Thursday, June 11, 2009

Osteoporosis



Bismillahirrahmanirrahim.

Tiba2 teringat kak Ruby panggilan kepada kawan saya semasa sama2 mengajar di sekolah dulu.. dia ni dapat Datin tak ingat dah bila tapi dah lama juga rasanya lebih dari 7 tahun.. dia dapat gelaran ni masa suami dia dapat gelaran Dato' .. masa tu suaminya kerja dengan ketua Menteri Melaka yang dah meninggal lama dulu.. tak ingat juga nama ketua Menteri ni.. apalah saya ni tak patriotik langsung.. masa tu dia pindahlah mengajar di Melaka.. akhirnya pencen awal.. walaupun datin dia ok tak rasa pun berkawan dengan datin..
 
Saya teringat dia sebab selalu gak dia datang ziarah saya kat rumah dan kat hospital.. selalunya dia datang dengan kawan saya seorang lagi datin juga tapi kami panggil dia ustazah je.. ni teringat sebab lama dah saya tak telefon dia.. jadi tadi saya telefon bercakap lebihkurang 30 minit juga lah..

Yang jadi teringat sebab dia ni ada juga osteoperosis macam saya.. saya bertanya keadaan dia sekarang, bagaimana osteoperosis dia.. dia kata alhamdulillah.. dah hilang.. dia dapatkan rawatan di Hukm.. doktor bagi ubat fosamax dan kalsium.. fosamax tu dia kena bayar dulu lepas tu dia claim daripada JPA.. dia dah 2 kali buat ujian bone density.. jadi sekarang dia jaga makanan.. makan banyak sayur dan exercise..

Sayapun diberi fosamax dan Rocaltrol Calctriol(vitamin D3) dan juga calcium .. di HKL ni doktor bagi terus.. celeberax (celeberax ubat tahan sakit.. doktor tak boleh bagi banyak yang ini.. selalu sepapan atau dua untuk 3 bulan.. sepapan ada 10 capsules) pun tak yah bayar.. jadi senanglah tak payah nak isi borang dan jumpa doktor nak sahkan lagi bila nak claim.. alhamdulillah..

Saya rasa semua orang dah tau apa osteoperosis ni.. sekarang maklumat berada di hujung jari kata orang.. boleh dapat melalui komputer, suratkhabar, television dan sebagainya.. saya buat bone density test ni dua kali.. yang mula2 dulu tu sebelum dapat trace slipped disc.. kali kedua pada 10 januari 2007.. masa tu baru dapat osteopenia.. lalu doktor cadangkan saya ambil Fosamax dan vitamin D3 tu.. nanti bulan disember kena buat sekali lagi bone density test ni..

Kemudian saya tanya macam mana kak Ruby rasa masa dapat osteoperosis tu.. dia kata dia rasa lemah bila nak angkat barang terutama pada sendi.. tak bermaya.. tak boleh angkatpun.. lemah sangat2.. sekarang dah tak rasa macam tu.. saya pula tak rasa begitu cuma saya rasa amat sakit bila cucuk daging2 berisi terutama pada perut, ponggong, lengan, peha dan pada betis .. sakit sangat2 bila cucu tiba2 lompat excited nak naik atas opahnya yang berbaring ni..

Bila dapat osteoperosis ni kena hati2.. kata doktor jangan angkat benda berat nanti patah tangan sebab tulang dah rapuh.. jaga2 jangan jatuh nanti patah kaki macam gambar di atas.. dan bagi tulang belakang akan compress bila berat badan bertambah.. kena buat excercise.. kata doktor..

Osteoporosis adalah satu keadaan yang berlaku apabila kehilangan ketumpatan tulang (the loss of the normal density of bone), menyebabkan tulang jadi rapuh. Osteoporosis menyebabkan tulang jadi poros seperti sponge.. Keadaan ini akan melemahkan rangka tulang dan seteusnya menyebabkan tulang patah..

Tulang yang normal ialah tulang yang mengandungi protein, collagen, and calcium yang memberikan kekuatan kepada tulang.. Tulang yang mengalami osteoperosis ini akan mudah patah (fracture) patah ini boleh dalam bentuk hancur, collapsing atau dalam bentuk compression .. Tulang belakang (spinal) , ponggong dan pergelangan tangan antara yang selalu patah akibat osteoporosis.

