Tuesday, January 29, 2013

Rawatan dengan Ceragem


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Sebenarnya N3 ni dah lama tersimpan dalam draft namun bila sebentar tadi saya ke blog Inspirasi Mawaddah yang menyentuh sedikit tentang rawatan ceragem , maka saya teringat kembali N3 ini dan postkan di sini buat pengetahuan kepada para pembaca yang ingin tahu tentang rawatan ini dan seterusnya bagi sesiapa yang mengalami masalah kesihatan bolehlah mencuba rawatan ini.

Di sekitar Lembah Klang ini banyak juga pusat Ceragem menawarkan rawatan percuma. Masa rawatan ialah 20 minit dan sekali rawatan 20 orang sekali gus kerana disediakan 20 katil berkenaan. Sambil menunggu sesi rawatan berdasarkan siapa cepat dia didahulukan ada penerangan dan motivasi yang diberikan oleh moderator di sana. Katil ini boleh dibeli oleh sesiapa yang berminat untuk memilikinya.

Saya pernah beberapa kali berulang di Ceragem Cheras bagi menjalani rawatan sakit tulang belakang. Dah lama cerita ni. Alkisahnya pada tahun 2006 semasa dimasukkan ke wad otopedik HKL, tinggal sebilik dengan seorang pesakit yang amat peramah, pengasih dan mesra seperti dah berkenalan bertahun-tahun. Kami tinggal sebilik selama 18 hari di wad tersebut.

Beliaulah yang memberitahu tentang ceragem ini. Ada salah seorang kawannya dapat slipped disc dan telah dua kali buat pembedahan, apabila nak tiba kali ketiga pembedahan kawan tersebut mendapat perkhabaran tentang 'ceragem' ini. Khabarnya selepas beberapa kali berulang alik buat rawatan dengan ceragem 'slipped disc'nya hilang dan boleh mengangkat berat, lalu tidak jadi meneruskan pembedahan kali ketiga. Apa-apapun semuanya dengan izin Allah. Saya googles dan menemui beberapa link termasuk  link ini. 

Ada juga mendengar daripada kawan-kawan yang lain tentang faedah atau manfaat ceragem ini, seperti orang yang belum ada anak boleh mengandung dan melahirkan, dan pelbagai lagi. 

Pada saya daripada penerangan moderator dan kisah-kisah yang didengar daripada pengunjung-pengunjung ceragem, rawatan ini boleh membantu pesakit-pesakit mendapatkan kembali kesihatan dengan izin Allah. Saya mencuba dengan harapan akan pulih namun rezeki untuk saya tiada, mungkin disebabkan ada beberapa lapisan disc saya telah digam dan pada bahagian tersebut telah 'compact' atau rapat maka saya tidak meneruskan rawatan disebabkan bertambah sakit pada bahagian tersebut.

Katil ceragem ini direka bukan untuk sesiapa yang telah jatuh sakit sahaja namun boleh digunakan sebagai pencegahan.

Para pembaca bolehlah melihat youtube dan membaca pamplet di bawah untuk keterangan yang lebih jelas bagaimana katil ini berfungsi merawat atau mencegah penyakit.

Sekian, sekadar berkongsi maklumat.







Sila klik pada gambar di bawah untuk membesarkannya.




44 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak dilimpahkan Allah SWT kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin

Setelah baca N3 kakak ni, saya cuba juga cari barangkali di tempat saya ada juga pusat Ceragem ni, tapi sayangnya takder. Lately selalu jer sakit pinggang kak. Insya Allah kalau berkesempatan ke KL nanti nak cuba juga ke pusat rawatan ni.

Terima kasih kak..:)

ngasobahseliman said...

Salam Werdah.Tq atas maklumat tambahan itu. Amat hargai. Akak baru 2 minggu mencuba. Rasanya ada kesan atas lutut Akak. Tapi kata cerajem kalau rajin usaha datang banyak sakit-sakit yang boleh diperbaiki. Pastinya dengan izin dan kehendak Allah. Mungkin kami beli bulan depan. Anak Akak nak bantu bayar. Semoga Allah kurnia.

Werdah said...

