Betty asalnya bukan kepunyaan kami.. secara kebetulan dia menumpang makan setiap kali kami memberi benjy makan..tak ingat dah berapa lama dia tinggal dengan kami.. rasanya dah lebih sepuluh tahun..masa kecilnya mungkin dia berpengalaman dipukul dengan penyapu..entahlah tapi ketika dia sama-sama makan dengan benjy dulu.. dia amat takut dengan kami.. tak boleh kami nak usap dia..nak dekat pun tak boleh..lebih2 lagi jika kami kebetulan memegang penyapu.. dia akan lari susup sasap ke bahagian belakang rumah..
Betty menjadi sebahagian daripada keluarga kami setelah k ida memegang dan memeluknya .. ketika itu dia meronta-meronta dan mencakar tangan k ida.. lukalah tangannya.. tapi selepas itu betty tidak lagi meningalkan rumah kami.. jadi masa itu kami peliharalah betty dan benjy.. agak lama juga masa berlalu baru betty dapat dipegang.. kami tak boleh nak mandikan dia, nak dukung dan nak ambil gambar pun susah ketika itu apa lagi nak dibawa tidur bersama..
Betty menjadi sebahagian daripada keluarga kami setelah k ida memegang dan memeluknya .. ketika itu dia meronta-meronta dan mencakar tangan k ida.. lukalah tangannya.. tapi selepas itu betty tidak lagi meningalkan rumah kami.. jadi masa itu kami peliharalah betty dan benjy.. agak lama juga masa berlalu baru betty dapat dipegang.. kami tak boleh nak mandikan dia, nak dukung dan nak ambil gambar pun susah ketika itu apa lagi nak dibawa tidur bersama..
tak mau minum tapi nak berposing dulu
masih lagi posing
Sekarang Betty dah tak takut lagi dengan kami.. malah pada suatu waktu dulu dia akan gesel badannya pada kami dan menggeliat badannya berposing pelbagai gaya semasa kami menonton tv..betty hampir tak pernah sakit.. cuma sekali saja.. dah lama dah.. ketika itu saya tersilap bagi betty makan ikan bawal masak sambal.. jadi sakit perut agaknya.. tercirit-cirit.. hampir seluruh ruang rumah kotor kerana dia menyeretkan ponggongnya yang sakit.. kesihan sangat kat betty masa tu.. tapi kami tak dapat bawa dia ke klinik.. k ida sebuk bekerja tak sempat nak bawa.. saya pula sakit tak bolah bawa kereta.. anak bongsu saya masa tu masih di sekolah menengah tak ada lesen memandu..dialah yang mengemop seluruh ruang lantai akibat cirit betty..tiga hari betty tak makan dan tak minum.. cuma tidur sepanjang 3 hari di atas kerusi di luar rumah ..selepas tiga hari elok semula.. alhamdulillah
Jadi betty ni taklah mendatangkan banyak masalah kepada kami.. tak habis duit untuk ke klinik..cuma beli makanan kering..friskies je.. sekali sekala rebus juga ikan untuknya.. selepas pengalaman sakit ceret birit tu betty dah jarang masuk ke rumah.. macam faham je tempat tidurnya di luar rumah.. kami pun suka juga dia berada di luar rumah.. jadi taklah susah nak mencuci kencingnya..tapi betty ni takut sangat apabila hujan lebih2 lagi bila disertai dengan guruh.. dia akan memanggil2 supaya dibukakan pintu untuknya..
Walaupun betty dah tak takut dengan kami.. dia susah nak dipegang apatah lagi nak dukong dia.. dengan orang yang dia tak kenal lagi dia takut.. kalau ada orang datang dia tak akan tunjukkan diri.. kalau kami adakan kenduri.. dia akan hilangkan diri selama mana orang yang datang kenduri tinggal di rumah kami.. bila orang dah balik semua barulah dia muncul semula..Pernah satu hari betty hilang.. hari kedua tak balik juga.. hari ketiga pun begitu.. tapi seingat kami masa tu tak ada pun orang luar datang.. tak ada kenduri kendara pun..masuk hari keempat pun tak balik .. kami risau manalah tau dilanggar kereta ke.. tapi kami bergurau juga entah2 dia jumpa boy friend dia sampai tak ingat nak balik.. sungguh kami tak sangka.. rupa2nya dia berada di dalam siling rumah kami.. seminggu lamanya dia di atas sana.. kesihannya dia.. dia tak dapat keluar setelah dia masuk ke sana..entah apa yang dimakannya selama seminggu tu..tikus barangkali.. selalunya dia tak berani pun nak kejar tikus.. minum memang tak adalah..masuk hari ke 7 kami dengar sayup2 bunyi suara betty.. kami mencari di ruang tamu tapi tak ada.. tapi kami masih dengar bunyi.. kami langut ke atas kami dengar bunyi suara betty.. kebetulan satu sudut siling kami ditebuk agak besar bila plumber pasang paip di situ.. nampaklah tangannya sedikt pada lubang tu..tak terkiralah seronoknya..malm itu pukul 12 baru dapat keluarkan dia dpd siling tu.. bukan senang nak buka atap dan dia pula penakut.. nak kejar macam mana dalam siling..satu perkara lagi betty kami ni tak pernah mengandung..dan kami pun tak tau apa sebabnya..
Macam mana dia boleh termasuk ke dalam siling tu? hari tu hari sabtu.. jiran sebelah rumah naik ke atas bumbung dan betulkan bumbungnya..entah kenapa dia buka atap kami.. kami pun tak pasti.. jadi betty yang sememangnya penakut tu larilah masuk ke dalam siling tu..tanpa menyedari ada betty di dalam jiran kami menutup semula atap selepas membaikinya..sampai sekarang jiran tu tak tau cerita ini..
