Wednesday, September 11, 2013

Perkhabaran Daripada Surah al-Waaqi'ah


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Semasa saya bersama-sama suami dan dua orang anak ke Jakarta pada 28 April  hingga 30 April 2013 saya mengajak anak muda yang menjadi pemandu kami ke toko buku. Tersangat banyak buku yang saya minat namun hanya membeli dua buah itu sahaja. Tujuan kami ke sana ialah untuk bertemu seorang perawat alternatif menggunakan akar-akar kayu sebagai tujuan perawatan. Ini dicadangkan oleh salah seorang doktor yang sering kami lawati. 

Alhamdulillah, walaupun ambil masa yang agak lama menulis dalam beberapa hari diselangi rehat dapat juga saya menulis sekadar berkongsi apa yang saya beli iaitu serba sedikit tentang buku "Mesin Waktu al-Qur'an" 

















Gambar di atas diambil secara rawak daripada buku "Mesin Waktu al-Qur'an"
Maaf gambarnya agak blur

Coretan di bawah pula merupakan sebahagian maklumat yang saya petik daripada Yahoo Group dengan sedikit edit ke Bahasa Malaysia, dan memang buku ini amat menarik untuk dibaca dan dihayati. Harganya Rp 220,000 bila ditukar ke RM harganya lebih kurang RM83.00

Selain Surah Yasiin, Surah al-Waaqi'ah adalah juga merupakan satu surah yang sangat popular di kalangan umat Islam. Salah satu faktor yang menjadikannya popular adalah anggapan bahawa dengan banyak membacanya akan dapat menghindarkan seseorang daripada kefakiran; meski setelah diteliti, anggapan tersebut ternyata bersumber daripada hadis yang lemah. Riwayat yang shahih daripada at-Tirmidzi menyebutkan bahawa Rasulullah SAW menyebut rambut di kepala baginda menjadi lebih cepat beruban kerana merasa ngeri dengan dahsyatnya rangkaian peristiwa Kiamat dan mala petaka akhir zaman yang diberitakan dalam surah tersebut.

Buku "Mesin Waktu al-Qur'an" memuatkan kajian masa kini terhadap pelbagai peristiwa masa depan, masa yang telah berlalu, dan masa kini. Ini dapat diperhatikan pada penafsiran para ulama tafsir tentang makna kata dan kalimah daripada ayat-ayat al-Quran dalam surah al-Waaqi'ah.

Dalam bab I, penulis membawa pembaca "Berkelana ke Ujung Masa Depan". Dalam bab ini penulis buku (Hudzaifah Ismail) mengupas makna ayat 1 hingga ayat 6 surah tersebut. Istilah "ujung masa depan" adalah Hari Kiamat. Penjelasan al-Quran tentang pelbagai peristiwa Kiamat sangat banyak dan sangat detail, khususnya yang berkaitan dengan pegerakan benda-benda luar angkasa. Hampir semua maklumat tersebut kini sudah boleh dijelaskan dengan bahasa ilmu pengetahuan. Selain menjelaskan pelbagai tanda Kiamat yang sudah terjadi, sedang terjadi, dan yang akan terjadi, penulis juga mengemukakan pendapat beberapa orang ulama-ilmuwan Muslim tentang pelbagai peristiwa Kiamat itu dalam bahasa Sains berdasarkan maklumat dan penafsiran ayat-ayat tentang Hari Kiamat. Antaranya, hasil penelitian serta analisa linguistik Syaikh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid tentang hubungkait antara The Great Wall of China (Tembok Bear di China) dengan bangsa Ya'juj dan Ma'juj, yang membuktikan bahwa istilah Ya'juj dan Ma'juj bukanlah kata yang berakar dari unsur kata Bahasa Arab. Penulis juga mengutarakan tafsir saintifik Dr. Ali Manshur Kayyali, seorang ilmuan Fizik muslim dan peneliti dari Suriah yang hafal al-Quran, terhadap rentetan aktiviti benda-benda luar angkasa yang menyebabkan matahari terbit di barat, yang diisyaratkan dalam makna surah an-Naazi'at ayat 1 hingga ayat 7. Penulis buku memaparkan pendapat kedua ulama-ilmuwan tersebut secara visual melalui info-grafik yang menarik. Paparan tersebut dengan bahasa visual (info-grafik) merupakan salah satu keunggulan buku ini. Terdapat puluhan info-grafik yang  memudahkan pembaca memahami pelbagai pesanan al-Quran secara mudah dan berkesan.

Dalam bab II pula dikupas makna ayat ke 7 hingga 48, tentang kehidupan manusia di "dunia baru". iaitu alam akhirat. Dalam bab ini dihuraikan tentang tiga golongan manusia di padang mahsyar serta huraian secara terperinci amalan mereka selama berada di dunia serta ganjaran dan azab yang mereka peroleh pada hari itu.