>>Abd Razak

وعليكم السلام ورحة الله

Terima kasih atas doamu untuk kak. Semoga dirimu juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang dan redhaNya, juga semoga sakit pinggang tak bertambah mudharat..aamiin

Di bawah ini kak tuliskan no telefon untuk pusat-pusat Ceragem di sekitar KL yang kak simpan..Jika Abd Razak ke Kuala Lumpur boleh cuba telefon bagi mendapatkan alamatnya serta jadualnya.. ada phamplet tapi sukar nak scan.. insyaAllah bila ada yang menolong boleh kak edit N3 ni dengan meletakkan scanned phamplet berkenaan.

Desa Hartamas 0362033508
Petaling Jaya (Taman Sea SS23) 0356345151
Cheras Business Centre 0391309148
Shah Alam Seksyen 10 0358801615

Kak tak pasti pula sama ada pusat-pusat ceragem ini masih beroperasi atau masih menggunakan no telefon yang sama, sebab maklumat ini dah terlalu lama.

Maklumat terbaru kak terima ada pusat ceragem di Bandar Baru Bangi dan di Ampang menuju ke Bukit Belacan, tetapi kak tak ada no telefonnya.

Untuk cepat mendapat kesan, rawatan ini perlu dibuat beberapa sesi pada satu hari, tetapi disebabkan ramai pengunjung kita tak dapatlah nak menggunakan perkhidmatan tersebut lebih daripada sekali pada satu-satu tempat. Jadi jika boleh kunjungilah 2 atau 3 tempat berbeza pada satu hari.

Sekali lagi mudah-mudahan sakit pinggang tu segera sembuh. Aamiin

Werdah said...

>> Kak Ngasobah

وعليكم السلام ورحة الله

InsyaAllah kak, banyak yang dapat dirawat dan dicegah seperti high blood pressure, diabetes, heart disease, arteriosclerosis, stroke, insomnia,rheumatoid arthritis dan lain-lain. Bagi kita yang dah tua ni itulah yang selalu menghampiri. Yalah kak, semuanya dengan izin Allah, kita cuma berikhtiar.

Jika sudah ada rezeki anak-anak kak mahu membantu sangatlah baik memilikinya kerana semua ahli keluarga dapat memanfaatkannya.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kak..aamiin

aby said...

Salam k werdah.
Satu info yg brguna. Mana tau ada kwn yg mnghadapi masaalah tulang blh rujuk ke n3 ni sebagai pnduan

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

InsyaAllah aby, sebenarnya katil ini bukan untuk masalah tulang belakang sahaja tetapi untuk kesihatan umum. Orang yang mengalami masalah obes, constipation, cyst, sakit kulit dan sebagainya boleh mendapatkan rawatan menggunakan katil ini.

win3 said...

rawatan dengan ceragem, wah dulu pernah nyoba juga waktu pinggang saya pegal-pegal, walhasil memang terasa

Werdah said...

Salam win3

Alhamdulillah, kita ikhtiar Allah tentukan hasilnya kan.

lizaman said...

asalamualaikum,
saya baru sekali mencuba ceragem di Batu PahatPura Kencana.Memang ramai pelanggan.kena amik no giliran. Alhamdulilah bdn rasa selesa...nak ulang utk kali ke2.
liza

Werdah said...

Wa'alaikumussalam lizaman

Alhamdulillah..kita berusaha Allah mengizinkan rasa lega..suka mendengarnya..

dipper dipper said...

Berapa ya harga satu katil ni... bagaimana cara dan dimana untuk membelinya...ayah sy sudah setahun membuang tumor di tulang belakang dan sejak itu kesihatannya makin merosot akibat saraf di tangan dan kaki yg semakin lemah

dipper dipper said...

Berapa ya harga satu katil ni... bagaimana cara dan dimana untuk membelinya...ayah sy sudah setahun membuang tumor di tulang belakang dan sejak itu kesihatannya makin merosot akibat saraf di tangan dan kaki yg semakin lemah

Kamariah Ahmad said...