Selain cerita fasal sakit kak Ruby suka bagi nasihat .. tentang pentingnya zikrullah, solat malam, berdoa dan kalau boleh panggil orang/ jiran datang rumah baca al-Quran ramai2.. kemudian kalau boleh pergilah dengar ceramah kat masjid.. sebab berjamaah tu penting.. dia kata ada jirannya dapat leukimia 2 tahun.. tapi dia selalu panggil jiran2 buat majlis baca Yaasin, baca al-quran.. bersedekah.. lalu dah sembuh dan ceria dah sekarang..

Dia tanya sekarang saya buat apa je.. saya beritahu dia saya sedang mendengar siri ceramah ustaz Kariman.. saya beli banyak cd2 ceramah dia.. kak Ruby kata dengar kat rumah lain.. pergilah ke masjid.. ya Allah macam mana nak pergi .. saya boleh pergi naik kereta orang bawa.. tapi bila sampai di sana takkan nak berbaring lak.. pastu kalau nak berbaring tak boleh di atas lantia kena atas katil.. camna?

Ya Allah hambaMu ini belum cukup merayu padaMu.. kata Usataz Kariman Allah suka kita merayu mendayu2 di samping kita sempurnakan segala amalan kita dengan ikhlas.. berpuasa, bersedekah dan merintih tatkala solat malam.. ketika orang lain semua tidur..

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang sakit ini sila klik di sini klinik ummi dan arif-surgiri

2 comments:

zai said...

Salam Kak Werdah..

Terharu zai baca kisah kak werdah ni..rasa bergenang airmata sbb faham benar kepayahan yang kak werdah alami..

Alhamdulillah disebalik semua penderitaan yang dialami, zai percaya banyak hikmahnya disebalik penyakit yang diberi..ini sangat terbukti Allah sbenarnya sangat sayangkan kak werdah dan dengan penyakit ini akan memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita utk kembali dekat padaNYA dan zai percaya kak werdah telahpun melakukan yang terbaik utk diri kak werdah dan keluarga..

Zai sendiri sebenarnya tak menyangka bahawa disebalik keindahan blog kak werdah dan ilmu2 yang sangat bermanfaat yang dikongsikan bersama kami semua para pembaca, rupa2nya kak werdah sedang menghadapi ujian yang sangat berat..tapi zai kagum sangat2 kerana dari pembacaan zai diblog kak werdah, zai tahu kak seorang wanita yang sangat tabah dan redha..

konsep redha itu penting kerana dengan redha hati kita akan lebih tenang kerana kita tahu setiap yang berlaku dimuka bumi ini adalah dengan kehendaknya dan Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita..sekiranya diberikannya penyakit itu merupakan pendekatan yg Allah gunakan utk menyedarkan kita bahawa kita ini sangatlah kerdil dan lemah dan segala nikmat dan kemewahan yang kita ada tidak mungkin akan dapat membeli kesihatan yang telah hilang dan yang terbaik adalah kembali mendekatiNYA..

ALLAHUAKBAR..segala yang berlaku kepada kak werdah merupakan peringatan yg sangat baik kepada zai yang masih sihat ini utk sentiasa mengambil iktibar atas kekuasaan Allah setiap saat dan waktu..segala2nya boleh berlaku dgn kehendaknya.

Werdah said...

Salam Zai,

Mudah2an zai diberkati Allah..

Memang kak sedari akan hal yg Zai katakan ini.. sebaik sahaja pembedahan kak begitu insaf bahawa apa yg kak punyai bukanlah hak kak.. semuanya hak Allah.. tak perlu nak bangga banyak harta dan kekayaan.. duit berlonggok tak menjamin kesihatan dan yg penting DEKAT kpd Allah.. Apa yg ada pad kak hanyalah pinjaman.. dan kak insaf bahawa kak telah salah guna pinjaman yang Allah beri kpd kak.. kak buat sewenang2nya tanpa bertanya terlebih adahulu kpd DIA yg punya hak.. kak beri kpd doktor tanpa istikharah.. stlah sedar kak tak mahu menyaman atau mencerca doktor.. dia berusaha namun kesalahan kpd diri kak.. ramai org nasihatkan tulis dlm s/khabar, atau samann tp Allah TAHU apa sebenarnya hikmah di sebalik keadaan dan kejadian yg ditimpa kpd makhluk ciptaaNya.. Selepas ditimpa peringatan Allah ini kak hrp kak dpt merubah perangai kak.. hendaknya kak selalu bersyukur dan bersabar..

Zai, terima kasih sekali lagi.. Hanya Allah membalas kebaikan hambaNya.. Amiin.

Related Posts with Thumbnails