Marah merupakan tabiat atau naluri manusia semula jadi..tetapi marah boleh dibuang atau dicegah..marah adalah nyala api dari api Allah yang menyala dan kemudian masuk ke dalam hati nurani seseorang..apabila telah masuk ke dalam hati, setiap saat akan membakar hati manusia ibarat api dalam sekam..
Telah datang seorang lelaki kepada nabi Muhammmad SAW dan berkata:
"Ya Rasulullah..ajarilah saya ilmu yang mendekatkan diri saya kepada syurga dan menjauhkan saya dari neraka""
Baginda berkata:
"laa taghdhab"
"jangan marah"
"Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan itu diciptakan dari api, bila seorang daripada kamu marah hendaklah berwuduk"
Apabila hati diisi dengan sifat marah.. akan terikut-ikut dengan bisikan syaitan..kerana syaitan itu asalnya dari api..seandainya seseorang itu marah seakan-akan dia juga dicipta daripada api..dan bukankah syaitan itu marah apabila Allah memuliakan nabi Adam..
Sekiranya marah ini tidak dikawal..hubungan antara seseorang itu dengan seseorang yang lain akan menjadi tidak baik..mengecilkan perasaan orang lain.. akan bermasam muka.. akan menyebabkan timbul perasaan dendam.. mungkin jika tidak terkawal akan berlaku pergaduhan dan pembunuhan akibat bertindak membabi buta..
Selain timbul kesan kepada orang lain..marah juga memberi kesan kepada diri sendiri.. boleh menyebabkan darah tinggi (hypertension) dan sakit jantung..dan lain-lain penyakit kronik..
Seseorang yang cepat marah juga dikaitkan dengan cepat tua.. selalu kita dengar..jangan marah nanti cepat tua.. mengapa tidak.. kerana jika selalu marah wajahnya tegang.. dan apabila kerap berlaku dalam masa yang lama tiba pada saat reda kemarahannya.. kulit wajahnya akan mengendur dan berkedut..
Wajah tua dan berkedut tidak mengapa jika dibandingkan dengan siksa Allah kemudian hari.. hari pembalasan nanti.. akan dapat masuk syurga ke.. kalau iblis yang dulunya taat dan tinggal di syurga dihalau keluar inikan pula yang entah di mana..
Marah merupakan sifat mazmumah...sifat tercela..
Islam menganjurkan supaya seseorang itu menahan marah
Sabda Nabi Muhammmad SAW:
"bukanlah orang yang kuat itu kerana bergusti..tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang menguasai dirinya ketika marah"
Ketika seorang lelaki yang suka sangat marah meminta nasihat Nabi Muhammad SAW baginda bersabda:
"laa taghdhab"
"jangan marah" (H.R. Bukhari)
Orang itu mengulangi meminta nasihat berulang-ulang kali.. begitu juga jawapan Nabi Muhammad SAW
Dalam hadith lain Nabi Muhammad SAW bersabda
"Waspadalah kamu terhadap marah..sesungguhnya marah itu adalah bara api yang menyala dalam hati keturunan Adam..tidakkah kamu melihat apabila seseorang antara kamu ketika dia marah matanya menjadi merah..urat-urat lehernya tegang..dan bila seseorang berasa ingin marah hendaklah berbaring atau melekapkan dirinya ke tanah"
Banyak lagi hadith nabi yang menganjurkan agar kita jangan marah..dan apabila rasa nak marah ambillah wuduk..jika kita sedang berdiri hendaklah duduk.. baca ayat kursi..dan sebagainya.. dan dianjurkan berdoa seperti di bawah..
"ALLAHUMMAFGHFIRLI ZANBI WA AZHIB GHAIZA QALBI WA AJIRNI MINASSYAITAAN"
ataupun sentiasa membaca Au'uzubillahiminassyaitaanirrajim ataupun Bismillahirahmaanirrahim
ataupun sentiasa membaca Au'uzubillahiminassyaitaanirrajim ataupun Bismillahirahmaanirrahim
Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam neraka..ingatlah siapa diri kita sebenar.. asalnya kita dari mana dan akan ke mana..
Boleh juga rujuk di sini
No comments:
Post a Comment
Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.