Dipper dipper
Sebelum membelinya eloklah kalau anda hantar ayah anda untuk mencuba terapi ceragam ini. Dengan izin Allah swt mungkin membantu.
Harga katil ini RM10 880 pada tarikh 26 Nov 2013. Selepas ini harganya mahal lagi. Anda boleh beli dari pusat terapi ceragem. Testimoni daripada orang yang menjalani terapi memang positif dengan izin-Nya.

Hisham Mazenan said...

Syabas ceragem membantu badan manusia sendiri untuk sembuh pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik dengan dibantu Sinaran Jarak Jauh yang tidak ada pada tubuh kita selama ini setelah perubahan gaya hidup dan amalan bertungkuk serta bertanggas telah lama ditinggalkan oleh jenerasi sekarang.Saya sudah 2 minggu menggunakan katil ini.Hasil sungguh baik.Namun kita wajib menjaga diet harian kita. Sila layari http://tipsdiet.jomaffiliate.net untuk menimba pengetahuan diet kesihatan dan kecantikkan.

Werdah said...

Kepada sdr/sdri dipper dipper.. mohon maaf kerana tidak respon sebelum ini sebab lama tak jengok N3 ini..terima kasih kpd sdri Kamariah krn respon kpd dipper dipper dan kpd sdr Hisham kerana tambah maklumat.

dayang rokayah said...

assalamualaikum kak,,nak tanya ,, dimana pusat ceragem area melaka ??? dan berapakah kos perubatannya ?? kami ingin mncuba .. terima kasih ..harap balas dengan segera ..

Fauzi Haron said...

Salam...kak..selepas melakukan rawatan...apakah kesan sampingannya... Saya muntah2 dan malamnya saya buang air besar berulang kali...

hmpauzi said...

Puchong NO 1-1, Jalan Cenuk 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor 03-8082 6001

Shah Alam No. 64-1, Jalan Nelayan B 19/B,Seksyen 19,40300, Shah Alam Selangor 03-5541 6669

Banting No.25, Tingkat 1, Jalan Cempaka Wangi 1, Taman Cempaka, 42700 Banting, Kuala Langat.Selangor 03-3181 6221

Klang 28A, Tingkat 1, Jalan Nanas, 41400 Klang, Selangor 03-3341 5613

Setapak No. 32A, Jalan 4/23B, Taman Danau Kota, 53000 Setapak Kuala Lumpur 03-4022 2800

Sg. Buloh No. 69-1, Jalan Nautika B U20/B, Pusat Komersil TSB, 40160 Sg Buloh, Selangor. 03-6151 9510

Cheras No. 52-1 Jalan Dwitasik Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri 56100 Kuala Lumpur 03-91723100

Ipoh (G. Rapat) No. 256A (Tingkat 1), Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak 05-313 4505

Ipoh (Silibin) No. 347A, Jalan Silibin, Taman Germuda, 30100 Ipoh, Perak 05-526 0957

Teluk Intan No. 273, Jalan Intan 12, Bandar Baru Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak 05-621 0591

"Sitiawan No. 119 (Atas), Jalan PPMP 8, Pusat Perniagaan Manjung Point 1, 32040 Seri Manjung, Perak 05-688 6593

"Bayan Baru Majlis Bilik Serbaguna, Tingkat 2, Kompleks Pasar Bayan Baru, 11950 Bayan Baru, Pulau Pinang 04-642 8200

Kulim No 11 Jalan Seri Akasia Taman Seri Akasia 09000 Kulim Kedah 04-899 1508

"Alor Setar No. 146A, Jalan Kristal 3, Taman Industrial Kristal Fasa 2, MKM Pumpong, 05150 Alor Setar, Kedah 04-730 5471

Bangi No. 105A, Jalan 8/1, Section 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor 03-8927 4293

"Seremban No. 158-1 & 159-1, Jalan Taman Komersil Senawang 1, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan 06-679 1975

"Melaka 37-1 (1st Floor), Jalan BPM 14, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka 06-282 1679

Muar 43-5 (Tingkat 1), Jalan Khalidi, 84000, Muar, Johor Darul Takzim 06-951 3367

"Batu Pahat NO. 11A (1st Floor), Jalan Kencana 1A/21, Genting Putra Kencana, Sri Gading, 83300 Batu Pahat, Johor 07-455 7121

