Wednesday, December 14, 2011

DIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W.

DIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W.
Penulis: Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid
Terbitan: Klang Book Centre
Harga: RM40.00


Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah berkesempatan membaca beberapa halaman buku tersebut di atas.
Buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat anak sempena mendapat anak baru-baru ini.

Berikut dicatat beberapa tulisan yang termuat di muka surat 422 dan 423 buku itu.
Pengisian rengkas ini mudah-mudahan di manfaatkan oleh orang-orang muda sebelum tua (terutama anak-anakku yang membaca N3 ini).
Bila dah tua seperti saya rasanya seperti terlambat, namun begitu diharapkan dapat lagi berusaha
dengan pertolongan Allah jua dipohon.


Ath-Thabrani meriwayatkan daripada Ibnu Darda' ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu pada waktu kecil adalah seperti memahat batu, sedangkan perumpamaan mempelajari ilmu ketika dewasa adalah seperti menulis di atas air". 

Ibnu 'Abidin dalam kitab Hassiyahnya menampilkan bebarapa bait sajak yang didendangkan niftaih kepada dirinya :

Sungguh aku telah lupa berkenaan dengan ilmu yang aku
pelajari ketika dewasa
Namun aku tidak lupa berkenaan apa yang 
dipelajari ketika belia
Yang namanya ilmu itu dipelajari
ketika muda
Sedangkan kesabaran ini adalah menyabarkan diri
ketika tua
Ilmu sesudah rambut beruban adalah tekanan
ketika itu hati sudah tumpul, begitu juga pendengaran dan penglihatan
Sekiranya perkara itu dibuka ketika masih muda.




Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al-Quran ketika masih muda, maka al-Quran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

Ibnu Abbas mengatakan: "Siapa yang membaca (hafaz) al-Quran sebelum dia baligh, maka dia termasuk orang yang diberikan hikmah ketika masih kecil."

Para sahabat dan tabi'in serta para ahli hadith menegaskan bahawa belajar pada waktu kecil itu memberikan pengaruh yang lebih besar terhadap perkembangan keilmuan anak. Di samping itu dapat juga melekat lebih kuat dalam ingatan anak-anak.

***********

Anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Rasulullah SAW bersabda : "Setiap anak yang lahir sebenarnya dilahirkan atas fitrah. Kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan mereka Yahudi, Majusi atau Nasrani.

Ya Allah kami mohon agar kami diberikan kekuatan untuk memandu anak-anak kami ke atas jalan yang benar.

14 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
NAK CARI BUKU INI ... NAK BAGI PADA ANAK2 SEBAGAI PANDUAN MEREKA. TKASIH ATAS PERKONGSIAN

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak werdah..

Moga kakak dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan sentiasa merasa aman serta damai dalam menyempurnakan ibadah kepada~Nya..amin

Ilmu itu sangat dituntut untuk kita mencarinya. Tanpanya amal kita akan menjadi debu.

Terima kasih atas infonya kak!

Anaa said...

Salam kak Werdah,
kena carik ni untuk panduan saya.. tengah gigih besarkan anak nih.. :)

Pn Kartini said...

Assalamualaikum kak werdah:)

Satu pemberian yang berharga sekali...mmg nampak menarik buku tu kan....tksh kak utk info..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Dato' LF

Niat yang baik insyaAllah dipermudahkan Allah untuk mendapatkan buku tersebut.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Terima kasih kerana selalu mendoakan kesejahteraan buat kak di sini. Mudah2an dirimu juga diberikan kebaikan yang banyak oleh Allah SWT.


RASULULLAH SAW bersabda: "Dan sesungguhnya perbandingan keutamaan orang yang berilmu dengan orang yang gemar beribadat, adalah seperti perbandingan bulan purnama dengan seluruh bintang-bintang". (riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Ini kak petik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

Benar tu, kita kena berilmu baru dapat beribadat dengan sempurna dengan mengikut syariat yang dibenarkan.

Dan ilmu yang paling tinggi ialah ilmu agama yang berusaha mengenal Allah SWT.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Anaa

InsyaAllah dipermudahkan Allah buat Anaa mendapatkannya.

Sesungguhnya anak-anak merupakan ujian buat kita. Semoga kita dapat berusaha menentu arah mereka ke jalan yang benar.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Tinie

Ya Tinie, memang berharga hadiahnya, dan pengisiannya juga bernilai. Semoga Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. Dan itulah janji Allah kan.

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Kata orang bijak pandai, seandainya mengajar hal-hal agama dan akidah pada anak ketika mereka masih kanak-kanak ibarat kita mengukir di atas batu, walau pun ditimbus angin dan pasir, kesannya ukiran tetap berbekas dan batu itu.

Kunang-Kunang said...

'tetap berbekas di batu itu'.

Maaf yer kak silap taip.

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum

Semoga makcik sihat selalu.

Terima kasih info yang dikongsi.

Anak2 yang dididik mengikut acuan Islam pasti melahirkan masyarakat yang beriman.

P/S: Makcik dah tukar nombor hp ke? Minggu lepas ketika berada di KL berkali2 cuba call tapi tak dapat :)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Ilmu pengetahuan sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam terutama aqidah kerana itulah yang akan mendatangkan kebaikan dan diredhai oleh Allah SWT.

Dalam konteks pendidikan awal anak-anak pula, ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam mencorakkan anak-anaknya.

Bermula di peringkat bayi lagi, malah sejak dari dalam kandungan, hinggalah mereka remaja dan seterusnya dewasa, pendidikan perlu diberikan mengikut tahap dan peringkat masing-masing.

InsyaAllah apa yang diterap semasa masih peringkat anak-anak kekal berbekas di hati.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ros

Ya Ros, mudah-mudahan dengan mengambil perhatian terhadap didikan awal anak-anak, masyarakat yang akan wujud lebih harmoni dan yang penting Allah redha.

Sebenarnya ada masalah dengan bateri hp tu, makcikpun teringat nak telefon Ros masa tu , takpa insyaAllah sekejap lagi makcik hubungi Ros ya.

cemomoi said...

assalamualaikum

jenguk kawan lama... moga sihat sokmo

Related Posts with Thumbnails