Monday, January 3, 2011

مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ


Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini tulis sebahagian daripada tafsir surah al-Fatihah iaitu tentang kalimah  يَوۡمِ ٱلدِّينِ dalam  مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ

Kalimah Yaum dan ayyam dalam al-Quran diulang sebanyak 365 kali bersamaan bilangan hari dalam setahun. Di sini dinyatakan makna yaum yang terdapat dalam al-Quran.

Menurut pakar pengkaji kalimah-kalimah dalam al-Quran ada 5 makna Yaum (Yaumun) atau ayyam ini:

1)  Masa antara terbit fajar hingga tenggelam matahari.

A089


Allah tidak menyiksa kamu dengan sebab sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya (kafarah) ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. (Al-Maaidah 5:89

2)  Masa antara terbit matahari hingga terbit hingga terbit matahari (24 jam)


A203


Dan ingatlah oleh kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. (Al-Baqarah 2:203)


3)  Masa yang sekejap


A033


Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". (Maryam 19:33)


4) Masa yang lama (Banyak ayat-ayatnya, salah satunya ialah :)


A054


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-A'raaf 7:54)


Dalam ayat ini Ayyam adalah bermaksud fasa. Sangat lama yakni Allah ciptakan langit dan bumi dalam 6 fasa. Jangan mentafsirkan ayat ini sebagaimana orang-orang Yahudi mentafsirkan bahawa Allah cipta langit dan bumi mula pada hari Ahad dan siap pada hari Jumaat lalu Allah rehat pada hari Sabtu. Subhanallah.. Jangan faham seperti mereka kerana Allah tak perlukan rehat.

Sebagaimana Allah cipta kita tidak terus jadi bayi tetapi berperingkat-peringkat daripada nutfah, 'alaqah, mudghah dan seterusnya begitulah juga dengan alam. Allah cipta bukan dengan 'kun' tetapi ini bukan bermkana Allah tidak berkuasa cuma Allah nak surruh kita kaji. Bukankah perintah Allah yang pertama ialah IQRA'?

5) Nikmat balasan Allah SWT


A005


Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Ibrahim 14:5


Hari-hari Allah yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah hari-hari Allah berikan nikmat kepada kaum Bani Israel (kaum Nabi Musa) seperti lindungi dengan awan, kurniakan manna dan salwa, keluarkan air daripada batu, hari Allah selamatkan mereka daripada Firaun laknatullah.

Yaumiddin termasuk dalam katagori masa yang lama. Hari pembalasan sangat lama. Agaknya berapa lama kita tidak tahu. Kemudian kita selalu membaca bahawa Allah Maha cepat menghisab (Wallaha sari'ul hisaab). Tentang lamanya masa hisab ini kita tak dapat mengagaknya namun masa ini yang dinisabkan kepada Allah boleh kita lihat dalam ayat-ayat berikut:


1) Dalam ayat 47 surah al-Hajj berbunyi:


A047


Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (Al-Hajj 22:47)


2)  Dalam ayat 5 surah as-Sajdah


A005


Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) yang anggarannya seribu tahun daripada apa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa. (As-Sajdah 32:5


3) Dalam ayat 4 surah al-Ma'aarij:


A004


Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang ukurannya lima puluh ribu tahun, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). (Al-Ma'aarij 70:4)


Nyatalah daripada ayat-ayat di atas bahawa tiap-tipa satu hari yang disebutkan dalam ayat 54 surah al-A'raf tadi itu mengambil masa yang amat lama. Begitulah pada hari hisab nanti, masanya begitu lama kerana setiap harinya mengambil masa tidak kurang daripada 1000 tahun hingga 50000 tahun waktu di dunia dan sebagainya. (Jadi jika terpaksa menunggu selama 100 tahun atau 300 tahun dharablah angka-angka tersebut untuk mengetahui berapa lama). Allah Maha Mutlak, DIA tak ada time n space, jika bagi kita kiamat masih lama tetapi bagi Allah, Allah dah tahu siapa penghuni syurga atau neraka. Begitu juga masa untuk malaikat tidak sama dengan masa bagi kita.

Dalam ayat di bawah adalah masa yang dinisbahkan kepada Allah. Allah melaksanakan dalam sekelip mata. Allah Maha berkuasa (MAALIK).


