Mari berzikir sambil membaca.. sila klik

Tuesday, January 10, 2012

Perubatan Urat Saraf

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Suatu pagi saya diberitahu oleh seorang anak muda (wanita) tentang tempat rawatan urat saraf iaitu PUSAS. Katanya urut di tapak kaki, dua-dua belah. Makciknya dua kali ke tempat rawatan urat saraf tu dah baik sakitnya.

Timbul keinginan untuk mencuba.. lalu minta arah tempat nak dituju.. alamat tak pula diminta.. ini kerana rasa senang untuk mencarinya. Taklah jauh dari rumah.

Pagi Sabtu lepas ke sana dan dapatkan rawatan. (Memang sangat senang mencarinya). Kosnya pula taklah mahal .. kurang daripada RM50 urut kaki dan ubat. Daftar RM14 dan ubat RM14 untuk 10 hari. Urutnya tersangat sakit, tapi katanya kali pertama saja yang sakit. Nanti kali kedua tak sakit lagi. Masa urutnya tak lama rasanya tak sampai 5 minit.

Bila dirasanya pada kaki; terus beliau diagnos penyakit. Kita tak perlu beritahu apa sakit kita. Kata anak muda yang meminta memanggil namanya Wan itu; penyakit saya ni semuanya berkaitan sendi.. seluruh sendi bengkak. Lengan, bahu, belikat. Bila duduk sakitnya bawa ke paha. Semuanya tu katanya berpunca daripada  otot di L4 dan L5 yang membengkak di pinggang. Organ lain semuanya elok. Sakit ni dah makan masa bertahun. Memang benar apa yang diberitahu olehnya.

Dalam kad temujanji pula dihighlightkan sakit hasil diagnosisnya; iaitu saya ni sakit urat tengkuk, perjalanan darah, angin, bahu, lengan, urat pinggang, sendi pinggang, urat saraf pinggang, pelipat, belikat.

Nasihatnya kena pantang makan kekacang termasuk taugeh, tauhu, air soya, sayur bayam merah, petola, kacang panjang, timun, air batu, ais krim, cuka, sos, mayonis, minuman bergas, asam jeruk dan limau.

Rawatan ini perlu banyak kali, katanya 2 kali seminggu.



Alamat

Perubatan Urat Saraf (PUSAS)
No. 51 C, Jalan F,
Kg. Pandan Dalam,
55100 Ampang,
Selangor
Tel : 017-328 9840 | 013-313 2943


Ada perkhidamatan untuk pelbagai penyakit. Adalah dipercayai bahawa, selain daripada di seluruh badan kita, titik-titik pusat urat saraf juga terdapat di kaki kita. Titik-titik pusat urat saraf tersebut ada hubungkaitnya dengan organ-organ pada tubuh badan kita.

PUSAS bersedia memberi rawatan berikut:

lumpuh 
kencing manis 
darah tinggi 
sakit pinggang 
selsema 
lelah/asma 
kencing tak lawas 
batu karang 
sakit kepala 
sengugut 
mandul 
buasir 
sakit jantung 
resdung 
sakit tengkuk 
angin 
tairod 
perjalanan darah tak tentu 
sakit telinga 
gout 
sakit lutut 
sakit buah pinggang 
sakit sendi 
lemah tenaga batin

Terima kasih banyak kepada rakan-rakan yang selalu mendoakan saya di sini. Semoga Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada kalian. Semoga Allah merahmati kalian semua. Buat masa ini nak kena banyak merehatkan tangan dan pinggang. Fisioterafi masih diteruskan.

19 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikunm Kak Werdah,

Mudah2an usaha yang baru ni membantu.

Saya juga masih meneruskan pengambilan ubat dari al Jabbar ni. Semoga Allah perkenankan usaha kita.

Kamsiah said...

salam
banyak yg terpaksa tekak korbankan hehe...makin berusia kita ni..makin meriah dgn berbagai penyakit ,kan..

Anaa said...

semoga kak Werdah berjumpa dengan penawarnya, insyaAllah..

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah..

Moga Allah kurniakan kakak kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...amin

Ya kak! Kita kena berikhtiar dan insya Allah atas usaha itu Allah beri sembuh. Moga usaha kakak menghasilkan buah.

Maaf terlambat ziarah kakak di sini..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

InsyaAllah kita mengaharapkan agar kesihatan bertambah baik dan usaha diberkati.

Semoga usaha Ani juga membuahkan hasil yang baik.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Kamsiah

Dalam kehidupan ini memang perlu ada pantang larang, sebab tu banyak peraturan yang perlu kita patuhi..

Rasa malu bila baca buku "Mengapa Rasulullah SAW Tidak Pernah Sakit". Kak ada membaca dan menulis dalam blog ini (tetapi masih dalam draft ). Orang-orang yang masih muda dan sihat rasanya harus membaca buku ini sebagai panduan menjaga kesihatan.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Anaa

Kita berusaha Allah menentukannya. Sakit ada penawarnya cuma ada yang mengetahui dan ada juga yang tak mengetahui. Bila dah bertemu jodoh antara sakit dan ubat insyaAllah hilanglah sakitnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Allah jualah yang Maha Berkuasa mengizinkan sembuh atau tidak.

Terima kasih atas doanya ya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Terima kasih atas doa, semoga Abd Razak juga dikurniakan kesiahatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

Kak jadi teringat maksud Firman Allah SWT ini:

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".(Yusuf 12:87)

Nabi Yaakub minta anak-anaknya mencari Nabi Yusuf yang pada sangkaan mereka Nabi Yusuf sudahpun tidak ada di dunia lagi setelah ditinggalkan mereka dalam perigi. Bagaimana mereka harus tidak berputus asa? Sangka mereka Yusuf dan tak ada, jika berputus asa mereka pula dikira kufur, (kecaman keras oleh Allah SWT jika berputus asa). Jadi dalam keadaan seperti itupun manusia tidak boleh berputus asa.

Jadi kak berharap sangat usaha yang dibuat ini berada atas jalan kebenaran.

zulkbo said...

salam kak..
moga sihat hendaknya..
setakat ni saya urut kaki
kat rumah je..

Werdah said...

Wa'alaikumussalm Zul

Terima kasih atas doanya.

Sesekali berurut elok juga kan.. melancarkan perjalanan darah.. elok mencegah daripada mengubati.

cemomoi said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

mudah-mudahan kali ni serasi, kekadang dalam berubat rasi pon ada kaitan juga walaupun dah jumpa macam-macam doktor. apa pun moga dipermudahkan Allah dan dianugerahi kesihatan yang baik

Werdah said...

Wa'alaikumussalam cemomoi

Terima kasih atas doa.

Mudah-mudahan, insyaAllah, tawakkaltu 'alallaah. Berkenaan apa yang dikatakan cemomoi tu ada kaitan dengan apa yang Allah kehendaki. Kita berkehendak Allah juga berkehendak, kita kena akur dengan ketentuanNya di samping kena banyak muhasabah diri..

ummu said...

assalamualaikum makcik werdah
semoga Allah memebri kesihatan yang baik utk makcik mudah utk terus beramal soleh padaNya.amin
maaf makcik tempoh hari saya tak sihat sangat sewaktu makcik call saya

semut merah said...

Salam, kak werdah semoga sihat hendaknya. Saya baca tentang PUSAS tu dan tertarik nk mencubanya since tempatnya dekat dgn opis saya..sebelum ni saya berubat di seremban - taman paroi jaya dengan Tok Ghaffar..alhamdulilah ada perubahan dan sakit yg menjalar ke kaki tu dah berkurangan. Cuma tidak boleh aktif sangat..kerana akan mudah rasa sakit balik n kebas jari kaki. Allah beri sakit utk meningkatkan darjat kita. Rasa bertuah diuji rasa sakit kerana kita tidak akan lupa minta padaNya. Semoga kita terus istiqamah dalam berusaha dan bertawakal. Amin!

Werdah said...

Wa'alaikumussalam ummu

Terima kasih atad doanya ya! Amiin. Semoga ummu juga diberikan kesihatan yang baik dan kelapangan untuk beramal soleh.

Takpa ummu, makcik teringat sebab lama tak nampak posting baru ummu.. insyaAllah lain kali makcik hubungi ummu lagi.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam semut merah

Tak salah mencubanya kan. Mana tahu kali ini serasi.

Didoakan agar sakitnya segera hilang dan tidak ada sakit lagi dengan izin Allah SWT.

Jika ke sana cubalah hubungi kak di no telefon yang kak beri tu mana tahu kak juga sedang berada di sana,(dapatlah bersua muka). Setakat ni baru dua kali pergi. Semalam nak pergi tapi ada hal lain pula.

LadyBird said...

salam kak werdah..

kak werdah ade mslh dengan saraf tunjang ke?

semoga akak tabah laluinya..

dan tidak berputus asa..

teringin untuk mencuba..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam LadyBird

Begitulah masalah kak werdah akibat pembedahan slippied disc pada tahun 2003...

PUSAS ni menyediakan rawatan pencegahan juga.. eloklah kalau LadyBird mencubanya... semoga Allah melindungi kita ... amiin

Luna Ed said...

salam kak werdah..semoga akak sihat selalu..kak, saya nak tanya, pusat tu boleh terima untuk semua bangsa ke? termasuk bukan islam bole tak berubat kat sana?

Related Posts with Thumbnails