Thursday, November 29, 2012

Hubungan Waktu Solat dan Waktu Makan

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.
Segala pujian selayaknya untuk Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat serta pengikut setia hingga ke hari kiamat..

Alhamdulillah! dikurniakan cucu ke lapan pada keheningan pagi 13 Muharram 1434 bersamaan 27 November 2012 juga lelaki.



Hari ini berkesempatan mendengar kuliyah di bawah yang sangat menarik.


Ayat yang menarik tentang waktu yang ditetapkan untuk solat selain ayat an-Nisaa' 103 ialah dalam surah al-a'raaf ayat 31 "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas." (Al-A'raaf 7:31) 

Dalam satu ayat ini ada menyebut tentang solat dan makan.. seperti tak tersusun, namun di sini ada i'jaz (kemukjizatan yang luar biasa). Ada seorang doktor pakar/saintis daripada Mesir cuba mencari kaitan antara suruhan solat dan makan dalam ayat ini. Ada satu rahsia terbesar dalam ayat ini menurut kajian belaiu iaitu berkaitan dengan waktu-waktu yang ditentukan oleh Allah untuk mengerjakan solat. Beliau ada menulis sebuah buku menyatakan bahawa makanan yang baik waktunya rupa-rupanya sama dengan waktu solat. Contoh solat subuh.. makan pagi yang paling baik ialah waktu sahur..zohor bertepatan waktu makan tengah hari, yang menariknya dalam ayat tadi Allah kata makanlah tapi jangan berlebihan.. jadi walaupun kita solat 5 kali dan makan 5 kali hendaklah ambil sedikt.. ini mempengaruhi kesihatan dengan luar biasa sekali.. Subhanallah..

Luangkanlah masa mendengarnya ya..banyak lagi huraian tentang waktu-waktu solat menurut hadis-hadis.. dosa solat di luar waktu dan lain-lain. 

Mudah-mudahan memberi manfaat..

6 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Didoakan semoga kakak dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam redha Allah SWT...aamiin

Makan walaupun suatu keperluan hidup hendaklah kita sentiasa berserderhana dan tidak berlebih-lebihan kerana makanan itu bisa merosakan diri kita jika melampaui batas.

Terima kasih kak...:)

Werdah said...

>>Abd Razak

وعليكم السلام ورحة الله

Semoga dirimu juga diberikan kebaikan yang banyak dan sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.. Allahumma Aamiin

Ya, apa-apaun nikmat yang Allah berikan kenalah digunakan sebagai wasilah untuk menemuiNya dalam keadaan redhaNya. Mudah-mudahan kita tidak melampaui batasanNya.. Aamiin.

Terima ksaih kembali..

aby said...

salam k werdah ..
sebagaimana solat adalah santapan rohani, makan adalah santapan jasmani .. mungkin tu yg tersembunyi bahawa makanan rohani dan jamani sentiasa beriring ...
tahniah atas menerima cucu baru ..
bertambah meriah keluarga kak ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

ya aby, barangkali juga ada kebenarannya kan. Jika dapat membaca buku doktor Mesir tu mungkin banyak lagi maklumat yang kita boleh dapat.

Aby..sekarang ni bila ada 3 atau 4 cucu serentak datang meriah sangatlah dengan permainan serbanika bersepah, berebut channel tv dan komputer.tu sementara nak besar ..bila besar nanti tak tahulah bagaimana pula..harapan kak agar semuanya berjaya di dunia dan di akhirar..terima kasih aby

win3 said...

nice,sangat bermanfaat sekali

Werdah said...

>> win3

Semoga kita dapat ambil manfaat daripada kuliyah para ulama'.. insyaAllah..

Related Posts with Thumbnails