Thursday, April 2, 2009

Mula Bangkit Kembali

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji tertentu hanya milik Allah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat serta yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.

Hari ini mula berblog.. timbul keinginan untuk mencatatkan pengalaman pahit manis kehidupan. Saya namakannya Bangkit Kembali kerana saya pasrah dengan usaha dan harapan agar saya dapat meraih kembali apa-apa yang telah ditinggalkan di belakang yang belum dapat digapai. Kedaan kesihatan saya amat merisaukan. Namun begitu saya tak boleh berkeluh kesah. Saya harus berusaha membina kembali apa yang telah hilang. Saya harus menaruh harapan dan tidak harus berburuk sangka.. Benarlah nikmat kesihatan dan masa yang terluang perlu kita syukuri dengan sebenar-benarnya.

Hari ini juga merupakan hari jadi saya ke 58 dah tua dan semakin pendek langkah ke pengakhiran..cita-cita banyak sebenarnya dan banyak juga yang tercapai..masa kecil-kecil dulu semasa di sek rendah di kampung halaman tempat kelahiran; bercita-cita nak jadi guru besar tapi tercapai setakat guru penolong kanan dan guru kanan bidang je.. alhamdulillah.. bila dah kahwin bercita-cita-cita nak 6 orang anak. alhamdulillah dapat 5 orang.. masa mula kerja, jadi cikgu biasa dg kelulusan diploma tanpa sijil guru .. jd cita-cita masa tu nak dptkan ijazah pula.. alhamdulillah dapat ketika umur 42 tahun..masa sambung belajar jawatan masa tu penolong kanan kira dah dekatlah nak jd guru besar kan! selepas dapat ijazah bercita-cita pula nak tulis buku.. alhamdulillah walaupun banyak rintangan dapat juga menulis, saya tulis buku Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) Tingkatan 4..

(Gambar ni baru dimasukkan pada 2 hb Februari 2012 - Sumber )



Masa tulis buku tu dalam Bahasa Melayu.. tapi selapas PPSMI diperkenalkan buku tu diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris.. saya menulis bersama-sama 2 orang lagi cikgu PKA.. terima kasih kepada kawan-kawan yg banyak memberikan kepercayaan dan sokongan ..dah tulis buku timbul cita-cita nak bawa anak-anak buat umrah..alhamdulillah..kami g buat umrah pada april 2004..menggunakan sebahagian besar daripada wang honororium buku tu..ketika itu saya kira2 6 bulan selepas pembedahan tulang belakang.. pergi ke sana bersama suami, 5 orang anak seorang menantu dan seorang cucu..saya memang bercita-cita nak tulis buku lagi tapi tak taulah boleh ke tak.. maklumlah sakit tulang belakang ni tak mengizinkan bergerak cergas .. malah hampir setiap masa berbaring di atas katil kerana tak tahan duduk lama..

Ada juga cita-cita yang tidak menjadi kenyataan, bagaimanapun akur dgn ketentuan Ilahi. Kita berkehendak dan Allah juga berkehendak.. apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment

Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.