A050


Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata. (Al-Qamar 54:50)

Kalimah ad-Diin  دِّينِ  boleh dibaca sebagai Deen (Ugama) dan Dain (Hutang)
Ini bermakna ada hubungan dengan dua pihak. Satunya pasti lebih tinggi daripada yang lainnya. Contoh jika DAIN hutang pasti ada pemberi pinjaman dan penerima pinjaman dan DEEN agama pasti berkaitan dengan hubungan Allah dengan makhlukNya.

Pemilik tunggal pada hari HISAB hanya DIA. Tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Tak ada sesiapa yang boleh melobi sebab tak dibenarkan ada kabel, malah jika ada hubungan dengan para nabi dan rasulpun jika berdosa tetap menerima balasan.

Allah menyeru supaya sentiasa mendekatiNya kerana DIA ar-Rahman, ar-Rahim dan DIA adalah RAJA pada Hari Pembalasan. Allah memberi khabar gembira kepada hambaNya ada balasan baik untuk amal baik, ada balasan buruk untuk amalan jahat. MENGAPA ALLAH menegaskan MAALIKIYAUMIDDIN sedangkan Allah berkuasa di DUNIA juga di akhirat? Mengapa Allah tak sebut DUA-DUA sekali? Jawapannya ialah kerana KEKUASAAN dan KEPEMILIKAN Allah kepada makhlukNya di akhirat kelak adalah MUTLAK. Ini kerana KEKUASAAN dan KEPEMILIKAN Allah semasa di dunia tidak begitu ketara. Di DUNIA Allah berikan kebebasan memilih. Allah kata buat ini, jangan buat ini. Kalau buat ini dapat ini tak buat ini dapat ini. Tetapi ada manusia tak ikut namun tak ada apa-apa pula yang berlaku kepadanya dengan sebab Allah dah berikan kebebasan memilih. Ini berbeza di akhirat kelak. Manusia tak lagi diberi pilihan. Jika ingin bercakappun kena minta izin, kemudian kena cakap benar dan cakap pula kena perlahan. Ini menunjukkan bahawa di akhirat nanti semua manusia akan dapat keadilan yang sebenar.

Mahkamah dunia pula adalah nisbi, seadil manapun hakim di dunia ada saja yang tidak puas hati walaupun hakim itu seoarang yang adil. Berkaitan hati dan jiwa pula, kalau ada orang melakukan kesalahan, walaupun orang lain tak tahu orang itu tetap rasa bersalah, dan di akhirat nanti ditunjukkan mana yang betul dan mana yang salah lalu diberikan balasan.


Ada DUA bahagian amalan yang dihisab:

1) Individu - Fardhu 'Ain



A095


Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri. (Maryam 19:95)


Nafsi-nafsi (sendiri-sendiri) - seorang demi seorang. Masing-masing bertanggungjawab terhadap diri masing-masing (MUKALLAF).

2) Kolektif


A028


Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan! (Al-Jaathiyah 45:28)

Yang ini ramai tak ambil berat, membanteras kemungkaran, memajukan umat adalah tanggungjawab setiap orang. Ibarat satu pasukan bola, tak kan menang jika tak bekerjasama.

Semoga bertambah pengetahuan kita insyaAllah.. apa yang ditulis adalah hasil mendengar ceramah.

20 comments:

cemomoi said...

assalamualaikum kak werdah:

setuju bila akak kata jangan samakan tafsiran yahudi/kristian tentang Allah 'berisirehat' tu. macam artikel saya juga tentang 6 masa/hari ialah sekadar proses sahaja yang Allah nak tunjuk kat kita bahawa sesuatu diciptakan penuh dengan peraturan dan fitrah yang Allah tentukan.

Allah berkuasa untuk mencipta sesuatu secara spontan dan Allah juga berkuasa menjadikan sesuatu mengikut proses yang memakan masa yang lama. cuma sebagai manusia moga kita terjauhkan dari berfikir Allah bertindak sama seperti manusia membuat sesuatu hingga kita termasuk dalam pemikiran wahdatul wujud. wallahu a'lam

Werdah said...

Salam cemomoi

Alhamdulillah benar sangat tu.. setuju sangat dengan apa yang ditulis dalam komen ini.

Begitu juga apa yang ditulis dalam blog cemomoi tu.. memang jelas dinyatakan di sana.

Allah Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.. apa yang kak tulis ni untuk perkongsian.

Mudah2an kita sentiasa diberikan kefahaman.

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak.. apa khabar...

Abd Razak said...

Assalamualaikum kak...

Moga kakak sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya..

Sungguh kak, ramai orang mampu mengajak kepada kebaikan tetapi untuk menegah kemungkaran memang payah. Sepatutnya kedua-duanya selari dan dituntut.

Moga kita dapat menjadi orang yang kuat dalam menegak amal makruf nahi mungkar..amin

zulkbo said...

salam..
semoga empunya blog sihat
selalu..perkongsian ilmu
yang membawa menafaat..
jazakallah khair...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Alimaz

Kak alhamdulillah sihat,, semoga Alimaz sekeluarga juga sihat dan dalam redha Allah SWT.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Kak alhamdulillah sihat.. terima kasih atas doa.. semoga dirimu juga dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan serta kekuatan.

Mudah2an dengan pertolongan Allah juga kita usahakan.. Allahumma amiin.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Zulkbo

Alhamdulillah kak sihat.. terima kasih atas doa.. semoga dirimu juga dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan serta kekuatan.

Semoga ada manfaatnya.

REPUBLIK N9 said...

'Maaliki' diabaca 'maliki' (hazaf alif selepas mim) jika baca riwayat Duri, Susi(qiraat abu amru), hisyam dan ibnu zakwan (qiraat ibnu amir), serta Kholaf dan Kholad (qiraat Hamzah)...

sedikit perkongsian :)

Werdah said...

Salam Hasrul

Terima kasih atas tambahan maklumat. Ada dinyatakan oleh ustaz ni bahawa ada yang baca dua harakat 'Maaliki' dan ada yang baca 'maliki'

Dinyatakan maksud Maaliki'ialah pemilik dan 'maliki' maknanya raja.

aby said...

salam k werdah,

MENGAPA ALLAH menegaskan MAALIKIYAUMIDDIN sedangkan Allah berkuasa di DUNIA juga di akhirat? Mengapa Allah tak sebut DUA-DUA sekali?

klu kite sedar malikiyaumiddin ni,
pasti akan patuh pada tuntutan2 yg ditetapkan ..
didunia bile berdepan dgn hakim kite boleh depend dgn lawyer ..
bile disane apela yg kite harap selain dari amal2 kite ..
apepun entri yg menarik bertambah lg ilmu aby

ummu said...

assalamualaikum kak werdah
sungguh masa itu sangat pantas berlalu
teringat kata pepatah arab
masa ibarat pedang.
bagaimanalah agaknya nasin kita pada hari hisab nanti kan..

REPUBLIK N9 said...

:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Benar tu, jika semua mengerti dan patuh akan hakikat sebenarnya ini, negara-negara tidak perlukan polis, tentera dsb serta CCTV lagi untuk mengawal keselamatan.

Kisah2 sebegini memang menakutkan serta bimbang namun bekalan belum tentu sempurna..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam ummu

Masa tak menunggu kita, kitalah yang patut mengurusnya.. benar ummu, kita tak tahu apa kesudahan kita namun kita tak boleh putus asa dengan memohon rahmat Allah..

Werdah said...

> Hasrul

:)

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. TAKUT NAK MENGHADAPI HARI PENGADILAN BILA MEMIKIRKAN TERLALU BANYAK DOSA DIRI INI. SEMOGA ALLAH MENGASIHANI DIRI YANG KERDIL INI. SYAFAAT RASUL SAW AMAT DIHARAPKAN.

Werdah said...

Wassalam LF

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa.. tidak ada manusia yang tidak berdosa kerana kita bukanlah maksum.. namun kita berharap dapatlah bertaubat dan memohon keampunan dari Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun.. Mudah2an kita dapat kesudahan yang baik.. amiin

hazeleyed lady said...

Peace be upon you dear

Pray for the well being of you ...and me.
Take care.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam hazel

Terima kasih atas doa.. semoga Allah kurniakan yang terbaik buat kita... Allahumma Amiin...

Related Posts with Thumbnails