Mari berzikir sambil membaca.. sila klik

Thursday, June 30, 2011

Pengajaran & Hikmah Peristiwa Israk & Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim

Antara ceramah Peristiwa Israk & Mikraj yang dapat didengar. Alhamdulillah




Allah berfirman:

"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna) Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya," (Al-A'laa [87] : 11)

Jadi dengan mendengar ceramah serta membaca artikel-artikel berkaitan Israk mikraj ini boleh mengingatkan kita akan tujuan hidup kita.

Di bawah ini pula saya salin daripada sini

Pengajaran peristiwa Israk dan Mikraj
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN 
ARKIB : 13/07/2009
 
PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.

Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.

Pengajaran Tentang Solat

Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.

Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.

Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.

Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.

Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.

Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.

Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsotjuga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).

Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripadamuraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).

Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).

Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.

Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.

Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.

Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.

Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: (

Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.

Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj.

12 comments:

musollahehsan said...

SALAM,
PERKONGSIAN VIDEO YG AMAT BERFAFEDAH . TKASIH

Makbonda said...

Alhamdulillah,saya berhenti di sini selama 1:35:25 untuk menikmati hidangan hari ini.

Allah berada di atas? Teringat seorang artis wanita melayu kegilaan ramai membuat ulasan,apabila dia diserang fitnah

"Oh tak mengapa,mereka memfitnah saya,mereka tidak sedar ada orang di atas sana yang perhatikan mereka"Astaghfirullahaladhim,semogadia mendapat hidayah.

Terimakasih Allah kerana memilih saya menjadi umat Muhammad SAW.

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah...

Moga kak dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..amin

Saya pun berhenti di sini selama 1:35:25 untuk mendengar peringatan dari Ustaz...terima kasih berkongsi ilmu ini.

Selama mana kita masih di dunia ini kita takkan pernah jemu mendengar cerita Nabi naik ke langit menerima anugerah paling mulia. Semuanya untuk kebaikan kita semua di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

werdah said...

Wa'alaikumussalam musollahehsan

Mudah2an kita dapat manfaat daripadanya.. banyak juga ceramah tentang Israk mikraj ni dalam you tube.. mudahlah bagi saya mendengar ketika lapang.. nak ke musollaehsan di Bandar Baru Bangi atau ke masjid-masjid masih belum dapat bertahan untuk duduk lama.

Terima kasih kembali.

werdah said...

Wa'alaikumussalam Makbonda

"Akidah Islam menetapkan kesucian Allah daripada menyerupai makhlukNya dan Rasulullah SAW pernah bersabda: "Berfikrlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah nanti kamu bina" (petikan daripada buku Iman dan Kehidupan oleh Dr Yusof al-Qaradawi.

Dalam kuliyah ustaz Kariman juga selalu diingatkan supaya kita berusaha mengenal sifat-sifat Allah dalam (asmaul husna) dan berusaha untuk meneladani sifat-sifatNya tetapi jangan berfikir tentang ZatNya kerana 'aqal kita tak mampu mencapainya.

Sama-samalah kita doakan agar setiap insan kembali kepada fitrah sebelum nyawa sampai ke tenggorok seperti Firaun yang hapir tenggelam baru nak kembali kepada fitrah tetapi dah terlambat.

werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Terima kasih kerana mendoakan kak di sini..Semoga Abd Razak juga dikurniakan kesihatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT. InsyaAllah pagi esok kak ke hospital Klang lagi.. rawatan kali ke 3... mudah2an dapat kurangkan sakit. Kali ini berbayar pula.

Di samping membaca kisah yang banyak ditulis, adakalanya mendengar menambah lagi kefahaman dan lebih lama tersimpan dalam ingatan.

Mudah2an kita bersyukur dengan hadiah yang diberikan kepada kita; satu digandakan sepuloh!

werdah said...

Kepada Makbonda
Petikan "Akidah Islam menetapkan kesucian Allah daripada menyerupai makhlukNya dan Rasulullah SAW pernah bersabda: "Berfikrlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah nanti kamu bina"


Tertinggal dihujung tu bukan nanti kamu bina tapi kamu binasa

(petikan daripada buku Iman dan Kehidupan oleh Dr Yusof al-Qaradawi.

aby said...

salam k werdah ..
dalam pembelajaran akidah,
israk dan mikraj ni di bawah mukjizat maknawi,yg mana sama dengan alquran, selain mukjizat hissi atau hissiyyah yg mana mukjizat dapat dilihat dan dirasai oleh panca indra spt tongkat nabi musa as ..

mengikuti video kt atas,
setuju dgn ustaz tu yg peristiwa israk dan mikraj perlu di diulang cerita supaya umat islam tk lupa tentang kehebatan allah swt yg dapat membawa nabi kelangit ..

cuma berhati hati sikit dengan hadis2 tentang apa yg nabi nampak ketika dilangit, sbb antara crita tu adalah hadis israeliyat, tidak ada dalam hadis sahih, mungkin disebabkan semasa nabi bercerita tentang pengalaman nya ramai yg tk percaya lalu menokok tambah cerita yg dibawa oleh nabi saw ..

wal ..

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Peristiwa Israk Mikraj banyak memberikan kita pengajaran dan peringatan supaya kita menghindari apa-apa yang dilarang Allah dan melakukan apa yang diperintahNYA.

Malam Jumaat minggu lepas Alhamdulillah sempat juga dengar ceramah Israk Mikraj oleh Datuk Dr. Harun Din di Masjid Negeri.

werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Maaf lambat jawab, kak cuba dengar semula dan catat isi ceramah ni tapi baru minit ke 29 dah tak daya. InsyaAllah nak sambung dengar semula bila reda sakit pinggang ni..

Ada bbp hikmah kisah ini diulang dengar, antaranya mengingatkan kepada kita manusia (insan = lupa). dan insyaAllah membuatkan kita sentiasa mengawasi segala tingkah laku.

Tentang cerita-cerita Israiliyyat tu kadang-kadang sukar juga kita nak bezakan maklumlah ramai juga ustaz yang masih masukkan kisah2 mereka bila sampaikah ceramah. Bagaimanapun insyaAllah kita berhati-hati.

werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Terima kasih atas doa. Buat masa ini kak kurang ke blog kawan-kawan. 2hb hari tu buat prosedur macam-macam dengan dr Murali. Masih sakit.

Benar Ani, beruntunglah jika kita mahu meluangkan masa mendengar supaya kita dapat mendidik hati kita bila mendengar apa balasan siksa bakal diterima di sana nanti. Bukan senang nak dapatkan hati yang sejahtera.

werdah said...

Sekali lagi komen balas kepada Makbonda.

Rasanya komen balas kak yang lepas tak menepati komen makbonda.

Sebenarnya kak ada mendengar daripada Ustaz Kariman bahawa semasa Nabi Mikraj ke langit ke tujuh kemudian ke Sidratul Muntaha memang Allah berada di atas sana.

Nabi Ibrahim as di langit ke tujuh, nabi Adam as di langit pertama. Jadi Ustaz Kariman kata perjalanan Nabi Ibrahim menuju Allah lebih cepat daripada Nabi Adam as kerana nabi Ibrahim 'dengar dan taat' tapi nabi Adam kurang keazaman lalu melanggar perintah Allah daripada mendekati pokok; jadi nabi Adam ketinggalan. Allahu a'lam. Kak yakin ustaz Kariman bagi tahu ni betul.

Kakpun ragu-ragu juga bila ustaz ni kata tak boleh kata Allah berada di atas.

Apa-apapun kita kena tanya pihak yang lebih arif tentang ni kan.

Related Posts with Thumbnails