Pada bab III dengan judul "Akhirat yang Sangat Nyata" dimulai dengan huraian tentang penafian orang-orang kafir terhadap adanya hari akhirat seperti yang dijelaskan dalam ayat 49 hingga ayat 56 Surah al-Waaqi'ah. Penulis juga memaparkan kesan daripada penafian tersebut terhadap peradaban umat manusia, berdasarkan fakta sejarah tentang ideologi-ideologi ekstrim yang berada di sebalik pembantaian dan pembunuhan beramai-ramai yang terjadi sehingga abad ke-20. Pada pertengahan bab III, pembaca akan mulai menemukan jawapan ilmiah yang membuktikan bahawa akhirat adalah sesuatu yang benar-benar nyata berdasarkan hadis shahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, serta penelitian ilmiah seorang pakar embryologi Jerman, serta dua orang ulama-ilmuwan Muslim di Universiti Shan'a, Yaman. Dalam bab ini juga penulis menyertakan fakta ilmiah tentang akhirat dan kebangkitan semula manusia setelah kematian itu dengan  info-grafik yang menarik.

Pada bab-bab seterusnya menyajikan seperti berikut:

Bab IV - Bagaimana manusia dibangkitkan
Bab V  - Bagiamana tanaman bisa tumbuh?
Bab VI - Senyawa Hidrogen - Oksigen (H2O)
Bab VII - Energi dari Alam
Bab VIII - Menjelajahi Waktu Manusia
Bab IX - Bertasbih Dengan Nama Rabb-Mu

Setiap bab sudah tentu ada pecahan tajuk yang berkaitan. Pengarang buku ini bukan sahaja menghuraikan peristiwa yang berkaitan dengan ayat-ayat yang terdapat dalam Surah al-Waaqi'ah malah mengaitkannya pula dengan ayat-ayat yang berkaitan daripada Surah-surah yang lain.

Apa yang penting pengajaran daripada buku ini ialah setiap kata daripada al-Quran adalah merupakan kata-kata langsung yang datang daripada Allah SWT yang selayaknya kita ambil iktibar. Segala pemberitaan dalam surah ini insyaAllah menambah kekhuatiran kita akan datangnya hari yang di dalamnya terdapat huru hara yang amat dahsyat.

10 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum kak..:)

Moga kakak dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin

Menarik bukunya kak! Mungkin dah ada dalam pasaran kita...harap-harap ada bolehlah beli satu..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Terima kasih atas doa, semoga dirimu sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang~Nya..aamiin

Mungkin buku ini boleh dibeli secara online dari gramedia book store di Jakarta, jika masih belum terdapat di pssaran.

aby said...

salam k werdah ..
betul kak kata, surah waqiah memang satu surah yg sangat popular dikalangan org islam dinegara kita ini ..
terlalu banyak ilmu2 dan peringatan didalam nya ..
bagus kak bertandang ke kedai buku ugama disana, memang ternyata penerbitan buku2 keugamaan disana lebih banyak dari kita disini ..
nanti klu terjumpa dikedai buku,
boleh beli utk tambahkan koleksi ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Ya aby, disebabkan di sana negara besar dan penduduk lebih ramai dan para ilmuan juga ramai maka tak hairan di sana terdapat banyak buku2 yang menarik. Malah buku2 dari negara mereka banyak dijual di sini. Tapi buku ini belum lagi ternampak di mana2 kedai buku di sini.

aby said...

nak sambong komen ..
ngikut cakap pensyarah aby ..
antara sbb banyak buku2 terjemahan di indonesia sbb adanya yg membuat terjemahan utk menambah pendapatan ..
contoh, pensyarah disana gajinya tidak tinggi, jadinya depa gunakan masa terluang utk membuat kitab terjemahan . disamping dapat kembangkan ilmu, pendapatan pun bertambah ..
budaya gitu jarang dikalangan pensyarah2 tempat kita ..
mungkin sbb gaji pensyarah kita tinggi2

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Ya, itupun salah satu sebab. Kita boleh juga mengaitkan dengan kepadatan penduduk di sana. Semasa kak ke Jakarta tempoh hari, kak dapat lihat boleh dikatakan setiap rumah di sepanjang jalan ada ruang perniagaan sendiri. Menjadikan jalan sempit. Jalan sentiasa sesak. Lebuh rayanya pun sesak. Pemandu yang kami upah adalah seorang yg masih menuntut di universiti tp punya kereta yg selesa hasil kerja sampingan, boleh biaya yuran pengajian. Bila ditanya adakah apa2 bantuan kerajaan untuk belajar, jawapannya tidak. Jadi tak hairanlah mereka lebih komited mencari pendapatan sampingan.

Semasa di Mekah dan Madinah pun didapati mereka ni ramai yg bekerja di sana. Ada yg bekerja sambilan sedangkan mereka pelajar di universiti di sana. Semasa tawaf dan sa'ie kak memang mengupah mereka menolak wheel chair. Tentang pensyarah di sini kak tak tahu keadaannya. Jika pensyarah aby kata begitu benarlah sebab dia berada di kalangan pensyarah, tentu dia tahu kan.

Engku Ghapur said...

Assalamualaikum, menarik buku ini. Boleh tahu rentetan dan juga perkaitan peristiwa dengan ayat-ayat Alquran akan meningkatkan pemahaman kita.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Engku Ghafur

InsyaAllah, buku ini menarik dan boleh meningkatkan rasa takut dan harap.

De La Chess said...

salam kak werdah,

pernah ternampak buku ni trgerak hati hati nak beli tpi tak, tpi lepas dah baca ulasan dari kak, nmpaknya sya dah rugi, kena cari balik ni, terima kasih atas ulasan buku ni :)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam De La Chess

InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan untuk mendapatkannya.

Related Posts with Thumbnails