"Kluang No. 288A, Tingkat 1, Jalan Lambak, 86000 Kluang, Johor 07-777 1070

"Taman Molek No. 94-01, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor. 07-357 2580

Impian Emas 59-A, Jalan Impian Emas 5/1, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor 07-558 2580

Larkin No 36-01 Jalan Idaman 3 Taman Larkin Idaman 81200 Johor Bahru Johor 07-222 2580

Kuantan No, A-17, Jalan Mat Kilau 1, 25100 Kuantan Pahang. 09-513 5651

"Kota Bharu PT 344 (Tingkat 1 ) Rumah Kedai Lembah Sireh, 15050, Kota Bharu, Kelantan. 09-747 2566

K.Selangor No 49A Jalan Melawati 3/9 Bandar Melawati 45000 Kuala Selangor

K.Trengganu Lot PT 35391-1 1st Floor Dataran Austin Jalan Austin 3 Wakaf Tembesu 21200 Kuala Trengganu

D said...

Salam..

Saya ingin menjual katil ceragem kerana memerlukan duit. Katil hanya digunakan beberapa kali sahaja dan di dalam kondisi yang baik.

Jikalau ada sesiapa yang berminat, sila email saya di sabsabrina88@yahoo.com.au

Terima kasih.

Mohd Razali said...

Best kalau wat kt K
Selangor...sbb kt sini katil latest.............dh sampai keperingkat slim belt

ammie said...

Abah Saya dah beli Katil, Warm Pard, Slim Belt, Selimut, Cadar, Tapi Still pergi Pusat Ceragem setiap hari, seronok.. dapat ramai kawan.. hehe....

rimaomar yusoff said...

Seronak tengok muka chegu

rimaomar yusoff said...

Seronak tengok muka chegu

mag said...

Berapa kena bayar sekali rawatan?

DiLaHk said...

Tiada bayaran dikenakan.

Noorzza said...

Saya pun selalu pergi di pura kencana batu pahat...badan rasa sangat selesa..tidur lena.

Noorzza said...

Saya pun selalu pergi di pura kencana batu pahat...badan rasa sangat selesa..tidur lena.

ros zadina said...

Alhamdulillah ceragem boleh membantu segala penyakit dgn izin allah..

ros zadina said...

Terbaik..skrg ada pergi buat rawatan lg ke puan

ros zadina said...

Terbaik..skrg ada pergi buat rawatan lg ke puan

Safiuddin Nadzaruddin said...

Assalammualaikum...sy berusia 37 tahun...pd 6disember 2015 sy diserang stroke dan telah dibedah ada tk testimoni dr pesakit stroke yg telah sembuh dgn rawatan ini.....

Safiuddin Nadzaruddin said...

Assalammualaikum...sy berusia 37 tahun...pd 6disember 2015 sy diserang stroke dan telah dibedah ada tk testimoni dr pesakit stroke yg telah sembuh dgn rawatan ini.....

Aida Abdullah said...

katil ceragem v3 untuk d jual pm 0129066884

health&health group malaysia said...
This comment has been removed by the author.
health&health group malaysia said...
This comment has been removed by the author.
zullfaz said...

Salam betul kd pn hendak jual katil seragem?

Chronarch Dynamic Solution said...

Salam....berapa nak jual katil ceragem tuh....kenapa nak jual????

Dira said...

Katil ceragem utk dijual..
Boleh wsapp 0127924337 (dira)
Area jb..

Azarina Azes said...

assalamualaikum... sesiapa nak jual
katil CERAGEM master v3 call sy ye..
ina 016 6656955

fatima ema said...

ada sp nk jual kTil ceragem wasap sy harga yg dijual ke no 0178051171

Iza said...

Sape yang ingin dapatkan katil v3 dengan harga lbh murah, Sila wassup saya.. 0177426544

Iza said...

Sape yang ingin dapatkan katil v3 dengan harga lbh murah, Sila wassup saya.. 0177426544

Iza said...

Sape yang ingin dapatkan katil v3 dengan harga lbh murah, Sila wassup saya.. 0177426544

Ramli Dewa said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails