Assalamu’alaikum.
Hari ini 17 haribulan Syaaban 1430H.. tak lama lagi Ramadhan akan tiba..
Ramadhan bukan bulan alasan untuk kita duduk lesu kerana lapar dan dahaga.. bukan juga untuk mengurangkan waktu bekerja dan berusaha.. bukan juga untuk lama2 tidur di atas tilam yang empuk dan berbuka dengan pelbagai juadah yang banyak.
Sebaliknya Ramadhan adalah nikmat yang Allah kurniakan supaya kita dapat melawan nafsu.. melawan nafsu tidaklah mudah.. namun hendaklah kita renungi pejuang2 terdahulu.. bukankah mereka berjuang menghadapi peperangan dengan pihak musuh pada bulan Ramadhan.. mereka tidakpun lari daripada medan peperangan.. kerana apa? Kerana mereka berjaya melawan nafsu.. bukankah kita telah mengetahui bahawa peperangan Badar, Pembukaan Kota Mekah, Penaklukan Wilayah Andalusia, Persiapan Perang Khandak berlaku pada bulan Ramadhan? Jadi ambillah pengajaran bahawa kita wajib melawan nafsu kita.. perbanyakkan amalan yang menjauhkan kita daripada menurut hawa nafsu.
Sekarang kita sudahpun dipromote dengan jualan mega.. kita dipujuk menukar set sofa, kita juga diiklankan dengan buffet berbuka puasa. Allah memberikan kita Ramadhan yang penuh keberkatan untuk kita penuhi dengan amalan bertepatan Islam.. Padanya ada malam lebih baik daripada seribu bulan.. Marilah kita mengisi Ramadhan dengan ibadah semoga kita mendapat keberkatannya.
Semalam sempat dengar sebahagian ceramah daripada CD, oleh ustaz Kariman tentang keberkatan Bulan Ramadhan.. baru mukaddimah itupun belum habis lagi.. dalam mukaddimah ni ustaz huraikan hadis yang popular iaitu hadis sahih Abu hurairah:
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari: Nabi bersabda : “Apabila tiba bulan Ramdahan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu”..
Ustaz berkata sepintas lalu kita boleh bertanya apakah bila Ramadhan belum tiba pintu2 syurga tidak dibuka?
Dan neraka tidak ditutup manakala syaitan bebas?
Cuba fikir katanya.. terbuka pintu syurga dan tertutup pintu neraka dalam hadis ini berlawanan dengan ayat al-Quran.. perhatikan ayat al-Quran dalam Surah Az-Zumar ayat 71 menunjukkan bahawa pintu neraka sentiasa ditutup apabila calon ahli neraka sampai ke pintu neraka barulah pintu itu dibuka..dan dalam ayat 73 pula dinyatakan pintu syurga sentiasa terbuka.. syurga sentiasa terbuka dan pintu neraka sentiasa ditutup walaupun dunia belum kiamat..
Dan neraka tidak ditutup manakala syaitan bebas?
Cuba fikir katanya.. terbuka pintu syurga dan tertutup pintu neraka dalam hadis ini berlawanan dengan ayat al-Quran.. perhatikan ayat al-Quran dalam Surah Az-Zumar ayat 71 menunjukkan bahawa pintu neraka sentiasa ditutup apabila calon ahli neraka sampai ke pintu neraka barulah pintu itu dibuka..dan dalam ayat 73 pula dinyatakan pintu syurga sentiasa terbuka.. syurga sentiasa terbuka dan pintu neraka sentiasa ditutup walaupun dunia belum kiamat..
“Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab: Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir”. (Az-Zumar 71)
Maksud ayat ini ialah pintu neraka sentiasa tertutup, Apabila ahli-ahli neraka yang digiring ke neraka sampai barulah pintu neraka dibuka. Dan ayat di bawah pula menyatakan bahawa pintu syurga telah sedia terbuka dan penjaga pintu syurga mengalu-alukan ketibaan ahli-ahli syurga.
“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)”. (Az-Zumar 73)
Kata ustaz lagi Hadis yang diakui sahih ini nampak seperti berlawanan dengan ayat2 al-Quran jadi sudah tentu ada sesuatu yang Nabi nak beritahu kita.. syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka apabila Ramadhan tiba .. di sini syaitan tak berdaya / tak ada kemampuan lagi / lemah untuk menyesatkan manusia apabila tiba bulan Ramadhan..
Kenapa? Sebab semua amalan manusia (umat Islam) pada bulan Ramadhan mengarah ke syurga.. yakni bulan ibadah mendekatkan diri kepada Allah.. ramai yang bersolat terawih, beriktikaf, bertadarus, bersedekah dan sebagainya.. amalan-amalan ini mendapat ganjaran berlipat ganda dengan kemurahan Allah SWT.. bukan kerana bulan Ramadhan tu musuh syaitan.. selaiin itu kata ustaz lagi bukan syaitan lemah kerana bulan Ramadhan tetapi kerana amalan ikhlas umat Islam.. kalau kita berpuasa kita tak beritahu orang, tak ada siapa yang tahu.. berbeza dengan amalan lain seperti solat, zakat, haji bersedekah.. jadi puasa ini adalah amalan ikhlas.. Syaitan dan Iblis tidak akan dapat menyesatkan hamba Allah yang ikhlas seperti yang dinyatakan oleh Allah swt dalam surah al-Hijr ayat 39 hingga 42.
“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39) Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas (40) Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. (41) Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (al-Hijr 42)
Sekian.. Semoga memberi manfaat.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.