Monday, July 20, 2009

Sifat Mazmumah: Ujub dan Takabbur


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Persamaan ujub dan takabbur ialah kedua2nya adalah berkaitan dengan kesombongan


Perbezaannya pula ialah ujub terbit di dalam hati, orang tak nampak manakala takabbur zahir melalui ucapan atau perbuatan.

Definisi ujub ialah membanggakan nikmat yang Allah berikan dengan menyandarkan kepada diri sendiri serta lupa mengembalikannya kepada Yang Memberi.

Nikmat pula ialah segala pemberian Allah baik yang nampak atau tidak nampak.

Contoh nikmat: boleh melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah , boleh menuntut ilmu hingga berjaya, diberi rezeki. diberi kesihatan, anak yang ramai lagi berjaya.. dan sebagainya.

Kesan ujub terhadap amalan.. amalan akan terhapus dan harta benda akan binasa.. cuba lihat dalam ayat 78 surah al-Qasas..


قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُ ۥ عَلَىٰ عِلۡمٍ عِندِىٓ‌ۚ أَوَلَمۡ يَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَهۡلَكَ مِن قَبۡلِهِۦ مِنَ ٱلۡقُرُونِ مَنۡ هُوَ أَشَدُّ مِنۡهُ قُوَّةً۬ وَأَڪۡثَرُ جَمۡعً۬ا‌ۚ وَلَا يُسۡـَٔلُ عَن ذُنُوبِهِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.(78)

Dalam ayat di atas Allah menceritakan tentang seorang hamba Allah yang amat angkuh namanya Qarun.. Qarun adalah salah seorang anak kepada bapa saudara Nabi Musa a.s. .. perangainya pelik.. Allah berikan hartanya sangat banyak seperti digambarkan dalam ayat 76 surah al-Qasas iaitu perbendaharaannya terlalu banyak sehinggakan kunci-kunci bagi tempat penyimpanan hartanya juga terlalu banyak dan berta.. dipikul oleh sejumlah orang2 yang kuat.. apabila Allah menyuruhnya mengikuti ajaran Musa, Qarun membanggakan diri dengan mengatakan harta itu adalah disebbakan kepandaiannya mencari dan mengumpulkan harta. Dia lupa menisbahkan kepada Allah swt lalu Allah memusnahkannya bersama2 dengan hartanya.




إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَلَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ


Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". Al-Qasas ayat 76.


Dalam surah al-kahfi ayat 34 , 35, 36 pula cerita tentang orang kaya musyrik mengajak kawannya muslim yang miskin melihat kebunnya yang banyak buah. Lalu si kaya berkata kepada si miskin : “lihatlah hartaku lebih banyak daripada engkau dan aku lebih kuat dan aku tidak fikir semua ini akan binasa dan aku tidak fikir kiamat akan berlaku”.. ucapannya ini menunjukkan dia berbangga dengan diri sendiri..



وَكَانَ لَهُ ۥ ثَمَرٌ۬ فَقَالَ لِصَـٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ ۥۤ أَنَا۟ أَكۡثَرُ مِنكَ مَالاً۬ وَأَعَزُّ نَفَرً۬ا



"Dan dia mempunyai kekayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang mu'min) ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat" (34).


وَدَخَلَ جَنَّتَهُ ۥ وَهُوَ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ قَالَ مَآ أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَـٰذِهِۦۤ أَبَدً۬ا


"Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri ; dia berkata: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, iaitu: dengan keangkuhan dan kekafirannya." (35)


وَمَآ أَظُنُّ ٱلسَّاعَةَ قَآٮِٕمَةً۬ وَلَٮِٕن رُّدِدتُّ إِلَىٰ رَبِّى لَأَجِدَنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡهَا مُنقَلَبً۬ا
.
"Dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku kembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik dari pada kebun-kebun itu"(36).


Lalu dengan sebab ujub dan takabbur orang kafir ini Allah binasakan kebunnya.. dan penyesalan sudah tidak berguna lagi.. lihat ayat al-Kahfi (42) di bawah..


وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِۦ فَأَصۡبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيۡهِ عَلَىٰ مَآ أَنفَقَ فِيہَا وَهِىَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِہَا وَيَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى لَمۡ أُشۡرِكۡ بِرَبِّىٓ أَحَدً۬ا


"Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu dia membulak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang dia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata: "Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku" (42).

Definisi Takabbur pula ialah menolak kebenaran dan merendah2kan sesama manusia.. ada orang yang bersifat takabbur kerana dia ada pangkat/kedudukan/kekuasaan dalam masyarakat.. dan merasai kedudukannya begitu tinggi.. tidak mahu menerima pendapat orang bawahan..

Iblis menolak perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam as kerana takabbur.. Iblis rasa dia lebih mulia daripada Adam as.. dia menghina Adam as dan merendah2kan Nabi adam..

Jika ada orang yang mengerjakan amal ibadat tetapi suka merendah2kan orang lain juga dikatakan takabbur.. apabila bersopan santun tetapi rasa dirinya lebih santun daripada orang lain juga dikatakan takabbur..

Mutakabbir ialah orang yang melakukan kesombongan.. Mutakabbirun bih ialah perkara yang disombongkannya.. merasa diri lebih mengetahui, lebih tinggi dsbnya. Manakala Mutakkabbirun ‘alaih ialah orang yang jadi mangsa kepada kesombongannya cth Nabi Adam as jadi mangsa kepada Iblis.

Berbalik kepada ujub.. ujub terdiri daripada Muujibun iaitu orang melakukan ujub seperti Qarun tadi manakala Muujibun bih ialah apa yang diujubkannya.. tak kiralah sama ada ibadat atau kekayaan dsbnya.

Bagiamana nak mengelakkan ujub dan takabbur:

Jangan sandarkan kepada diri sendiri sebaliknya akan apa2 nikmat yang kita dapat.. sandarkanlah kepada Allah swt yang mencipta kita.. ingat asal kita lahir ke dunia dulu tidak ada apa2 yang kita bawa.. telanjang semata2 dan ingat kita pergi nanti membawa beberapa helai kain kafan.. sementara dua yang menghantar kita ke kubur akan kembali ke rumah.. amalan kita yang baik dan ikhlas saja yang akan dinilai..

Mudah-mudahan memberi manfaat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails