Thursday, January 31, 2013

Jom Belajar Bahasa Arab


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kelas pengajian Bahasa Arab kelolaan Yayasan Ta'lim telah diupload ke YouTube. Kelas Bahasa Arab Asas ini diajar oleh Ustaz Yunus Zainal. Buku yang digunakan ialah "First Steps in Arabic Grammar" terbitan IQRA' INTERNATIONAL EDUCATION FOUNDATION USA

Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana boleh membantu saya menambah pengetahuan saya yang sukar untuk ke taman-taman syurga. Jika kita dapat ke taman-taman syurga lagi baik kerana kita dapat menyertai jemaah. Di sana para malaikat turut menyertainya dan mengaminkan doa dan aura energi dalam badan kita meningkat disebabkan berada dalam jemaah. Namun bagi yang tak berdaya nak ke kuliyah kunjungilah taman-taman syurga yang datang ke rumah anda. Itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa atau melayan drama-drama yang kurang bermanfaat. Jom kita layarinya dan mempelajari Bahasa Arab.



















Mudah-mudahan ada lagi diupload untuk kelas yang akan datang.

4 comments:

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum Kak,

Masyaallah,tabarokallah,

Saya sedang mendownload video tersebut.....Jazakillah....

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Hasimah

Mudah-mudahan ada manfaatnya.. mulanya ingat nak catat intipati perbincangan ustaz tetapi belum ada kekuatan berlama-lama hadap PC..

Semoga Hasimah juga beroleh kebaikan yang banyak daripada Allah SWT..aamiin

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga atas kurniaan Allah SWT kakak beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam redha~Nya...aamiin

Tabarakallahu...dapat juga mengulangi kembali pelajaran yang lalu...terima kasih kak.

Werdah said...

>>Abd Razak

وعليكم السلام ورحة الله

Terima kasih atas doamu untuk kak. Semoga dirimu juga sentiasa beroleh kesihatan yang baik dan dalam rahmat kasih sayang dan redhaNya..aamiin

Semoga beroleh manfaat daripada perkongsian ini, syukur kepada Allah kerana ada yang sudi kongsikan pengisiannya di youtube dapatlah kita menumpang dengar, insyaAllah.

Related Posts with Thumbnails