Friday, January 27, 2012

Sentiasa Mengharap

Gambar Hiasan Sahaja - mungkin ia mengharapkan sesuatu siapa tahu!


Bismillahirrahmanirrahim

Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.


Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pagi ini terbaca  "harapan di tahun baru"
di sini dikongsikan perkara yang menyentuh perasaan saya;


Setiap orang pasti ada menaruh harapan. Orang  miskin  menaruh harapan akan menjadi kaya. Orang sakit  menaruh harapan agar sembuh. Orang bujang  menaruh harapan agar bertemu jodoh. Orang yang gagal  menaruh harapan  agar berjaya mengatasi kegagalannya. Orang yang sentiasa kecewa  atau derita menaruh harapan agar mendapat kebahagiaan. Yang pastinya tiada siapa yang menaruh harapan untuk berlaku sebaliknya, yang kaya tak mahu jadi miskin dan sebagainya.


Islam mengajar umatnya agar jangan berputus asa. Malah, berharap adalah satu ibadah. Dengan berharaplah manusia akan meneruskan usaha dan perjuangan dalam hidup ini.

Orang yang berputus asa sebenarnya dia ada peluang untuk berusaha tetapi dia tidak mahu. Ini dikatakan zalim atau kufur.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf 12:87)

Tanpa ada harapan dalam diri seseorang;
Orang Sakit tidak akan berubat, Orang Jahil tidak akan belajar, Orang Miskin tidak berusaha untuk mencari kekayaan, Orang yang sering Gagal tidak akan berusaha untuk mendapatkan kejayaan.

Seorang yang arif berkata: 'Kalaulah tidak ada harapan, akan terhentilah pengabdian hati dan seluruh anggota badan. Insan tidak akan terdorong untuk melakukan taat. Jika tidak kerana hembusan angin pengharapan perahu amalan tidak akan belayar di lautan kemahuan.'

Daripada Jabir bin Abadullah ra bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya ): "Jangan seseorang kamu mati kecuali dalam keadaan bersangka baik kepada Allah ‘Azza wa Jalla." (HR Muslim). Ini bererti bahawa apabila seseorang itu telah berbuat kebaikan, maka hendaklah dia bersangka baik dengan meletakkan harapan bahawa Allah akan menerimanya.

Dalam sebuah hadis Qudsi;

Daripada Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda : "Allah Taala telah berfirman (maksudnya): "Hai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana engkau menyeru NamaKu dan berharap kepadaKu, Aku akan ampunimu, apapun keadaanmu dan Aku tidak peduli. Hai anak Adam! Seandainya dosamu mencecah langit, kemudian engkau memohon ampun, akan Aku ampunkan dan Aku tidak peduli. Hai anak Adam! sekiranya engkau datang kepadaKu dengan dosa sebesar bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan sebesar bumi juga!” (HR at-Tirmizi)

Apakah ada harapan yang lebih besar daripada harapan seorang hamba yang berdosa selain daripada mengharap keampunan Tuhannya? Dan kalau harapan sebesar itupun Allah tunaikan, apatah lagi harapan yang lebih kecil dan ringan daripada itu?

Walau bagaimanapun tidaklah semua harapan itu dituntut dan dipuji. Ada harapan yang tercela dan dilarang.

Harapan yang dipuji ialah harapan seseorang hamba yang melakukan amal soleh. Dia berharap agar amalannya diterima dan diberi pahala. 


Juga harapan seseorang hamba yang berdosa, kemudian dia insaf dan bertaubat. Dia berharap agar Allah menerima taubatnya dan mengampuni dosa-dosanya.


Harapan yang dicela ialah harapan seseorang yang bergelumang dengan dosa dan maksiat, kemudian dia berharap Allah akan merahmatinya tanpa taubat dan amal. Itu merupakan harapan palsu dan dusta semata-mata.

Harapan yang hakiki ialah engkau berenang meredah badai menuju ketepian pantai. Manakala harapan yang palsu ialah engkau terapung di tengah lautan yang bergelora sambil berharap pantai akan bergerak mendekatimu.

Mudah-mudahan kita semua sentiasa berharap agar Allah akan mengampuni dosa-dosa dan menunaikan segala hajat kita. Dan untuk itu kita perlu berusaha sedaya upaya / bersungguh-sungguh supaya tidak mempunyai harapan yang tercela. Kita juga hendaklah berharap hanya kepada Allah BUKAN kepada makhluk. Tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah jua....

Tuesday, January 10, 2012

Perubatan Urat Saraf

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Suatu pagi saya diberitahu oleh seorang anak muda (wanita) tentang tempat rawatan urat saraf iaitu PUSAS. Katanya urut di tapak kaki, dua-dua belah. Makciknya dua kali ke tempat rawatan urat saraf tu dah baik sakitnya.

Timbul keinginan untuk mencuba.. lalu minta arah tempat nak dituju.. alamat tak pula diminta.. ini kerana rasa senang untuk mencarinya. Taklah jauh dari rumah.

Pagi Sabtu lepas ke sana dan dapatkan rawatan. (Memang sangat senang mencarinya). Kosnya pula taklah mahal .. kurang daripada RM50 urut kaki dan ubat. Daftar RM14 dan ubat RM14 untuk 10 hari. Urutnya tersangat sakit, tapi katanya kali pertama saja yang sakit. Nanti kali kedua tak sakit lagi. Masa urutnya tak lama rasanya tak sampai 5 minit.

Bila dirasanya pada kaki; terus beliau diagnos penyakit. Kita tak perlu beritahu apa sakit kita. Kata anak muda yang meminta memanggil namanya Wan itu; penyakit saya ni semuanya berkaitan sendi.. seluruh sendi bengkak. Lengan, bahu, belikat. Bila duduk sakitnya bawa ke paha. Semuanya tu katanya berpunca daripada  otot di L4 dan L5 yang membengkak di pinggang. Organ lain semuanya elok. Sakit ni dah makan masa bertahun. Memang benar apa yang diberitahu olehnya.

Dalam kad temujanji pula dihighlightkan sakit hasil diagnosisnya; iaitu saya ni sakit urat tengkuk, perjalanan darah, angin, bahu, lengan, urat pinggang, sendi pinggang, urat saraf pinggang, pelipat, belikat.

Nasihatnya kena pantang makan kekacang termasuk taugeh, tauhu, air soya, sayur bayam merah, petola, kacang panjang, timun, air batu, ais krim, cuka, sos, mayonis, minuman bergas, asam jeruk dan limau.

Rawatan ini perlu banyak kali, katanya 2 kali seminggu.



Alamat

Perubatan Urat Saraf (PUSAS)
No. 51 C, Jalan F,
Kg. Pandan Dalam,
55100 Ampang,
Selangor
Tel : 017-328 9840 | 013-313 2943


Ada perkhidamatan untuk pelbagai penyakit. Adalah dipercayai bahawa, selain daripada di seluruh badan kita, titik-titik pusat urat saraf juga terdapat di kaki kita. Titik-titik pusat urat saraf tersebut ada hubungkaitnya dengan organ-organ pada tubuh badan kita.

PUSAS bersedia memberi rawatan berikut:

lumpuh 
kencing manis 
darah tinggi 
sakit pinggang 
selsema 
lelah/asma 
kencing tak lawas 
batu karang 
sakit kepala 
sengugut 
mandul 
buasir 
sakit jantung 
resdung 
sakit tengkuk 
angin 
tairod 
perjalanan darah tak tentu 
sakit telinga 
gout 
sakit lutut 
sakit buah pinggang 
sakit sendi 
lemah tenaga batin

Terima kasih banyak kepada rakan-rakan yang selalu mendoakan saya di sini. Semoga Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada kalian. Semoga Allah merahmati kalian semua. Buat masa ini nak kena banyak merehatkan tangan dan pinggang. Fisioterafi masih diteruskan.
Related Posts with Thumbnails