Tuesday, October 9, 2012

Buku Pusaran Energi Kaabah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala pujian selayaknya untuk Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat serta pengikut setia..

Lama sungguh tak menulis..Banyak faktornya..Luar dan dalam.. jasmani dan rohani..

Namun begitu dapat juga habis membaca beberapa buku yang dibeli.. Antaranya buku Hilal Ashraf  Fanzuru, buku Offline Dengan Syaitan , buku Online Dengan Tuhan pula dah dibaca tahun lepas. Buku 47 Persoalan Qadar dan Qadha oleh Hafiz Firdaus yang juga boleh dibaca melalui e-book. Banyak pula yang dibaca, risau pula penghayatan atau amalannya itulah yang menjadi faktor dalaman yang menyumbang kepada takutnya menulis di blog ini. Selain itu beberapa buah majalah termasuk JOM.. apa lagi yang harus dibuat. Kepingin berlasak dalam kerja namun tak berupaya.. Allahu Akbar.. Walillahil hamd.. Astaghfirullah..

Terpanggil untuk menulis kali ini ialah kerana ada satu buku yang agak menarik yang saya rasa perlu dibaca oleh para jemaah haji sebelum mereka mengerjakan rukun Islam kelima ini. Buku ini membongkar rahsia Kaabah sebagai terapi iman. Kebetulan pula sekarang ini musim haji. Elok juga dibaca oleh semua yang ingin menimba ilmu. Apabila menghadam atau memahami isi buku ini dapatlah mempersiapkan diri dengan mengambilkira iktibar daripada apa yang dikongsikan dalam buku ini. Bagi saya buku ini sangat baik kita baca sebelum kita mengerjakan haji.

Buku  karangan Agus Mustofa. Nama pengarang ini kerap disebut dalam kuliyah Ustaz Kariman iaitu semasa Ustaz menerangkan tentang Allah al-Wasi' - langit yang sentiasa meluas  (Dan langit itu Kami dirikan dengan tangan Kami (kekuasaan Kami dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah sentiasa meluaskannya. (Az-Zaariyaat [51] : 47)

Buku yang saya maksudkan ialah "Pusaran Energi Kaabah"




Nama pengarang ini juga disebut oleh Ustaz Kariman dalam kuliyah tentang nama Allah (asmaul husna) al-Baaqi iaitu Allah kekal. Semua makhluk adalah binasa sebagaimana yang disebut dalam firman Allah SWT "Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:" (Ar-Rahmaan 55:26) 

Dalam perbincangan Allah kekal, Ustaz ada menimbulkan tentang akhirat, syurga dan neraka tidak kekal sebab hanya Allah yang kekal. Jikalau syurga dan neraka kekal maka seperti ada makhluk yang kekal seperti Allah.  Lalu bersamaan pula makhluk dengan Allah, sedangkan Allah itu mustahil sama dengan makhluk. Di sana dibincangkan ayat-ayat yang menyokong perbincangan demikian. Dibincangkan bahawa kekalnya dalam syurga dan neraka itu menunjukkan lama iaitu berjuta-juta tahun lamanya. Akhirnya juga akan binasa dan yang tinggal hanya Allah sahaja. Itulah Allah yang awal dan yang akhir.

Saya mencari dalam carian googles dan saya ketemu Catatan Agus Mustofa tapi dikendalikan oleh orang lain. Saya juga telah teraksess ke kritik terhadap buku ternyata akhirat tidak kekal. Memang ada perbezaan pendapat. Kalau menurut pendapat Ustaz Kariman; ayat-ayat mutasyabihat seperti ini banyak di dalam al-Quran. Jadi perbezaan pendapat tetap ada di kalangan para ulama'.

Kenapa saya terpesong kepada perkara lain pula ni?

Oh ya! sebenarnya saya nak tekankan nama Agus Mustofa tu. Dalam buku Hilal Ashraf tadi pun beliau menyatakan beliau ada membaca buku-buku pak Agus Mustofa ni. Saya juga jatuh minat membaca karangan beliau. Belum lagi mendapatkan buku "ternyata akhirat tidak kekal" itu. Biasanya jika nak beli buku saya khuatir sangat-sangat sebab kelak di sana ada pertanggungjawaban.. amal ke tak..dan banyak lagi buku yang belum berusik disebabkan saya suka baca satu-satu buku tu berulang-ulang.

Ok sekarang sedikit tentang buku Pusaran Energi Kaabah:

Di sana ada tajuk-tajuk kecil; yang pastinya banyak menambah pengetahuan saya walaupun ada yang pernah didengar dan ada yang belum. Mengapa di Multazam, doa sangat mustajab? Mengapa solat di Masjidil Haram pahalanya 100,000 kali ganda dan banyak lagi. Ada penerangan tentang konsep pahala dan dosa iaitu Allah tak dipengaruhi langsung oleh tindakan kita yang berbuat baik atau berbuat dosa. Ada dihuraikan mengapa Nabi Ibrahim sangat dikasihi Allah. Diterangkan juga mengapa keluarga Nabi Ibrahim dijadikan teladan kepada kita semasa kita mengerjakan ibadah haji...


"Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia". (Maryam 19:50)

Kehebatan Kaabah jelas terpancar sehingga menjadikannya pusat tumpuan umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Keagungannya pula terpamer senagai arah kiblat solat jutaan manusia.

Bagaimana nak pastikan doa kita makbul kita kena tingkatkan kualiti beragama. Ada empat kualiti yang dihuraikan. Sebelum itu kita kena dapatkan keikhlasan kerana ikhlas itu tidak boleh dipaksa-paksa. kita kena latih dengan bersungguh-sungguh.

Banyak faktor yang mempengaruhi doa di sekitar Baitullah. Antaranya faktor orang bertawaf. Besarnya gelombang elektromagnetik Kaabah ialah faktor orang bertawaf. Kiblat menghasilkan gelombang pusaran energi yang misteri dan dahsyat hingga membawa getaran doa jutaan muslimin menuju ke Arasy Allah SWT. Doa-doa pula diambil daripada ayat-ayat al-Quran yang besar auranya. Jutaan orang yang betawaf mengelilingi kaabah menghasilkan aura yang besar. Daripada manakah sumbernya. Kita pernah belajar dalan Ilmu Fizik tentang Kaedah Tangan Kanan. Kaedah itu mengajarkan kita bahawa jika ada konduktor atau logam yang bergerak berlawanan dengan arah jam maka pada konduktor itu akan muncul medan elektromagnetik yang mengarah ke atas.

Hakikatnya tenaga adalah segala-galanya bagi menjana kehidupan yang bermakna. Tenaga juga membentuk kesihatan tubuh dan menjadikan manusia mudah melakukan ibadah dan berinteraksi dengan Allah SWT. Justeru Kaabah adalah ciptaan yang hebat. Sesiapa sahaja sanggup berusaha sedaya upaya untuk dijemput ke rumah Allah itu dan sesiapa yang telah pernah ke sana akan sentiasa merinduinya dan ingin ke sana lagi. Mengetahui kehebatan energi Kaabah akan memberikan persepsi yang lebih mendalam terhadap keistimewaannya.

(Terasa rindu nak kunjungi Rumah Allah.....) 


Ada juga tajuk kecil; tiada  paksaan dalam beragama maksudnya ialah jika kita beragama secara paksa adalah sia-sia. Maknanya jika kita berbuat sesuatu kerana terpaksa amalan itu tiada ertinya di sisi Allah. Berkaitan ini saya pernah tulis di "HambaKu, Hamba Allah, Hamba-hamba Kami...."


Cukup itu dahulu, barangkali jika diberikan kekuatan bolehlah nanti-nanti saya siarkan petikan yang menarik. InsyaAllah.

4 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT serta dikurniakan~Nya kesihatan yang berpanjangan...aamiin :)

Di dalam kitab tafsir al-Quran Al-Azhar karangan Bunya Hamka pun ada menyebut tentang syurga dan neraka itu tidak kekal kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan~NYA, cuma ini menjadi rahsia Allah dan terpulang kepada~Nya untuk menentukannya. Kita sebagai makhluk ciptaan~Nya harus akur akan apa yang diaturkan kepada kita.

Wallahu 'alam...nak bincang lebih-lebih ilmu saya sangat terbatas, kak! Yang penting kita taat dan patuh dengan apa yang telah Allah perintahkan kepada kita dan menjauhi segala larangan~Nya.

aby said...

salam k werdah ...
banyak membaca bertambah ilmu ..
islam memang menuntut mendalami ilmu..
berbeza org beriman tp kurang ilmu dengan org beriman tp penuh dgn ilmu..
darjat disisi allah swt pun berbeza juga ..
semoga k werdah teruskan pembacaan dan dapat dikongsikan bersama disini

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Terima kasih mendoakan kak di sini. Semoga dirimu juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT serta diberikan kebaikan yang banyak Allahumma..aamiin..

Alhamdulillah kerana memberikan pencerahan. Ya lah kita (kak werdah) ni mendengar dan membaca tidak belajar secara formal betul-betul menghadap guru yang kita boleh bertanya.. jadi seharusnya begitulah yang kita pegang. Allah Maha Mengetahui.

Dalam keloksi kak ada 3 tafsir al-Quran iaitu tafsir al-Azhar ni.. lama dah belinya iaitu dalam tahun 1986 cuma bila membacanya kadang-kadang sukar nak masuk dik kerana bahasanya.. jadi tak habis lagi membaca tafsir tu.. kemudian kak dihadiahkan oleh kawan tafsir di radio Singapura (oleh Allahyarham Ahmad Sonhadji) tu lebih faham..dan baru-baru ni kak beli tafsir Ibnu Katsir.. insyaAllah nak mula balik baca tafsir Bunya Hamka ni.. mudah-mudahan dipermudahkan Allah.

Ya, mudah-mudahan kita tetap istiqamah menjalani perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Ya benar aby.. menuntut ilmu adalah kewajipan supya kita tahu yang mana perlu dibuat dan yang mana perlu ditinggalkan.

Cuma kak Werdah takut yang ini: "Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas"

Walaubagaimanapun kak tetap berdoa agar diberikan kemampuan untuk istiqamah beramal.

Terima kasih aby.

Related Posts with Thumbnails