Saya tulis fasal betty ni khusus untuk dhilah.. yang dah 10 bulan tak jumpa betty.. dia selalu suruh sampaikan salam kepada betty.. semalam baru sampaikan salam dhilah ke betty..Dhilah!! tengoklah klip video ni ya!! supaya hilang rindu sedikit kat betty nih..
Kami bagi nama betty kerana pada masa mula-mula dia tinggal dengan kami telenovela betty yang hodoh tu ditayangkan di NTV7.. lagipun nak suitkan dengan nama benjy..benjy dah tak ada.. nak cerita fasal benjy pun tak sampai hati sebab benjy dah tak ada.. kalau cerita fasal dia sedih pula nanti..
Sekarang kawan-kawan betty ialah kucing-kucing yang datang bila makanan dimasukkan ke dalam bekas makanannya.. bila kami keluar dia orang akan lari.. bila kita masuk ke dalam rumah dia orang datang syer makanan.. tak gaduh lak tu..
Cerita fasal kucing ni.. bukan semua orang sukakan kucing.. ada yang siap baling dengan kasut lagi.. marah jiran bela kucing barangkali kucing jiran masuk dalm rumahnya dan curi ikan.. tapi bukan kami nak puji betty kami ni.. benjy pun macam tu.. dia orang tak pernah nak selongkar lauk kami atas meja.. kalau kami defrost ikan kat dalam sinki tanpa tutup pun dia orang tak curi.. alhamdulillah.. tapi yang selalu curi ikan kami ialah yang masuk curi-curi.. sekarang saya di rumah hampir setiap hari keseorangan jadi sliding door kami tak buka.. tak adalah kucing lain dapat masuk.. begitu juga betty kami ni.. tak taulah kami kalau betty g rumah orang lain buat hal.. tapi setahu kami.. betty jarang berjalan.. dia akan duduk di atas bumbung rumah kami.. dan akan turun bila lapar..harap sangatlah betty tak susahkan jiran-jiran kami..sebab kami tak tau kat mana betty selalu membuang..
Ada kawan macam famili kamilah suka bela kucing yang datang ke rumah dia.. sekarang ni dah 10 ekor.. kalau g pasar beli makanan kucing lebih daripada makanan untuk famili dia.. satu hari salah seekor kucingnya sakit.. bawalah ke klinik.. vet kata paru-paru ada masalah tapi bukan paru-paru berair.. vet tu tak ada kemudahan x-ray.. jadi pergilah ke vet di plaza pekeliling.. x-ray dapati diafgram dada/tulang rangka dada dah terperesuk.. jadi kucing susah bernafas.. kena bedah mahal kalau kucing sakit.. kalah kita manusia.. kena rm1700..kawan bagi tahu.. sebenarnya dia pun tak tahu kenapa kucingnya sakit seperti itu.. dia syak kucing dia tersepit dengan get automatik.. tak tau kat rumah siapa.. dia kata begitu sebab dia pernah tengok kucing tersepit macam tu.. dan tuan rumah tak perasan terus memandu tak dengar pun kucingnya menjerit.. dia pula memanggil2 orang tu tapi tak dengar.. panggil pembantu rumah pun tak dengar..kesihan kan..
Salam, saya sedang melayari internet mencari article mengenai slip disc dan jumpa blog ini. Saya mungkin mengalami slip disc kerana sakit belakang yang lama dan tidak baik2.
ReplyDeleteThanks for sharing...
wa'alaikumussalam.. saya sungguh simpati kepada sesiapa juga yang mendapat sakit ini.. kerana sakit ini tidak dapat dilihat dengan mata.. bila kita berjalan orang tak tau pun kita sakit.. sebenarnya banyak lagi cerita-cerita tentang kaedah pengubatan yang telah saya jalani tetapi belum berkesempatan nak tulis.. masalah saya jadi lebih teruk selepas pembedahan kali pertama.. bila berubat di tempat lain.. selalunya mereka kata.. susah nak baik sebab dah dibedah.. saya pernah jumpa seorang yang sakit macam ni 6 kali bedah tak baik2..
ReplyDeletejadi sebelum operate eloklah cari cara-cara lain seperi refleksologi ke.. fisioterafi ke.. mandi ais ke..akupantur..jumpa chiropraktik ke.. sesetengah orang berkesan dengan cara demikian.. kaji dahulu kaedahnya sebelum mencuba.. jangan jadi seperti saya..
terima kasih kerana membaca blog saya.. dan semoga sdr dapat mengatasi masalah slipped disc ini dan mendapat penjagaan yang sepatutnya dpd Allah SWT.
mak2.. ha, kantoi br kim salam kt betty.. hehe.. comel2.. suh die jaga diri baik2 tau, tunggu besfren die nih balik.. lol..
ReplyDeleteinsyaAllah.. betty sihat je.. All the best!!! in your exam..
ReplyDeleteThanks for the advise. Saya bercadang untuk mendapatkan pandangan specialist untuk menjalani apa2 theraphy atau pembedahan jika perlu sekarang sementara saya bekerja.
ReplyDeleteI will be retiring next year and may not get full medical benefit later... Will get other opinions too.
Thanks kak and take care...
ok.. sama-sama.. semoga dipermudahkan Allah segala urusan.. kak dah masuk blog Nong ni.. very interesting..
ReplyDelete