Saturday, August 4, 2012

Ada Sales! Jom Kita




Diriwayatkan oleh Imam Bukhari : Nabi bersabda : “Apabila tiba bulan Ramadhan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu”..

Apa maksud dibukakan pintu syurga? Maksudnya ialah Allah ampunkan dosa orang-orang yang berpuasa yang beristighfar pagi dan petang, siang malam, merintih dan bermunajat minta Allah hapuskan dosa  yang terlalu banyak sejak dulu.

Pintu Syurga sentiasa terbuka menandakan betapa Allah amat suka semua makhlukNya masuk ke syurga.

Pintu Neraka tertutup menandakan betapa Allah amat tidak berkehendakkan semua makhlukNya memasuki neraka yang penuh azab.

Tak bermakna jika masuk bulan Ramadhan kita tak minta ampun. Jika demikian termasuklah kita di kalangan orang yang sombong.

Apa konsep pengampunan dalam bulan Ramadhan? Adakah berbeza dengan bulan yang lain?

Jawapannya ialah Allah bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ini sering kita baca dalam al-Fatihah (ar-Rahmaanirrahim). 

Ambil contoh baju yang kita beli pada masa sales harganya lebih murah jika dibandingkan ketika kita beli pada masa bukan masa sales. Jadi dalam bulan Ramadhan Allah buka pintu pengampunan seluas-luasnya berbanding bulan-bulan yang lain. Jadi jangan sombong untuk mohon ampun dalam bulan Ramadhan.

Ada hadis kata : "Barang siapa yang masuk bulan Ramadhan tidak diampunkan oleh Allah akan bertambah jauh daripada pintu hidayah Allah".

Allah terlalu kasih kepada kita jadi jangan banyak berkira. Mohonlah ampun sepanjang masa.

Bagaimana pula konsep keampunan daripada manusia?

Jawapannya ialah; salah satu sifat ialah Allah al-Ghaffur, Allah al-Ghafir bersifat pengampun kepada kita. Jadi kita ni manusia, tak kan kita tak boleh nak maafkan orang lain. Hidup kita kena ada susur galur agama, jadi kita kena memaafkan orang. Jadi letak logik sebenarnya kita kena bertahalluk dengan sifat Allah. Kita kena ampunkan dosa orang lain.

“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Maksudnya siapa yang berpuasa dengan penuh keyakinan kepada Allah maka dosanya terampun.

Malam ramadhan yang berkat ialah laialtul qadr. Malam kemuncak, bukan setakat al-Quran diturunkan tetapi kita tak tidur kerana beribadah, qiyam, rukuk, sujud dan bermunajat serta mohon keampunan. Kita tak boleh berputus asa kepada rahmat Allah. Putus asa hukumnya haram kerana berputus asa ialah cara hidup orang yang tak beriman.

Bulan ramadhan yang berkat Allah bagi ganjaran pahala yang berlipat ganda, bukan saja demikian amalan bersedekah membolehkan terhapus dosa kita.

Jadi lakukan amalan soleh dengan penuh keyakinan. Kita kena yakin bahawa Allah anugerah SALES pada Ramadhan, walaupun murah tetapi amat mahal bagi kita. Ramadhan adalah penghulu bulan dalam setahun.

Bila bercakap ramadhan dan keampunan; ingat bahawa dalam surah al-Qadr, bukan setakat turun al-Quran tetapi ingat bahawa malam itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pahala berganda dalam setiap ibadat wajib, ibadat sunat dan hubungan dengan keluarga dan masyarakat.

Pahala pada malam itu cukup besar. Jika amalan kita diterima kita suci pada esoknya kerana benar-benar diampunkan. Subhanallah.

Jom tingkatkan amalan...

Ustaz Roslan Mohamed
TV al-Hijrah dalam Madrasah Ramadhan
Sabtu 4/8/2012
7.00 - 7.30 pagi


8 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..:)

Tidak sepatutnya bagi seorang muslim yang berakal melepaskan peluang yang amat bernilai ini untuk dirinya dan keluarganya.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan, taufiq dan hidayah supaya kita semua dapat mengambil peluang keemasan ini. la adalah peluang untuk menggandakan amalan dan peluang untuk mendapatkan keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan dalam keadaan melakukan amal soleh dengan sepenuhnya.

Terima kasih kak..:)

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ramadhan juga ibarat hari pasar malam,jika hari biasa barangan yang kita jual biasa-biasa sahajasebab pelanggan biasa-biasa sahaja,tapi pada hari pasar malam,pelanggan datang berlipat ganda jadi kita kena banyakkan jumlah barangan untuk meraih lebih keuntungan.

Pada blan-bulan biasa,kita beribadat basa-biasa sahaja tapi di bulan Ramadan kena perbanyakan kerana pahalanya berganda-ganda.

Semoga amalan kita diterima Allah.

Werdah said...

Abd Razak.

Wa'alaikumussalam warahamatullahi wabarakaatuh

Kak Alhamdulillah 'alaa kullihaal.. muda-mudahan Abd Razak juga sihat dan sentiasa dalam redhaNya.. amiin

Ya, mudah-mudahan kita sering meminta taufiqnya untuk bertemu dengan malam yang disuruh kita mendapatkannya.

Kata Ustaz dalam tanyalah ustaz hari ini, nak mendapatkannya tidaklah mudah dan tidaklah sukar. Katanya jika kita tak dapat nak beramal sebab letih atau mengantuk, tidurlah sambil berzikir jangan pula buat maksiat ataupun buang masa menonton TV dan sebagainya dan hendaklah siangnya dan malamnya sentiasa zikrullah supaya dapat ganjarannya.

Kakpun sangat-sangat mengharapkan keampunan Allah SWT dan semoga diberikan kekuatan beramal dengan baik. Amiin

Werdah said...

Makbonda Hasimah

Wa'alaikumussalam warahamatullahi wabarakaatuh..

Itulah kan bila cara berfikir mengikut landasan sebenarnya. Boleh nampak apa yang tersurat dan tersirat.

Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan beramal dan diketemukan dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu... amiin

caramenjadiagentricajus said...

subhanallah

Werdah said...

caramenjadiagentricajus

Allahu Akbar walillahilhamd

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Werdah.

Semoga akak sekeluarga sihat di hari raya yang mulia ni.

Maaflah lama saya tak singgah di blog akak ni. kadang2 masa terlalu suntuk nak buat BW.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Selamat hari raya..maaf zahir batin..kak alhamdulillah 'alaa kullihaal wa nikmah..

Sama juga dgn diri kak ni..pinggang semakin tak benarkan duduk lama-lama..ni pun menaip guna telefon bimbit sambil baring..semoga Ani diberikan kelapangan dan kesejahteraan.

Terims kasih krn mendoakan kak di sini..

Related Posts with Thumbnails