kasih kerana mendoakan kak.. harap-harap semuanya ini ujian atau kifarah buat kak.. bukannya azab.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani.

Benar Ani, bila membaca blog piewahid kak rasa apa yang dialaminya lebih daripada kak. Bila menulis ini memang kak baru membaca luahan hatinya.

Pengalaman kita agak serupa Ani.. baru beberapa hari kak dapat tahu kak sepupu (anak pakcik kak) yang masa kecik kak tinggal bersama mereka dapat kanser darah Lymphoma.. dah operate juga dan sedang dalam kimo (3 kali dah).. belum lagi dapat melawatnya.. dulu (3 atau 4 tahun lepas) sepupu lelaki org Batu Kurau (sempeneh) meninggal akibat kanser yang sama (semoga rohnya dirahmati Allah).

Mengambil teladan daripada pengalaman mereka, insyaAllah dapatlah ambil iktibar dan menahan diri daripada berkeluh kesah.. semoga doa dan ikhtiar diizinkan Allah jua.

Ani.. nak tanya ni.. Ani kenal tak hj Hadri hj yahaya orang anak kurau..

Terima kasih ya Ani keran sentiasa mendoakan kak. Semoga Ani juga diberikan kekuatan dan kesihatan dan dalam redha Allah.. amiin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak.

Nampaknya begitulah,

"Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". (Fussilat 41:12)

Harapan kak semoga tidak bertambah mudarat, begitulah agaknya hikmah Allah yang kita tak tahu.. Dia nak kak sentiasa mengingatiNya dan terus berusaha..

Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kak.. insyaAllah kak sentiasa berusaha mengingatkan pesanan.. semoga Abd Razak juga sentiasa dalam redha Allah.. amiin..

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Werdah,

Bertemu kembali ni. Tentang pertanyaan mengenai "Hj Hadri Hj Yahaya" tu minta maaf, tak kenal.

Mungkin besan saya tahu, sebab mereka orang Batu Kurau. Kenapa Kak

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Kak tanya sebab dulu Ani kata besan Ani orang anak kurau.. beliau ni anak sepupu kak.. tinggal di sana.. kak tanya manalah tahu kut-kut Ani terdengar atau tok besan Ani kenal..

cemomoi said...

Ya Allah moga Engkau rahmati kehidupan kami, ringankan beban, kesakitan dan penderitaan sahabat kami ini ya Allah dan anugerahi kami kesabaran atas sebarang ujian-Mu ya Allah

moga akak sihat sokmo hendaknya

Werdah said...

Salam cemomoi.

Terima kasih atas doa.. Allahumma amiin

zulkbo said...

Salam...
amin atas doanya..
terima kasih perkongsian ilmu
semoga di rahmati Allah selalu
empunya blog..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Zulkbo

Terima kasih atas doa.. semoga Zul juga sihat dan dirahmati Allah.. Allahumma Amin

REPUBLIK N9 said...

Sakit ni peringatan, tarbiah dari Tuhan :)tanda kasih sayang

Werdah said...

Salam Hasrul

Mudah2an rahmatNya melebihi kemurkaanNya.. takut dan berharap ni...

shaniza said...

Salam..
Moga diberikan Allah kesihatan yg terbaik buat kak Werdah. Kadangkala sakit dapat menghampirkan diri kita kepada Allah.

Werdah said...

Wa'alikumussalam shaniza

InsyaAllah... Allahumma Amiin.. semoga shaniza juga diberikan kesihatan yang baik...

Mukrimahazmal said...

salam pn werdah,
mcm mne reeaksi puan pergi ke pusratu?
sya rsa nak cuba pergi kesana.
saudara sya ada skit2 juga.
so,sy nak tau perkembangn dri puan sndiri.
tkasih.harap maklum balas dri puan.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Mukrimahazmal

Sebenarnya saya tak pernah ke PUSRATU, barangkali ada silap faham sedikit di N3 yang saudari baca..

Saya menyatakan bahawa saya telah mendapatkan maklumat tentang PUSRATU tu tapi disebabkan kaedah rawatannya adalah urut dengan siku saya tidak ke sana.

Mungkin saudari boleh imbas kembali bacaannya ya... mungkin tentang PUSAS

http://permatainn.blogspot.com/2012/01/perubatan-urat-saraf.html

Disebabkan kekangan masa dan hal-hal lain yang timbul saya baru dua kali ke sana ..

Related Posts with Thumbnails