Sunday, June 21, 2009

Kisah benar

Dirawayatkan pada zaman pemerintahan Khalifah Amirul Mukminin Umar bin Khatthab.. Mesir telah ditakluki dan Amr bin Ash dilantik menjadi Gabenor.. Suatu ketika telah datang penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Nil menghadap gabenor.

Penduduk: "Wahai gabenor, kita biasa melakukan sesuatu tradisi untuk Sungai Nil ini.. ia tidak mengalir kecuali jika dilakukan tradisi ini".

Gabenor: "Apa itu?".

Penduduk:"Jika sebelas hari telah lewat dari bulan ini, kita mesti mencari seorang gadis.. dan meminta kerelaan daripada kedua orang tuanya untuk diberi pakaian dan perhiasan yang paling indah.. kemudian kita akan lemparkan ke dalam Sungai Nil ini".

Dengan tegas Gabenor berkata:"Ini semua tidak dibolehkan sama sekali dalam Islam. Islam menghancurkan segala tradisi yang ada sebelumnya".

Sementara itu Sungai Nil tidak mengalirkan airnya sedikitpun sehingga penduduk di situ ingin berpindah.. Tatkala Amr bi Ash menyaksikan kejadian yang berlaku.. dia menulis surat kepada Khalifah Umar bin Khatthab menceritkan hal yang berlaku.

Khalifah Umar membalas surat Gabenor dan menyatakan bahawa tindakan Gabenor itu adalah tepat.. iaitu Islam menghapuskan tradisi kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam.. disertakan juga bersama2 surat itu sekeping kad dan meminta gabenor melemparkan kad itu ke dalam Sungai Nil.

Di atas kad itu Khalifah Umar menulis , "Daripada hamba Allah, Umar bin Khattab, Amirul Mukminin kepada Nil di Mesir.. Amma ba'du. Jika engkau mengalir daripada dirimu maka janganlah mengalir.. namun jika Allah yang mengalirkanmu maka mintalah kepada Zat yang Maha kuat untuk mengalirkanmu".

Gabenor melemparkan kad tebal itu ke dalam Sungai Nil sehari sebelum perayaan memperingati salib.. pada pagi keesokan harinya dengan izin Allah SWT air Sungai Nil mengalir dengan dalamnya enam belas hasta.. Sejak itu terhapuslah amalan tradisi di sungai Nil dengan izin Allah.

Sesiapa yang patuh kepada Allah semua makhluk akan patuh kepdaanya. Khalifah Umar bin Khattab adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang sangat beriman dan bertakwa kepada Allah .. Oleh itu Sungai Nil patuh kepada arahannya.

2 comments:

Ummi Nuhlan said...

werdah & sue..batu kurau kat pekan batu kurau.kat pekan selasa tu..depan sekolah arab.mak aku anak Hj AHmad Yong.aku baru jer pi mandi sempeneh balik baru ni.
lorr..ntah2 kita sedara.sape tau kan.kim slm kat makcik werdah ek

Werdah said...

Mungkin kita bersaudara.. makchik ingat nama Hj Ahmad Yong tu.. tapi rupa dah tak ingat.. nanti bila makchik ada masa nak tanya kak makcik yang kat kampong..kalau2 kta ada hubungan.. pekan selasa tu masa kecik2 je pegi pastu lama kat taiping pastu kat kl thn 69 jadi mmg x peluang nak jengah.

Related Posts with Thumbnails